Friday, July 31, 2009

Sengal & Bebal?

lokasi: Rumah Sewa
punca: Orang Telefon

A: tadi ada orang telefon kau..dia mahu bercakap dengan kau..
B: siapa orang itu?
A: seorang lelaki berambut kerinting dan berkulit sawo matang..
B:!@#$%^&*()

maka terjadilah kes pembunuhan kejam dirumah sewa itu..

Thursday, July 30, 2009

Dilema

sekarang pukul 2 pagi..esok pagi gua ada kelas pukul 8 pagi..agak-agak gua boleh bangun ke tak??

kalau sesiapa ada kredit lebi..tolonglah kejutkan gua supaya bangun awal untuk ke kelas?

anyone?? :P

Wednesday, July 29, 2009

Virus

ramai orang sekarang takutkan virus H1N1 tapi masih ada lelaki yang masih takutkan virus B1N1..

he3 ape kes??

buat hal lagi :P

Tuesday, July 28, 2009

Fesyen Sukan Idola


top:-
1) bumble bee voice mixer (rm150..beli di toyrus)
2) jersey kronos (rm30..beli di kedai sukan terpilih)

bottom:-
1) seluar tiada jenama (rm5..beli kat pasar tani shah haram jadah)
2) kasut futsal f5 (rm199..butik adidas terpilih)

fesyen sukan idola untuk tahun ni..jom main futsal!

Monday, July 27, 2009

Hey!

on9 sebentar didalam kelas sementara menunggu pelajaran seterusnya.. tak rugi datang kelas pagi ni..kih3 :P

Saturday, July 25, 2009

Bebal

Lokasi: bilik gua
Waktu: waktu solat jumaat
Punca: demam

A: wei lu orang tak pergi semayang jumaat?
B: aku demam la tak larat siak!
A: la baru demam sikit dah malas pergi solat jumaat?
B: ish banyak bunyi pula ko..ko amek mc aku..ko pergi kasi kat tok imam..
A: !@#$%^&*(

Hey Punk Rocker!


harga bidaan bermula dari RM50 ringgit! :P

asal: Jepun
nama: Razors Edge
saiz: L (kalau alter jadi M boleh aje)

Friday, July 24, 2009

Demam

buat kali pertamanya gua memonteng kelas dalam tempoh 3 minggu..bukan gua nak ponteng saja-saja tapi bangun pagi badan gua dah menunjukkan tanda-tanda protesnya supaya gua tak pergi kelas..hidung tersumbat,belakang gua lenguh-lenguh dan suhu badan agak meningkat dari manusia normal..

boring betoi kalau demam-demam ni nak hisap rokok tak boleh,minum minuman yang berais ape tah lagi..gua nak pergi pusat kesihatan utm?lagi la gua malas..mari la melawat gua dibilik dan jangan lupa bawa bubur ayam mcd ke,berger king atau ape-ape yang mahal..

owh ya,,lu bila nak datang melawat gua?kata rindu kat gua..datang la melawat gua dan jangan lupa bawa ubat bius yang mampu meredakan demam gua.. ;)

Thursday, July 23, 2009

Sedih

gua rasanya mahu berkabung sahaja atas kekalahan pasukan futsal gua..yela main dah "power" tambahan pula gua "score" sebijik memang tak dapat la gua menerima kekalahan ini..tapi apekan daya kalah melalui sepakan penalti memang tak boleh buat ape..

kasut biru gua dah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan,,adakah gua "next" Lionel Messi?argh tunggu sajalah jawapannya nanti..esok kelas pukul 8 pagi sekarang pukul 1.30 pagi..adakah gua akan memonteng kelas buat kali pertama dalam masa 3 minggu ini?

kita tunggu dan lihat sahajalah.. :P

Wednesday, July 22, 2009

Kesayangan Gua


hasil pelaburan ptptn yang amat lumayan!gua perkenalkan dari kiri namanya monky(ini hadiah besday gua),bumble bee dan kasut futsal f5(sama macam lionel messi tak?)..

owh ya,,sesiapa yang mahu memberi/membelikan gua hadiah untuk besday gua,peluang lu orang masih terbuka lagi sampai "next" besday gua akan datang..

eh yunie,,gua tak simpan duit untuk belanja lu j.co..maaf la ya ;)

Monday, July 20, 2009

Update..Rindu Gua?

sori la gua tak update blog gua ni,.gua busy hujung minggu lepas..gua kene jaga kejohanan futsal metro zon selatan di sport prima arena..yela dari gua dok merapu dan "relax-relax" tak tentu hala kat kampus..baik gua bekerja ada juga faedah..

