Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wednesday, May 19, 2010

Latihan Keusahawanan Siswa (LKS)




alhamdulillah, setelah selesai program kat SMA Toh Puan Hajah Rahmah, aku bergegas ke Tuaran Beach Resort untuk mengikuti kursus keusahawanan anjuran MPP ums...dapatlah juga bercuti selama 5 hari kat sini, tenag damai hati..hehe...


kursus selama 5 hari nie banyak memberi aku peluang untuk mengenal potensi diri, membina keyakinan serta melihat sedikit ke jendela dunia...betapa aku perlu melakukan perubahan...terima kasih coach fuad and the team..



tidak aku sangka, syarikat kami, T.I.P.S Boutique Enterprise mendapat tempat pertama dalam pelan pemasaran.dan alhamdulillah, sekarang dalam proses mahu merealisasika syarikat kitorag..mudahan berjaya..

Read more...

Saturday, May 15, 2010

~Mari malihat dengan mata hati~



Alhamdulillah,
Aku manarik nafas lega, Allah memudahkan segala urusan aku waalupun time student semua dah balik kampung menikmati suasana kampung halaman, manikmati masakan mak yang sedap, bersama keluarga....
Tapi, aku masih lagi di UMS...
Menunaikan hak sesama muslim....alhamdulillah, selesai juga akhirnya.



Gembira aku melihat wajah-wajah suci adik2 SMA Toh Puan Hajah Rahmah, gembira menyambut kedatangan kami semua. Senyuman mereka tidak aku lupakan..inilah kali pertama aku berada di sekolah ini. sebelum nie pun aku tidak pernah mendengar nama sekolah nie..dengar2 sekolah nie sangat hebat2...syukur Allah takdirkan aku berjumpa dengan pelajar2 kat sini.

Pengalaman yang paling indah bersama mereka, rindu dengan suasana asrama. Dulu, aku juga pelajar sekolah asrama di tawau. So, aku tidak kekok untuk menginap di asrama mereka. Dapat mempelajari benda baru juga...

Sebenarnya, ada beberapa palajar sekolah nie yang aku memang dah kenal sebab mereka pernah terlibat dengan program bengkel debat arab 1 di UMS...sebab tuh rasa rindu dengan mereka semua. insyaAllah, jika ada rezekii akan bekerjasama dengan mereka lagi.

Pendekatan yang digunakan dalam program kali ini ialah “ antara semalam dan hari ini” dimana kitorang membincangkan secara detail mengenai sejarah umat Islam yang pernah gemilang sehingga kejatuhan umat Islam. Sejarah ini sangat penting bagi menentukan siapa kah diri kita..apa peranan kita...dan bagaimana mahu menghadapi cabaran2 masa depan yang penuh mehna dan tribulasi.

Slot yang aku paling suka ialah slot “ malam seribu keinsafan”. Bagi aku, slot ini adalah kemuncak program kerana salah satu objektif program ini ialah menerbitkan keinsafan dalam diri, dengan menyedari peranan sebagai khalifah dimuka bumi, dengan menyedari segala pengorbanan ibu bapa yang selama ini bertungkus lumus untuk mencari nafkah sehingga kita berjaya sehingga ke hari ini...

Air mata keinsafan akhirnya mengalir jua..teresak2 mereka menyesali perbuatan mereka terhadap kedua ibu bapa...teresak2 menginsafi dosa yang pernah mereka lakukan...aku Cuma mahu adik2 semua tahu, siapapun ibu bapa kita...mereka tetap ibu bapa kita dunia dan akhirat...aku Cuma mahu adik tahu, betapa selama ini kasih sayang dan kecintaan ibu bapa kita sangat mendalam....air mata ku jua turut mengalir...(T_T)

Pelajar2 SMA Toh Puan Hajah Rahmah nie sebenarnya memang sangat hebat2. Mereka punya potensi...bagi aku, orang sabah memang banyak potensi...(^_^)


