Memaparkan catatan dengan label Fattah Amin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fattah Amin. Papar semua catatan

16 Okt 2022

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin (TV3)



Telefilem Matahari Tak Bercahaya, Telemovie Matahari Tak Bercahaya, Poster Telefilem Matahari Tak Bercahaya, Info dan Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya, Telefilem Matahari Tak Bercahaya Full, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Matahari Tak Bercahaya, Nad Zainal, Fattah Amin,

Telefilem Matahari Tak Bercahaya sepatutnya disiarkan pada 11 Jun 2022 yang lalu di slot Cerekarama TV3. Namun ianya digantikan dengan telefilem Hantu Karaoke dan telefilem Matahari Tak Bercahaya akan disiarkan kelak di TV3 iaitu pada hari Ahad 16 Oktober 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Matahari Tak Bercahaya ini adalah Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini dan ramai lagi. Selain itu telemovie Matahari Tak Bercahaya ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan telemovie Matahari Tak Bercahaya ni kan, tak sabar nak menontonnya bila ianya disiarkan kelak. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini  di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin - Cerekarama TV3

Kisah Mastura seorang penjaga taska yang bertugas menjaga anak-anak tadika. Dia juga isteri kepada Shazan. Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi orang kampung. Sehinggalah satu insiden dia perlu ke hospital menerima rawatan dan berlaku kejadian tidak diminta apabila dia dijangkiti HIV. Dari situ perjalanan hidupnya berubah, dari disenangi dibenci. Jadi apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Filipina To Have & To Hold - Slot Sakura TV3


Read More

10 Mei 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Khilaf Asmara



Ending Drama Khilaf Asmara, Episod Akhir Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Episod Akhir Drama Khilaf Asmara, Khilaf Asmara Cast, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fahrin Ahmad, Fattah Amin,

Berakhir sudah drama Khilaf Asmara ini, antara tarikan utama drama ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang best - best belaka. Cuma tak sangkalah bila watak Aizad lakonan Fahrin Ahmad mati macam tu saja. Seperti selalunya, drama - drama terbitan Radius One ni pasti ada plot twist di penghujung episod akhir drama tersebut. Begitu juga dengan drama Khilaf Asmara ini, bila tiba - tiba ada plot twist gitu jeng jeng jeng jeng tak sangka semuanya rancangan Irma lakonan Nelydia Senrose untuk membalas dendam pada kecurangan Luqman lakonan Fattah Amin dan Hanim lakonan Fasha Sandha. Cuma tertanya - tanya juga adakah kematian Aizad juga adalah sebahagian daripada rancangan Irma sebab nampak Irma tu sayang pada Aizad. Ke ni rancangan Saiful tapi Irma tak tahu, sebab Saiful ni dah jadi orang suruhan Irma sebab Saiful memang dah lama suka pada Irma. Maybe Irma akan rujuk semulalah kot dengan Luqman, lagipun Hanim dah jadi gila. Apa pun syok juga tengok Nelydia Senrose jadi jahat walaupun sekejap dan dihujung - hujung saja. Hope nanti dapat tengok Nelydia pegang watak antagonis di drama - drama yang lain.




Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3


Read More

22 Apr 2022

Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15 (Akhir) Di Slot Samarinda TV3



Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Drama Khilaf Asmara, Drama Khilaf Asmara Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3 2022, Drama Khilaf Asmara Full Episode, Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15, Khilaf Asmara Cast, Poster Drama Khilaf Asmara, OST Khilaf Asmara, Pelakon - Pelakon Drama Khilaf Asmara, Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura,

Drama Khilaf Asmara sudah mula disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 18 April 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Bila Hati Memilih Dia lakonan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Khilaf Asmara ini adalah Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu drama Khilaf Asmara ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Uchee Fukada serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon drama ini juga hebat dan mantap belaka. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Khilaf Asmara ini di bawah okey beserta sinopsisnya sekali..

