Ya Allah bersawang sungguhla blogku ini. Last updated 2 tahun lepas hoi.haha.. Apekah kerana kesibukan membesarkan anak2 jadinya si emak langsung tak punya masa untuk memblog? mungkinla.. vitamin M sangat besar dalam diriku. haha.
Sedar tak sedar anak ketigaku dah mencecah usia hampir 5 bulan. Woha! dah beranak rupanya! Baru nak mengemas blog? Memang dasar!
Anakku yang ketiga ini kami namakan Muhammad Yusuf. Simple dan senang diingat. Bukan sengaja nak membeza2kan dengan abg2nya tapi papa dah berazam anak lelaki ketiga beliau nak namakan dengan nama Muhammad. Tak mahu jadi bapa jahil katanya. (Aku sebenarnya masih konfius dengan dakwaan sebegitu tapi layan jelah asalkan maksudnya elok kan)
Mengingatkan kembali detik2 kelahiran budak Yusuf ni, cukup kukatakan bahawa kelahiran ketiga ini tersangatlah horror bagiku. sehorror2 kelahiran Wajdi, yang Yusuf ni lagilah berganda horrornya. Kenapa? Sebab sepanjang mengandung berat badanku naik mendadak. Selera makan macam gorillla.hahah..teruk gila kot tapi aku buat bodo je.makan makan makan. lantaklah orang nak kata aku gemok ke hape. memang gemok kot orang mengandung. prinsip aku, tak gemok masa mengandung, memang hilang satu daripada nikmat mengandung.kah3
Bila dah berat badan mak mendadak2, makanya berat bayi dalam kandungan pun sihattttt sangat. sampai hari terakhir scan sebelum bersalin, berat baby ialah 3.67kg! woha! memang sihat sangatlah. mau tak, setiap minggu kena suap nasi ayam penyet wong solo.haha.Aku siap cakap ngn doktor, aku taknak kena gunting kali ni. hmmph..bila tengok berat baby dalam perut masa tu, apekah harapan aku boleh jadi kenyataan?
Last check up masa tu dah 38w++, aku mmg berharap sangat la baby kuar awal.sebab aku dah nak exam masa tu. so taknak la kuar lewat sangat aku kata. doktor pi offer induce plak. heishhh lagilah taknak.haha. doktor siap korek2 kasi sakit katanya. memang dalam seminggu tu braxton hicks dah makin kerap. incek suami pun dah risau kat aku. jalan pun macam penguin kot. senget benget dah jadinya. kih3. Sampai doktor pun tak pecaya aku boleh kerja lagi, bantai bagi kat aku mc 8 hari.woha!
Start petang tu, aku dah makin kerap sakit. gerak hati aku cakap masanya dah hampir tiba, kita akan bertemu anak bolat! aku try buat relek je. sakit2 pun aku relek je main gym ball kt rumah, sementara tunggu suamiku balik. oh, budak berdua tu dah lama aku hantar ke kampung halaman. memang tak larat nak menjaga dah. bayangkan berat aku masa tu 75kg! si petite macam aku berat gila kottt...haha...
Lepas maghrib, contraction semakin kuat. aku kira, 5-10 minit sekali kot. aku ni memang fail sokmo bab2 pantau time ni.huhu..tapi selalunya aku ikut gerak hati la, jarang tekaan aku salah. so aku cakap ngan incek suami supaya bersedia la siap2 nak hantar aku gi hospital. tapi dengan syarat gi makan dulu. apekahhhh suamiku kata.memang dia tgk aku sangat tak larat tapi masih ada hati nak pegi makan!ngahaha..bayangkan mau tak gemok aku wey. makan sangat penting dalam kehidupan aku ketika itu. :p
Incek suami tak sanggup hampakan harapan isteri gemok macam aku ni, dibawanya juga aku ke kedai makan berhampiran hospital. contraction masa tu dah makin kuat. tapi aku gigih gak heret kaki ke kedai makan. aku order nasi ayam, telur separuh masak n milo ais. hua3. beso kan selera aku? padahal masa tu contraction aku kira dah 3minit skali. regularly. bayangkan sakit tak sakit.huhu. tapi aku memang pandai sembunyikan perasaan. takutla tok laki cancel bawak aku g makan kang rugiii rugiii...hahaha..boleh pulak kau fikir ceggitu Nurul Haida?memang tak senonoh!