Aku sangat bersyukur kerana Allah beri peluang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mereka, walaupun aku tahu nak dibandingkan ilmu aku dengan mereka, apalah sangat..mereka lebih faqih..berkongsi pengalaman nie bagus jugak..adik2 nie akan bakal ke menara gading, so banyak cabaran dan ujian yang akan di hadapi. Kalau ikut pengalaman aku, banyak jugak lah..(^_^)

Best sangat melihat adik2 nie semua bersemangat. Seperti sudah terbayang2 universiti idaman masing-masing...apapun, perkongsian ini memang sangat bermakna untuk mereka.. kuliah subuh diakhiri dengan laungan bersemangat “ aku mahu manjadi luar biasa” dan takbir...ya Allah, berilah mereka kejayaan yang mereka dambakan ini, demi agamaMu yang tercinta.

Perpisahan ini, bukan bererti pertemuan berakhir di sini...mudahan Allah izinkan untuk bertemu mereka di masa yang akan datang..insyaAllah...

Seperti tak mahu berpisah rasanya...(T_T)







Read more...

Thursday, May 6, 2010

~RIBA?? ....(T_T)~



Assalamualaikum wwb...

Saja nak citer, baru- baru nie aku ada menghadiri satu majlis ilmu di masjid UMS yang berkaitan dengan “RIBA”.....pada awalnya aku memang tidak niat nak kesana..tapi memandangkan ada meeting dengan akhwat kat masjid so baik dengar ceramah sekali..
Apapun, aku sangat3x bersyukur sebab Allah izinkan aku mendengar ceramah yang sangat menggetarkan jiwaku (seperti dalam lagu P. Ramle)...mungkin kita tidak sedar selama ini, kita terlibat dengan riba. Kita tidak sedar kereta yang mak ayah kita beli daripada pinjaman riba atau tidak. Kita malah tdak terfikir samada rumah yang kita duduki sekarang adakah bersumberkan wang riba atau tidak?? Dan wang PTPTN yang kita dah belanjakan untuk makan sekarang adalah riba atau tidak? Jujur, amat terkesan di hatiku...(T_T)


Aku tidaklah profesional dalam membincangkan soal kewangan, apatah lagi sistem kewangan islam. Namun, ceramah yang di sampaikan oleh Ust Muhammad Hafiz Fauzi ini sangat membuka mata aku...muqaddimah yang disampaikan dimulakan dengan membaca ayat2 Allah (merdu alunan bacaan dia), surah al-baqarah ayat 275-281;

“ orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barang siapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. “(275)

Subhanallah!!

Rupanya orang2 yang terlibat dengan riba ini memang gila ek? Tengok saja “Along”..(bukan along aku ya..aku pun di panggil along, hoho..) Along nie sanggup menetak mangsa, mencederakan mangsa, membuat mangsa jadi tidak tenteram, dan sanggup membunuh mangsa. Memang tidak waras kan...subhanallah!! maha suci Allah daripada perkara2 seperti itu. Mengapa mereka dikatakan gila?? Allah menukilkan dengan hebat dalam kalamNya, ada golongan yang mengatakan bahawa jual beli itu sama jer dengan riba. Xda beza pun...subhanallah..mereka seolah2 mengatakan bahawa SYURGA dan NERAKA itu sama saja...?? menurut pandangan pembaca..adakah sama??

Mungkin anda, dan aku juga pernah tersilap. Manusia itukan dhoif. .banyak kelemahan. Yang menjadi masalah sekarang bila kita diperkenalkan dengan sistem kewangan islam, produk2 islam, perniagaan cara islam...tapi bagi kita semua itu xda beza dengan sistem barat, kononnya sistem kewangan barat adalah sistem yang paling stabil sekali...namun hakikatnya, sistem kewangan islam adalah sistem yang paling stabil kerana formulanya daripada Allah sendiri. Termaktub didalam al-quran bahawa islam adalah jalan penyelesaiannya bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah ekonomi yang merundum sekarang.umat islam sendiri tidak mahu mengkaji al-quran...maafkan diri ini ya Allah..