owh ya,,manchester united hanya menang tipis ja keatas malaysia?ape kes?kata skuad bertaraf dunia tapi hanya menang tipis keatas skuad malaysia yang hanya dibarisi pemain muda yang beraksi dalam liga semi-pro malaysia..

nampaknya kempunan la MU nak menang EPL dan Champion League untuk 2009/10.. :P

p/s: nantikan update terbaru ya..gua dah ada kesayangan baru..kih3 :P

Thursday, July 16, 2009

Lagi Bebal

lokasi: mahkamah syariah(belah mane gua pun tak tahu)
tarikh: hari ni
punca: menceraikan isteri

hakim: mengapa kamu menceraikan isteri kamu?
si suami: dia selalu memukul saya dengan kerusi
hakim: mengapa awak pukul suami awak dengan kerusi?
si isteri: sebab saya tak larat angkat meja..meja berat!
hakim: !@#$%^&*

hakim mengarahkan proses penceraian di tangguhkan bagi mengenal pasti penyakit si isteri..akan disambung semula selepas raya..

Wednesday, July 15, 2009

Boss!!

ada seorang peminat binatang eksotik ingin membela burung kakak tua..lalu die pergi ke kedai haiwan ceruk mana gua pun tak tahu..lalu die masuk dan bertanya harga burung kakak tua yang ada disitu..burung yang pertama rupanya amat memikat..

peminat: berapa harga burung(bukan burung gua oke!) ni?
penjual: harga burung(bukan burung gua oke!) ni rm2000
peminat: wow mahal betol..
penjual: owh,,sebab die paham satu bahasa sahaja..

si peminat pergi ke burung kakak tua yang kedua..

peminat: yang ni berapa pula?
penjual: yang ni mahal skit..sebab die boleh paham 3 bahasa dimalaysia..harga dalam rm6000
peminat: harga burung ini ikut bahasa pulak?1 bahasa rm2000?
penjual: he3 begitu la nampaknya..

lalu si peminat yang berasa hampa bertanya harga untuk burung kakak tua yang ketiga dan terakhir dalam kedai itu..

peminat: yang ni berapa bahasa pulak?
penjual: yang ni "special" skit..saya sendiri tak pernah tengok die bercakap ape dan ape kelebihannya tapi semua burung kakak tua di sini panggil die boss..jadi harganya lebih kurang rm10000 la..pangkat die tinggi encik..
peminat: !@#$%^&*(

Monday, July 13, 2009

Rokok Vs Coklat

orang mengatakan rokok merbahaya tapi gua tetap tak amik kisah..ada orang kata coklat bahaya juga tapi gua tetap tak amik kisah..

jadi kesimpulannya makanlah coklat dan merokoklah sepuas-puasnya kerana ia adalah kehendak hati lu orang..pedulikan ape yang mereka kata bukan mereka yang menanggung kesakitan dan kecelakaan di hari tua nanti..

gua target berhenti merokok 2010..jadi impian gua adalah nak merasa segala rokok yang ada dalam dunia ni..setan kecik lu dah ada target?owh lupa plak gua..lu masih berkabung..

kih3 :P

Sunday, July 12, 2009

Bosan


malam minggu dikampus adalah sangat membosankan..mane taknya sudah 1 novel gua habis baca..nak menonton "movie" dan porno gua rasa malas pula..mana taknya,gua merasakan gua dah khatam semuanya "movie-movie" yang ada dalam "external HD" gua.. :P

ye gua memang merindui lu setan kecik tapi gua buang rindu itu jauh-jauh kerana gua ingin mencapai cita-cita gua terlebih dahulu nanti ada masa kita lepak lagi di raffi..argh rindu pula gua dengan suasana malam di raffi ditambah pula dengan gadis-gadis comel msu dan ptpl yang melepak sambil mengelintar maklumat untuk bahan "assignment" mereka..

ada sesiapa boleh menghiburkan gua?anyone? ;)

Friday, July 10, 2009

Murtad Dan Masuk Balik?

gua ada kawan yang suka main dota..siang malam main dota sampai lupa segalanya tapi yang gua pelik bab awek dan duit orang berhutang dia tak pernah pula dia lupa..jadi ikuti pendedahan kisah benar penagih permainan komputer dota..

Gua: eh lu main dota?lu bukan maki hamun ke game ni?apsal lu main?
Si A: he3 biasa la manusia sentiasa berubah-ubah..
Gua: ape yang lu dapat rasakan dengan bermain "game" ni?
Si A: dota is my god!
Gua: weh lu dah murtad la kalau macam tu?

Si A terdiam seketika dan dengan pantas mengucap 2 kalimah Syahadah..lantas terus berkata "oke gua dah mengucap..syukur gua sudah masuk Islam semula.." semenjak hari tu gua terus prejudis terhadap permainan dota..semoga Tuhan merahmati kerja gua yang suka berblogging!

