Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label My Husband- Mohamad Adli. Show all posts
Showing posts with label My Husband- Mohamad Adli. Show all posts

10/18/12

Kereta Kembara : Proses Lift Up Siri 2

30.09.2012 (Ahad)

Tiada kemana² pada hari ini.. Hanya duduk dirumah membuat apa yang patut... Anak².. Layan TV ajalah kerjanya... Abang?.. Meh lihat gambar... sibuk membaiki/membuat/menambah apa² yang patut pada kereta kembara kesayangannya itu... Kali ni Abang buat sendiri semuanya... Berpeluh² la juga dan adakalanya marah² sebab stress. Ala dear.. biasalah tu kan.. benda jarang² buat... bukannya hari² duk mengadap. Layan gambar ye...





10/10/12

Kereta Kembara : Proses Tukar Bumper

27.09.2012 (Khamis)

Kerja² menukar bumper kereta kembara dari yang standard kepada bumper terios. My Beloved Husband ganti sendiri aja. Rajin bebenor walaupun di malam hari...





Nota Mama : Rupa yang ni nampak agak 'garang' sikit berbanding asalnya. Bagi Mama yang asal tu nampak comel/manja gitu..

9/19/12

Selamat Hari Lahir Suamiku...


19.09.2012 (Rabu)

Suamiku...
Semoga sinar kebahagiaan menyinari setiap perjalanan hidupmu,
Semoga dimurahkan rezeki,
Diberikan kesihatan yang baik,
Umur yang panjang,
Menjadi anak, suami, ayah dan khalifah Allah yang soleh.
Love You Deep, Deep....

Selamat Hari Lahir ke 36 Sayangku...







9/19/11

Selamat Hari Lahir Suamiku...


Dear My Beloved Husband :

Semoga Panjang Usiamu
Semoga Murah Rezekimu
Semoga Menjadi Hambanya Yang Soleh
Semoga Menjadi Ketua Keluarga Yang Penyayang
Semoga Kebahagiaan Milikmu Hari Ini Dan Hari² Yang Bakal Dilalui
Semoga Segala Urusan Yang Dihadapi Sentiasa Dipermudahkan OlehNya
AMIN....

Selamat Hari Lahir Ke-35 Buatmu Suamiku
LOVE YOU VERY² MUCH


9/17/11

My Beloved Husband : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 11

17 September 2011 - Sabtu

To My Beloved Husband :



Syukur Alhamdulilllah... Genap sudah 11tahun usia perkahwinan kita yang telah diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata sebagai penyeri Keluarga kita ini...

Selama 11 tahun jugalah kita telah bersama² merasai asam garam hidup ini... pahit, manis, masin, tawar, pahit, riang dan sebagainya dalam melayari bahtera rumah tangga dan juga dalam mendidk anak² menjadi insan yang berguna....

Buatmu Suamiku... Sesungguhnya terima kasih ku ucapkan atas segalanya...

Semoga ikatan kita ini kekal buat selamnya hingga ke akhir nyawa.... Bersama²lah kita berdoa padaNYA....

Nota Mama Comel : MOHAMAD ADLI BIN ABDUL GHANI. I LOVE YOU SO MUCH. MUAH!
INGAT - RINDU - KASIH -SAYANG - CINTA -SETIA
Bersyukur dengan limpah kurnia dari ALLAH...

8/2/11

Where Are You Dear...*UPDATE

01 OGOS 2011 (ISNIN) = 1 Ramadhan 1432H


Insan yang dirisaukan keberadaannya kini.


Jam dah pun 4.00pagi. Tatkala ini Ninie bukannya bangun awal untuk bersahur. Akan tetapi masih belum dapat melelapkan mata walaupun dah beberapa kali berhempas pulas sambil² menelek si Khairina yang tidak sihat.

Ninie tak boleh tidur juga bukanlah disebabkan siang tadi dah tido (langsung tak tido pun) ataupun kerana Khairina merengek (Alhamdulillah, lena tidurnya).Tetapi dek kerana kerisauan menunggu kepulangan Hubby yang tak muncul².

Pagi tadi (31/07/2011-Ahad) Hubby ada memberitahu nak pergi memancing dengan rakan²nya di dalam hutan. Tetapi Ninie tidaklah pula bertanya bila pulangnya dan Hubby pun tak pula bagitahu. Bila Ninie SMS, SMS tidak delivered disebabkan tiada line @ off. Apatah lagi nak call. Aduhai Hubby, Manalah Abang agaknya.Abang keluar dari jam 10.00pagi tadi lagi. Risau Darling dibuatnya tau...

