Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Officially His Wife

23.11.2013
Dengan sekali lafaz, sah saya menjadi miliknya.
Syukur atas kurnia-Mu.

Newly married :)

p/s : in sha Allah kalau berkelapangan akan disusuli dengan cerita majlis nikah & walimah. Kalau busy, tunggu balik Sarawak baru up story.

Friday, November 8, 2013

Dilema B2B...

Boleh kata setiap blog B2B mesti ada entry ni. Entry tentang apa?? Ofkos la tentang dilema untuk pilih jenis tudung waktu akad nikah. Nikah upacara yang wajib dalam sebuah perkahwinan. Mestilah kita nampak perfect kan. Setiap orang mesti nak perkahwinan yang sempurna. Sebelum ni dah pernah fikir tentang tudung nikah ni tapi rasa macam kena fikirkan semula.haha.

Why??

Sebabnya saya akan buat shawl sendiri. Kain pun dah beli tapi saya sendiri tak tahu kain shawl tu matching ke tidak dengan baju nikah. Baju nikah saya warna baby blue yang memang baby sebab warna dia soft sangat. Rasa macam kain untuk shawl tu macam terang sangat over daripada baju. Hurmm..

Lagi satu saya fikir macam simple sangat pulak kalau pakai shawl kosong. Trend sekarang kan blink2 dengan manik pearl lace bagai kan. Dan lagi satu faktor saya rasa attire saya simple sebab baju saya jenis peplum dan ada beading di pinggang dan hujung lengan saja. Tapi less is more kan.hehe.

Kalau saya dapat shawl ni, confirm tak fikir dah pasal tudung nikah.huhu

Teringin jugak nak pakai yang sarat macam ni tapi susah nak cari warna yang matching dengan baju..hurmm..

...tak boleh nak buat apa sebab dok terperuk dalam hutan ni..tak sabar nak balik next week. Nak tengok preparation wedding..nak tengok semua benda yan orang lain tolong settlekan..thank you so much family..
:(

Sunday, October 27, 2013

My Other Half

Dengarkanlah aku cerita hatikuCerita tentangmuAku mahu ikhlas, ikhlas menyayangimuTutuplah matamuCukup aku dan Tuhan yang tahu
Aku telah berjanji menyayangimuLahir dan batinkuAku telah berjanji mendampingimuLahir dan batinku

Andai engkau tahu ku siap mati untukmuJiwa dan ragakuCukup aku dan Tuhan yang tahu
~Wali Band~

Menghitung hari untuk menjadi miliknya. 
Moga jodoh ini milik kita dan kekal ke akhir hayat.
I love you more each day.
:)

Ikhlas daripada ,
ayang

p/s : rasa macam dah lama tak menulis ayat-ayat chenta ni..hikhik..bagi can la eh tuan tanah nak fefeling kejap ;)

Saturday, September 7, 2013

Wedding Check List

Rindu nak menulis dekat blog kesayangan ni tapi bila stay di tempat yang jauh dari segalanya, memang tak de cerita yang nak ditulis. Setiap hari bangun, pergi sekolah, tengahari balik rumah. Rehat-rehat sampai malam lepas tu tidur. Esok sambung balik rutin yang biasa. Inilah kehidupan saya di perantauan ni.

Lupakan tentang sekolah, hari ni saya nak cerita tentang persiapan perkahwinan. In sha Allah majlis akan berlangsung bulan November ni. Bila namanya tuan badan duduk jauh, makanya semua urusan keluarga saya yang uruskan. 

1. Borang nikah & Ujian HIV
Lepas majlis tunang hari tu saya dah settlekan urusan-urusan wajib. Haruslah tentang borang untuk nikah + ujian HIV. Semua borang saya dah serahkan pada Abah untuk next step. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Si Dia pun dah settle bab borang. Sijil untuk nikah luar qariah pun dah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah. So dah boleh nikah la ;)

2. Hantaran
Saya memang plan untuk buat sendiri gubahan hantaran. Rancangan asal saya nak buat simple je. Beli kotak yang warna silver/gold, lepas tu gubah bunga keliling kotak tu. Siap. Tapi kakak saya offer untuk buat gubahan hantaran yang grand sikit. Tak la grand melampau-lampau cumanya tak simple macam plan saya.hehe. So dah dia offer, saya terima dengan senang hati. Waktu cuti raya barang-barang untuk gubahan hantaran dah beli. Balik nanti tengok kotak hantaran yang dah siap jela.hehe..tq in advance kakak :)

