Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Throwback 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat yang Allah bagi sepanjang 24 tahun ni. Tahun 2013 merupakan tahun pertama saya bebas dari gelaran seorang pelajar. Namun tahun tu juga bermulanya kehidupan baru. Banyak peristiwa besar yang berlaku dalam 2013. Moh kita imbau sikit-sikit.

04.04.13
Sebelum ni semua lepasan maktab akan interview untuk dilantik. Tapi SPP buat sistem baru pulak. Ada interview dan penilaian khas. Saya tergolong dalam penilaian khas. Dijalankan di Hotel Bayview Penang. Semua berjalan lancar. Lebih kurang tengahari tamat.

28.05.13
Hasil penat lelah 5.5 tahun belajar di Perlis, saya berjaya menggenggam segulung ijazah. Ecehhh..ayaaatt. Alhamdulillah. Syukur sangat atas kejayaan ni. Moga ada lagi kejayaan-kejayaan seperti ni dimasa akan datang. Amin.

01.07.13
Perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Hampir 80% batch saya ditempatkan di Sabah & Sarawak. Saya redha dan terbang ke Sarawak dengan niat untuk bekerja hanya kerana Allah walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga. Nak pulak dapat sekolah pedalaman. Saya memang redha....

11.08.13
Setelah hampir 6 tahun mengenali Si Dia, akhirnya kami mengikat tali pertunangan. Saya bersyukur ditemukan dengan dia. *feeling blessed* :)

23.11.13
Syukur yang tidak terhingga. Dengan sekali lafaz, sahlah saya menjadi isteri kepada cinta hati, Hamzah Abdul Mutalib. Allah temukan saya dengan lelaki yang sempurna di mata saya. Lelaki yang sentiasa buat saya ketawa. Moga ikatan ini kekal hingga ke syurga.


Moga setiap langkah perjalanan selepas ini diberkati Allah.
Berusaha untuk menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Buat suami tercinta, kuatkan hati, kuatkan iman untuk menempuh dugaan ini. Moga ada sinar yang lebih indah untuk kita tahun ni. Love u much2 more :)

p/s : tuan tanah dah balik sarawak..so lepas ni boleh la update cerita cuti-cuti cinta yang tertangguh pulak..hehehe

Friday, November 8, 2013

Dilema B2B...

Boleh kata setiap blog B2B mesti ada entry ni. Entry tentang apa?? Ofkos la tentang dilema untuk pilih jenis tudung waktu akad nikah. Nikah upacara yang wajib dalam sebuah perkahwinan. Mestilah kita nampak perfect kan. Setiap orang mesti nak perkahwinan yang sempurna. Sebelum ni dah pernah fikir tentang tudung nikah ni tapi rasa macam kena fikirkan semula.haha.

Why??

Sebabnya saya akan buat shawl sendiri. Kain pun dah beli tapi saya sendiri tak tahu kain shawl tu matching ke tidak dengan baju nikah. Baju nikah saya warna baby blue yang memang baby sebab warna dia soft sangat. Rasa macam kain untuk shawl tu macam terang sangat over daripada baju. Hurmm..

Lagi satu saya fikir macam simple sangat pulak kalau pakai shawl kosong. Trend sekarang kan blink2 dengan manik pearl lace bagai kan. Dan lagi satu faktor saya rasa attire saya simple sebab baju saya jenis peplum dan ada beading di pinggang dan hujung lengan saja. Tapi less is more kan.hehe.

Kalau saya dapat shawl ni, confirm tak fikir dah pasal tudung nikah.huhu

Teringin jugak nak pakai yang sarat macam ni tapi susah nak cari warna yang matching dengan baju..hurmm..