Allah berfirman lagi;
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelimang dosa.” (276)

Ust itu ada menceritakan mengenai kisah semasa dia memberi ceramah beekenaan riba juga. Setelah selesai majlis sorang hamba Allah memanggilnya dan menceritakan bahawa apa yang dikatakan itu benar. Hamba Allah ini memceritakan ada seorang sabahatnya yang dulu sangat kaya, punya banyak cawangan perniagaan dan dia sangat berbangga kerana sumber yang diperolehinya untuk berniaga itu hasil daripada pinjaman riba. Dalam ayat diatas Allah menyebut “ memusnahkan riba”, maksud di sini ialah Allah akan menarik barokah orang2 yang terlibat dengan riba. Sambungan dari kisah tadi, sahabatnya ini lama kelamaan jatuh bangkrup. Semua orang memulaukannya malah ahli keluarganya sendiri tidak mahu menerimanya lagi. Sekarang dia pekerja biasa sahaja dengan gaji yang cukup makan. Begitulah Allah mencabut keberkatan rezekinya kerana tidak halal. Maaf, bukan mahu mengaibkan sahabat ini tapi sekadar mahu memberi contoh agar lebih realitis.

Sambung Allah;

“ sungguh, orang-orang yang beriman, mengerjakan kebajikan, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya,. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (277)

Indahnya kasih sayang Allah swt. Betapa lembutnya Allah..inilah kalimah yang sangat mententeramkan hati kepada setiap yang membacanya. Allah tenteramkan jiwa kita yang gundah, Allah menyiram kembali jiwa kita yang kekeringan..yang dahagakan kelembutan dan kehalusan kasih sayang Allah. Bila kita yakin janji Tuhan, kita tidak perlu khuatir dan janganlah bersedih hati. (T_T).............

“ wahai orang2 yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman.” (278)

Dengar ayat nie, teringat akaun yang aku gunakan sekarang...huhu...takutnya ya Allah..jujur, aku tidak menggunakan islamik banking...dalam hati nekad mahu menukar..(nekad)

“ jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan rasul Nya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok harta mu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak dizalimi (dirugikan). (279)

Subhanallah!! aku dan anda semua perlu lekas2 bertindak. Allah mengumumkan PERANG keatas orang2 yang terlibat dengan riba. Dalam banyak2 dosa2 besar, inilah antaranya dosa besar yang Allah umumkan PERANG keatas pelakunya...zina? Allah tidak umumkan perang.

“ dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tegangan waktu sampai dia memperoleh kelapangan. Dan jika kamu menyedekahkan, itu lebih baik bagimu, jika kamu mengerti. “(280)

“ dan takutlah pada hari ketika kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang dilakukannya dan mereka tidak dizalimi (dirugikan). “ (281)

Alhamdulillah, walaupun aku tidak banyak mengetahui banking sistem nie, al least aku sedar riba ini membunuh ummat. Setelah selesai ceramah tu, keesokan paginya aku dan sorang junior aku nak gi bank CIMB, tukar ke islamik banking...tapi...kitorang xdapat sebab..xtau apa sebabnya, kitorang kena gi cawangan lain la pulak..mudahan Allah memaafkan kami semua...amin..(T_T)..hukhuk...
Wsalam..
Read more...

Saturday, April 24, 2010

~Aku begitu cemburu~(T_T)



Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillah...
Tubna ya Allah
Waraja’na ya Allah
Wanadimna
Ya Allah..

Allah
Ya Allah


Sayu kedengaran,
kalimah mensucikan Allah,
Mensyukuri nikmatNya,
Dan mengesakannNya...
Serta...
Mencair jiwa yang keras memohon ampunan dariNya...

Malam yang sungguh dingin...
Membawaku kedalam lautan alam semesta...
Pandangan mata hatiku melebihi pandangan mata kasarku...
Dalam hati mengucap syukur yang tak terhingga...
Kerana membawaku dalam dakapan kasih dan cintaNya...
Dalam waktu yang tidak ku jangka...

Kuraih kasihNya,
Ku gapai Nur Nya..
Agar aku sentiasa berada dalam dakapan Rahmat Nya...
Dan berlindung dalam naungan redho Nya...
Berteduh dalam lembayung barokah Nya...
Sehingga aku tenggelam dalam lautan cinta Nya yang agung...
Sungguh...
Diriku tidak layak...justeru ku sangat cemburu..