Paling best, masa contraction datang, aku berhenti makan.memang sakit sangattttttt...suami pun terberhenti makan. banyak kali dia tanya, ok ke ok ke.aku cakap xpe2 makan je.masa contraction stop, aku makan selaju2nya.gilo mmg nampak macam tak senonoh sangat! tapi aku taknak sebab sakit perut aku tak makan.haha.so sampaila aku xlarat nak habiskan nasi, aku makan telur half boiled tu laju2 jugak.semua buat laju2. suami tgk geleng kepala.haha
Bila sampai hospital Azzahrah, pegi cek jalan trus. adohai, baru 3cm. gaya sakit macam 6cm dah.haha. aku request nak masuk wad je. so dapatlah aku masuk wad single bed as per requested. memang aku nak single bed sebab senang orang nak tggu aku nanti. wad lain semua takleh suami tggu sebab share. rezeki akulah malam tu wad single ada.hehe
Dalam bilik tu, contraction makin kerap n makin sakit. sakit yang sangat2 sakit.mengerang2 aku menahan. sampai tok laki nak nengok tv cte transformers pon tak senang (igt lagi cte ape kan!haha). bila sakit tu datang, aku mmg pegang dia sekuat2 hati. meja sisi pun jadi mangsa aku, kena tolak.haha.memang kekuatan aku tika itu mencapai taraf jurus kelapan wey. nak lawan ngan sakit contraction punya pasal.
Kali ni aku try nak bertahan tanpa epidural. dah byk kali misi datang offer, tapi aku kata nanti dulu.last2 dia inject ubat tahan sakit je which is takde kesan langsung. mengantuk lagi adalah. hadoi..
dalam sejam dua lepas tu, about kul 12 @ 1 a.m, aku rasa sakit yang teramat2. rasa nak meneran pun ada. aku cakap ngn suami aku, nak epidural!haa...tak tahan punya pasal.siap paksa laki g panggil misi suruh cek jalan lagi. incek suami kata kan baru cek, masa tu 4cm. dia kata sama jugak kalau cek pun xbuka penuh lagi. tapi aku mmg tak tahan dah, sakit sangat2 rasanya. aku cakap panggil misi suruh inject epidural. adohai. masa sakit tu dah tak hengta dah cane nak natural birth bagai. haha.
pastu misi masuk, tanya aku nak g labour room trus ke,aku kata ikutla nak buat apa pun. tak tahan sangat dah masa tu.aku kata aku nak epi. dia pun bawakla aku ke tingkat bawah. masuk LR trus. masa dalam LR, cek jalan skali lagi. tetibe bidan cakap dah 7cm ni! woha! cepat kot tempoh bukaan 4-7cm tu. so dia ckp tak boleh epi dah sebab OS hampir full.jadinya mengidap jelah sakit tu.huhu...
Dalam LR pun aku menahan sakit teramat, aku cakap rasa nak teran. tapi bidan tak bagi, sebab OS belum sampai 9cm. dia ajar aku baring mengiring ke tepi. kaki aku bengkok sampai ke perut. nak bagi bukaan cepatla katanya. aku buat la camtu. setiap kali aku datang contraction, aku teran slow2 bagi baby turun cepat. bidan dah mula pecahkan air ketuban masa tu.
Masa tu dah kul 2.30 pagi. OS full dah. so bermulalah perjuangan seorang ibu melahirkan anaknya. tiap kali contraction datang, aku try teran. tak lepas. banyak kali try teran sampai bidan fed up. doktor pun datang, lemah lembut je dia korek2 jalan bagi bukaan besar lagi. aku takut gila kene gunting. sampaikan gigih minum minyak kelapa dara n sapu2 lagi sebelum g hospital tu. huhu...serikkk...
