Jom BaCa ini juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
24 Jul 2023
Review Drama Korea Yumi's Cell's 2
Jom BaCa ini juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
1 Okt 2022
Review Drama Korea Twenty Five Twenty One
Review dan Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One Lakonan Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk
Drama Korea Twenty Five Twenty One ini mempunyai 16 episod dan mula disiarkan di TVN serta Netflix pada 12 Februari 2022 dan tamat episodnya pada 3 April 2022 yang lalu. Drama ini diarahkan oleh Jung Ji Hyun dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Bulgasal : Immortal Souls dan kemudian akan digantikan dengan drama Our Blues. Antara pelakon drama Korea Twenty Five Twenty One ini adalah Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Seo Jae Hee, Kim Hye Eun, Choi Myung Bin dan ramai lagi. Pemilihan pelakon untuk drama ini memang terbaik watak Na Hee Do tu memang sesuai sangat untuk Kim Tae Ri. Lakonannya memang sangat bersahaja dan menyakinkan, dalam drama ini Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Baek Yi Jin yang tua 4 tahun dari Na Hee Do. Tapi kalau ikut usia sebenar, Kim Tae Ri yang lebih tua daripada Nam Joo Hyuk gitu. Aku suka tengok Bona dalam cita ni, nampak lawa dan comel je dia ni sepanjang drama ni. Korean Drama Twenty Five Twenty One ini memang popular, aku pun suka dengan jalan ceritanya.
Awalnya drama ini banyak scene - scene kelakar dan lawak namun bila masuk hujung - hujung tu, jalan cerita mula jadi seriuslah kan sebab semua watak dah dewasa dan ada kehidupan masing - masing. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton dapat serba sedikit info dan ilmu tentang sukan lawan Pedang ni. Sebab kat Malaysia ni sukan lawan pedang ni tak begitu popular, jadi menerusi drama ini aku dapat gaklaa serba sedikit informasi tentang sukan ni, macam mana cara atlet lawan pedang ni berlatih, macam mana suasana pertandingan sukan ni dan sebagainya. Selain itu aku kagum dengan keazaman dan kecekalan Na Hee Do untuk mencapai cita - citanya. Scene - scene sweet dan percintaan Na Hee Do dan Baek Yi Jin di peringkat awal tu memang comel dan kelakar okey. Plus scene - scene persahabatan yang diawali dengan kebencian antara Na Hee Do dan Go Yu Rim tu juga best. Last -last tak sangka dalam dok benci - membenci rupanya member chatting hahaha.
Masa Na Hee Do dan Go Yu Rim tu asyik dok berchatting, teringat aku zaman - zaman Yahoo Messenger dan Mirc yang pernah famous dulu - dulu. Zaman tu boleh chatting tanpa tahu identiti masing - masing gitu. Kesian juga dengan Go Yu Rim ni sebab dia ada masa depan yang cerah, tapi disebabkan keluarga dia ada masalah kewangan yang serius maka Go Yu Rim terpaksa buat keputusan drastik untuk menyelamatkan keluarganya. Berbeza dengan Na Hee Do yang datang dari family yang senang dan tiada masalah kewangan. Korean Drama Twenty Five Twenty One ni berjaya buat aku tersengih, tergelak dengan telatah Na Hee Do yang gila - gila tu especially bila dia dengan Baek Yi Jin. Aku sebenarnya tak berapa suka juga dengan sikap Baek Yi Jin ni bila dia ke Amerika untuk buat liputan berita tu. Disebabkan tekanan emosi dan situasi serius di sana, dia mula mengabaikan Na Hee Do. Segala yang berlaku di sana, emosinya, perasaannya semua dia pendam dan tak nak share dengan Na Hee Do. Akhirnya Na Hee Do mula rasa tersisih dan merasakan dirinya tak penting buat Baek Yi Jin dan memaksa dirinya membuat keputusan drastik untuk berpisah.