*hantaran impian*
Plan saya nak buat macam ni la tapi idaklah guna kotak kaca. Design hantaran Arma Couture memang menyentuh perasaan..ouhhh..santeknyaaaa~~~

3. Barang hantaran
Untuk barang hantaran saya hanya beli handbag dan kasut (sebab nak kena try saiz kan). Yang lain-lain semua kakak Si Dia yang beli. Kami (Saya & Si Dia) hanya bincang online jela. Kakak bagi gambar then kami pilih-pilih. Setakat ni yang dah beli set perfume dan jam tangan. Yang lain-lain saya tak terima report lagi.hihi.. Gaya duduk oversea je ye. Semua benda orang yang uruskan.

4. Catering
Bahagian ni memang Mama Abah yang uruskan. Dari wedding abang dan kakak saya lagi. Catering dari awal dah booking Pakcik Awie, pekerja kantin sekolah mama dulu. Kenduri Kak Dilah dulu pun ambil catering dia. 

5. Kad Jemputan
Cuti raya hari tu dah survey harga kad jemputan area Taiping tapi semua harga paling murah 50 sen. Saya memang bajet tak nak buat yang mahal-mahal sebab kad ni orang buang je last2. Tuan badan je yang akan simpan. tu pun simpan sekeping dua je.hihi. So at last, Kak Dilah (2nd sister) survey area Ipoh. Then dapat la sekeping 19 sen + sampul 4 sen. Total untuk sekeping dapat 23 sen. Tq Kak Dilah :)

6. Goodie bag
Bag untuk cenderahati tetamu dah beli cuti hari raya. Ada offer 10 pieces RM1.90. Jatuh 1 beg 19 sen sahaja. Terus beli 1000 pieces warna ungu dan biru. Isi dalam goodie bag pulak Mama Abah request untuk letak Air Gau sebotol (saiz botol mineral kecik) dan roti gardenia. Simple dan orang pun tak buang-buang je makanan tu. 

7. Baju Pengantin
Alhamdulillah lagi sekali urusan saya dipermudahkan. Untuk baju resepsi saya ambil dari butik belah Si Dia. Both resepsi ambil di Kedah. Saya cuma booking buti di Taiping untuk make up dan bersiap bagi pengantin lelaki & perempuan. Butik pun dah booking tarikh. Area rumah saya jugak. So tak susah nak pergi pagi kenduri tu untuk bersiap.

Resepsi belah perempuan warna ungu ni. Sejak bila minat ungu pun tak tahu laa..haha. Saya dapat berita baju saya dua-dua resepsi baju baru (i like..haha). Untuk belah lelaki dress, belah perempuan (yg kaler ungu ni) design baru. Saya pun tak dapat bayang macam mana design tu. Tunggu jela hujung tahun ni tengok sendiri. Can't wait!! ;)

8. Baju nikah
Untuk design baju nikah dah lama saya survey nak buat design apa. Naik termuntah jugak la encik tunang layan saya. Plan asal nak buat dress tapi bila fikir-fikir balik, dress memang saya tak kan pakai kalau tak de event yang grand. Nak pulak kau mengajar dekat pedalaman yang kena naik bot bagai, memang harapannn la nak ada event grand. So plan untuk buat dress cancel.

Plan 1 : Nak buat dress macam ni. Tempat nak order pun dah ada tapi cancel sebab takut tak pakai dah. Rugi wehh buat mahal-mahal pakai sekali je.

 Dapat pulak idea nak buat baju kurung moden tapi kain shining / tabur diamond. Plan ni pun cancel sebab saya survey kain yang macam ni RM200++ semeter. Tak kan nak buat baju beli semeter je kan. Selagi boleh jimat, saya akan jimat. Lepas kawin nak guna duit jugak kan. so jimat selagi boleh :)

Baju yang guna kain shining. Memang cantik tapi ya ampun..mahalnyaaa.. 