  • Nelydia Senrose sebagai Irma
  • Fasha Sandha sebagai Hanim
  • Fattah Amin sebagai Luqman
  • Fahrin Ahmad sebagai Aizat
  • Amy Mastura sebagai Wan Su
  • Rahim Jailani sebagai Dato Amir
  • Wan Raja sebagai Saiful
  • Jeffry Zainudin sebagai Ryzal
  • Auni Zahra sebagai Tasya




Sinopsis Drama Khilaf Asmara Lakonan Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Fattah Amin dan Nelydia Senrose - Slot Samarinda TV3

Aizad dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma, seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman. Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan  hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Drama Khilaf Asmara, Drama Khilaf Asmara Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3 2022, Drama Khilaf Asmara Full Episode, Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15, Khilaf Asmara Cast, Poster Drama Khilaf Asmara, OST Khilaf Asmara, Pelakon - Pelakon Drama Khilaf Asmara, Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura,
Tonton Online Drama Khilaf Asmara Full Episode

Selain di kaca TV, drama Khilaf Asmara ini juga boleh ditonton secara online di Disney+ Hotstar

Lagu Tema / OST Drama Khilaf Asmara 

👄👄 Melepaskanmu nyanyian Amylea Azizan
👄👄 Khilaf Asmara nyanyian Shila Amzah

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3


Read More

6 Okt 2021

Drama Ganjil Lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle (Viu Malaysia)



Drama Ganjil, Drama Viu Original, Viu Malaysia, Poster Drama Ganjil, Info dan Sinopsis Drama Ganjil, Ganjil Cast, Drama Ganjil Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Ganjil, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Diana Danielle, Drama Ganjil Full Episode,

Siri VIU Original kembali dengan drama terbaru bertajuk Ganjil lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle yang mula disiarkan di Viu pada 30 September yang lalu, setiap Khamis. Drama Ganjil ini adalah sebuah kisah cinta romantik dan fantasi yang berkaitan dengan mimpi dan realiti. Antara pelakon drama Ganjil ini adalah Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek dan ramai lagi. Selain itu drama Ganjil ini hanya mempunyai 10 episod dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures. Nampak menarik kan drama ini, pelakon pun dah best. Aku paling suka sinematografi drama ini, nampak cantik sangat. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ganjil ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Fattah Amin sebagai Amry
Diana Danielle sebagai Nabila
Izzue Islam sebagai Ihsan
Fatin Afeefa sebagai Sally
Eizlan Yusof sebagai Haris
Aida Aris sebagai Rina
Amir Nafis sebagai Nizam
Azri Sabri sebagai Razak




Sinopsis Drama Ganjil Lakonan Fattah Amin dan Diana Danielle (Viu Malaysia)

Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi. Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka. Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti. Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka. 
Drama Ganjil, Drama Viu Original, Viu Malaysia, Poster Drama Ganjil, Info dan Sinopsis Drama Ganjil, Ganjil Cast, Drama Ganjil Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Ganjil, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Diana Danielle, Drama Ganjil Full Episode
Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama. Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Ending Drama Ganjil (Spoiler)

Awalnya Amry dan Nabila sukar nak berjumpa di dunia realiti, sampai satu tahap Nabila mula lupa pada Amri dan mimpi - mimpi mereka. Nabila hampir - hampir nak berkahwin dengan Ihsan manakala ibu dan bapa Nabila berada di ambang penceraian. Manakala Amry pula perlu menyelamatkan abangnya daripada melakukan kejahatan. Walaubagaimanapun ending drama Ganjil ini memang happy endinglah kan, bila Amry dan Nabila berjaya juga bertemu di dunia realiti setelah mereka berjaya berdepan dengan dugaan hidup masing - masing.

