Assalamualaikum…
Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih meminjamkan aku sedikit lagi ruang untuk bernafas, memberi ku peluang untuk memperbaiki diri dan menjalankan tanggungjawab ku sebagai hambaMu semampuku…serta memberi peluang mengupdate blog untuk perkongsian semua..syukur…
cuti selama sebulan nie, memang x cukup, nama pun manusia xpernah rasa cukup, hehe
3 minggu masa ku isi di Tuaran sabah, walaupun aktiviti tak la best sangat tapi boleh lah memeningkan kepala, disamping menyiapkan assignment halaqah, hehe.
biasalah musim cuti sekolah, anak buah ku semua balik tuaran bercuti, seramai 9 orang yang perlu aku handle, punyalah nak pecah kepala. lebih2 lagi mereka semuanya hyperactive, memang kalau anak campur2 (kacukan) hehe.
family aku masih ramai lagi yang non-muslim, sebab kebanyakan keluarga kahwin dengan muallaf kan..hehe. Tapi, Alhamdulillah, seorang anak buah aku yang berumur 9 tahun sangat tertarik dengan Islam. Subhanallah, keindahan Islam betul2 telah menarik hati anak buah aku sorang nie. Dia suka dengar saya baca Quran, dia pun dah belajar alif, ba, ta dengan baik sekali. Sehingga dia kata dengan aku dia nak memeluk agama Islam tapi mak dia x benarkan. Biasalah tu kan…lagipun dia nie masih lagi budak2. Mudahan Allah pelihara dia dan beri cahaya dalam hatinya kelak…amin…
Disamping aku menjaga anak buah aku yang macam tentera perang tuh, sempat jugak lah aku mendera diorang, bantu aku bercucuk tanam. Belakang rumah tuh ada sebidang tanah, kira luas jugak lah. sesuai untuk projek pertanian (fitrah pelajar pertanian). hehe, mau praktik sikit apa yang telah di pelajari di sekolah. Kalau sahabat pembaca mau belajar menanam ble jugak…ikuti step2 dibawah…
1. First, cari tempat yang sesuai untuk membuat batas tanaman; kena periksa jenis tanah dan kawasan jugak, sesuai dengan jenis tanaman yang mau ditanam. Kalau tanah tuh jenis "clay", tidak berapa sesuai sebab terlalu berasid, dan pengudaraan tanah tu sangat teruk. Kalau terlalu berpasir pulak memang bagus untuk sistem pengakaran tapi takut2 tanaman nanti kekurangan air pulak sebab air mudah mengalami erosion. Ha..mau pilih tanah yang bagus, biar yang berwarna hitam, sebab kaya dengan humus/bahan organik, kalau ada cacing lagi sihat tanah tu…Alhamdulillah tanah dekat belakang rumah tuh semuanya tanah "loam" atau nama lain tanah hitam. Tapi, walaupun begitu, tanah yang aku sebutkan tadi tuh bukannya langsung tidak bermanfaat. kombinasi semua tanah itu sangat perlu kerana dapat membantu pertumbuhan yang baik. Subhanallah, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia2. Pasti ada hikmah disebalik penciptaan yang sangat hebat itu. aku ada terbaca sebuah buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin mengenai bukti kejadian penciptaan Adam a.s dari segi sains. Bukti kita nie berasal daripada tanah, salah satunya kita sangat memerlukan makanan yang berpunca dari tanah, contohnya yang kita makan sekarang nie, beras, sayur-sayuran dan lain2. Kalau semua tuh kita x ambil, maka berlaku lah malnutrition yang sekarang nie hangat berlaku di Afrika. We are dying!! Maha Hebat Allah!! Kita memilih tanah/medium yang baik samalah juga kita meletakkan diri kita ke tempat yang sepatutnya, sejajar dengan tujuan penciptaan kita sebagai manusia, untuk beribadah dan menjadi Khalifah di muka bumi ini, menjadi ustaziatul alam. Allah meletakkan kita sebagai umat yang terbaik (khaira ummah) dan umat pertengahan (ummataw wasato). Maka kita sepatutnya letakkan diri kita ketempat yang sesuai dengan fitrah, bukan ketempat yang lebih rendah daripada haiwan. sesuai dengan firman Allah dalam surah at-tin ayat 4;
"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam keadaan yang sebaik-baiknya.”