...tak boleh nak buat apa sebab dok terperuk dalam hutan ni..tak sabar nak balik next week. Nak tengok preparation wedding..nak tengok semua benda yan orang lain tolong settlekan..thank you so much family..
:(

Thursday, October 31, 2013

RIMUP @ SK Nanga Beguang

Tarikh : 29 Oktober 2013
Tempat : Sek Keb Nanga Beguang

RIMUP adalah singkatan bagi Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.
All about perpaduan antara kaum
Jadi ini kali pertama saya akan ikuti program di sekolah lain.
*ermm..2nd time sebenarnya*
Awal pagi murid-murid dah pergi bersama GB & 2 org guru.
Kami yang lain tengahari baru gerak.
Kiranya pergi guna 2 bot.
Ada 3 sekolah yang terlibat semuanya.
SK Nanga Dalai, SK Nanga Beguang & SK Nanga Temalat.
Proud to be one of them.
:)

Bersama guru-guru SK Nanga Dalai (baju hijau) yang dah nak bertolak balik. Mereka kena gerak awal sebab perjalanan nak balik sekolah makan masa 3 jam dengan menaiki perahu ye. Sebabnya air sungai cetek. Kalau air sungai dalam 2 jam. 
*boleh kebas sendi-sendi duduk dalam perahu 3 jam.huhu*

Bersama guru-guru tuan rumah, SK Nanga Beguang (baju ungu). Tiba-tiba sesat sorang murid sekolah I.haha..layankan ajerrr. Yang lelaki-lelaki baju biru dan merah tu dua-dua penyokong kuat Red Warrior yang dah tak sabar nak pindah ke isteri masing-masing. Dua-dua baru dapat baby girl.

Ermm..apa lagi ye nak cerita. Kami guru-guru ada jugak perlawanan bola tampar antara guru dan staf. Saya pun join jugak. Boleh jugak main walaupun tah tahun bila last main bola tampar. 

Enjoy the day. Murid happy, cikgu happy.
:)

Sunday, October 20, 2013

Picnic with my kids

Minggu lepas saya berjungle tracking di Gua Niah.
Minggu ni saya berjungle tracking di hutan belakang sekolah untuk bawak kanak-kanak riang ni picnic.
Kami jalan dalam 30 minit sampai la sungai yang dituju. Saya tengok, alahai keciknya sungai. Muat ke budak-budak ni nak berendam.

Ni bekalan makanan untuk makan tengahari. Bawak dari dewan makan asrama. Lelaki-lelaki ni pulak konon tak macho mandi sungai keci. So mereka tunggu dekat tepi je. *macho la sangat..haha*

Walaupun sungai kecik, mereka tak peduli. Gembira macam mandi dekat sunway lagoon je gayanya. Yang baju oren tu PK1 ye. Dia pun sama naik baling-baling air dengan budka-budak.hehe.Comel :)

Lepas dah mandi puas-puas, makan, kami gerak untuk ke hulu agi. Katanya sungai lagi cantik. Sambung berjalan meredah hutan, sungai dan kayu-kayu besar kami pun sampai. Dan saya dengan eksitednya tanya dekat budak, "ni ke tempatnya?? wahhh..cantik gila!!" Budak-budak pun terus cakap, "haaa..tempat kita memangc antik cikgu". Yess sayang-sayangku, tempat kita memang cantik sebab jauh dari kota. I'm sooo lucky to be here.

 Ni dalam perjalanan. Pantang cikgu keluarkan kamera ada ke yang buat peace. Tapi xpe. Cikgu suka :)

Cantik x? Ada 3 tingkat air terjun. Tingkat 1 untuk tahun 1, 2 dan 3. Tingakt ke-2 untuk Tahun 4, 5 dan 6. Tingkat ke-3 untuk sape?? Untuk cikgu laaa..hehehe.

Seronok kan tengok kanak-kanak ni happy. Macam tiada masalah langsung.
:)

Nice view, nice experience.
I love this place so much.
:)

p/s : terlalu banyak typo dalam entry saya..kalau rajin saya akan betulkan..hehe

1st Reunion @ Miri Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim.
*cerita minggu lepas*
12 - 15 Oktober 2013 lepas saya dan adik-beradik pemulihan rancang untuk reunion di Miri. Sempena cuti Aidiladha yang singkat ni, memang ramai di antara kami yang tak balik semenanjung. So terus plan untuk berjimba-jimba.

