Monday, March 29, 2010

Suatu Hari Nanti

kalau saya berhenti menulis sesuatu yang merepek adakah anda mahu mengikuti blog setan ini?

owh mungkin belum masa untuk saya berhenti menulis sesuatu yang merepek..mungkin saya perlu berhenti untuk merepek bagi menghormati peperiksaan akhir semester yang akan bermula tak lama lagi

jadi kepada mereka yang masih bersekolah dan beruniversiti..selamat menjawab peperiksaan dengan baik..

Wednesday, March 24, 2010

Rindu

YeayDulu

Jambu

sekarang

Nak masuk kelab malam pun susah sekarang ni..sampai kena tunjuk IC..

huh!

Tuesday, March 23, 2010

Cara Cara Membuka Perniagaan Yang Betul

gua malas nak explain panjang-panjang dalam hal ini..kalau lu orang betul-betul nak belajar meniaga dari gua, lu orang datanglah ke gerai gua di tapak Pesta Konvo UTM di padang kawad pada hari RABU dan KHAMIS sahaja..

lu orang jangan risau gua tak ajar lu orang sistem MLM mahupun sistem piramid freemason..setakat menjana rm100 dari facebook dan klik iklan nuffnag dalam blog sebelah keting je gua pandang, takde fight langsung!

owh ya, mana-mana kutu blog yang pernah nampak gua kat P19, Masjid Sultan Ibrahim, Perpustakaan Sultanah Zanariah tapi haram tak pernah nak tegur, inilah peluang lu orang untuk beramah mesra dan mengambil gambar bersama dengan gua untuk kenang-kenangan..bukan selalu gua nak jadi mesra sebegini rupa.. =P

oke, gua malas nak sembang banyak..jumpa nanti!

Friday, March 19, 2010

Ini Kisah Sukan

bola sepak dan futsal memang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan gua sekarang..sejak kecil gua telah diperkenalkan dengan permainan bola sepak oleh bapa gua..gua mula berjinak-jinak dengan permainan bola sepak 15 tahun lepas pada ketika umur gua 5 tahun dan gua banyak mengikut bapa gua ke latihan bola sepak kilangnya..time tu bola dan gua hampir sama besar gua rasa.

bermacam-macam pengalaman gua dapat selama 15 tahun bermain bola sepak..setakat luka,calar-calar dan terseliuh di kaki tangan memang dah sebati dah dengan gua..cuma patah-patah ni gua tak pernah rasai,kalau boleh gua minta dijauhkan dari kecelakaan tu..menginjak umur 7 tahun,gua mula berlatih dibawah akademi bola sepak taman gua..time tu gua orang susah,mana mampu beli kasut bola macam pemain di akademi tersebut,kalau ada pun kasut sekolah gua..

selama 3 tahun gua berlatih disana macam-macam ilmu gua dapat tapi time tu gua masih susah lagi tak mampu beli kasut bola..main kejohanan besar pun pakai kasut sekolah hingga ada sorang mamat ni tegur gua sebelum perlawanan ”ko ni nak main bola sepak atau pergi sekolah?”..agak sinis kata-kata mamat tu tapi gua pendamkan saja kata-katanya..

bila pengadil meniupkan wisel memulakan perlawanan..gua dan team gua bermain bersungguh-sungguh macam team barcelona main..manchester united?sorilah team gua tak sokong manchester la! main punya main..bila bola dapat kat gua,gua terus gelecek 2-3 orang pemain team lawan dan gua terus melepaskan rembatan kencang ala-ala Ruud Gullit(time ni Lionel Messi budak2 lagi ya) dan berjaya menjaringkan gol yang pertama dalam kejohanan pertama gua..

gua berlari kearah rakan-rakan gua bagi merayakan jaringan tersebut..gua tengok mamat yang tegur gua tadi terduduk malu dan lesu..gua pergi berlari kearah mamat tu dan menjerit “dont judge a book by its cover” sebagai tanda puas..tidak semena-mena pengadil meniupkan wisel dan memanggil gua..tanpa sebarang kompromi terus melayangkan kad merah,katanya gua tak bersikap profesional..

ape punya cilake la pengadil ni,,takkan gua berperibahasa dalam bahasa inggeris pun tak boleh?gua harap pihak kementerian belia dan sukan dapat memandang serius penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sukan..

Thursday, March 18, 2010

Barcelona $ - 0 Stuttgart

saya memang hebatkan?

kepada fan chelsea dan liverpool..gua harap lu orang dah boleh tukar team lepas ni.. =)

Monday, March 15, 2010

Kembali Mewarnai

Rasa macam tak sedap hati je kalau tak update blog..

perasaan lu orang pun mesti sama macam gua kan?? ;)

Wednesday, March 10, 2010

Away~

gua mungkin busy untuk 2-3 bulan ni..mungkin blog ni akan ditinggalkan hingga bersawang dan berhabuk..mungkin juga akan ditinggalkan begitu sahaja.

harap-harap lagi 2-3 bulan lagi gua tak lupa password..

