Showing posts with label Mi. Show all posts
Showing posts with label Mi. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Wat Tan Hor


Salam bahagia semua..Semoga hari ini dan hari2 mendatang menjanjikan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.. Pagi ni sarapan apa yer? Biasala, bila dah menjadi ibu atau isteri ni, banyak yang hendak difikirkan terutamanya santapan apa yang hendak dihidangkan. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam, kadangkala supper juga.. =) Biasanya kat rumah saya ni, pasti ada stok mi kuning atau kuey teow dalam freezer, sebab permintaan untuk mi ni memang tinggi. Wat Tan Hor ni antara menu biasa kat rumah saya untuk sarapan. Saya guna resepi dari Myresipi sebab mudah dan sedap. Bahan2 pon semua yang biasa ada di dapur saya.Saya nak kongsi resepi di sini, terima kasih kepada empunya resepi, minta izin dikongsi di sini yer…resepi ni telah diubah serba sedikit mengikut selera saya... =)

Bahan2:
Sebungkus kuey teow
2 ulas bawang putih
1 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu lada sulah

Cara2 (untuk kuey teow)
Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih yang dicincang halus hingga kekuningan. Kemudian masukkan kuey teow,kicap pekat, sos tiram,kicap manis dan lada sulah. Gaul sebati sehingga kuey teow masak. Ketepikan.

Bahan2 (untuk kuah)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia dihiris
1 cawan air
Semangkuk isi ayam di potong kecil
3 ekor Sotong dipotong
3 ekor udang
Sedikit sayur2an (lobak, sawi, brokoli, jagung putik yang dipotong)
Sedikit garam
1 biji telur
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara2 (untuk kuah)
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan air, ayam, sotong dan udang. Apabila dah menggelegak masukkan sayur2an. Bila sayuran dah layu sedikit masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh tadi, sedikit garam dan kemudian masukkan pula telur. Kacau supaya telur tadi hancur, dan boleh lah dihidangkan bersama kuey teow tadi.

p/s: Jika nak lebih pedas boleh masukkan cili padi yang diketuk bersama ayam tadi. 

Wednesday, February 23, 2011

Kuey Teow Sup

Salam sejahtera semua. Hari ni nak tempek gambar kuey teow sup style saya selalu buat. Teringat dulu pernah makan kuey teow sup Ipoh kat Madam Kwan KLCC, rasanya lebih kurang macam yang buat sendiri tp kalau buat sendiri boleh ikut citarasa sendiri. Yang Madam Kwan punya banyak letak segala jenis balls tu, fish ball, fish cake dan sewaktu dengannya. Saya kurang suka balls2 macam tu, just letak ayam sahaja dah cukup sedap. Kalau tak silap saya masa tu makan dalam tahun 2003 kot, harga semangkuk besar RM13.00..fuhh..buat sendiri boleh makan ramai2..Resepi saya nak kongsi kat sini. Mudah dan sedap =) Sesuai untuk sarapan atau minum petang.

Bahan2:
Sebungkus kuey teow
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu lada sulah berperisa
2 mangkuk air
1 kiub pati ayam knorr
Sedikit garam
2 pokok sawi

Cara2:
Kuey teow dicelur hingga lembut.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan air, ayam, kiub pati ayam, lada sulah dan garam, masak sehingga mendidih.
Apabila mendidih masukkan sawi tadi dan masak hingga sawi masak.
Bolehlah dihidangkan bersama kuey teow yang telah dicelur dan sambal cili kicap.

**sayuran lain juga boleh dimasukkan seperti taugeh dan juga tauhu yang telah digoreng.

Tuesday, February 22, 2011

Laksa Lemak


Laksa lemak atau laksa kuah putih ni glamer ni Terengganu. Kuahnya sama je dengan kuah laksam. Kalau dulu sebelum kahwin hanya terdedah pada laksa penang je. Bila dah berada di Terengganu ni, laksa kuah putih la yang glamer dan selalu dapat. Pak sedara husband lak pembekal laksa, maka bertambah senang la nak dapat laksa free. hehe...cuma kena rajinlah sikit nak membuat kuahnya. Sebenarnya sangat mudah nak membuat kuah laksa putih ni, yang penting sedap. Ni resepi yang saya selalu guna nak share kat sini. Rasanya resepi semuanya lebih kurang sama je, bahan2 pon tak banyak.Ni saya buat untuk minum petang dan lebihnya buat sarapan untuk esok harinya.

Bahan2:
5 ekor ikan selayang
2 cawan santan
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar)
1 sudu besar lada hitam kisar
2 keping asam gelugur
Sedikit garam dan gula

Cara2:
Rebus ikan dengan asam gelugor dan sedikit garam hingga ikan masak.
Setelah masak perisikan isi ikan dan airnya jangan dibuang. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam periuk yang telah diisikan dengan santan serta air rebusan tadi. Kemudian kisar tulang2 ikan tadi dan tapis diambil airnya dan masukkan ke dalam periuk tadi. Masukkan juga bahan2 yang dikisar, lada hitam,garam,gula,secawan air dan asam keping di dalam santan tadi. Masak sehingga mendidih dan rasakan masin dan manisnya.
Boleh lah dimakan bersama laksa dan ulam2 pilihan.

**biasanya saya menggunakan timun,kacang panjang, daun selom, daun kesum, bunga kantan,kubis yang dihiris halus sebagai ulam dan dimakan bersama sambal dan sedikit belacan serta perahan limau kasturi.

Wednesday, February 9, 2011

Mi Lidi Rebus

Mi lidi ni sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selalunya saya buat untuk sarapan, anak2 saya suka makan mi. Kalau masak mi memang habis dan tak cukup pulak.hihi.. Masak senang dan cepat, janji sedap dan mengenyangkan. Resepi yang selalu saya praktikkan seperti di bawah:

Bahan2:
1 bungkus mi lidi
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih dicincang
1 kiub ayam knorr
2 cawan air
1/2 inci halia
1 batang serai diketuk
sedikit asam limau
1 batang lobak merah dipotong kecil
brokoli
bunga kobis
1 sudu lada hitam kisar/tumbuk
garam secukup rasa

Cara2:
Masak air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan mi lidi yang telah dibasuh dan masak selama 4minit.
Setelah mi sudah masak, keluarkan air yang panas tadi dan siram mi dengan air sejuk. Ketepikan.

Panaskan minyak didalam periuk dan tumiskan bawang putih cincang sehingga kekuningan, kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan halia. Masak hingga ayam agak garing atau airnya keluar, masukkan air,serai, lada hitam, kiub ayam, garam. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan pula sayur-sayuran tadi dan asam limau. Tutup api apabila sayuran sudah masak (saya suka sayuran tu agak rangup, masak sekejap saje).

Bolehlah dihidangkan mi tadi bersama kuahnya. Kalau nak masukkan mi ke dalam periuk kuah pon boleh tapi saya prefer masukkan kemudian, tak suka mi tu kembang sangat nanti.

*boleh juga masukkan sayuran lain seperti sawi dan tomato, saya tak ada pulak stok tu. 
Saya makan dengan cili kicap untuk bagi rasa pedas. Anak2 tak makan pedas. =)