Saya bertolak ke Miri pada hari sabtu naik flight. Malas sangat nak guna jalan darat sebab makan 6-7 jam baru sampai Miri. Lagipun dan janji dengan En Tunang untuk settlekan beberapa perkara hari sabtu tu. So xdela ganggu planning reunion dengan sahabat-sahabat. Malangnya flight En Tunang cancel sebab awan tebal. Flight dia hari Ahad.

Flight asal saya jam 9.25 pagi tapi dah retimed 2 kali makanya jadilah flight jam 12.15 tengahari. Sampai beli novel la dekat airport tu sebab bosan melampau. Tapi saya selamat tiba di Miri lebih kurang jam 1.15 pm. Sampai di Miri saya jalan-jalan dulu sambil tunggu yang lain-lain sampai. Tengah malam baru lah gerakan dari Sibu sampai menaiki 'vios' kebanggaan mereka itu.hehe. Apa-apa pun, alhamdulillah semua selamat sampai.

AHAD : 13 OKTOBER 2013

Waktu ni kami baru settle brekfes sambil tunggu Tima sampai dari KL dan En Tunang sampai dari Long Seridan. Tiba-tiba En Tunang mesej kata flight dia patah balik sebab awan tebal di Mulu. Saya macam "haa....." Bagitau yang lain-lain berita ni dan yang lain-lain pun macam speechless. Memang tak jangka flight dia patah balik sebab cuaca sangat ok. 

Kami pun terus ke airport untuk pick up Timah and guess what, saya nampak seorang manusia tersengeh-sengeh macam kerang dekat belakang Timah. Teka sape?? En Tunang kesayangan I la tu. Ehh2..boleh pulak buat prank2 bagai. Geng laki dah frust dia xdapat join reunion. Sekali semua terkena.

Destinasi pertama : Gua Niah.
Sebelum masuk kami solat siap-siap. Senang nanti tak perlu kalut. Ini kaum adam yang join reunion. 5 orang daripada 7 orang.

Untuk pergi ke laluan Gua Niah tu kena naik bot. Naik bot ni bayar RM1. Adalah dalam 30 saat sampai la.haha. Nak seberang sungai je pun. Muka ceria je sebelum berjungle treking.

Ini pasukan yang berada di hadapan. Saya mana? Nuuu..belakang sekali.hahaha. Sangat tak fit. Jalan pun terkedek-kedek. Si Atkah yang peknen tu pun lagi cargass.haha

Dah nama pun fotografer ada, gambar haruslah botingket-tingket.hehe. Perjalanan ni memang jalan ok, ada laluan yang elok tapi jauh giler kot. Kami ajalan ada kot 2 jam baru sampai muka pintu Gua Niah tu. Hishh..saya dah la dengan berblouse, bersandal bagai.haha. Nasib baik kaki xmelecet.

Dipertengahan jalan bergambar dan bergambar.hehehe. Sapa yang dekat dengan fotografer haruslah banyak gambar.hehe. I like :)

Yang ni bukan Gua Niah lagi. Gua apa tah nama dia. Kami pun dengan eksitednya ambil gambar bagai sekali bukan Niah lagi.hahaha..ciss..kena jalan lagi!!

My family..
They put colours in my life.
Yang ni depan pintu Gua Niah tapi kami tak masuk gua niah sebab makan masa dalam 1 jam lagi. Hari pun dah lewat. So kami decide untuk keluar balik.