2. step seterusnya ialah membuang semua rumpai bendasing atau lalang-lalang yang terdapat disekitar kawasan tapak penanaman. Rumpai ni sangat berbahaya, walaupun kecil tapi effect tanaman sehingga boleh membunuh pokok yang kita hendak tanam. make sure kita kena kenalpasti yang mana satu tumbuhan perosak untuk mengelakkan tanaman kita nanti terpaksa bersaing untuk mendapatkan nutrient. hehe. step ke2 nie sama seperti kita mengucap kalimah tauhid 'syahadatain". Tiada Tuhan Selain Allah. Begitu hebat kalimah nie, kalau kita perhatikan mengapa kalimah nie di dahului dengan penafian "tiada". kita reflect balik dengan membuang rumpai perosak tadi. means kita kena bersihkan dulu hati kita dengan perkara2 jahiliyyah yang pernah menjadi tabiat dan amalan kita, barulah kalimah ini melekat dalam hati. Hati itu adalah raja segala raja. Bila hati diisi dengan kalimah Allah, segala ibadah, hidup dan mati hanya untuk Allah semata-mata. Apa benda jahiliyyah tuh sebenarnya?? sejenis kuih ka?? dengar macam boleh makan kan.. jahiliyyah adalah perkara2 selain daripada Islam. Oleh itu, marilah kita selamatkan diri daripada "rumpai jahiliyyah" agar tidak menyaluti raja dalam badan kita nie. samalah macam batas2 tadi, kalau x buang rumpai perosak, kita tidak boleh continue menanam, akan merosakkan tanaman. Apatah lagi jahiliyyah moden sekarang makin berleluasa terutamanya dlm kalangan remaja. Kalimah syahadah yang pernah diucapkan tidak melekat dalam hati, dimulut sahaja. Sedangkan musuh2 Islam sekarang bergabung tenaga menjatuhkan maruah Islam. Mereka tidak pernah merasa penat memikirkan cara untuk mempengarugi minda umat Islam agar kita semua jauh dari agama sendiri. sesuai dalam firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 120;
"dan org2 Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah" sesungguhnya petunjuk Allah itu adalah petunjuk (yang sebenarnya)."Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran telah sampai kepadamu, tidak aka nada bagimu pelindung dan penolong dari Allah".
Mudahan Allah sentiasa memberi jalanNya sebagai jalan untuk kita terus mengembara meraih redha ilahi. Amin…
3. lepas tuh, ble la kita ambil cangkul kita buat batas dengan ukuran 1.2 meter lebar dan 6 meter panjang dengan kedalam 10 inci dari permukaan tanah. Setelah tanah digembur, blelah kita buat lubang dan letakkan biji benih kedalam lubang tersebut. satu lubang ble letak 2-3 biji benih, depend on tanaman apa yang kita mau lah. ari tuh aku tanam sayur kangkung, senang sikit kalau kangkung nie..jadi sekarang kita Cuma perlu siram dan jaga elok2. bijih benih tu ibarat iman yang ada dalam hati kita. Bila kita jaga dengan baik, disiram dengan betul dan diletakkan baja dengan secukupnya, pasti akan menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti. Kita umat Islam memang semuanya beriman kerana kita percaya kepada kewujudan Allah, betul x?? Cuma persoalannya, betapa tinggi nilai keimanan dan takwa kita kepada Allah, ketinggian itulah yang dikira oleh Allah, kerana Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13; "….yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling takwa….". Allah kata yang "paling" takwa kan…Iman yang sudah berada dalam hati kita ini