Lama meneran, tak lepas2. sampaikan saat2 akhir tu, incek suami jadi pom pom boy. dia dahla tak penah pun tengok aku teruk camtu, kali ni dia skali tolong bagi semangat. doktor offer dia duduk sebelah doktor, nak bagi tengok baby keluar. dia memang taknak la.haha. tapi masa baby dah kuar sket tu, aku n dia sama2 nampak rambut lebat kuar dah! dia pun, cepat yang! sikitttt lagi! teran yang! teran! haaa semangatttttt laki aku. haha...aku pun....dengan sepenuh tenaga nasi ayam tadi tu, baca bismillah, aku pun push!!!!!!! selamatla lahir si Yusuf tepat jam 3.40 pagi, 14 Jun 2014. memang kuat aku push n baby pun meluncur laju keluar. sangat drama kan cte aku!haha..
Dah kuar baby, doktor angkat trus letak kat aku, dia cakap pegang!pegang! aku blur. suruh pegang apa ni? biru mata hitamku.haha. rupanya anak dah biru wey...terbelit tali pusat lagi, lama sangat push lagi. aku tgk macam uri pun ada baby aku masa tu. adohai...
Sebab dia dah biru, so tak dapatlah baby crawling. bidan amik, timbang dan terkejut! doktor! 4kg! Ya Allah! aku bagaikan tak pecaya budak sebesar itu baru je keluar daripada perut aku! haha....patutlah horror sangat sakitnya banding ngan abang2 dulu.hihihi....mujur tak kena bedah je wey.
Nah! sebesar ini baq hang!
Paling best, kali ni tak ada guntigan episotomy. yess...haha...cuma 1st degree tear je about 2cm. Alhamdulillah...next tym boleh amalkan minum MKD tu lagi. rupanya lama dok meneran si Yusuf ni sampai sejam baru boleh kuar sebab dia tersangkut kat pipi. hadoi... awak sengih2 trus ke masa nak keluar tu dik?sebab tula dia sangkut kat mata tu ha..hihihi... tengok muka dia, memang pipi sangat gumuk tau! kalau kepala dia senget ke kana, mata kanan memang takleh buka. ade sampai bertahik la mata tu kalau aku tak tolong bukakan.haha.
Begitulah ceritanya...memang sakit beranak kali ni buat aku serik selama 3-4 tahun akan datang. haha. aku tak kisah pun nak beranak lagi, cuma buat masa ni biarlah dulu kami besarkan tiga heroes yang comel2 ni. hehe..kang cakap lelebih dapat rezeki awal plak. haha. apepun, mohla layan gambar. ngeh3.
Gambar family masa kandungan umo 8 bulan. besooooo perut aku.hahaha
Ni masa umurnya sebulan
Babies 1st day
Babies meniarap
Dah tiga dah hero kecik aku rupanya. Wajdi dah makin besar, makin becok macam mak dia. Tahun depan Wajdi n Firdaus dah masuk tadika sama2. Eii cepat sungguh masa berlalu! Tak lama lagi boleh dah bawak wajdi n firdaus pegi shopping buat bodyguard. haha. Yusuf pun dah pandai meniarap dan jadi si beluncas.hihi..oklah, stop sini dulu. tata..
Love,
Mama Wajdi, Firdaus n Yusuf
7 comments:
Sungguh bersawang blog ko setelah sekian lame. hihi.. Tahniah mama Haida atas kelahiran Muhammad Yusuf :)
Woha!nyampah!mujur ingat lagi password blog.kah3..
sambil baca brkerut2 dahi aku mcm tgh menhahan sakit jgk! teringat!! huu
congrats.....comel sangat:)
boleh buat comeback nie..setahun tak menulis hehehheheheh...
@Mama Iris hahahaha xpayah bkerut sangat!kih3
@AMIIZAA hihih tq!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
شركة تاج لتسليك المجاري بالقطيف 0551844053 ومكافحة الحشرات وخدمات التنظيف الشاملة من تنظيف للمنازل والفلل والشقق شركة تسليك مجارى بالقطيف
وخدمات تنظيف المجالس والسجاد والموكيت والكنب بالقطيف وتقديم افضل الخدمات المنزلية شركة تسليك مجاري بالقطيفالشاملة ومكافحة النمل الابيض ورش الدفان
وكافة خدمات الصيانة والمقاولات من سباكة وكهرباء وغيرها من الخدمات المنزلية بالقطيف . شركات تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
افضل شركة تسليك مجارى بالقطيف
ارخص شركة تسليك مجارى بالقطيف
Post a Comment