ISNIN : 14 OKTOBER 2013

Pagi Isnin saya keluar dulu dengan En Tunang sebab nak cari kasut hantaran dia. Lepas brekfes terus mengukur shopping complex. Cari punya cari last-last dapat jugak kasut yang diidam. Mula-mula nak beli kasut sport tapi nan ado saiz. Maklumlaa..kaki kesayangan saya ni kecik ajer. Dah dapat apa yang diperlukan, kami terus join rakan-rakan lain di boling.

Tengah main boling pun harus bergambar. Eh, cantikla pusat boling ni. Saya suka.
:)

Lepas letih berboling, kami pergi makan. Dekat kedai ni femes Nasi Lalapan. Lalapan tu maksudnya ada 8 jenis lauk+ulam2. Tapi saya tak order pun nasi ni. Sebab pertama, saya tak makan keli. Option lain selain keli adalah ayam dan saya dah tersangat bosan makan ayam. So terus order nasi sup tulang. Sup dia pun superb. Kenyang perut suka hati :)

Lepas makan kami ke Tanjung Lobang. Lepak-lepak tepi pantai sambil minum air nyor. Amboii..santai sangat kann. Kalau setiap weekend macam memang bahagia laaa :)

Lepas lepas tepi pantai, kami singgah solat. Lepas tu terus ke Canada Hill untuk unexpected pre-wedding photo shoot. Terharu dengan sahabat-sahabat tersayang. Love this moment so much.

Destinasi terakhir rumah Atkah. Seronok dia sebab mak dan family kakak dia ada sekali untuk beraya. Memang meriah. Nak pulak dah bertambah ahli keluarga kan. 

Balik dari rumah atkah terus balik hotel untuk mandi, solat. Lepas tu keluar balik untuk lepak for the last time. Sambil lepas kutip gambar-gambar yang ada.hehe. 

Itulah cerita reunion singkat kami. Hari Selasa pagi semua bergerak ke destinasi masing-masing. Saya sangat happy dengan reunion ni. Alhamdulillah kami berjaya mengumpulkan 12 daripada 20 orang. 

Next reunion bila pulak??
:)

Thursday, October 10, 2013

Fly Away

Bila berada jauh di seberang laut, ditambah pula jarak dan masa yang diambil untuk pulang ke kampung halaman agak sukar, makanya saya dan adik beradik pemulihan yang bertapak di Bumi Kenyalang ni merancang untuk reunion kecil-kecilan.

Jadi, esok pagi (jumaat) saya akan gerak ke Sibu. Stay 1 malam di Sibu dan akan gerak ke Miri dengan flight. Kumpulan Sibu yang lain guna jalan darat. Saya memang tak sanggup nak guna jalan darat. 5-6 jam perjalanan. Kalau tambah dengan perjalanan saya naik bot lagi, dah berapa jam baru terkedek-kedek nak sampai Miri. Dengan yakin untuk mengorbankan duit, saya pun confirm untuk terbang ke Miri.

..Sarawak dari pandangan atas memang dipenuhi dengan aliran sungai sahaja..

Doakan perjalanan kami semua selamat tiba dan selamat pulang. In sha Allah selasa pagi saya akan pulang ke Sibu. Dan sekembalinya ke Sibu nanti, kemungkinan besar saya akan keluar Sibu hujung tahun nanti pulak untuk cuti akhir tahun.

Bila berada pedalaman, duit bukan menjadi masalah tapi masa dan tenaga. Apa-apa pun, saya bangga menjadi guru pedalaman. Priceless experience.

Take care readers.
:)

Thursday, September 19, 2013

Laksa semenanjung VS laksa sarawak

Hari ahad lepas kan saya keluar ke pekan Song. Makanya terus serang kedai makan muslim untuk memenuhkan perut. Kemudian cikgu senior tu bungkus laksa sarawak. Saya macam "eh, menarik jugak tu. Boleh buat lunch dan boleh la merasa laksa sarawak." Saya ni kategori peminat laksan jugak la. Memang dah terasa dekat tekak nak makan laksa. So saya pun bungkus laksa jugak bawak balik.

