NAVIGATION (tag LI for left float, UL for right float)

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MAP TO CUPPACAKE B'LICIOUS CAFE

    Showing posts with label salted caramel choc cake. Show all posts
    Showing posts with label salted caramel choc cake. Show all posts

    Thursday, September 29, 2016

    Kek Frozen Elsa

    Assalamualaikum

    Kek bertema katun Frozen ini sangat popular di kalangan anak-anak kita.

    Untuk kesekian kalinya kek bertema ini dibuat untuk meraikan majlis ulang tahun.

    7" Salted Caramel Choc Cake
    Buttercream
    Edible Image
     Frozen Elsa
    Tag

    Selamat Ulang Tahun Ulfa.
    Selamat Ulang Tahun Faiza.
    Semoga menjadi anak yang mengembirakan ibu dan ayah dunia dan akhirat.

    Terima kasih kerana menempah kek dari kami.  Segala kekurangan dan kelemahan kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.

    Tempahan untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal. Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.

    Jika ada yang berminat untuk menempah kek sedap di Batu Pahat, bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya. 

    Tempahan:
    WhatsApp SHJ | +6010 512 0879

    Lokasi kami di Batu Pahat, Johor

    Wednesday, September 28, 2016

    Kek Hari Jadi Didi and Friends

    Assalamualaikum

    Sepanjang bulan September kami ada membuat pakej promosi untuk pelanggan-pelanggan yang setia dengan kami.

    Alhamdulillah, pakej ini telah menambat hati Puan Anim dari Kuala Lumpur.  Beliau akan menyambut majlis ulang tahun anak beliau di batu pahat.

    Berikut adalah pakej promosi yang kami sediakan:-

    Puan Anim juga menempah kek kartun Didi & Friends.  Kek yang dipinta saiznya agak besar iaitu10 inci.  Kek figura sebegini memerlukan kesabaran yang tinggi dan masa yang banyak.  Setiap figura memerlukan perhatian dan penelitian yang cukup rapi.  Dalamnya adalah kek Devil's Moist Food Cake dilapisi oleh buttercream dan sos karamel. Luarnya kita saluti dengan krim identiti kami. Krim tidak muak dan sedap.

    Di bawah ini saya serta kan kaedah memotong kek, supaya dapat dimakan oleh lebih ramai tetamu.  Boleh dijadikan sebagai panduan ya.

    ehsan Mr Google 

    Dalam pakej kita ada Club Sandwich, Chicken Sliced Grilled.  Kita juga ada sandwich tuna, sandwich telur, sandwich ayam panggang.  Sandwich sedap dihidang bila-bila masa untuk apa jua majlis.

    Chocolate Brownies dengan dipancitkan coklat ganache dan sos karamel. Brownies sedap. Sos karamel enak.

    Kek red velvet diganti dengan kek lain yang sama nilainya dan diubah bentuk empat segi, untuk di potong kecil dan mudah untuk dimakan. Kek pilihan adalah Oreo Fudge Choc Cake.  Memang tepat pilihan Puan Anim. Kek ini sangat sedap, terasa coklat dan oreo di kek dan krimnya, ditambah dengan coklat Malteser dan oreo sebagai hiasan. Makan 1 pasti mahu lagi..

    Juga ada Blueberry Cheese Tart sedap. Tak cukup makan sebiji juga nih. hihi..

    Sebenarnya ini bukan kali pertama kami buat kek untuk Puan Anim. Ini adalah kali ke 3 sebenarnya, alhamdulillah.  Terima kasih kerana percaya dengan kami.  Senang sangat berurusan dengan Puan. 

    Selamat Ulang Tahun Nur Ain.
    Selamat Ulang Tahun Hakimi.
    Semoga menjadi anak-anak yang mengembirkan hari mak dan ayah dunia dan akhirat.  Amminn..

    Terima kasih kerana menempah kek dari kami.  Segala kekurangan dan kelemahan kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.

    Tempahan untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal. Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.

    Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
    Tempahan:
    WhatsApp SHJ | +6010 512 0879

    Tuesday, September 27, 2016

    Kek Coklat Strawberry

    Assalammualaikum

    Kek-kek dekorasi sebegini kebiasaannya kami gunakan untuk mereka yang mencari kek simple dengan harga yang minimum. 