Salah Ninie @ Salah Hubby? Salah Ninie kerana tak tergerak hati nak bertanya pulangnya bila. Salah Hubby juga tidak memberitahu bila pulangnya. Ye lah, esokkan sekolahnya cuti awal Ramadhan. "Ya Allah, selamatkanlah Suamiku walau dimanapun dia berada..."

Kalau Ninie sekarang ni bukan main risau sampai langsung tak terlelap sikit pun, macamana pula agaknya wife rakan² Hubby yang turut serta? Wallahu'alam. Doa Ninie "Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan". Al-Maklumlahkan, masuk hutan. Macam² boleh jadi. Tambahan pula Hubby jarang sangat² wat perkara adventure macam ni lebih² lagi dah masuk bulan Ramadhan.

Now at 11:15am

Ninie masih dilanda kerisauan, tadi dah bawa Khairina ke Poliklinik dan juga mengambil ubat Ninie (headache & batuk, mungkin semalaman tak tidur kerisauan). Ninie SMS & call Hubby, jawapan still sama 'not reachable' dan SMS tak delivered. Urm... Apa khabarmu tatkala ini Sayang...



Nota Mama Comel :Hanya mendoakan keselamatan Suami dan rakan²nya


UPDATE * 02/08/2011 - Selasa

Alhamdulillah... Semalam... Tepat Jam 4.00petang, Ninie bersyukur sangat² bila nampak kereta Hubby masuk park. Sungguh kotor rupanya. Hubby masuk rumah dengan muka yang teramat penat. Hubby duduk atas kerusi melepaskan penat dan bercerita yang mereka (seramai 12orang) telah sesat semalam. Mujur hari ini mereka jumpa jalan keluar @ jika tidak, kompem orang yang pergi cari mereka. Apa²pun, Alhamdulillah... semuanya selamat. Bila Ninie tengok rupa Husband... Penatnya Ya Rabbi. Dengan kaki yang digigit pacat.




Nota Mama Comel : Alhamdulillah... Bersyukur sangat² Suamiku Selamat

7/4/11

Taman Bunga Ros Suamiku. Wanginya Bunga Itu....

Hobi baru Hubby... Baru ke? taklah... Hubby & Ninie memang suka bercucuk tanam @ berkebun ni. Tapi memasing ikut mood. Almaklumlah, masa yang terhad (eceh, alasan tu...) Yup, Hakikatnya kami berdua kalau bab pokok memang suka. Tapi minat pada pokok yang berlainan dan banyak juga persamaan sebenarnya. Hubby tak usah dikata, memang gemarkan pokok-pokok yang berbunga wangi. Tak kiralah bunga apapun. Janji wangi, harum baunya.... Antara pokok bunga wangi yang terdapat kat rumah ni dan juga merupakan koleksi Hubby.

Melur, Cempaka Putih, Kenanga, Kemuning, Kesidang, Today Tomorrow Yesterday, Harum Sundal Malam, Bakawali dan terbaru Bunga Ros. Ninie pula gemarkan pokok yang mudah dijaga, tak payah siram hari-haripun takpe (ye ke?) Macam bunga Orkid dan juga Kaktus. Orkid Hubby layankan juga (nanti Ninie upload pic ye... dulu-dulu punya le.Sekarang dah tak terjaga sangat dah). Kaktus, Hubby tak minatlah pulak...

Ninie ni memang awal² lagi memang tak mau bab siram menyiram ni. Tapi kalau rajin dan takde apa yang nak dibuat, siram²kanlah juga pokok² Hubby ni. Tiap² hari, Insya'Allah, bila masak nasi, Ninie akan simpankan air basuhan beras tu untuk Hubby siram pokok² kesayangannya.

Meh layan gambar taman bunga ros Hubby Ninie ni.


Cantik bunga ni. Ala-ala baldu gitu. Tahan lama juga mekarnya.



Yang ni warna kuning.



Warna Dark Pink.



Kaler light pink. Auntie nurseri tu cakap, pokok ni kalau dah subur.... satu tangkai boleh sampai 20 kuntum bunga dia. Baunya wangi sangat.... sempat ke tengok sampai 20 kuntum setangkai ni? Al maklumlah... masa selalunya terhad. Bunga ni mekarnya tak tahan lama. Cepat layunya.



Rupa taman Bunga Ros yang dibangunkan Hubby. Semuanya ditanam atas tanah.



Kaler apa ni? entahlah. Kena tunggu dia berkembang dulu.



Ha, Dah berkembang pun... Kaler Dark Peach...



Taman Bunga Ros Suamiku


Bersama 'Tukang Kebun' TAMAN BUNGA ROS



Nota Mama Comel : Love You Dear... Romantik Gitu... eceh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...