Thursday, July 9, 2009

Kejutan/Suprise Dan Fatwa..

setiap hari gua terpaksa menerima kejutan..yela bangun solat subuh member gua kejutkan,pergi kelas awal pagi member 1 kelas gua kejutkan agak-agak gua tak bangun mereka melakukan kejutan..

hari ni baca surat khabar gua dapat kejutan baru dan membuatkan gua benar-benar terkejut..dah la gua hari-hari terkejut dengan kematian idola gua tapi hari ini benar-benar mengejutkan gua..ia membuatkan harapan gua untuk berkahwin dengan gadis dimuka bumi semakin pudar..saintis Iran telah mecipta sperma baru tanpa memerlukan air mani dari gua dan lelaki lain..sial sungguh!

kepada yunie taniah kerana lu tak payah ambil anak angkat lepas ni lu terus pergi jumpa sainstis Iram tu suruh die suntik sperma untuk kasi zuriat buat lu..buat la dulu sebelum bapak kawan kita buat fatwa baru..

hahahahahahahaha

Wednesday, July 8, 2009

K E M B A L I

gua kembali dalam masa kurang daripada 24 jam..gua telah berjaya membeli semula saham blog ini untuk gua "take over" blog ini sepenuhnya tanpa gangguan setan-setan lain..taniah kepada PTPTN yang memberikan gua pinjaman wang untuk membeli saham blog ini semula..

eh duit ptptn dah keluar la!!add jom pergi singapore gua nak usya kasut vans bad brain..setan kecik pergi balik bahau lekas..rumah tak siap kemas lagi macam mana nak kenduri kahwin dengan si "Dia"??baru sms satu hari sudah berani ajak kahwin..belajar pun tak habis lagi..

huh!

p/s: gua rindu raffi dan orang membelanja gua di raffi :P

Tuesday, July 7, 2009

S E L A M A T T I N G G A L !!!!


"itu adalah ucapan biasa yang kita dengar tak kira dari siapa,,sama ada dari sang kekasih yang mahu meminta "break" dari pasangannya kerana jodoh mereka tak panjang(katanya) atau ucapan dari anak kepada keluargaya kerana si anak mahu pergi berjuang demi sekeping ijazah(macam gua).."

gua akan pergi jauh untuk mecapai cita-cita gua yang telah terkubur selama 2 bulan ini gara-gara cuti semester..gua pasti ada tugas dan halangan yang mencabar akan datang menguji gua seperti "wifi" kampus yang lembab,laptop orang pinjam main dota,tengok porno dan macam-macam lagi dugaan la..

jadi dengan ini gua mengumumkan blog setan gua akan berhenti disini sahaja..segala cacian,cacaian,cacaran dan ugutan berunsur lucah,hasutan dan dakyah..gua harap lu orang maafkan gua..babi!

eh silap-silap
babai!

Sunday, July 5, 2009

Walaupun Gemok(Orang Kata)..Gua Masih Mampu Memenangi Acara Sukan!


ketepikan segala pandangan negatif..kuat diri dan sentiasa berpikiran positif..Hasilnya adalah seperti di figura di atas..

walaupun gemok(orang kata)..gua apa peduli?gua boleh bersukan jugak gemuk-gemuk gua takde la sampai dok umah makan je macam mereka..

gua juga seorang perokok tegar(orang kata) tapi walaupun merokok gua masih mampu bersukan..ape lu orang ingat orang kuat merokok cepat "pancit"??

heh!

Saturday, July 4, 2009

Kesedaran Yang Tiada Kekesalan

sepatutnya dunia sudah kiamat tapi Tuhan mahu berikan kalian peluang untuk kembali kepadaNya..

Thursday, July 2, 2009

Bakar Line


gua mahu tengok citer ni lagi!lagi pun pasangan mamot(manny & ellie) dah dapat anak yang comel bernama peaches!eh silap-silap ter"reveal" pula..

tapi disebabkan kutu ni juga la gua terpaksa tengok dari "side" tepi ja..kononnya nak tengok petang tapi gua call tak mahu angkat..tido mati rupanya kutu ni..nasib baik ada tiket untuk "midnite" kalau takde memang gua ber"wrestling" dengan kutu ni kat raffi malam tadi!

huh!

Wednesday, July 1, 2009

Nostalgia Hu Ha Hu Ha


multiracial bukan?walaupun semua rakyat malaysia!walaupun berlainan warna kulit kami tetap bersatu sebagai penghuni "dorm" A3..owh ya,,sila cari gua dimana??

mengapa gua merasakan gua masih kurus seperti dulu??tak percaya?boxer yang gua pakai dalam pic tu masih muat untuk gua pakai sekarang ni..lu orang jangan nak jeles! :P