Saat malam gelap,
aku berada dalam lautan alam yang luas..
ditemani jiwa yang kesepian ...
meneroka ciptaan Maha Agung...
aku cemburu...



aku cemburu melihat bintang...
setiap manusia yang melihatnya...
pasti tersenyum...
pasti lenyap gundah di hati...
dan pasti bahagia lantas bersyukur kepada ilahi...
kerana setiap kerlipan cahayanya itu...
terpantul kalimah Allah yang esa...
tidak pernah lelah mengerlipkan cahaya nan indah...
demi kecintaannya pada Rabbnya...



aku cemburu melihat bulan...
setiap yang melihatnya...
pasti berbunga rasa di hati...
manusia saling rindu merindui tatkala melihat keindahan sinarnya bulan...
kerana setiap pancaran cahaya itu...
menyinar kalimah Allah yang esa...
tidak pernah lelah memancarkan cahaya di malam yang kelam...
menyinari pelusuk alam...
demi kecintaannya kepada Rabbul izzati...

aku cemburu melihat pohonan...
tika ditiup angin..
sentiasa berlagu indah...
daunnya menari-nari bahagia...
sehingga setiap mata yang memandang turut terhibur...
hati yang dilanda ombak turut menjadi tenang ...
kerana setiap lagu yang dinyanyikan itu...
tersembunyi kalimah ilahi...
mengagungkan Nya...
mengesakan Nya...
kerana cintanya kepada Rabbul a’lamin...

aku juga cemburu dengan jantungku...
walaupun ia terletak di dalam jasadku...
tetapi setiap nadi yang berdenyut sentiasa menyebut “ Ya Rabb, Ya Rabb”...
sedangkan diriku...
terlalu sedikit mengingati Mu...
maafkan diriku..
hamba Mu yang lemah lagi hina...
aku turun dari nakhoda..
setelah meneroka di lautan alam...
aku memanjangkan doaku...
aku memanjangkan sujudku...
air mata terus gugur...
satu persatu...
aku ingin tenggelam...
dalam lautan cinta Mu...
agar dapat mengikis...
dosa dan noda yang berkarat dalam hatiku...
air mata terus gugur..
memohon kekuatan...
Read more...

Thursday, April 22, 2010

Karam Di lautan Duniawi



Aku sudah mencapai 22 tahun...dalam perjalanan itu, aku sudah melihat serba sedikit karakter dunia..iya, begitu banyak misteri disebalik keindahan duniawi..sehingga ku tak mampu menerokanya...kadang aku karam dilautan duniawi, bilamana aku melihat tempat berpaut lalu aku singgah...



namun, arus yang begitu kuat dan kencang, membuatkan pautan aku menjadi lemah..lama kelamaan hanyut sekali bersama arus yang deras...

aku telah karam dalam lautan duniawi...adakah aku akan mati dalam keadaan begini?? Apa yang ada dipenghujung arus yang deras itu?? Adakah sungai yang tenang?? Ataukah lubang yang penuh dengan duri yang tajam??

ohh!! Aku tidak tahu!! Ditepian kulihat teman2 aku cuba untuk menyelamatkan aku..mereka bersungguh2, berupaya mencapai tangan aku namun ku tidak menghulurkannya...dan aku rasa mungkin ada teman lain lagi dihadapan sana yang bisa menyelamatkan aku.aku tidak kenal mereka. Mereka sungguh pelik bagiku.aku tidak yakin pada mereka..aku takut mendekati mereka...

ya!! itu dia!! Dialah teman yang aku cari2..dia selalu disisiku..tapi..mengapa mereka hanya melihat aku?? Aku dalam kesusahan..!! mengapa mereka tidak mencuba menggapai tangan untuk menarik aku ke tebing arus yang semakin memukul?? Bukankah kita teman karib?? Aku selalu membantumu tatkala dirimu lemah!! Tidak!! Aku sudah berada dihujung arus dan beberapa saat lagi akan jatuh ke lembah durjana!! Mengapa kamu masih tidak mahu menarikku!!