Itulah orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta. Tapi bila saya dah kenal laksa sarawak, hurmm saya tak jatuh cinta pun. Saya memang tak tahu langsung yang laksa sarawak ni guna bihun. Tak macam semenanjung guna laksa yang sebenar. Kuahnya pulak rasa macam kuah lemak pun ye, macam kari pun ye. Hurmm..lebih kurang gambar bawah ni la.

..gambaran laksa sarawak..

Sangat-sangat frust la bila laksa rasa macam tu. Tekak seriusly teringin nak makan laksa semenanjung. Beli laksa yang kuah pekat, perah pulak limau. Ya allah..sedapnyaaaa.. Hujung tahun wehh baru boleh merasa. Ujian ni. Makan dekat sini pun ala kadar je. 

..yang diidam..

p/s : confirm tak gemok duduk sarawak..haihh..

Monday, September 16, 2013

Outing ke Song

Weekend kali ni terasa sangat panjang. Sebab apa?? Sebab semua budak-budak hostel balik rumah masing-masing. So cikgu yang ada dekat sini kesunyian laa. Tambah pulak hari Isnin cuti Hari Malaysia. Lagilah mati kutu cikgu tak tahu nak buat apa. Makanya, kami yang tinggal ni plan untuk keluar ke Song. Tujuan utama adalah untuk beli tong gas nak ganti balik dewan makan punya. 

Jam 6.30 pagi kami dah tunggu di jeti sekolah. Tunggu bot yang orang sini panggil Ah Cai (maybe la kot ejaan macam ni). Lebih kurang jam 6.50 pagi bot pun sampai. 20 minit sampailah kami di pekan Song. Kecik saja pekan Song ni. Kami ada masa beberapa jam sebab bot tu akan balik jam 11.30 pagi. 

Destinasi pertama kami adalah pasar sayur. Kena tuju sini dulu sebab katanya pasar ni tutup awal. So marilah membeli sayur-sayuran. Saya tak bernafsu sangat tengok sayur-sayur ni.hahaha. Tapi saya tengok ada pelam dan pisang. Terus saya terfikir, dah lama tak makan buah. Terus beli pisang sepinggan RM2, pelam sepinggan. 

Ni housemate, schoolmate, roommate saya.hehe. Kawan baru dari Pendang, Kedah. Dia dulu IPG Darul Aman. Makanya memang keluaran IPG utara lah kami berdua ni. Dari utara terbang ke hulu. Haaa..kellass gitu. ;) Cik dayah ni tengah pilih-pilih sayur. Bab masak memang serah dekat dia. Maveless~ 

Lepas pasar, kami order tong gas. Minta dia hantar ke wharf (jeti) jam 11.30 pagi. Harga tong gas dia memang melampau-lampau bezanya dengan tempat kita. 1 tong penuh RM178. Dengar je harga tu, senyum tak perlu kata apa-apa. Hulur jela duit yang berkepuk tu ye. 

Habis gas, kami brekfes dulu. Awal pagi lagi kan. Brekfes sampai penuh perut, sambung berjalan-jalan men'settle'kan urusan masing-masing. Pergi repair printer, beli payung (payung memang pentin dekat sini), beli makanan sikit. Lepas tu lepak laa sampai jam 11.30 pagi.

Tepat 11.30, kami pun naik bot. Ni lah suasana dalam bot. Tambang RM3 sehala. Pergi balik jadi RM6 la. Berbeza la kalau naik perahu. Perahu RM30 pergi balik. Yela..perahu kan kecik je. So bayar duit minyak banyak la kan.

Ni rupa pekan kecil Song. Bank pun ada BSN je. Apa-apa pun, disini tempat saya mencari rezeki. Next time ketemu lagi ye pekan Song.

Till then,
See ya!