dijaga dengan ilmu makrifatullah, bertawajjuh kepada Allah, kerana aku ada dengar peribahasa sejak aku kecik2 lagi "tak kenal maka tak cinta". Macam mana nak cinta Allah kalau tak kenal kan?? sebab tuh perlunya ilmu. Kita bajai iman dalam hati agar sentiasa subur dan cukup makanan iaitu melalui tarbiyyah yang paling asas sekali, usrah/halaqah. Dengan adanya proses saling ingat mengingati, hati kita sentiasa subur dengan takwa kepada Allah, takut kepada azab Allah, sentiasa mengingati kematian, sentiasa mengejar akan negeri akhirat disamping tidak melupakan dunia sebagai sarana atau jambatan untuk kenegeri abadi. Melalui usrah/halaqah ini jugalah penentu kita untuk terus berada dalam saf2 perjuangan Islam. Pengorbanan kita untuk menghabiskan masa selama 2-3 jam seminggu itulah juga yang akan menentukan samada diri kita ini siap untuk meletakkan diri kita sebagai seorang muslim sejati dan tidak lemah untuk berhadapan dengan tarbiyyah yang sebenarnya. Apapun, kekuatan itu semua bergantung kepada Allah kerana Allah berfirman dalam surah ar-rad ayat 11;
"..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah diri mereka sendiri.."
Kadang Allah dah beri hint pada kita, Cuma kita yang menyombongkan diri, Allah dah beri kita kayu untuk berpaut tatkala kita hanyut dibawa arus dunia, namun kita asyik dengan keseronokkan yang sementara, walaupun pada akhirnya kita tahu kita pasti akan lemas. Astaghfirullah.
Hidup perlukan kekuatan, kalau dari segi fiziknya V, voltan. Rumus V=IR ingat lagi kan?? kalau mau kuasa (V) yang tinggi, arus (I) mestilah kena tinggi kan?? arus (I) itu pula ibarat kita lah. Kita perlu kelajuan yang tinggi, dengan kata lain perlu proaktif dalam dakwah dan tarbiyyah. Kita perlu bergerak, bukan hanya duduk 24 jam menghadap sejadah. Bagaimana Islam nak berkembang kan?? d]sedangkan Rasulullah SAW sangat bijak mengatur strategi untuk meluaskan wilayah Islam iaitu melalui perjanjian Hudaibiyyah. Rasul SAW dan para sahabat sangat proaktif dalam menyebarkan Islam keseluruh pelosok dunia. Alhamdulillah, telah sampai Islam itu kepada aku dan kita semua. Bukan sebagai batu penghalang atau duri2 yang mengganggu perjalanan para da'ie. R apa pula?? agaknya resistance kot or dalam bahasa kita pemalar.
Berbalik kepada proses tanaman kita, takut nanti tak tumbuh pulak..hehe. dalam proses penjagaan pokok, kadang rumpai yang tadi kita sudah buang akan tumbuh balik. Tu lah kita perlu sentiasa tengok2 tanaman kita. Kalau ada rumpai yang tumbuh kenalah cabut walaupun sedikit, sebab kalau dibiarkan akan tumbuh banyak dan sukar dibendung nanti. Samalah juga bila mana kita berada dlam proses mengislah diri, ada saja halangan yang datang. karat2 jahiliyyah yang masih melekat dalam hati perlu dikawal. Yalah, kita nie manusia biasa kan..sedikit demi sedikit kita cuba bersihkan karat2 itu kerana jika dibiarkan akan menutup semua hati kita. nauzubillah. Allah sudah beri kita formula untuk menghadapi masalah macam tuh, bukan math jak yang kena hafal formula. tapi formula yang Allah bagi bersifat praktikal sahaja, dalam surah al-baqarah ayat 153;
'wahai orang2 yang beriman, mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. sungguh, Allah beserta dengan orang2 yang sabar."
