My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, January 18, 2011

Europe Trip 2010 : Hari Kedua Menyingkap Kisah Holocaust Serta Berlin Wall di Berlin, Germany

Aku mulakan entri nie dengan mengumumkan bahawa Blog Coretan Perantau telah pun genap umurnya setahun pada 16 Januari 2011 yang lepas. Maka tahniah aku ucapkan kepada diri aku sendiri. Ahakz!! Aku sekarang agak busy dengan study sebab nak cover semuanya yang term lepas memandangkan term baru nie lagi challenging. Pada masa yang sama jugak : aku sibuk mengkhatamkan movie-movie baru seperti Despicable Me, The Fighter, The Next Three Days, The Tourist dan bertimbun-timbun lagi. Despicable Me to best yang amat : dah 5-6 kali tengok kut. Comel giler!!


trip ke germany dan eropah>Di hadapan bangunan tertinggi di Berlin : Berliner Fernsehturm<


trip ke germany dan eropah>Lihat semua lihat! Betapa tebalnya salji di sana<


trip ke germany dan eropah>Nie ketika menunggu train daripada Berlin Flughafen : Berlin Airport<


trip ke germany dan eropah>Cuba korang teka macam mana ada imej Malaysia pulak?!<


trip ke germany dan eropah>Di hadapan salah satu bangunan tua di Berlin : salji tebal siot<


So, entri sebelum nie terhenti di Orly Airport, Paris kan?! Memandangkan flight kitorang ke Berlin adalah pada jam 6.45 pagi, maka kaunter check-in telah pun dibuka sejak jam 4.45 pagi. Aku, Zaki dan Nabilah terus beratur once kaunter check-in dah bukak untuk settlekan semua benda secepat mungkin. Pas siap semua benda, kitorang terus masuk ke Departure Hall. Yang bestnya pasal Departure Hall Orly Airport adalah kewujudan game PS3 free. Aku dan Zaki teruslah layan game sekejap : kalau tak silap GTA. Pastu aku try check wifi guna Blackberry aku dan dapati ada signal, terus aku online. Sengsara kut kalau tak jumpa internet. *muehehehee*


trip ke germany dan eropah>Yang nie pulak adalah tugu peringatan pasal mangsa holocaust<


trip ke germany dan eropah>Nama bangunan nie adalah?! Sila jawab ramai-ramai!<


trip ke germany dan eropah>Nie antara salah satu museum yang popular di Berlin<


trip ke germany dan eropah>Kalau sesat, jangan malu-malu untuk bertanya orang<


trip ke germany dan eropah>Sedang mengambil jalan short cut untuk menuju ke Berliner Dom<


Kitorang sampai di Berlin Airport, Germany pada jam 8.00 pagi dan terus kitorang meronda-ronda area airport : nak cari port sesuai untuk tidur di malam nanti. Kitorang beli group ticket yang membolehkan kami untuk travel satu Berlin dengan menggunakan train. Kalau tak silapnya, harganya dalam 15 to 20 Euro untuk tiga orang. Memang aku dah siap segala research aku pasal Berlin dan memang harap semuanya berjalan lancar. Tapi masa mula-mula sampai di tengah-tengah central Berlin, salji memang agak tebal dan sejuk jugaklah. Pastu sesat pun ada kejap : luckily jumpa balik path selepas itu!! (^_^)/


trip ke germany dan eropah>Di belakang aku adalah antara serpihan Berlin Wall yang tinggal<


trip ke germany dan eropah>Nie pintu gerbang popular di Berlin : namanya ialah Bradenburg Tor<


trip ke germany dan eropah>Muka tengah stress duk baca peta<


trip ke germany dan eropah>Muka tengah excited gila bergambar di depan Neue Wache<


trip ke germany dan eropah>Universiti bernama Humboldt-Universität zu Berlin - Winckelmann-Institut<


trip ke germany dan eropah>Inilah dikira bangunan parlimen Berlin : bernama Reichstag<


Berlin memang terkenal dengan kisah Holocaust dan kalau tak melawat tempat tinggalan Holocaust, memang dikira agak rugilah memandangkan dah sampai Berlin kan?! Pastu dengan tinggalan Berlin Wall lagi. Betul tak?! Semua tempat itu kitorang sempat conquer. By lunch time, kitorang makan makanan pertama untuk hari tu yakni roti dan waffle : pastu angkut makan dalam McD sebab panas ada heater. Wakakaka!! Pas dah kenyang makan, kitorang sambung jalan-jalan. Antara tempat yang kitorang singgah ialah Charlie Check Point yakni entrance antara West Berlin dan East Berlin. Pastu kitorang sempat jugak pergi Holocaust Museum tapi tak berani masuk memandangkan Nabilah bertudung. Guard dia kat luar pun siap bersenapang lagi tau!!


trip ke germany dan eropah>Di depan pintu pagar US Check Point nak merentas Berlin Wall<


trip ke germany dan eropah>Side Dua : You're leaving The American Sector<


trip ke germany dan eropah>Side Satu : You're entering The American Sector<


trip ke germany dan eropah>Bergambar kenangan bersama askar ala-ala Soviet Union<


trip ke germany dan eropah>Nampak tak cop di passport aku? Ada cop Charlie Check Point!!<