Lagu Tema / OST Drama Ganjil

💚💚 Bisikan nyanyian Noh Salleh
💜💜 Tanpa Cinta nyanyian Izwan Talhah

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Wifi Sebelah Rumah Lakonan Zul Ariffin dan Ruhainies


Read More

5 Okt 2020

Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin (Astro Citra)



Telefilem Kisah Seram Hospital, Kisah Seram Hospital, Telemovie Kisah Seram Hospital, Astro Citra, Poster Telefilem Kisah Seram Hospital, Pelakon - Pelakon Telefilem Kisah Seram Hospital, Fattah Amin, Fatin Afeefa, Shahrul Kamal, Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin,

Telefilem Kisah Seram Hospital telah pun disiarkan di Astro Citra pada 3 Oktober yang lalu. Antara pelakon telefilem Kisah Seram Hospital ini adalah Fattah Amin, Fatin Afeefa, Sharul Kamal, Deyana Desa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kisah Seram Hospital ini diarahkan oleh Feroz Kader. Nampak menarik telefilem Kisah Seram Hospital ini kan, bagi yang terlepas tengok telefilem ni, bolehlah tunggu siaran ulangannya nanti okey. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye.




Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Mengisahkan Adam yang mengalami kemalangan dan ditempatkan dalam sebuah wad. Perkenalan dengan Faizal membuatkan mereka berkongsi cerita seram yang pernah mereka dengar. Namun kehadiran Nurse Sarah mengubah persepsi Adam pada Hantu!. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

12 Ogo 2020

Baca Online Novel Pink Smile Karya Luna Adresia




Pink Smile, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia, Novel Online Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Cover Depan Novel Pink Smile,

Novel Pink Smile karya Luna Adresia telah pun diadaptasikan atau diinspirasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Hero dan heroin versi drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin dan Sweet Qismina. Fattah Amin akan melakonkan watak Kaz/ Kazreeq/Areeq manakala Sweet Qismina pula akan melakonkan watak sebagai Luna. Pelakon lain dalam drama Pink Smile ini terdiri daripada Intan Najuwa yang membawa watak sebagai Rysa, Izzat Mushtaq sebagai Faiz/Ari, Syafi Tee sebagai Iman/Akif, Afifah Nasir sebagai Melati dan ramai lagi. Berbalik pada novel ini, novel Pink Smile ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Penulisan2U. Sekarang ni tahun 2020 dah ada versi drama dah gitu. Apa pun korang boleh baca novel Pink Smile ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Walaubagaimanapun tak semua bablah yang ada kan, kalau nak baca full novel, sila dapatkan novel ini di pasaran okey.




👉👉 Baca Online Novel Pink Smile Karya Luna Adresia Bab 1 Hingga Bab 15 ⇦
Pink Smile, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia, Novel Online Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Intan Najuwa,
Selamat Membaca ye..
Read More

6 Ogo 2020

Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (TV3)




Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3,

Drama Pink Smile adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 31 Julai 2020 yang lalu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi / diinspirasikan daripada Novel Pink Smile karya Luna Adresia. Antara pelakon drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Pink Smile ini dibawah ye beserta sinopsisnya sekali. 

Fattah Amin sebagai Areeq (Kazreeq)
Sweet Qismina sebagai Luna
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
Intan Najuwa sebagai Rysa
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol




Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (Lestary TV3)

Kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe. Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan. Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius?

Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3, Drama Baru Fattah Amin,
Lagu Tema / OST Drama Pink Smile

💋 Hello Hello nyanyian Marsha Milan
💋 Sekali Ini nyanyian Nyssa
💋 Lagu Cinta Kita nyanyian Naqi dan Ayuni
💋 Andai Nanti nyanyian Mui"zz
💋 Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa
💋 Jangan Pergi nyanyian Shakira

Read More

16 Sep 2019

Sinopsis Telefilem Aneh Lakonan Fattah Amin dan Elyana




Aneh, Telefilem, Telemovie, Telefilem Aneh, Telemovie Aneh, Sinopsis Telefilem Aneh, Astro Citra, Slot Citra Exclusive, Telefilem Baru Fattah Amin, Telefilem Seram, Senarai Pelakon Telefilem Aneh, Fattah Amin, Elyana, Gen Darwish, Syaffiq Sahli, Puteri Rayyana Rayqa, Juita Johari, Zaidi Omar, Izz Irfan, Telefilem Siaran Astro Citra 2019,
Telefilem Aneh Lakonan Fattah Amin dan Elyana - Astro Citra