    Tetapi bila ia menjadi pilihan pengantin dengan permintaan menjadikannya kek premium, kami akur.

    Kek Salted Caramel menjadi pilihan. Disalut dengan buttercream identiti kami, krim tidak muak dan sedap.  Coklatnya dicairkan dan diratakan pada seluruh permukaan kek dan menggunakan teknik lelehan untuk dekorasi sisi kek. 

    Buah strawberry dan coklat-coklat seperti Whittakers, Kinder Bueno, Hershey Kisses, Kit Kat, Snickers dan bertih jagung digunakan.

    Kek dekorasi begini kami menggelarkannya Wonka Cake Series. 

    Selamat Pengantin Baru.  Semoga berkekalan hingga ke jannah.

    Terima kasih kerana menempah kek dari kami.  Segala kekurangan dan kelemahan kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.

    Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
    Tempahan:
    WhatsApp SHJ | +6010 512 0879

    Tempahan untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal.
    Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.

    Kek Coklat Strawberry

    Assalamualaikum

    Tempahan dari Fizah untuk kek hantaran perkahwinan beliau.

    Kek pilihan kali ini untuk dijadikan hantaran ialah Salted Caramel Choc Cake. Kek yang moist dan sedap.  Campuran caramelnya membuatkan kek ini tidak muak dan tidak mahu berhenti makan bila sekali mencuba.  Kek ini disalut dengan buttercream yang tidak muak, tahan lama dan pastinya sedap.  Kek coklat ini juga dihiasi dengan buah strawberry dan beraneka jenis coklat yang sedap, seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.

    Melihatkannya sahaja hati sudah tertawankan.  Apatah lagi yang memilikinya.

    Selamat Pengantin Baru.  Semoga berkekalan hingga ke jannah.

    Terima kasih kerana menempah kek dari kami.  Segala kekurangan dan kelemahan kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.

    Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
    Tempahan:
    WhatsApp SHJ | +6010 512 0879

    Tempahan untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal.
    Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.

    Sunday, September 25, 2016

    Kek Macaroon

    Assalamualaikum

    Jika hendak menempah kek perkahwinan dan pelanggan tidak tahu berapa harga kek yg hendak ditempah, tidak mengapa. Nyatakan budget yang telah anda peruntukkan, kami akan cuba sedaya upaya cuba mengikut budget anda.  

    Kami menyediakan pakej kek perkahwinan dari serendah RM180. 

    Kek kali ini ditempah oleh 2 pupu kami sendiri iaitu Farah Akmal Seruan.  Senang berurusan dengan Farah, asal kek cantik dan sedap katanya.  

    Puas juga memerah otak memikir design kek apa yang hendak dibuat.  Bagi kami ini adalah peluang untuk kami mencuba design lain dari yang biasa kami buat. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membuat kek yang ada bunga hidup dengan macaron.

    Ok, maka tibalah hari yang dinanti.  Hari persandingan Farah dan Amar.  Seawal jam 10 pagi kami sudah bertolak ke rumah pengantin di Benut.  Perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 45 minit menjadi 1 jam 30 minit.  Ini kerana kami hanya boleh memandu 40-50/km sejam. 

    Alhamdulillah, kek sampai dengan selamatnya jam 11.30 pagi.  Pengantin dijangka bersanding awal iaitu jam 12 tengahari.  Kami hanya punya masa 30 minit untuk menyusun atur bunga hidup dan macaroon di atas kek.  Walau berratus kek telah kami pasang di majlis perkahwinan, gemuruhnya tetap ada. Seperti baru pertama je gamaknya.  Hihihi..

    Alhamdulillah tepat jam 12.00 kek siap dipasang. Berpeluh! 

    Taraaaaa.. siap menunggu untuk di potong oleh mempelai.

    3 tingkat 
    Span kek
    Marble Oren Kek
    Salted caramel chocolate cake
    Fresh Flowers
    Macaroon

    Selamat Pengantin Baru Farah dan Amar.  Semoga berkekalan hingga ke jannah.