Sunday, September 8, 2013

Papan kenyataan kelas

Saya tak pernah lagi cerita tentang kelas pemulihan yang sekarang ni secara rasminya diuruskan oleh saya sendiri. Kelas pemulihan ni kecik je. 1 bay. Kalau ikut ukuran sebenar keluasan kelas pemulihan adalah 3 bay = luas bilik darjah normal. Tapi dah nama pun sekolah kecik, so jangan nak imagine kelas besar. 

Tapi I ok jer. Kelas kecik tak bermakna cikgu tak boleh mengajar kan? So kita buat cara kelas kecik. Pagi ni saya menjalankan misi untuk buat papan kenyataan untuk kelas pemulihan ni. Dah nama pun buat sendiri tak dak maknanya nak buat guna papan.haha. Saya buat guna polistren saja. Polistren pun recycle polistren yang ada dalam kotak peti ais. (Ye, saya baru beli peti ais..hehe).

 Ini bahan-bahan yang diperlukan. Polistren, kertas pembalut, gunting, pisau, double tape, dan pembaris. Saya balut 2 polistren saja. Yang lagi satu simpan dulu kot nak guna untuk benda lain. Kenapa kertas pembalut warna merah?? Saya bukan peminat tegar warna merah tapi sebab dah tak dak kaler lain yang menarik.hahaha. Boleh gitu? Boleh la ye..adat duduk jauh dari semua sumber. So kita rembat je apa yang ada. 

Hasil yang telah siap. Tak lama mana pun nak balut benda alah ni. Tak sampai 30 minit dah siap utk dua polistren ni. Esok boleh la lekat dekat kelas dan tampal-tampal maklumat-maklumat atas papan kenyataan baru ni. Yippiee.

Plan lepas ni untuk buat bahan-bahan Sudut Bahasa Melayu & Sudut Matematik. Harap-harap semua dipermudahkan. Amin~~

p/s : rindu dekat mesin liminate dkt rumah..kalau ada dia senang semua kerja..haihh..kena beli mesin liminate baru ke dkt sini?? 

Till then.
See ya!
:)

Tuesday, August 20, 2013

All about Temalat

Makin lama makin selesa di tempat baru.
Nanga Temalat adalah kampung kecil yang dihuni oleh masyarakat Iban.
Saya boleh dikatakan bertuah sebab jarak pekan Song dengan Temalat hanya 20-30 minit menaiki perahu melalui Sungai Rajang.
Saya tak nak cerita panjang, biar gambar yang berbicara.
Apa-apa pun, aku bersyukur rezeki ku masih ada.
Allah tahu apa yang terbaik untukku.
Keep smiling.
:)

Bot ni kami panggil bandung. 
Bot ni adalah kedai runcit yang berhenti di jeti sekolah.
Jadi kalau nak shopping, dekat sini jelaa.
Tak payah susah-susah nak angkut dari pekan.
Mudah kan? ;)
*pernah jugak kena turun sungai tu baru naik ke bandung sebab air cetek..huhu*

Ni jalan dekat belakang sekolah.
46 tahun masyarakat disini minta jalan.
Baru nak dapat sekarang.
Kalau ikut plan jalan ni akan siap hujung tahun 2013 tapi nampak gaya macam tak berapa nak siap lagi.
Tunggu jela ehh bila nak siap.

Pemandangan yang sangat menenangkan jiwa.
Petang-petang lepak tepi sungai macam ni.
Mengubat hati yang duka lara..hahahaha..lara la sangattt
(tangan dibahu mata ke atas)
:)

Yang gambar bila pertama kali kena naik perahu untuk ke Seminar Intergriti.
Hujan lebat waktu ni.
Dalam hati redha jela apa yang nak jadi.
Tapi I olss ok je ;)
Tak la teruk sangat naik perahu ni.
Rasa macam nak naik motor je.
(motor sangattt)

Ni view kelas pemulihan di hari pertama saya mengajar.
Serabut eh??
Tak pela..pelan-pelan saya akan ubah keadaan ni.
Murid saya ada 7 orang saja.
Semua keturunan Iban dan agama Kristian.
Sekarang ni hanya masalah konumikasi la.
Budak cakap Iban, cikgu balas cakap Melayu.
Haaaa...sapa nak beralah??
Cikgu laa jawabnyaa..
Cikgu kena belajar bahasa Iban ok.