Telefilem Aneh akan disiarkan di slot Citra Exclusive, Astro Citra pada 14 September 2019, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Aneh ini adalah Fattah Amin, Elyana, Gen Darwish, Syaffiq Sahli, Puteri Rayyana Rayqa, Juita Johari, Zaidi Omar, Izz Irfan dan ramai lagi. Wan Hasliza menjadi penulis skrip serta pengarah bersama dengan Wan Alauddin untuk telemovie Aneh ini dan telemovie ini diterbitkan oleh KL Motion Pictures & Screenworks International. Nampak menarik kan telefilem Aneh ni, telefilem seram gitu, plus ni kali pertama aku tengok Fattah Amin dan Elyana berlakon sekali. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie Aneh di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Aneh Lakonan Fattah Amin dan Elyana di Saluran Astro Citra

Nadia (Elyana) dihantui dengan kehadiran bayangan Ilham yang sedang koma meminta bantuan daripadanya. Tidak tahan dengan gangguan itu Nadia meminta bantuan Musa Adam (Fattah Amin) seorang bekas pengamal perubatan islam yang kini telah mengasingkan diri dari dunia tersebut. Musa Adam menolak keras permintaan Nadia untuk menjaga keselamatan anaknya kerana peristiwa sebelum ini telah memgorbankan nyawa isterinya. Apa yang berlaku seterusnya?


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More

20 Jun 2019

Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta




lsteri Aku Kalis Cinta, Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Karya Mawar Kamila, Sinopsis Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Novel Online, Baca Online Novel, Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Cetera Hati Diya, Drama Cetera Hati Diya, Drama Baru Fattah Amin, Pelakon Drama Cetera Hati Diya, Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah, Cover Depan Novel Isteri Aku Kalis Cinta,
Drama Cetera Hati Diya Adaptasi Novel Isteri Aku Kalis Cinta Karya Mawar Kamila

Novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila telah diadaptasikan menjadi drama bersiri bertajuk Cetera Hati Diya dan mempunyai 15 episod serta disiarkan di slot Samarinda TV3. Fattah Amin akan melakonkan watak Zahil, manakala Azar Azmi pula akan melakonkan watak Diya. Pelakon Azrel Ismail pula akan membawa watak sebagai Zakuan, Zila Bakarin sebagai Dato Laila, Faye Kusairi sebagai Kamelia, Raja Hakim sebagai Syamil, Asha Zainul Maira, Melanie Tan sebagai Rania. Novel ini diterbitkan pada March 2014 yang lalu. Jadi sambil - sambil tengok drama Cetera Hati Diya lakonan Fattah Amin dan Azar Azmi di TV, korang juga boleh baca versi novelnya yang bertajuk Isteri Aku Kalis Cinta ni secara online juga. Caranya mudah je, korang cuma perlu klik link - link yang ada kat bawah sekali tu ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini dibawah okey. Selamat membaca ye..




Sinopsis Novel Isteri Aku Kalis Cinta (Drama Cetera Hati Diya)

A“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya. Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak! Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada. 

lsteri Aku Kalis Cinta, Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Karya Mawar Kamila, Sinopsis Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Novel Online, Baca Online Novel, Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Cetera Hati Diya, Drama Cetera Hati Diya, Drama Baru Fattah Amin, Pelakon Drama Cetera Hati Diya, Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah,

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

 Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil. 

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya? ‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam dan penantian.



