Assalammualaikum buat semua...
Mama sebenarnya excited nak kongsi entry hari ni dg semua pengunjung dapurmamasya,bukan resepi Kuey Teow goreng tp resepi home made Kuey Teow sbb mmg puas hati sgt dgn hasil mee yg dibuat....nilah resepi yg mama cari, dah hampir sama teksurnya dg kuey teow yg dijual di kedai .
Mama mmg suka Kuey Teow, tak kiralah goreng atau masak berkuah. Tapi di sini mana ada kedai jual Kuey Teow....mahupun mee kuning,mmg tak da kedai jual.Mama pernah cuba buat Kuey Teow sebelum ni guna resepi lain tp rasanya tak sama spt yg beli di kedai berbanding resepi yg mama cuba kali ni.
Resepi nipun mama dpt masa search resepi lain sebenarnya.mama mencari resepi yg menggunakan tepung pulut selain kuihmuih yg manis sbb stok tepung pulut byk sgt di rumah. dok google resepi itu keluar resepi Kuey Teow dari satu blog yg menggunakan tepung pulut.Dan komen dari empunya resepi tekstur mee nya hampir macam yang dijual di pasaran....walllaaa....mmmg memenuhi apa yg mama cari...nak habiskan pulut...nak mkn kuey teow. Terus dan dan itu juga print resepi dan buat.Dan hasilnya.......
Puas hati sgt....mmg betul teksurnya sama yg dijual dikedai. Tksih byk kepada Murni yg sudi kongsi resepi. Lepas siap Kuey Teow hari tu, terus je letak dlm mangkuk isi kuah tomyam pana-panas, kebetulan masak tomyam utk lunch. Tak sabar nak rasa, bgmana teksurnya.bila mkn Kuey teow tomyam, terasa sedap Kuey teownya. mmg hampir sama yg dijual dikedai.
Esok paginya utk sarapan masak Kuey Teow goreng. Tak rugi mencuba.Sudah 2 kali buat setakat ini. Mamapun dah cuba berapa lama boleh simpan, dlm peti ais boleh tahan 4-5 hari. Kalau ada yg berminat nak cuba sendiri Kuey Teow bolehlah tengok resepi dibawah;
Homemade Kuey Teow
Sumber; Murni@ Airtanganku
Oleh; Dapurmamasya
Bahannya: (dpt 1.458 kg)
2 3/4 Cwn Tepung gandum
1 Cwn Tepung pulut
1/2 Cwn Tepung beras
1 bj Putih telur + 1 Cwn Air
1st Garam
Sedikit minyak untuk merebus mee dan digaulkan bersama mee
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan mee
Caranya:
1.Satukan semua bahan tepung bersama + Putih telur + Garam + Air.Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan. *Jika doh terlalu keras tambahkan air 1sb sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli.Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan mee menjadi lembik ketika dicelur nanti.
2.Ambil doh yang siap diuli,lumurkan dgn tepung ubi sebelum dicanai menggunakan pasta maker.Ketebalan mee sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali.Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.(mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis)
3.Panaskan periuk berisi air separuh penuh.Masukkan sedikit minyak masak,biarkan ia mendidih.
4.Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan mee dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kuey teow dg air sejuk/paip sekejap saja).Kemudian toskan mee hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya mee tidak melekat.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda..Selamat mencuba.
Uli hingga menjadi doh. Pastikan doh tidak terlalu lembut
buatkan bulat kecil dan canai dg mesin. saiz yg tebal dulu.mama canai 2 kali guna mesin yg tebal.
lumur/tabur tpg ubi. canai 2 kali mata mesin yg nipis sikit.
boleh canai byk2 dulu.tapi sidai setiap kpg berasingan, jgn tindan takut melekat nanti.
Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kuey teow.
kiraikan kuey teow atas dulang, tak nak bg melekat.yg dah siap jgn letak byk2 dlm satu dulang.
Celurkan mee yang siap dimesin ke dalam air mendidih yg diletakkan sikit minyak.Mee akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.angkat. jgn celur lama.
Toskan mee dan siram sambil kiraikan sikit2 kuey teow dibawah air sejuk/paip sekejap saja.sejat/tos lagi hingga kering air.
Gaulkan dg sikit minyak utk tidak melekat. Dah siap...hasilnya Homemade Kuey Teow.
Bila timbang dpt dlm 1.458 kg kuey teow utk satu resepi
Homemade Kuey Teow, puas hati dpt makan kuey teow goreng.perah limau sikit dan makan dg cili jeruk...emmm sedapnya.