Monday, March 8, 2010

Masa Yang Akan Dihentikan

detik berganti saat,saat berganti minit dan minit berganti jam..

itulah kitaran kehidupan sebuah jam yang terlekat di dinding,ianya dipandang sepi oleh kita..

dari hari ke hari dunia semakin tua dan tenat cuma menanti hari untuk dimatikan..

adakah taubatku akan diterima lagi?

Thursday, March 4, 2010

Hantu Punya Seman..Pt 2

gua dan meon mengadu pada seman supaya mengambil sebarang tindakkan agar tontonan kami tak terganggu..”weh seman apsal ko punya astro macam ni” tanya meon dengan menunjukkan muka protesnya..”sekarang pukul 3.15 memang time pontianak tengah bergayut pada piring astro” jawab seman dengan muka separa takut dan separa berani…

gua dan meon terkedu sebentar dan berpandangan antara satu sama lain..”patut seman takut tidur dirumahnya sorang-sorang” kata gua dalam hati yang sudah bercampur baur dengan gelisah dan seram sejuk..”habis tu macam mana ni” gua bersuara dengan penuh keyakinan..seman terus memberi idea cilakenya “kalau lu berani try la halau pontianak dari piring astro,,piring astro ada kat garaj depan tu.”

tetiba seman bersuara lagi dengan lantang macam orang kene kejar hantu.,,”weh gua syak hantu tu dah ada dekat-dekat dengan kita”..meon cuba mengawal situasi,,“weh lu jangan macam-macam seman..kalau dia masuk dah tentu kita nampak”..”abis tu apsal phone gua tak boleh anta mesej kat awek gua ni..” jawab seman dengan terketar-ketar..”cuba lu halau dia.mungkin dia tengah bertenggek atas arial phone lu tu..” gua cuba membuat situasi lawak walaupun degupan jantung bergerak 180km/j

muka seman tampak pucat,tiba-tiba seman gelak macam dirasuk pontianak..”weh seman lu oke tak ni?” tanya meon dan gua dengan serentak..seman masih tak berhenti gelak macam orang gila..gua minta meon ambil segelas air dan bawang putih didapur..gua membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang masih gua ingat untuk menghalau makhluk halus didalam badan seman..ini first time gua handle orang kena rasuk..

tetiba seman bersuara macam suara dia,,”patut la tak boleh hantar mesej kat awek gua..rupa-rupanya kredit gua tinggal 0sen lah..cilake betul..”..tidak semena-semena sebiji bawang putih hinggap dikepala seman..seman tak sedarkan diri selama beberapa hari dan disahkan gila selang beberapa bulan kemudian.

sekarang seman menjadi pontianak full-time dikampung gua..tugasnya nak mengacau anak-anak gadis yang baru pulang dari mengaji Al-Quran..bila ditunjukkan bawang putih seman pasti berlari macam orang dikejar pontianak..dari situ gua mendapat satu teori mengapa hantu-hantu takutkan bawang putih..

Monday, March 1, 2010

Hantu Punya Seman

Pada zaman demam bola sepak piala dunia dulu,gua,seman dan meon banyak menghabiskan masa bersama dengan duduk melepak di kedai mamak untuk mengambil semangat stadium astro..kalau duduk melepak tu rasanya macam duduk kat stadium betullah,cuma yang berbeza adalah makan pop corn di stadium utama dan makan mee goreng mamak di stadium of astro mamak..

pada suatu hari seman telah mengajak gua untuk menonton perlawanan piala dunia dirumahnya memandangkan ibu bapanya keluar negara untuk mengambil anak angkat,kononnya mak seman nak jadi macam angelina jolie dan madonna..lagi satu fakta yang lu orang kene tahu,,si seman ni penakut skit kalau tinggal dalam rumah sorang-sorang..dah tua bangka macam gajah pun penakut,,yang jadi mangsa penemannya adalah gua dan meon..

hari yang dinanti telah tiba,,macam biasalah sebelum perlawanan bola sepak..gua dan meon telah diberi benda yang menkhayalkan seperti air coca-cola campur dengan panadol..memang tak jalan langsung benda-benda khayal murah dalam tubuh badan gua ni tak memberi apa-apa kesan pun..si meon kalau dah khayal mulalah menonton aksi-aksi erotik pemain bola sepak dari negara mana ntah seman beli dvdnya.macam cilake perangai si meon ni..

bila perlawanan bola sepak bermula..astro dan tv seman ni buat hal dengan gambar bersepah macam ada ganguan..gua syak tv si seman ni masih tak puas memainkan aksi erotik dan biasanya pada pukul 2-3 pagi ni,,bukanlah waktu yang sesuai untuk menonton perlawanan bola sepak di tv itu..

Bersambung..

p/s: ini cubaan pertama post pakai windows live writer..macam cilake jugak..