Baca Online Novel Isteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33



Bab 32 & 33 Novel Isteri Aku Kalis Cinta (untuk baca bab seterusnya, sila dapatkan novel ini di pasaran ye)

< Blog Dari Hati Miss Mulan >
Read More

15 Dis 2018

Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa




Isteri Bukan Untuk Disewa, Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa, Cast, 2018, Pelakon Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Fattah Amin, Tiz Zaqyah, Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Poster Drama, Watak Dalam Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Nur, Noah Ryzal, Suffi Naufal, Imtiyaz Irdad, Putera Raiyan, Ending Drama Isteri Bukan Untuk Disewa, Episod 24 Drama Isteri Bukan Untuk DIsewa, Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa,
Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Drama 24 episod Isteri Bukan Untuk Disewa telah pun tamat episodnya pada 13 Disember 2018 yang lalu dan selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama baru bertajuk Kan Kukejar Cinta Kamu. Drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini dilakonkan oleh Fattah Amin, Tiz Zaqyah, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena dan ramai lagi. Di episod akhir drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini banyak memfokuskan tentang kesudahan cinta Noah Ryzal (Fattah Amin) dan juga Nur (Tiz Zaqyah). Dalam episod akhir ini aku paling suka scene Noah bertemu Nur secara tak sengaja di airport, pastu boleh pula keluar lagu hindustan dari filem Kuch - Kuch Hota Hai tu hehehehe.

Manakala ending drama Isteri Bukan Untuk Disewa ini memang happy endinglah kan, semua ada jodoh masing - masing gitu. Plus endingnya bukan main sweet lagi, siap Noah dan Nur main - main bagi pickup line antara satu sama lain gitu. Apa pun aku sertakan sekali sinopsis episod akhir drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Episod Akhir Drama Isteri Bukan Untuk Disewa

Suffi (Halim Radzi) akhirnya membuat keputusan untuk menerima Lisa dalam hidupnya serta akan belajar mencintai Lisa. Noah Ryzal (Fattah Amin) berjumpa Sufi atas urusan kerja tapi mula salah faham dan yakin Sufi akan berkahwin dengan Nur (Tiz Zaqyah) tak lama lagi. Nur keliru dengan perasaannya pada Noah tapi abangnya menyakinkannya yang dirinya memang mencintai Noah dan menyuruh Nur untuk menelefon Noah. Namun Nur hampa dan sedih bila ada perempuan lain yang mengangkat telefon Noah. Nur mula yakin yang ibu Noah sudah ada calon isteri buat Noah. Tak lama kemudian Auntie Zaihan (Jasmin Hamid) datang merisik Nur untuk anak saudaranya, namun setelah Nur terpandang cincin zamrud yang merupakan cincin merisik itu sama seperti dalam mimpinya membuatkan Nur terus pengsan. Setelah berfikir masak - masak, Nur akhirnya menerima pinangan itu, walaupun hatinya masih menyayangi Noah.

Manakala mak Noah pula menyuruh Noah balik segera kerana mereka sekeluarga akan pergi berjumpa dan menyambut kepulangan bakal tunang Noah di airport. Noah mula keliru dan ragu - ragu dengan keputusannya tapi akhirnya dia redha. Tak lama kemudian Nur dan keluarganya tiba di airport dan Nur kemudiannya meminta diri untuk ke tandas. Manakala Noah dan keluarganya juga telah sampai di Airport dan Noah juga tiba - tiba ingin ke tandas. Tak lama kemudian Noah dan Nur terserempak dan mereka agak terkejut kerana boleh terserempak di Airport. Alang - alang dah terserempak dengan Noah, Nur ingin memulangkan semula cincin yang diberikan Noah padanya suatu masa dulu. Namun Noah suruh Nur simpan saja cincin itu, Noah cuba memujuk Nur dan bertanyakan banyak soalan pada Nur. Malah Nur juga turut menafikan dia akan berkahwin dengan Sufi.