Ohhh!! Sungguh, sahabat yang dulu mahu menyelamatkannku sudah jauh..dan mustahil untuk menggapai tanganku!! Mereka sudah jauh dari pandangan mataku!! Tolong aku ya Allah!!

Apa?? Baru saat ini ku menyebut nama Tuhanku!! Ya!! Aku mamohon agar Allah membantuku dalam kesulitan ini..aku tahu Allah tidak akan menzalimiku!!
Pandangan mataku samar..yang kulihat hanya arus deras yang makin menghimpit nafasku..aku lemas..

tiba2 kulihat sebatang ranting yang kecil dari tebing..aku cuba berpaut akannya..syukur..namun aku perlu lekas untuk sampai ke tebing sebelum ranting itu patah...setelah bersusah payah, akhirnya aku dapat sampai jua ke tebing..hampir sahaja aku terjatuh dalam jurang yang bisa membinasakan diriku...........(bersambung)

Read more...

Wednesday, April 21, 2010

~Sweet MemorY of AkhwaT~



Assalamualaikum..
cuti semester nie aku xbuat banyak sangat pergerakan..kecuali dibahagian jari. disamping menyiapkan proposal untuk program semester depan..menyusun takwim dan pengisian halaqah nie...jari2 nie dah kebas menaip..mata pun keletihan..panda women!! henshin!!

Aku sangat bersyukur, nikmat Allah yang terlalu banyak untukku..apatah lagi DIA telah mentakdirkan aku untuk berada diatas jalan ini...yang mana berbeza dengan syabab2 yang berada diluar sana..diatas jalan inilah aku kenal Rabbku, diatas jalan inilah aku tahu tujuan hidupku, diatas jalan inilah aku tahu matlamat hidupku dengan jelas..diatas jalan inilah aku kenal apa itu tarbiyyah, dan diatas jalan inilah aku kenal apa itu dakwah..nak tahu?? Kenalah join....;-)

semester lalu, halaqah insyirah pergi rehlah kat sg moyog...agak jauh jugak tempat tuh...pada awalnya naqibah aku suruh vote tempat yang kitorang nak pergi..

a. Kundasang
b. Sg moyog
c. Kudat

Huhu..kalau (a) memang aku tak nak pergi. Bukan apa, tak tahan naik kereta lama2..mabuk. .cukuplah aku bertahan naik bas ke tawau 10 jam..xtahan2..lemahnya diriku...huhu

Then, walaupun aku tak tahu sg moyog tuh kat na, aku pilih jer la..tuptup..alhamdulillah..sg moyog jadi undian terbanyak sekali..alhamdulillah..
Acttually, aku dalam dilema samada nak pergi rehlah ke tak?? Ada masalah ckit. Alhamdulillah, Allah izinkan aku pegi gak..dengan hati yang penuh rasa syukur tak terhingga..ahirnya kami sampai ke tempat tujuan..

Sesampainya disana..apa lagi, acara makan2 bermula..lapar sangat..huhu..memang sedap lah kak lin dan kak hidayah masak...biasalah, dah isteri orang..
Setelah kenyang, barulah acara bermula..dengan pengisian kak lin..kitorang duduk kat atas batu sambil bermain2 dengan air sungai yang jernih dan dingin..masyaAllah..
Firman Allah SWT;

“ sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang2 yang berakal. (iaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),”Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau. Lindungi kami dari azab neraka.” (ali-imran:190-191)

Subhanallah...memang benar, setiap yangAllah ciptakan ini tidak ada yang sia-sia, masing2 punya fungsi masing2..yang mana makhluk Allah ini patuh pada perintah Allah secara ijbari..sunnatullah..