Selepas settle semua benda itu, kitorang berjalan-jalan ke Alexander Platz, Bradenburg Gate, Reichstag, Holocaust Memorial, Postdam Platz, museum-museum yang bertimbun-timbun di Berlin dan banyak lagi tempat lain. Anything yang kitorang nampak macam menarik dan cantik : confirm berhenti ambil gambar kejap. Lagipun kitorang just budget sehari di Berlin : maka kena maksimunkan masa sebaik mungkin. Kitorang berjalan sampai ke malam dan hampir 4/5 kota Berlin sempat kami tawan. Sebelum blah nak balik Berlin Airport semula, kitorang berhenti makan di kedai makanan asia. Sempatlah kitorang bertiga makan mee kosong. Rupa-rupanya owner kedai itu origin Vietnam. Cakap Germany sah fluent giler!!


trip ke germany dan eropah>Sony Centre Postdamer Platz : berapa tingkat penuh dengan barang Sony<


trip ke germany dan eropah>Inilah dia antara tempat untuk memorial holocaust LAGI<


trip ke germany dan eropah>Di depan Judish Museum : Museum yahudi tapi seram nak masuk<


trip ke germany dan eropah>Ini gambar luas untuk memorial holocaust yang di atas tu<


trip ke germany dan eropah>Postdamer Platz : kawasan high class jugaklah kiranya di Berlin<


trip ke germany dan eropah>East Side Gallery yakni tinggalan sebenar Berlin Wall yang masih wujud<


Memandangkan time dah suntuk, kitorang pun ambil train nak kembali ke Berlin Airport sebab kebesokan paginya kitorang akan fly ke Basel, Switzerland pulak. On the way pulang tetiba terasa nak berhenti di East Side Gallery yakni tinggalan Berlin Wall yang sebenar dan paling panjang yang masih wujud. Terus singgah dan bergambar sakan dulu. Selepas dah langsai tugasan di East Side Gallery tu, terus ambil train kembali ke Berlin Airport. Kalau tak silap, kitorang sampai airport dalam pukul 10.00 malam jugaklah. Kiranya dalam 14 jam non-stop kitorang tour Berlin. Rasa memang berbaloi walaupun hanya sehari. Memandangkan dah penat yang amat ketika itu, terus cari port nak tidur dan terus tidur kat atas seat. Besok nak sambung journey ke Basel, Switzerland pulak kan!! Yeehaaa!!


*Payah betul dalam memilh gambar untuk share dengan korang : semua cambest!!*
[Berlin memang fames dengan holocaust dan yahudi : nak tahu Berlin, bolehlah wikipedia]

28 comments:

Amira is mira said...

bestnye...dulu jeles tgk gmbr bf and kawan2 duduk kat german!!..bila aku nak dapat g sane...takde giveaway ke dari europe trip??hihi

fathiah said...

ble la aku dapat p sana :) errmmmm

noorafzan said...

uuu..jalan2 di europe tuu..

+++uchi+++ said...

seronoknya..leh main salji..melawat tmpt org..tah bila leh p sna

nurbaytie kamisan said...

uish jeles....doa2 mau further kt sane nnt..amin

Imran@Copenhagen said...

tak de kutip serpihan tembok berlin bawa balik ke?

dayah SnoW Heuka said...

wahhh salam perantauan la kan?? cam ne eh life korang?? mesty lgi tercabar kan?? hope sume okey meyh :D

New Entry "ada duit tak??"

Ein Makrai... said...

wah..cantiknyer...snowing.......best....

||aLeaSaRa|| said...

huhu nak ikut!tgk snow menimbun kat Memorial holocaust tu..best nyer.Ngape tak ambil gambar McD di sana sebab semua McD di oversea berbeza tulisan dan menu pun lain2.Suka tgk foto2 byk btl,mmg pttlah bro tak tau nk plh yg mana.Krm slm kat sis yg comel tu ye!

caliph shuriken said...

waa.. jln sakan korang ek, hikk...

DiNaZ said...

Jauh perjalanan luas pandangan...semoga berjaya mengaut pelajaran yang berharga serta pengalaman yang bukan semua orang boleh miliki...Malah jangan sia2kan apa yang ada didepan mata kita...

Puyi said...

wa.. besnye, bile la Ratu bley sampai sane.. T.T

Abu Luqman said...

waw..syok nya main salji..tapi aku tak tahan sejuk..

awEEN said...

bestnye jalan2 tmpat org..msti dpt byk experience kan...

! Nurida Ardy said...

salji~ sejuk!ahaks..:)

kyle said...

nk g gak!!!! sumbat kyle masuk luggage pls, hehehe

noa said...

bile aku nk dapat main snow gak ni, aisyhhh

Tuan Penasihat said...

macam tengok filem euro trip jer.

Unknown said...

alahai..besnyer...adoi3...buntang mata tgk..ahaha

Jue Nara said...

bestnyerr dpt jln2.. jeles arr.. huhu

AfiqahZ said...

bestnye ! jelous seyhh.

KAMATO said...

memang banyak tempat sejarah di berlin

mamawana said...

Assalam,

Sini best main salji, kat kampung best main pasir, main banjir...ihiikks

blog-tips-kurus said...

pix #1 macam @ KL tower la bro;)

syira said...

wahhh bestnye!

Car Loan Calculator said...

Thanks for sharing...Nice capture :) I never touch snow before :( hope can visit japan soon :)

Anonymous said...

bestnya tengok gambar orang main salji....
lagi best bila jadi perantau....

Hidayah Deiya Aledruce said...

sejuk!!!ske tmpt sejuk2 ni..cam best..haha!anyway bestnya jln2..pas ni nk g mane lak?amik gambo byk2 ye..nk tgk ..hihi..

    Related Posts with Thumbnails