Aku lebih suka bila Baek Yi Jin jadi wartawan sukan tu, sebab dia akan sentiasa dekat dengan Na Hee Do. Tapi bila jadi wartawan sukan ni pun ada cabarannya bila Baek Yi Jin terpaksa mengkhianati Go Yu Rim dengan melaporkan berita yang kurang elok pasal Go Yu Rim di media. Tapi bila dia jadi wartawan yang melaporkan isu - isu semasa pula, dia jadi terlampau sibuk pula. Apa pun memang ramai tak puas hati dengan ending drama Korea Twenty Five Twenty One ini sebab endingnya Na Hee Do dan Baek Yi Jin tak bersama pun sebab diorang bawa haluan masing - masing. Disebabkan itu tajuk drama ni Twenty Five Twenty One yang merujuk pada umur diorang ketika diorang berpisah. Walaubagaimanapun aku tetap enjoy menonton drama ini dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..
Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One
Kim Min Chae yang merupakan satu - satunya anak Na Hee Do ingin berhenti dari menjadi penari Ballet. Dia kemudian lari ke rumah neneknya dan akhirnya menemui diari ibunya ketika ibunya remaja dan leka membacanya. Sejak dari kecil Na Hee Do berminat dalam sukan lawan pedang dan dia turut join kelab lawan pedang di sekolahnya. Namun disebabkan IMF crisis, kelab itu terpaksa dibubarkan, Na Hee Do kemudian pindah sekolah dan dapat join kelab lawan pedang yang turut dianggotai oleh Go Yu Rim yang merupakan atlet lawan pedang popular. Na Hee Do menjadikan Go Yu Rim sebagai idolanya dan berasa bangga dan excited untuk bertemu dengan Go Yu Rim namun layanan Go Yu Rim yang dingin dan seakan benci dengannya memusnahkan segalanya. Sejak dari itu Na Hee Do berazam ingin menjadi rival/ pesaing terhebat Go Yu Rim dan usahanya berjaya. Na Hee Do akhirnya terpilih untuk masuk dalam pasukan kebangsaan.
Na Hee Do turut bertemu dengan Baek Yi Jin yang baru berpindah di sekitar kawasan kejiranannya. Baek Yi Jin asalnya anak orang kaya namun disebabkan bapanya muflis, mereka sekeluarga terpaksa berpisah dan tinggal berasingan. Baek Yi Jin membuat kerja kecil - kecilan seperti menghantar surat khabar di siang hari serta menjaga kedai buku. Baek Yi Jin kemudian dapat kerja sebagai wartawan sukan dan mula rapat dengan Na Hee Do.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve
1 Sep 2022
Review Drama Korea The Red Sleeve
Review Drama Korea The Red Sleeve Lakonan Lee Joon Ho (2PM) dan Lee Se Young
Lama tak buat review drama Korea ni, berderet - deret dah list drama Korea yang aku dah habis tengok, tapi rasa malas nak buat review tu memang dasyat hehehe. Jadi hari ni aku rajinkan diri sikit untuk buat review drama Korea yang bertajuk The Red Sleeve. Antara pelakon drama Korea The Red Sleeve ini adalah Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hee Jin, Kang Mal Geum, Yi Seo, Seo Hyo Rim, Park Ji Young, Jang Hye Jin, Lee Min Ji, Oh Dae Hwan dan ramai lagi. Drama ini berlatarbelakangkan zaman diraja, ala - ala drama sejarah gitu dan merupakan adaptasi daripada novel The Red Sleeve Cuff by Kang Mi Kang. Korean Drama The Red Sleeve ini diarahkan oleh Jung Ji In dan disiarkan di channel MBC bermula 12 November 2021 dan tamat episodnya pada 1 Januari 2022. Drama The Red Sleeve ini sangat popular okey dan disukai ramai sehingga pihak produksi extend satu episod menjadi 17 episod kesemuanya. Pada awalnya pelakon Park Hae Soo ditawarkan untuk menjadi heroin drama ini namun dia menolak dan akhirnya watak Sung Deok Im menjadi milik Lee Se Young.
