Tuesday, June 28, 2011

#17 Kad Laporan Kemajuan Pelajar

ye sekarang kita sudah hampir sampai ke penghujung bulan 6, kepada adik-adik yang masih bersekolah rendah dan menengah pasti sedang berdebar-debar menanti hari terbuka sekolah bersama ibu bapa kan? ye la setelah bertungkus lumus belajar macam orang gila tibalah masa adik-adik di nilai dengan sebuah buku bertajuk 'Laporan Kemajuan Pelajar'.

beberapa tahun yang lepas, gua telah diberi peluang oleh ketua keluarga gua merangkap ayahanda gua untuk mengambil kad kemajuan akedemik untuk adik perempuan gua. bila gua masuk kelas je gua dah rasa mula seram sejuk, mana taknya semua ibu bapa pandang gua macam tak percaya ada ayah semuda gua (kakakakaka)..gua menunggu giliran dengan penuh sabar dan tawaduk sekali, gua ingatkan kat pejabat pendaftaran je kena beratur rupanya amik kad kemajuan pun kene beratur.

dari seorang bapa ke sorang ibu semua telah silih berganti, sekarang tibalah masa gua untuk ke meja cikgu untuk mendengar segala laporan tentang adik perempuan gua dari mulut cikgu itu sendiri. dari hal matematik tambahan hinggalah ke fizik kimia semuanya diceritakan dan gua menjadi pendengar terbaik untuk cikgu kalau jenis tak boleh terima mahu bernanah telinga. setelah selesai mendengar cerita, cikgu mengeluarkan kad kemajuan dan menunjukkan segala masalah yang dia ceritakan tadi.. jadi gua tak fokus sangat pada matapelajaran sangat gua cuma fokus pada ulasan cikgu, "sila tingkatkan prestasi anda dan fokus pada SPM akan datang" ulasan cikgu tu cukup bagus dan menaikkan semangat pelajar..

gua teringat kisah lama gua, rasa sedih dan kesal pun ada tergamak cikgu kelas sekolah lama gua dulu menulis "sila kurangkan lawak anda di dalam kelas" dalam bahagian ulasan cikgu dalam kad laporan kemajuan gua.. dia ingat gua ni ada dalam sekolah maharaja lawak apa?

#16 Update 2.0

yang sebenarnya gua dah taip panjang-panjang dekat word untuk dijadikan entri blog, tetiba secara iblisnya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba tanpa dapat gua duga dan 'save' penulisan itu..bila gua buka laptop dan word tiada lagi entri-entri yang sempat di kaver lagi.

dengan ini gua meringkaskan segala entri yang gua taip tadi menjadi ENTOT iaitu ENtri keTOT.

p/s: tarif letrik naik tapi bekalan serupa macam iblis!

Sunday, June 12, 2011

#15 Cuti Sekolah

cuti sekolah telah hampir melabuhkan tirainya, sebagai bapa gua memilih destinasi yang sesuai dan lebih memberi kepada ilmiah serta yang penting bajet percutian yang paling rendah untuk anak-anak gua sempena cuti sekolah. jika selama ni gua banyak menghabiskan duit dengan bercuti diluar negara sudah tiba masanya gua membawa anak kembar gua(entri tentang kelahiran mereka) untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keistimewaan negara kelahiran mereka sendiri.

sebagai permulaan gua membawa mereka mengenali haiwan-haiwan liar yang mendominasi kehidupan dihutan-hutan negara kita, kalau sebelum ni gua mendedahkan mereka dengan binatang 'oversea' seperti kangroo di australia, panda di china,godzila di jepun dan big foot di amerika syarikat ternyata mereka begitu teruja melihat seperti binatang itu.. jadi pada hujung minggu ni gua bercadang untuk membawa mereka ke zoo negara yang terletak di hulu kelang sebelum bermulanya sesi persekolah untuk penggal yang baru ni.


**************************************************


hal ini mungkin akan terjadi pada tahun 2020 la agaknya.


Friday, June 10, 2011

#14 Kisah Di Kampung Halaman

kandang kambing

anak kecil dan anak kambing

saya tak takut kambing, saya okay!

penjaga setia kandang kambing

terlepas dari kandang

anak kambing yang manja.

jinak dan comel bukan?

