Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Saturday, January 31, 2009

Qiyamullail

Al-Hasan Al Basri r.hm. berkata:

"Aku tidak dapati suatu ibadat yang lebih berat daripada sembahyang dipertengahan malam. lalu beliau ditanya: Apakah yang menyebabkan wajah orang yang bertahajjud menjadi lebih bercahaya dan berseri daripada manusia lain? Beliau menjawab: Ini kerana mereka telah bersendirian dengan Allah yang bersifat pemurah lalu Dia memberikan cahayaNya kepada mereka.
Firman Allah SWT:
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); " (Al- Sajadah: 16)

Nabi SAW bersabda:
" Hendaklah kamu melakukan Qiyamullail, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, suatu ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kamu, pengampunan terhadap kesalahan kamu dan pencegah dari melakukan dosa."

Tidak dinafikan mengerjakan qiyamullail adalah sukar apatah lagi untuk istiqamah kecuali orang-orang yang dibei taufik oleh Allah SWT melalui beberapa factor untuk memudahkannya. Namun, ganjaran bagi orang yang istiqamah serta ikhlas dalam melakukannya amatlah besar dan mulia disisi Allah SWT.
Dorongan utama untuk melakukannya adalah kecintaan kita kepada Allah SWT serta kekuatan iman. ini kerana keyakinan kita bahawa Allah SWT akan mendengar rintihan dan munajat kita serta merasai kehadiran Allah SWT. Perasaan takut dan menyesal akan dosa-dosa yang telah lalu membuatkan dirinya sangat hina dan sangat mengharapkan pengampunan Allah. kerana keyakinan bahawa kasih sayang Allah lebih luas jika dibandingkan dengan kemurkaanNya.
Dalam kitab sahih muslim daripada Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya terdapat suatu masa pada waktu malam, yang mana jika seseorang hamba meminta kebaikan pada Allah pada waktu tersebut, Allah pasti akan memakbulkan doanya, masa tersebut wujud pada setiap malam."

Adapun terdapat beberapa faktor yang boleh memudahkan kita untuk mengerjakan qiyamullail sekaligus istiqamah dalam mengamalkannya.
Faktor luaran:
1) Makan tidak terlalu banyak. sebahagian ulamak berkata: wahai orang yang mahaukan kebaikan, janganlah kamu banyak makan, lalu kamu akan minum banyak sehingga kamu banyak tidur seterusnya kamu sendiri yang akan kerugian.
2) Tidak memenatkan dirinya dengan kerja-kerja yang berat pada siang hari.
3) Tidak meninggalkan Qailullah( tidur sebantar waktu tengahari), kerana ia dapat membantu untuk bangun malam.
4) Menjauhi dosa-dosa kerana At-Thauri pernah berkata: aku telah terhalang daripada qiyamullail selama lima bulan kerana satu dosa yang aku lakukan.
Faktor Dalaman:
1) Berlapang dada terhadap orang Islam serta mengosongkan hati daripada perkara bid'ah dan keseronokkan dunia.
2) Perasaan takut yang menguasai hati disamping pendek angan-angan.
3) Mengetahui kelebihan qiyamullail.
Sesungguhnya dengan mengamalkan Qiyamullail dan istiqamah juga dapat memupuk kecintaan kita kepada Allah SWT dengan izinNya. Kerana barang siapa yang menghidupkan malamnya dengan solat sunat dan munajat kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menggugurkan dosa-dosanya yang telah lalu. Wallahu'alam
.
Read more...