Lastly saya decide untuk buat baju peplum. Simple & boleh pakai lagi lepas ni. Warna yang kami pilih baby blue. Kain sama dengan kain baju melayu encik tunang. Kami beli di Jakel Alor Star, RM18.90 semeter. Sampin encik tunang pun dapat di Jakel jugak dengan warna sedondon dengan baju. Memang nice la. Hope baju peplum saya jadi elok la.hehe

Design peplum lebih kurang macam ni. Add beading bahagian pinggang dan hujung lengan. Warna yang dipilih baby blue. Upah jahit + beading = RM200.

 Warna kain baju nikah kami lebih kurang macam ni. Baby blue. Love so so so much dengan warna ni.

9. Cadar pengantin
Cadar saya tempah di Ipoh. Total tempah untuk upah jahit + kain RM450. Ok sangat ni sebab kain yang dia guna berlapis-lapis dan kain tu bukan satin. Dia guna kain yang kasar sikit so tidur atas tu tak panas la. Lepas majlis kenduri pun boleh pakai lagi. Saya pilih cadar warna biru muda sebab baju yang pakai hari resepsi warna ungu gelap. So kena pilih warna cerah untuk kontra kan dengan baju resepsi. 

Korang buat apa lagi ye untuk urusan wedding? Setakat ni dulu ye.

Till then.
See ya!!

:)

Friday, September 6, 2013

My E-Day

:: entry mengandungi 25 keping gambar ::

Hari ni dah hari ke-27 saya menjadi tunangan Si Dia. Tapi cerita tunang baru nak up.hahahaha. Memang blogger yang fail. Tapi tak pe. Ini kan diari peribadi saya. So suka hati la kan nak up cerita bila pun.hehehe. Jangan marah ahh :)

 Dari pagi saya dah mula bergambar-gambar. Yang paling banyak gambar dgn anak-anak 2 orang ni. Dari pagi berkepit je dgn saya. Yang Abang Iman tu asyik tanya "achik ana kawin hari ni je kan?Esok kawan dengan abang balik eh." Haihh la anak..belum kawin lagi dah buat ayat touching.

 Banyak gambar waktu pagi ni. Tu paksu baju melayu pun tak pakai lagi. Saya pakai baju kurung moden beli ready made je. Veil ulang tayang veil nikah Kak Dilah.

 Again gambar dengan buah hati saya.

 Mama..terima kasih untuk segalanya. Untuk kenduri nanti Mama yang banyak settlekan urusan. Sebab saya kan nun jauh di seberang laut.

 Mama Abah
Terima kasih sebab jaga ana dengan baik sampai ada jugak orang jatuh hati..kihkihkih :)

 Sisterhood
Kakak-kakak saya yang super duper best!

~ siblings ~
: Abang Dan, Abang, Fizan, Me, Kakak, Kak Dilah :

 Dengan family Abang..yang sulung tu sampai mengangis meraung tak nak tangkap gambar. Sabor jelaa..

 With Mak buyung & Abg Hazly

 Family Kakak
Anak dara I sorang pun ada jugak. Tak nak berbaju kurung katanya.

 The only little brother.

 Puas pujuk baru nak pakai baju kurung. Little Aisyah yang buat masa ni dia sorang je "bunga".

 Lebih kurang jam 1 petang perbincangan bermula. Pertama kali Abah sendiri yang jadi jurucakap majlis pertunangan anaknya. Sebelum ni kawan baik abah yang jadi jurucakap. Tapi oleh sebab dia kurang sihat, maka abah sendiri yang bercakap.

 Sebelah wakil lelaki, sebelah lagi keluarga perempuan.

 Si kecik yang baru nak senyum sebabnya pagi-pagi tangan dia terseliuh. Main sakan sangat..tu dapatnya.

 Dengan family Mak. TQ datang :)

 Me, Him dan Wedding Planner..hehe :)

 Us with mama :)

 Waktu tu tetamu & family tengah makan. Saya tak makan lagi sebab rimas dengan veil segala bagai. Tunggu semua settle baru ngapp. Anak-anak saya setia berkepit dengan makcik mereka..haihh..nasiblaa bertunang dengan status makcik beranak 6.haha..Lepas sorang, sorang datang mengendeng.

 Unofficial fotografer. TQ Talib.

Last but not least, SELAMAT BERTUNANG for both of us.
:)