Allahu Karim..
Damainya hati, bila semua makhluk yang ada dimuka bumi, malah di seluruh pelusuk ciptaan Allah semuanya bertasbih memujiMU...seluruh pelosok alam ini adalah tempat ibadah kerana semuanya memuji dan mengagungkanMU...kalimah syukur yang tak terhingga terukir di sudut hatiku..


setelah itu, aku pula ditugaskan memberi tazkirah..sebenarnya kak lin dah berutahu awal2 yang aku akan memberi tazkirah pada hari itu...tapi oleh kerana dilema yang sangat mendalam dan menyesakkan hati, aku tidak ada persediaan untuk memberi sebarang tazkirah..hm,,,apapun tugas tetap tugas. Aku baru pilih tajuk tazkirah iaitu ‘ Hati seorang Da’ie’..aku memetik satu kisah seorang pemuda yang beriman dan menjadi contoh kepada para da’ie ilallah. Aku ambil kisah tuh dalam surah yasin mula dari ayat 20. Sungguh tragis apa yang berlaku kepada pemuda yang bernama Habib an-najar itu. Apabila dia telah mendengar kebenaran daripada utusan Allah, beriman kepada NYA..terus menyeru kepada kerabatnya serta kaumnya agar beriman dengan Allah..walaupun dia tahu keluarganya akan mengusirnya dan mencercahnya, walaupun kaumnya menghinanya dan mendustakan apa yang telah disampaikan olehnya..sehingga dia tahu bahawa kaumnya tidak akan melepaskannya begitu sahaja..dan akhirnya dia dibunuh oleh kaumnya sendiri kerana telah membawa kebenaran..dia yakin janji Tuhannya..
keteguhan iman seperti inilah yang patut ada pada diri kita semua..(saya juga), walau pahit, walau perit..kebenaran tetap kita pertahankan walau terpaksa bergadai nyawa..walau diri kita disisihkan masyarakat..

tazkirah itu banyak memberi pengajaran dan peringatan bagiku yang dho’if..adakah aku punya value seperti pemuda itu?? Aku Tanya pada diri sendiri..

setelah tazkirah aku berakhir, tiba mas ukhti Rubi menyampaikan tugasannya, isu semasa..bincang tentang pembuangan bayi..geram sangat dengan manusia yang tidak bertanggungjawab..tak sayang dengan baby tuh,,tak nak bagi aku..aku nak..hehe..
apapun cara yang dilakukan...bina rumah kebajikan, tubuhkan rumah anak yatim..atau apapun..pasti tidak akan menyelesaikan masalah yang berakar umbi..kerana yang dapat menyelesaikan masalah itu adalah Islam sendiri..berpegang teguh pada agama..taat pada Allah..islam itu syumul..dan penyelesai masalah hanya Islam..

dah..best sangat mentadabbur alam sejenak..disebalik kesibukan mengejar dunia demi risalah..aku bersyukur diberi nikmat ketenangan dalam memerhati penciptaan alam ini..aku mahu seperti ulul albab yang Allah kata dalam surah ali-imran sebentar tadi..yang sentiasa mengingati Allah..setapak langkah, sesaat nafas..sehirup udara..adalah untuk Allah...ibadah kepada Allah..tenggelam dalam mengabdi amal islami kepada Rabbnya..
firman Allah;

“ dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat2 Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat2 Allah. Mereka seperti hewan ternak, bakan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah. (al-a’raf:179)

Aku tidak mahu seperti mereka yang disebut Allah dalam ayat diatas...;-(

terus terang..aktiviti setelah proses tazkiyatun nafs ini tidak kurang hebatnya...kitorang siap mandi2 lagi...hehe, seronok berendam dalam air yang dingin itu...walaupun kepalaku sudah tidak dapat menahan kesakitan..namun kugagahkan juah untuk bermain bersama ukhti Ros dan ukhti Hidayah..kami bertiga jer yang berendam..yang lain jadi tukang sorak...hehe

mudahan, wasilah dakwah ini dapat menambah keimanan dan merapatkan ukhuwwah antara kami di jalan ini...demi risalah agama Allah...mewarisi perjuangan Rasulullah menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini ( seperti jawapan dalam SPM subjek pendidikan Islam)..
wallahu a’lam bissawab...;-) Read more...

Tuesday, January 26, 2010

AWAKEN........



We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying


Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
Read more...