"kan saya dah kata saya ni manja" -kambing-

saya abang long untuk persatuan kambing!


yeah, cukuplah gambar yang menggambarkan betapa 'awesome' hidup di kampung saya..oh ya kampung saya pernahh masuk filem zombie kampung pisang dan hantu kak limah balik rumah.. itu sudah menggambarkan betapa powernya kampung saya..

oke, saya nak pergi usya gadis kampung kat pekan kejap, kot-kot mereka adalah jodoh saya..nanti saya sambung di entri yang lain.. :)

Thursday, June 9, 2011

#13 Kartun Malaysia Yang Dilupakan Oleh Kanak-Kanak

gua menulis kerana gua terkenangkan zaman waktu kecil gua..gua rasa sedih kerana kartun-kartun pada zaman gua telah banyak dihentikan tayangannya dengan alasan tidak maju atau mengikut trend..

1) Usop Sontorian

mengisah 6 orang sahabat iaitu usop, singh, abu, ah kim, vellu dan dol yang gemar bersuka ria di waktu lapang. hobi mereka adalah suka mandi sungai..kalau kita lihat sebenarnya watak 1Malaysia dah lama wujud dalam siri animasi cuma baru sekarang ia dihebah-hebahkan.

2) Keluang Man

mengisahkan borhan dan samad, orang gila yang menjadi penghuni setia di dalam hospital bahagia tampoi pada sebelah siang. pada waktu malam mereka adalah adiwira yang menyelamatkan dunia dari terus dikuasai oleh anasir jahat tetapi kerja mulia mereka selalu saja dipertikaikan oleh inspektor shahab..

3) Anak-anak Sidek

kisah tentang jaguh badminton negara pada waktu kecil, kegarangan haji sidek yang sentiasa menjadi igauan ngeri buat bun,alan dan aman dalam mendisplinkan mereka.. si ajib yang sentiasa menjadi kesayangan haji sidek dan si rashid si kecil yang selalu bergaduh dengan aman kerana berebutkan botol susu.


gua malas nak ulas semua, kalau lu orang rasa lu orang nak tengok lu orang search saja di youtube..cuma yang gua sedih sekarang, adik sepupu gua yang kecil-kecil banyak layan kartun ben 10,sponge bob dan kartun disney yang lain..

rugi betul mereka tak kenal usop sontorian.

Wednesday, June 8, 2011

#12 Hadiah Hari Lahir

*sila klik untuk lebih jelas*

sebenarnya hari lahir gua lama lagi tapi dah ada orang bagi gua hadiah..jadi takkan gua nak tolak pula? bak kata orang tua-tua " orang memberi kita memberi kita merasa "..terima kasih nuffnang untuk hadiah ini, akan gua gunakan untuk menonton filem 'transformers 3 in 3D!'..

cuma masalahnya sekarang office nuffnang ni kat mana? siapa boleh tolong gua untuk tunjukkan jalan ke office ni? nanti akan gua hadiahkan mereka sekeping tiket wayang tak pun tengok wayang dengan gua pun orait juga.. :)

oh yeah, golongan wanita lebih diutamakan berbanding lelaki...kikikiki

Saturday, June 4, 2011

#11 Kenduri

oh yeah! cuti sekolah sudah bermula, bermakna ia menandakan musim mengawan akan bermula kepada mereka-mereka yang sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin..

saya? lambat lagi, saya baru je menginjak 19 tahun ada lagi 7 tahun untuk merancang perkahwinan..

p/s: selamat berkahwin kepada kak long saya.

Wednesday, June 1, 2011

#10 Tarif Naik

selamat pagi semua, buat kali keduanya gua bangun awal di pagi ini, mana taknya semenjak tarif elektrik dinaikkan..gua sepakat untuk menjimatkan kadar penggunaan elektrik di rumah gua bagi me'maintain'kan bil elektrik gua..gua bangun awal pagi sebab sudah kepanasan di dalam bilik, mujurlah rumah di tepi laut dapatlah sedikit angin bayu laut pada sebelah malam bagi menggantikan kipas angin sebagai alternatif.

dan akhirnya, gua update blog ini di restoran makanan segera sambil pekena breakfast meal, alangkah indahnya hidup menjadi golongan sederhana ni..