Tak lama kemudian Auntie Zaihan yang merupakan Auntie pada Noah datang berjumpa dengan Noah dan Nur serta menerangkan pada Noah yang Nur ini adalah bakal tunangnya. Noah dan Nur terkejut dan tidak menyangka akan hal itu, mereka ketawa dan gembira dengan berita itu. Tak lama kemudian Noah dan Nur bertunang, majlis pertunangan mereka dijalankan serentak dengan majlis pertunangan abang Nur iaitu Adnan (Zul Helmy) dan tunangnya Irdina.
Read More

9 Nov 2018

Drama Adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa




Isteri Untuk Disewa, Novel Isteri Untuk Disewa, Drama Isteri Untuk Disewa, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Slot MegaDrama, Astro Ria, 2018, Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa, Karya Novelis Syamnuriezmil, Watak Pelakon, Noah Ryzal, Nur Adreiana, Cast, Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa, Fattah Amin, Tiz Zaqyah, Cover Depan Novel Isteri Untuk Disewa,

Novel Isteri Untuk Disewa karya novelis terkenal Syamnuriezmil telah diadaptasikan menjadi drama bersiri Isteri Untuk Disewa dan akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, bagi menggantikan drama Cik Reen Encik Ngok Ngek. Watak Nur Adreiana akan dilakonkan oleh Tiz Zaqyah manakala watak Noah Ryzal akan dilakonkan oleh Fattah Amin. Rasanya ini kali pertama Tiz Zaqyah dan Fattah Amin bergandingan sebagai hero dan heroin dalam drama gitu. Kalau korang nak tahu macam mana jalan cerita drama nanti, bolehlah tengok sinopsis versi novel Isteri Untuk Disewa di bawah ye, selamat membaca..

Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa




Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.
Isteri Untuk Disewa, Novel Isteri Untuk Disewa, Drama Isteri Untuk Disewa, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Slot MegaDrama, Astro Ria, 2018, Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa, Karya Novelis Syamnuriezmil, Watak Pelakon, Noah Ryzal, Nur Adreiana, Cast, Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa, Fattah Amin, Tiz Zaqyah,
“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.
“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.
“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.
Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
Read More

25 Nov 2017

Drama My Coffee Prince Lakonan Fattah Amin & Janna Nick

Drama My Coffee Prince, Astro, Pelakon Drama My Coffee Prince, Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Zain Hamid, OST My Coffee Prince, Coffee Prince Korean Drama, Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Kim Jae Wook, My Opinion, My Feeling, Remake,
Drama My Coffee Prince Lakonan Fattah Amin dan Janna Nick

Drama Popular Korea Selatan Coffee Prince atau The 1st Shop Of Coffee Prince yang disiarkan pada tahun 2007 telah diremake semula atau diadaptasi menjadi drama Melayu dengan tajuk My Coffee Prince. Drama My Coffee Prince ini akan disiarkan di Astro Ria bermula 27 November 2017 nanti, bagi menggantikan Drama Red Velvet yang telah tamat episodnya. Hero dan Heroin Drama My Coffee Prince ini mestilah Fattah Amin dan Janna Nick manakala pelakon asal versi Korea pula adalah Gong Yoo dan Yoon Eun Hye. Selain Malaysia, drama Coffee Prince ini telah pun diremake semula oleh negara - negara lain seperti Thailand, Filipina dan juga China. Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam drama ini adalah Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Zain Hamid dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Michael Ang.



Walaupun di peringkat awal, ramai yang tidak bersetuju Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo itu, tapi dah tertulis rezeki Fattah kan. Malah kejayaan Drama - Drama Fattah Amin yang terdahulu seperti Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella memungkinkan Drama Coffee Prince ini juga akan turut berjaya seperti dramanya yang lain. Ini ditambah lagi dengan gandingan baru Fattah Amin dan Janna Nick membuatkan drama ini agak menarik. Teringin juga nak tengok gandingan Fattah dan Janna Nick ini, adalah gandingan mereka juga akan serasi seperti gandingan Fattah dan Neelofa dulu dan juga gandingan Fattah dan Fazura. Plus Janna Nick juga popular dan mempunyai ramai peminat. Apa pun aku memang suka dengan lakonan Janna Nick ini sejak drama Jodoh Musim Pertama lagi, dan Janna Nick memang pilihan yang sesuai untuk membawakan watak lakonan Yoon Eun Hye itu.