Itu cerita sekolah saya. Kalau rezeki saya panjang di sekolah ni, in sha allah saya akan terus bahagia dengan cikgu-cikgu sini.
:)

p/s : susah nak update laju-laju sebab line macam siput b**i..hehehe

Wednesday, July 31, 2013

My long journey

Ok,blog dah berhabuk sebab tuan tanah dah terpelanting ke ceruk pedalaman Sarawak. Ermm..nak mula cerita dari mana eh. Ermm..ok la, saya mula cerita perjalanan dari KL - Kuching - Sibu - Song.

1 Julai 2013
Daftar nama dan check in di Hotel Empress Sepang. Oleh sebab batch kami ni sangatttlahh ramainya yang akan ke Sarawak, maka flight kami diberikan secara berperingkat. So tiket flight antara 1-3 julai. Tiket flight ni pulak ikut huruf pertama. Saya kan nama Nurul, jadi dapat tiket tengah-tengah. 2 Julai. Da settle daftar, kena tunggu pulak untuk check in bilik sebab geng yang cek in semalam belum cek out. Tunggu punya tunggu, dalam 2.15 petang baru boleh check in. Berpeluh jugak ketiak tunggu dekat luar hotel.huhu. Da settle cek in, family pun gerak balik Taiping. Sebab gila time ni :(

2 Julai 2013
Dari pagi sampai petang tak de aktiviti apa-apa. Just tunggu dan tunggu untuk terbang jam 8.00 malam. Sempat la melepak dengan geng maktab perlis. Waktu ni semua masih ceria termasuklah diriku ini.haaa..gelak sakan. Tunggu next day pulak. Saya selamat sampai Kuching lebih kurang jam 9.45 mlm. Dari airport terus naik bas (bas sekolah jenis tingkap tolak ke tepi tu ye) ke Hotel Grand Margarita. Dengar taklimat, cek in bilik, semak senarai nama untuk flight ke Sibu pulak. Semak punya semak, nama saya TIADA!! 

Ahh sudah..jangan kata kena naik bas pulak ke Sibu. Mau kebas montot. Tapi tak pe. Rilex lagi sebab badan serius dah letih dan mata mengantuk. Dengan niat nak naik bilik dan hantar barang, saya pun berjalan melalui meja yang pegawai JPN Sarawak duduk. Sekali ternampak nama saya dalam kertas atas meja tu. Aiyoo..rupanya flight saya ke Sibu hari 4 Julai. Maknanya lusa. Ok settle bab flight, terus naik bilik.

3 Julai 2013
Bersantai-santai di Kuching dengan sorang lagi maktab perlis. Kak Ain prasekolah. Dia pun flight ke Sibu sama dengan saya. Bersantai-santai dari pagi ke malam. Sempat jugak naik perahu jalan-jalan, dan shoping fridge magnet.haha.. Gaya macam melancong je ye. Padahal bertahun nak bertapa dekat Sarawak ni.

4 Julai 2013
Jam 3 petang terbang lagi dari Kuching ke Sibu. Yang ni naik MASWings. Gegar-gegar baik punya sebab saiz dia kecik. Saya ni dah la jenis tak tahan naik kenderaan. Dapat pulak naik maswings (salah saya jugak tak makan ubat before fly), dalam flight dah pusing-pusing kepala. Turun tu kena pulak jalan dari flight ke pintu masuk airport. Dengan panas terik maka bertambah-tambahlah sakit kepala. 