The Red Sleeve mengisahkan tentang Sung Deok Im yang merupakan seorang dayang istana. Sung Deok Im seorang yang ceria, bijaksana dan sangat enjoy dengan hidupnya. Putera mahkota Yi San kemudiannya jatuh cinta pada dirinya dan hal ini merumitkan keadaan kerana Sung Deok Im ingin hidup bebas tanpa terikat dengan istana mahu pun sesiapa. Namun dalam masa yang sama Sung Deok Im turut jatuh cinta pada Yi San namun tetap dengan prinsipnya yang ingin hidup bebas lalu menolak cinta putera mahkota Yi San. Sebelum dapat menjadi raja, Yi San terpaksa menghadapi segala kesukaran dan komplot pelbagai pihak yang tidak mahu dirinya menjadi raja. Namun Yi San akhirnya berjaya menjadi Raja Jeongjo menggantikan datuknya Raja Youngjo. Setelah menjadi Raja, Yi San mahu menjadikan Sung Deok Im sebagai gundiknya. Namun dalam masa yang sama Yi San tidak mahu memaksa Sung Deok im sebaliknya dia mahu Sung Deok Im menjadi gundiknya dengan rela hati tanpa paksaan. Namun Sung Deok Im tetap berkeras dan menolak untuk menjadi gundik Yi San, akhirnya Yi San melepaskan Sung Deok Im dari istana.
Yi San kemudian berkahwin dengan Puteri Hwabin dan takdir menemukannya semula dengan Sung Deok Im, apabila Sung Deok Im kembali menjadi dayang istana semula dan berkhidmat untuk isterinya Puteri Hwabin. Namun Puteri Hwabin melayan Sung Deok Im dengan teruk kerana cemburu melihat suaminya yang ada hati pada Sung Deok Im. Yi San kemudian terus memujuk Sung Deok Im buat kali terakhirnya untuk menjadi gundiknya. Akhirnya Sung Deok Im mengalah dan dirinya kini menjadi gundik raja yang kemudian melahirkan anak lelaki. Sung Deok Im kemudian digelar Royal Noble Consort Uibin Seong. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea The Red Sleeve ni. Sebenarnya rasa sedih dengan percintaan Yi San dengan Sung Deok Im ni, kalau diorang ni orang biasa mesti percintaan diorang lebih indah. Tapi bila dah melibatkan percintaan raja dan dayang istana ni memang tragislah jawabnya. Aku boleh faham kenapa Sung Deok Im seboleh mungkin menolak menjadi gundik raja ni sebab kehidupan menjadi seorang gundik raja sangat lonely okey.Yela sebagai gundik raja mana dia boleh keluar istana sesuka hati tanpa ada raja bersamanya. So dia hanya mampu melihat dari kejauhan saja. Selain itu Sung Deok Im juga sangat mementingkan hubungan persahabatannya dengan kawan - kawannya itu. Walaupun dia bukan lagi dayang istana, dia tetap melayan kawan - kawannya sama seperti dulu. Rasanya scene - scene kelakar banyak datang dari watak Kang Tae Ho lakonan Oh Dae Hwan yang merupakan bodyguard Yi San. Bodyguard Yi San ni lurus bendul sikit tapi lawak, kawan - kawan Sung Deok Im juga kelakar sebab ada macam - macam perangai, ada yang garang, ada yang lemah lembut. Aku suka juga tengok Jang Hee Jin dalam drama ni, dia jadi Permaisuri Jungsoon yang berkahwin dengan datuk Yi San. Kiranya dia berkahwin pada usia muda, jadi memang nampak lawa je dia dalam drama ni. Awalnya nampak dia macam suka dan nak rapat dengan Sung Deok Im tapi bila Sung Deok Im dah jadi gundik raja, watak Jang Hee Jin macam dah hilang, tak nampak bayang dah.
Salah satu watak yang turut hilang tiba - tiba adalah princess Hwawan yang merupakan makcik pada Yi San. Dia ni antara orang yang tak suka Yi San jadi raja, tapi lepas Yi San jadi raja, watak dia pun hilang, aku nak tau gak apa yang jadi kat dia lepas anak angkat dia dah dibunuh. Ending drama Korea The Red Sleeve ni memang sad endinglah bagi aku huuhu, tapi aku tak nak bagi spoilerlah apa jadi kan hehehe. Tapi sangat sad ending dan kita perlu berfikir sekejap apa yang sebenarnya terjadi. Separuh watak - watak dari drama ini memang benar - benr wujud pada zaman diraja tu, separuh lagi rekaanlah kan. Nak tahu lebih detail korang boleh baca kat wikipedia tu. Walaupun drama ini berkisarkan tentang kisah percintaan namun masih ada scene - scene suspen okey. Antaranya ketika ketua dayang istana tubuhkan satu kumpulan khas yang ingin membunuh Yi San. Serta ketika Hong Deok Ro yang merupakan kawan dan juga cikgu pada Yi san menculik dayang - dayang istana kerana marah dan ingin membalas dendam akibat kematian adiknya yang telah pun menjadi isteri Yi San.