Sejujurnya aku sendiri tidak menonton kesemua episod Drama Korea Coffee Prince itu, cuma aku pernah tengok beberapa episod awal saja. Jadi aku tak dapatlah nak buat perbandingan nanti antara kedua - dua drama ini. Walaubagaimanapun, aku yakin drama ini nanti pasti akan mendapat sambutan hangat dari penonton terutamanya bagi peminat Fattah Amin dan juga Janna Nick. Lebih menarik apabila Lagu OST Coffee Prince ini dinyanyikan sendiri oleh Janna Nick yang bertajuk Sebentar Saja.
Read More

21 Nov 2017

Fattah Amin Dan Fazura Dah Bernikah?

Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?, Fattzura, Fattah Dan Fazura Dah Bertunang, Fattah dan Fazura Dah Berkahwin, Fattah Amin Dan Fazura Bercinta, Drama Hero Seorang Cinderella, Telefilem Wanita Terindah, Artis Malaysia, Cerita Artis Malaysia, Gosip, Berita Hiburan, Pernikahan Fattzura,
Fattah Dan Fazura Dah Bernikah?

Rasanya dah lama peminat menantikan Nurfazura atau Fazura berkahwin kan? terbaru dikatakan Fazura dan Fattah Amin sudah pun bernikah pada 14 November 2017 yang lalu. Namun begitu, Fattah dan Fazura belum mengesahkan mahu pun membuat pengumuman rasmi mengenai status diri mereka sekarang. Sebelum ini heboh yang pada 13 November yang lalu mereka berdua bertunang, tapi tak sangka pula selepas itu terus bernikah dan kemudian mereka bersama keluarga pergi menunaikan umrah pula. Dengar cerita pada 23 November ini, mereka akan mengadakan sidang media dan mmeberitahu perkara sebenar. Walaupun begitu dah ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik - baik buat pasangan popular ini di Instagram masing - masing. Fattah Amin dan Fazura pertama kali digandingkan dalam drama popular yang bertajuk Hero Seorang Cinderella dan selepas itu ramai yang suka mereka digandingkan dan keluar gosip yang mereka berdua bercinta tapi masa ini aku tak begitu percaya dengan gosip - gosip ini semua. Tapi bermula bulan ini, memang dah heboh pasal isu pertunangan dan pernikahan #Fattzura ini. Jadi pendapat aku, macam betul saja yang sebelum ini diorang bercinta dan kemungkinan besar dah bernikah. 



Alhamdulilah kalau berita ini betul kan, lagipun Fattah Amin dan Fazura ini memang sepadan, sama cantik, sama padan, sama popular. Malah gandingan diorang dalam drama sebelum ini pun dah meletup, kalau benar - benar dah berkahwin memang lagi seronoklah peminat Fazura dan Fattah ini. 
Terbaru mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam Telefilem Wanita Terindah yang disiarkan di Astro First  Namun berita pernikahan Fattah dan Fazura ini masih belum sahih, sebab kedua - duanya belum mengesahkannya lagi. Apa pun kita semua harapkan yang terbaiklah kan. Aku sendiri pun memang suka tengok Fazura berlakon, plus suka tengok muka dia, comel sangat, tambah - tambah bila senyum, hope lepas ini ada drama mahu pun filem terbaru Fazura yang keluar. Seandainya benar yang Fattah Amin dan Fazura telah bernikah, maka tahniah aku ucapkan buat pasangan ini, moga jodoh kekal selamanya dan bahagia selalu.

Update! 24/11
- Rupa - rupanya Fazura dan Fattah Amin hanya bertunang tapi pernikahan mereka akan diadakan hujung tahun ini. Tahniah diucapkan buat Fattzura ini.
New Update! 28/11
- Fattah Amin dan Fazura baru saja bernikah pada 27/11/2017
Gambar diatas credit to Ieja Photography at Wikimedia Commons
Read More


My Random Post