formulanya sabar+solat= ketenangan hati. senang kan…tapi mau prktik kena ada usaha…
hujung bulan 12 nie kangkung yang aku tanam boleh kena harvest dah. sedap tuh kalau di masak tumis sambal belacan..huhu. kan Allah dah janji bila Allah dah letakkan keimanan dalam hati kita pasti kita akan merasai kenikmatan iman tersebut, tidak sia2 kan walaupun berpenat lelah dan bersusah payah. Sampai melecet jugak jari2 ku, biasalah orang x pernah pegang cangkul.hehe…
Sahabat, aku ada terbaca firman Allah dalam surah al-mukminun ayat 114;
"Dia (Allah) berfirman, kamu tinggal (dibumi ini) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar2 mengetahui."
sekejap jak kita hidup ni, kematian pula sentiasa mengikuti kita dibelakang. teringat sebuah kisah yang pernah dikongsi oleh ukhti dalam tazkirah 2 hari yang lalu.
pada suatu hari, seorang hamba Allah sedang berjalan-jalan di sebuah hutan yang sangat tebal untuk mencari kayu api. Tiba2 seekor harimau yang lapar sedang mengejarnya. sedang berlari menyelamatkan diri, ada lagi harimau sekor yang mengejar, means makin banyak la kan. Hamba Allah ni pula berusaha untuk menyelamatkan diri, berlari sepantas yang mungkin. Sedang berlari tu, dihadapannya ada sebuah perigi tua. Dia pun mencari akal untuk bersembunyi dalam perigi tua itu dengan berpaut pada tali perigi tersebut. Maka harimau itu pun menunggu lah hamba Allah itu keluar. sedang berpaut tiba2 2 ekor tikus berwarna putih dan hitam berada pada tali tersebut. 2 ekor tikus itu pula sedang menggigit tali tuh sehingga hamper putus. Hamba Allah ni tersangatlah takut dan kecut apatah lagi dibawah perigi itu ada buaya la pulak. sejurus kemudian, ada seekor lebah lalu dihadapan hamba Allah tersebut, sedang lebah itu membawa sedikit madu. Malangnya, madu yang dibawa oleh lebah itu jatuh ke dalam mulut hamba Allah itu sehingga dia lupa akan 2 ekor harimau yang ingin memakannya, 2 ekor tikus yang menggigit tali sehingga putus dan buaya yang kelaparan dibawahnya. Dia dilalaikan dengan sedikit madu kerana manisnya madu itu. Mulalah dia berkhayal memikirkan nikmat dan keseronokkan sahaja sedangkan maut sudah dihujung tanduk. Akhirnya, dia pun terjatuh kedalan perigi tua itu dan dimakan oleh buaya2 tadi tanpa sempat mengucap kalimah tauhid. Astaghfirullahal'azim.
Banyak ibrah yang terdapat dalam cerita tadi, walaupun sounds funny kan. 2 ekor harimau itu tadi ibarat maut kita, sentiasa mengejar dan menunggu kita dibelakang. sejauh mana pun kita berlari pasti ekmatian akan menyusul. 2 ekor tikus yang berwarna hitam dan putih itu tadi pula ibarat siang dan malam. Siang dan malam silih berganti, memamah masa dan usia kita. semakin lama semakin pendek usia. Madu yang dibawa oleh lebah itu ibarat dunia. Lelaki tadi dilalaikan dengan keindahan dan keseronokkan dunia, sehingga lupa akan akhirat, lupa yang hidup ini hanya pinjaman, hidup didunia ini hanya perhiasan semata2. keseronokkan yang dirasa hanya sebentar jer, sama macam makan madu tadi. lama-kelamaan rasa manis akan hilang juga apatah lagi madu itu hanya sedikit sahaja.
Diri inilah sepatutnya yang lebih muhasabah. sekadar perkongsian untuk bersama. sesungguhnya peringatan adalah bermanfaat bagi orang beriman; az-zariyat ayat 55…
wallahualam bissawab
Read more...
Saturday, January 2, 2010
JOM KITA MENANAM!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)