Selain itu aku suka juga tengok scene - scene yang melibatkan Hong Deok Ro dan Sung Deok Im ni sebab diorang saling membenci dan saling cemburu kerana masing - masing rapat dengan Yi San. Disebabkan Korean Drama The Red Sleeve ini sangat popular, ada satu rancangan khas dibuat yang menghimpunkan para pelakon dan watak - watak penting dalam drama ini. Rancangan ini bertajuk The Red Sleeve Talk Show, dalam rancangan ini para pelakon akan diinterview, diorang main games, diorang juga turut menceritakan hal - hal disebalik tabir masa pembikinan drama ini. Diorang turut tunjuk sedutan babak - babak tertentu dalam drama The Red Sleeve ni, pastu suruh diorang lakonkan semula dan sebagainya. Malah Lee Se Young turut menitiskan air mata apabila melibat beberapa babak sedih dalam drama ini. Jadi aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)
👉👉 Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)
💕💕 Drama Kids Nowadays Di Astro Ria
28 Jul 2022
Review Drama Korea Voice 4
Review Drama Korea Voice 4 Lakonan Lee Hana dan Song Seung Heon
Baru - baru ini aku dah habis menonton Korean Drama Voice Season 4 atau Voice 4. Tak lama lagi akan ada Voice 5 pula dan mungkin ianya adalah musim terakhir. Lepas menonton Voice 3 dulu, aku agak geram dan sedih lepas menonton episod akhirnya sebab Do Kang Woo mati. Aku suka betul tengok Lee Jin Wook pegang watak Do Kang Woo ni, bila wataknya mati sedih gila pulak..Baiklah berbalik pada Voice 4 ni semestinya watak heronya bertukar kan, kali ini pelakon Song Seung Heon telah join the team dan memegang watak sebagai Derek Cho / Cho Seung Ho. Kemungkinan besar dia juga akan ada dalam Voice 5 nanti. Manakala watak - watak lain masih kekal sama seperti Lee Hana yang memegang watak sebagai Kang Kwon Joo, Son Eun Seo, Kim Joong Ki, dan ramai lagi. Lebih menarik bila pelakon Baek Sung Hyun yang memegang watak sebagai Shim Dae Sik di Voice season 1 kembali di Voice season 4 ini. Untuk musim kali ini, pelakon versatil Lee Kyu Hyung turut memegang watak penting dalam drama ini. Okey itu antara barisan pelakon drama Korea Voice 4 ini.
Selain itu drama ini mempunyai 14 episod dan mula disiarkan di channel TVN bermula 18 Jun 2021 dan tamat episodnya pada 31 Julai 2021. Antara yang menarik dalam Voice 4 ini bila pelakon utama drama ini iaitu Lee Hana dan Song Seung Heun nampak serasi gitu. Manakala watak jahat dalam drama ini mempunyai penyakit "Dissociative identity disorder (DID disorder)", yang mana dia mempunyai 4 personaliti lain, jadi korang bayangkanlah macam mana nak menangkap watak jahat yang mempunyai penyakit sebegini kan. Manakala Kwon Yool yang memegang watak jahat Bang Je Soo dalam Voice season 2 turut muncul di episod akhir drama Voice 4 ini. Agak misterilah kat sini kan, bila Bang Je Soo ni tak mati - mati lagi dan masih hidup. Sebagai penonton aku nak tahu jugalah apa sebenarnya yang terjadi pada Bang Je Soo ini. Malah ending drama Voice 4 ini juga tergantung bila Kang Kwon Joo membuat satu keputusan drastik yang mengejutkan semua orang. Kiranya dalam Voice 5 ni mesti diorang akan fokus pada kisah asal usul mengenai anugerah yang dimiliki oleh Kang Kwon Joo ini iaitu pendengarannya.
