Idea nak memanggang dan membakar ni dtg dari Puan Ummi Naziha, bila mana dah terlalu banyak program terancang yang dibatalkan. Ingat nak gi ber'surfing kat Sunway Lagoon. Tapi ramai tak bleh bagi komitmen. Aku lagi lah frust.. gi Sunway, jadik tukang amik gambar je lah nanti. Hampa la aku tak dpt nak terjerit2 main slide2 tu.
Bila dia bagi idea ni.. smua mcm ok je. Siap dah bagi2 tugas dah *kami mmg begini, barulah lg meriah* Tapi aku sangat kesian sama tuan punya idea, last minit dia kena gi BTN. Punya lah hampa membe ni. Seb baik kawan-kawan yang lain ni mcm tak kejam. Ikut hati nak je trus upload gmbar kat FB, tp demi tak nak dia menangis lebih2 kat kem tu. Kita simpan je lah dulu.
Event mcm jadik makin menarik bila idea official shirt diutarakan. Seminggu masing2 semangat buat design. Bagus kawan-kawan aku. Aku tgk dr jauh je sbb idea mcm tak mari. Yang paling aku kagum, perancangan tu berjaya dilaksanakan. Dapat gak pakai masa BBQ ni. Aku je yang tak pakai, sbb aku tak nak jadik nangka kena sarung. Dah besar dah Sal & Hana pilihkan.. maka, jgn nak sangkal lagi. Sememangnya aku yg kembang tak ingat dunia.
Nah.. lihat lah sendiri.. *aku mcm nyampah siot tgk gmbr ni*

perrghhh!! giler besar ko dayu.. takut siot tgk diri sendiri. siyes, lepas ni breakfast oat je lah aku jawabnya. malam mkn sup sayur je.. nekad ni
Majlis diadakan di rooftop umah Salwa & Syafiq.. lokasi yang menjadi pilihan ramai. Terbaik tempat ni. Dah lah angin punyalah kuat malam tu. Dah aku feeling mcm BBQ kat tepi laut je. Janji 4.30pm, tapi kul 6.30pm baru aku ngan Ekwan sampai. Dah lah yang kena bawak BBQ pit tu kitaorg. Mahu tak kena marah.. hahaha, tp akak sengih je. Tak kan la membe sampai hati nak marah si buyung ni lebih2 kan.. Mintak ampun kawan-kawan..







Lepas masing-masing dah kenyang. Dah potong kek..dah makan kek.. kita main game pulak. Lose, Win & Draw. Hahahahah.. sgt kecoh waktu ni. Sampai lupa nak amik gambar. Sangat bising. Dah la lupa tutup main door ke rooftop tu. Mesti org2 kat level 19 tu hangin je. Seronok giler time tu. Gelak tak ingat dunia masing2. Samai lupa yang tadi aku dah pedih-pedih ulu hati. Laki aku jeling2 je, suruh beringat skit. Takut bini dia terberanak kat atas tu..

As sewa rooftop tu sampai pukul 11 je. Maka segera la kami mengemas walaupun masing-masing mcm masih syiok layan game 'conteng & teka' tu. Kang kena halau kang, haru je. Ada lagi niat nak terjun pool lak. Macam larat je masing-masing. Kalau korang masuk pool lak, jawabnya tak tido lah penduduk2 USJ One Avenue malam tu. Amik gambar je pun jadik lah. Tu pun korang dah cukup bising tau...

ok, aku eksyen je lebih ngan baju,mana muat nak sarung siot