Masuk dalam airport, dah ada pegawai yang tunggu. Tapi kami kena tunggu lagi satu flight sampai baru akan gerak ke hotel. Makan sejam jugak la nak tunggu. Time ni pening kepala dah tak boleh kontrol. Terus pergi tandas dan tanpa warning habis semua yang makan tadi keluar. Sampai hotel lagi sekali muntah. Badan dah lembik. Sedih waktu ni sebab semua orang kena urus hal masing-masing, urus beg masing-masing. Dapat bilik terus naik bilik, baring. Malam tu makan panadol tapi tak jalan. Muntah lagi seround lepas tu baru boleh tidur.

5 Julai 2013
Jam 7 pagi, semua cikgu-cikgu PPD Song dah berkumpul di lobi hotel. Kepala masih pusing-pusing. Naik teksi pulak macam orang drift. Bertambah-tambah pening. Sampai wharf (jeti) terus beli tiket bot Ekpress untuk ke Song. Jam 8 gerak ke Song. Perjalanan ambil masa 2 jam. Sampai di wharf Song, ada pegawai PPD yang dah tunggu. Kami terus ke PPD untuk urusan lapor diri. Dah settle semua PK Hem SK Ng Temalat sampai untuk bawa saya ke sekolah. 

Lepas tu bermula perjalanan baru dalam hidup saya.
To be continue...

p/s : 4-5 jugak baru pening saya hilang..huhuhu :(
p/s/s : Kenapa tajuk long journey? Sebab 5 hari perjalanan baru sampai sekolah.haha


Tuesday, July 2, 2013

The journey begin.

Moga setiap langkahku mendapat redha Ilahi & redha Mama Abah.
Perjuangan baru saja bermula.
Anak-anak didik ramai yang sudah menanti.
Moga aku dapat menjalankan amanah yang telah ditetapkan Allah.
Melihat dan bersama-sama menjalani kehidupan dalam suasana dan budaya baru itu sudah pasti.
Doakan segalanya dipermudahkan-Nya.


With love, ana.
:')

Wednesday, June 26, 2013

It's not easy okay..

Masih dalam mood meng'settle'kan urusan untuk ke Sarawak. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yesss..ayat tu memang makan dalammm..

Lepas tahu result posting, tiap-tiap hari WAJIB keluar ke sana ke sini. Yela kan..minggu depan dah nak terbang. Bukan hujung minggu tapi hari Isnin!!! Masa memang sangat mencemburui saya sekarang ni. Pejam celik pejam celik dah malam. Lepas tu tidur, bangun pagi esok ada lagi benda tak settle.

Semalam pergi Pejabat Imigresen untuk buat Dokumen Perjalanan Terhad atau orang panggil passport biru. Nasib baik pegawai semua ramah tamah dan murah dengan senyuman. Lepas sejam, saya pun dapatla memegang DPT pertama dalam hidup. (sungguh ku tak sangka rezekiku sejauh ini..haha)

Hari ni pulak pergi cari barang keperluan untuk bawak ke sana. Semua beli yang kecik-kecik je. Nak terbang kan..so tak boleh besar-besar. Nanti berat..hehehe 
(sangat anxiety sebab 1st time naik flight..hahahaha)

Ingatkan dah settle la semua urusan. Sekali petang tadi dapat surat yang kena faks balik ke KPM. Oh my........ Maknanya, esok kena keluar lagi!!! Ok la..jumpa lagi lain kali. Kalau rajin ada la update lagi. Kalau tak rajin, update LIVE FROM SARAWAK laaa jawabnya.hehehe

See ya!!
:)

Tuesday, June 25, 2013

Quick update : Rezeki di Bumi Kenyalang

Alhamdulillah.
25 Jun 2013 tarikh keramat bagi PISMP Ambilan Januari 2009.
Dari Disember 2012 - Jun 2013 barulah berita yang sangat dinanti tiba.
Walaupun jauh dari keluarga, jauh dari negeri sendiri tapi demi pewaris negara, akan ku kuatkan hati menyahut cabaran ini.

SARAWAK AKU DATANG
:)

Mode CIKGU : on
:)