Walaubagaimanapun kalau nak banding drama ini dengan musim - musim yang terdahulu, ternyata Voice 4 agak kurang mantap. Plot utama Voice 4 masih menarik cuma yang tak best tentang kes - kes yang Golden Time Team siasat tu. Agak boring kes - kes yang diorang dapat contohnya kes penculikan di hutan, Woomi-ri Hanyeo Assault Case, Knife Stabbing Case dan Student Kidnapping Case. Bagi aku kes - kes yang diorang dapat kurang menarik tapi stil ada pengajarannya kan. Voice 4 ini mengisahkan tentang Kang Kwon Joo yang mengalami trauma (PTSD) selepas kematian partnernya Do Kang Woo. Dalam masa yang sama berlakunya pembunuhan bersiri yang mana pembunuhnya mempunyai pendengaran yang baik, sama seperti Kang Kwon Joo. Malah pembunuh terbabit turut menyamar seperti Kang Kwon Joo dan membuatkan pihak polis keliru. Pembunuh tersebut turut membunuh adik perempuan Detektif Derek Cho / Cho Seung Ho yang juga seorang polis tapi berkhidmat di luar negara.
Mengetahui yang pembunuh adiknya itu menyamar sebagai Kang Kwon Joo, dia akhirnya bersetuju untuk join Golden Time Team buat sementara waktu sehingga pembunuh itu ditangkap. Kang Kwon Joo, Derek Cho dan semua Golden Time Team yang lain telah ke Vimo Island selepas mengetahui pembunuh bersiri tu telah lari ke situ. Setelah menjejaki pembunuh berkenaan, mereka telah mempunyai suspek utama iaitu Dong Bang Min lakonan Lee Kyu Hyung. Namun masalah utama yang mereka hadapi bila suspek utama iaitu Dong Bang Min mempunyai "Dissociative identity disorder (DID disorder)". Kelihatan Dong Bang Min sendiri tidak sedar yang dirinya mempunyai masalah Personaliti Berganda dan membuatkan semuanya menjadi semakin sukar untuk menangkapnya. Hal ini bertambah rumit dengan campurtangan datuknya iaitu Dong Bang Heon Yup yang merupakan pemimpin yang dihormati dan berpengaruh di Vimo Island. Apa yang berlaku seterusnya? okey itu adalah sinopsis drama Korea Voice 4. Aku suka Lee Kyu Hyung dalam drama ini, lakonannya memang sentiasa terbaik gitu.
Tonton Online Drama Korea Voice 4 Full Episode
17 Mei 2022
Another Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo
Apa pun semua pasti tahu ending Korean Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni memang tragis gitu dan sad ending. Tapi dalam temubual tersebut Lee Joon Gi turut mengatakan ada ending lain iaitu lebih pada happy ending sikit seperti dalam gambar diatas, bila Hae Soo dan Wang So bertemu di dunia moden. Tapi entah kenapa pengarah drama ni memilih ending yang tragis untuk drama ini, mungkin nak kan drama ini diingati sebagai kisah cinta tragis kot. Apa pun drama ni memang best, so kiranya drama ni ada 2 endinglah kan, cuma yang penonton tonton tu adalah ending yang sedih..
29 Mac 2022
Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80 Slot Tiara Astro Prima
- Fasha Sandha sebagai Amira
- Wan Raja sebagai Harris
- Nad Zainal sebagai Kirana
- Aidit Noh sebagai Naufal
- GM Fauzan sebagai Sulaiman
- Dian P. Ramlee sebagai Ain
- Sefik Khair sebagai Syafiq
- Roy Azman sebagai Dato Mustapha
- Ziema Din sebagai Datin Mona
- Zarynn Min sebagai Aunty Baby
- Sharmaine Farouk sebagai Diana
- Amylea Azizan sebagai Neelisa
- Kween Keela sebagai Hilda
- Isaac Iman sebagai Haziq
Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri Lakonan Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja Di Slot Tiara Astro Prima
22 Dis 2021
Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince
- Kim Min-jae as Jin Moo-hak, the director of Dondon F&B,
- Park Gyu-young as Kim Dali, a visiting researcher at Saint Müller Museum and later becomes the director of Cheong-song Art Museum.
- Kwon Yul as Jang Tae-jin, Dali's first love who is the head of Century Group's planning and coordination team.
- Hwang Hee as Joo Won-tak, a detective from the violent crime squad who was supported by Dali's father.
- Yeonwoo as Ahn Chak-hee
Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince