Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

12/6/12

Pertama Kali Makan Durian Crepe

05.12.2012 Rabu 

Sekarang ni kalau buka je Facebook, status yang paling popular adalah Durian Crepe. Mula² keluar warna kulitnya kuning...Lepas tu hijau... lepas tu macam² warna pula. Sekali tengok macam biasa je tak ada keistimewaannya... Tapi berkali² tengok dan baca testimoni mereka yang dah makan... Teruja juga dibuatnya... Menelan air liur juga dibuatnya. Umpama mengidam pun ada.Huhuhu...

 Tapi di Bandar TAR Jengka ni mana nak cari ye? Satu hari tu duk menyembang dengan Boss pasal Durian Crepe ni dan secara kebetulan pula minggu lepas, Boss ada terjumpa orang yang membuat Durian Crepe ni dan boleh menghantarnya ke Jengka. Alhamdulillah... Dapat juga merasa... Pengusahanya menetap di Maran.... Walaupun dah google cara² membuat Durian Crepe ini dan nampak seperti mudah. Tapi selagi tak rasa macamana nak tahu jika kita buat sendiri tu menjadi...

Alhamdulillah... rezeki... Nyum²... sedap... cuma Ninie cepat muak. Baru habis sebiji dah tak boleh nak teruskan dengan yang kedua lagi. Kena tunggu dulu. Tak apa... Peti ais kan ada....

Anak²... Alhamdulillah... boleh menerima/memakannya walaupun nampak juga kekok pada mulanya....
Ninie beli dengan harga RM10 = 6biji dalam satu bekas.



11/26/12

Pulut Cicah Kuah Durian (Serawa Durian) Hasil Tangan Ibu Mertuaku

25.11.2012 Ahad

Tengah² duk ke hulu, hilir mengemas beg pakaian dan buat spot check sana sini takut² ada barang yang tertinggal, terbau haruman yang menyucuk hidung dan juga menyelerakan.... Bau durian yang sedang dimasak. Nyum² rasanya... My MiL sedang sibuk membuat pulut serawa durian rupanya. Memandangkan kami sekeluarga sudah hendak bergerak pulang ke rumah dan masakan My MiL masih lagi panas umpamanya kalau makan juga boleh melecur lidah (*acah je). Maka, Mak tolong tapaukan untuk dibawa pulang ke rumah... Alhadulillah... rezeki...


Setibanya di rumah... dah siap² mengemas... Malamnya..Ninie capai bekas tapau Ibu Mertuaku itu... Tak sabar² rasanya nak makan. Anak² bertuah memang tak pernah makan pulut cicah durian ni. Bila diajak semuanya tak nak. Ninie suruh jamah semuanya kata tak sedap. Aduhai anak... Hakikatnya mereka memang tak pandai makan. Keempat² anak Mama ni memang tak dai nak makan. So rezeki Mama aja la... Hubby? Jamah sehaja sebab dah kenyang katanya. Aduhai...sedapnya.... Nyum²...

8/28/11

Kuih Raya Mama Comel 2011

Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011 @ 1432H ni ada lsesikit kuih raya Ninie yang kompem semuanya beli dan tiada satupun yang dibuat... Meh jenguk² ye... Rasanya? Ada yang dah rasa dan ada juga yang belum dirasa.

Ninie selalunya beli kuih yang Ninie rasa² mesti kompem sedap punya.... Kalau orang takde yang datang ziarah rumah, tuan rumah dan anak² juga yang nak makan kan? Kalau tak sedap karang... kesian la kat kuih tu... tak habis, masuk tong sampah. Kan membazir namanya... Jom layan... pst : jemputlah makan ye... wink3


Preview... Ha... tak banyak manapun... rumah you all lagi banyak agaknya...



Kuih Tepung Gulung Ikan Bilis. Yang ni kompem sedap... RM 24/kg






Lupa namanya. Tapi kat dalam tu ada inti coklat tau... Nyum... RM 20/bekas






Chruncy Oat - RM 20/bekas







Nestum Delight -RM 20/bekas






Kuih Tiram... Ada juga yang panggil Kuih Lidah Buaya... RM20/bekas







Kuih Fovourite Ninie yang wajib ada tiap tahun. Tart Nenas - RM20/bekas






Jejari Coklat. Kegemaran Anak-anak - RM 20/bekas







Semperit Pink. Yang ni tak pernah cuba makan lagi. Termakan pujuk rayu tuan kedai. Katanya sedap... RM 20/bekas






Almond London Coklat Putih. Nyum-nyum... RM20/bekas







Popia pintal ikan keli... RM 6/bekas. Famous di Kelantan ni. Tengok... jauhnya beli kuih raye...






Karipap Mini Ikan Keli. Juga dari Kelantan. RM 6/bekas







Kuih Bawang. Favourite family Ninie. Anak-anak kalau dapat dihadapnya sebekas habis terus. hu3... Beli terus dari kilang di Felda Jengka 14. Punyalah ramai orang. Ninie tak pergipun. Rakan seopis yang cerita. Sedap sangat tau... RM 5/ bungkus @ RM 12 /3bungkus. Urm... 2/3 tahun lepas... RM 10je 3 bungkus. Maklumlah... semua barang naik harga kan...






Nota Mama Comel : Tak sabar tunggu Syawal... Rindu Sambal Taun Mak... Nak makan Lemang Ketupat Rendang... Sedapnya...

5/19/11

Udang Galah Besar . Sedapnya....

18/05/2011 - Rabu

Pagi² hari after punch card, rakan se opis menegur.."Akak, ada gatal² tangan kiri tak semalam?" so weird soalan itu di pagi hari. Setahu Ninie takdelah pulak. "Nape?" soalku balik."Saya ada bawa Udang Galah dalam peti ais" ujarnya..."Harganya...RMXX.XX (Tak payahlah tahu...). Ninie angguk setuju.

Alhamdulillah...akhirnya setelah hampir setahun menunggu...huhuhu... lama tu... ye.. member Ninie ni suka memancing @ Kaki Pancing... selalu pesan dengan dia, 'Kalau ada rezeki lebih yakni Udang Galah, tolak/juallah kat Ninie. Mengidam tanpa baby ni...wink². Nak dijadikan cerita, rezeki itu memihak pada Ninie hari ini. Syukur Alhamdulillah.

Di atas kesibukan kerja, tidaklah pula Ninie jenguk dalam peti ais tersebut... Bila waktu nak balik, barulah pergi ambil. MasyaAllah, besarnya pada pandangan Ninie la. You all maybe pernah makan yang lagi besar kot... Ada dua ekor Udang Galah. 1 besar dan lagi satu sedang. Beserta beberapa ekor ikan...Thanks a lot Sahrin...


Sampai di rumah 'snap' pic dulu...hu3... siang then masak untuk makan malam... tak sabo² weh... Masak lemak cili api je... Along pun tak sabar² dah...

Lepas Isya' kami pun mamam dulu...




Nota Mama Comel : Pertama kali dalam 29tahun ni Mama makan Udang Galah yang besar macam ni. urm... sedapnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...