Assalamualaikum
Jika hendak menempah kek perkahwinan dan pelanggan tidak tahu berapa harga kek yg hendak ditempah, tidak mengapa. Nyatakan budget yang telah anda peruntukkan, kami akan cuba sedaya upaya cuba mengikut budget anda.
Kami menyediakan pakej kek perkahwinan dari serendah RM180.
Kek kali ini ditempah oleh 2 pupu kami sendiri iaitu Farah Akmal Seruan. Senang berurusan dengan Farah, asal kek cantik dan sedap katanya.
Puas juga memerah otak memikir design kek apa yang hendak dibuat. Bagi kami ini adalah peluang untuk kami mencuba design lain dari yang biasa kami buat. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membuat kek yang ada bunga hidup dengan macaron.
Ok, maka tibalah hari yang dinanti. Hari persandingan Farah dan Amar. Seawal jam 10 pagi kami sudah bertolak ke rumah pengantin di Benut. Perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 45 minit menjadi 1 jam 30 minit. Ini kerana kami hanya boleh memandu 40-50/km sejam.
Alhamdulillah, kek sampai dengan selamatnya jam 11.30 pagi. Pengantin dijangka bersanding awal iaitu jam 12 tengahari. Kami hanya punya masa 30 minit untuk menyusun atur bunga hidup dan macaroon di atas kek. Walau berratus kek telah kami pasang di majlis perkahwinan, gemuruhnya tetap ada. Seperti baru pertama je gamaknya. Hihihi..
Alhamdulillah tepat jam 12.00 kek siap dipasang. Berpeluh!
Taraaaaa.. siap menunggu untuk di potong oleh mempelai.
3 tingkat
Span kek
Marble Oren Kek
Salted caramel chocolate cake
Fresh Flowers
Macaroon
Selamat Pengantin Baru Farah dan Amar. Semoga berkekalan hingga ke jannah.
Terima
kasih kerana menempah kek dari kami. Segala kekurangan dan kelemahan
kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.
Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
Tempahan:
WhatsApp SHJ | +6010 512 0879
Tempahan untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal.
Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.