Inisiatif Buku Teks Digital ini bagus.... betul bagus... tetapi...
Hampir semua sekolah ada makmal komputer.... Gua takmo nak citer pasai sambungan Internet... itu dah banyak kali gua citer sebelum nih.... Okeh berkait dengan makmal komputer nih.... memang la satu inisiatif yang bagus.... macam inisiatif e-book di Terengganu dulu...
Tapi apa yang jadi masalahnya??? Ada... ada masalah... Di Terengganu dulu semua sekolah yang terlibat disediakan pegawai IT (atau juruteknik IT) ... mereka ini lah yang bertanggung jawab mengendalikan serta memastikan kemudahan makmal komputer di sekolah termasuk penggunaa e-book ini berada dalam keadaan teratur dan sentiasa boleh digunakan... Dan mereka digajikan oleh Kerajaan Negeri (masa tue MB adalah Ahmad Said)..
Tapi.... guru besar atau pengetua sekolah pulak yang kekadang tue melebih-lebih sampaikan segala urusan komputer di pejabat pun diminta pegawai IT ini kendalikan atau baikpulih... Dan ini sebenarnya diluar skop tugasan pegawai IT ini... ader pulak pegawai IT ini yang diarahkan oleh Guru Besar atau Pengetua untuk menjadi jurufoto tetap sekolah atau membuat powerpoint presentation untuk Sekolah... walhal itu sepatutnya kerja Kerani sekolah atau pembantu am sekolah...
Dan akhirnya... bila pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu ditukarkan dari Ahmad Said kepada Ahmad Razif ... semua perjawatan pegawai IT ini ditamatkan... dan kemudahan e-book untuk murid dan pelajar sekolah ditamatkan... Alasan yang diberikan adalah kos yang amat tinggi... Makmal komputer sekolah dibebankan kepada guru-guru untuk mengambil alih....
Walhal... guru-guru sekolah semua sibuk dengan P&P dan tugas hakiki serta tugas pengkeranian yang semakin banyak... Apa jadi dengan makmal sekolah?? Jahanam... terbongkang.... semua tak teratur...
Walhal... guru-guru sekolah semua sibuk dengan P&P dan tugas hakiki serta tugas pengkeranian yang semakin banyak... Apa jadi dengan makmal sekolah?? Jahanam... terbongkang.... semua tak teratur...
Makmal Sains sekolah ader pembantu makmal yang digajikan oleh Kementerian Pendidikan sendiri.... takkan lah Makmal Komputer sekolah tidak mampu disediakan perjawatan Pembantu Makmal yang sesuai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia???
Selagi tiada perjawatan Pembantu IT disekolah yang digajikan oleh Kementerian Pendidikan selagi itu lah apa sahaja inisiatif macam Buku Teks Digital ini... atau Digital Classroom .... atau DELIma atau apa sahaja yang terkait dengan dunia IT akan menjadi sia-sia sahaja.... akan tinggal menjadi gajah putih...
Sekolah wife gua yang dicanangkan bertaraf "Sekolah Maya" lengkap dengan projektor dan digital white board pun semua jahanam peralatan tue disebabkan 2 benda nih..
1. Kelas yang dipasang peralatan ini menggunakan konsep tingkap terbuka (tingkap nako) yang tiada penghawa dingin... Jadi cuaca persekitaran (panas dan lembab serta berhampiran dengan pantai) menyebabkan kerosakan kepada peralatan dan karat.
2. Tiada maintenance berkala terhadap peralatan sedia ada disebabkan tiada pegawai IT yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan kepada peralatan walaupun sebenarnya boleh diperbaiki jika diambil cakna lebih awal...
So.. Inisiatif ini semua bagus.... tapi tetap tak bagus selagi mana pihak terbabit tak nak keluar modal untuk tempatkan kakitangan tambahan (Pegawai IT) untuk kendalikannya di sekolah...
Ini semua inisiatif nak menguntungkan vendor dan pembekal yang pastikan adalah kroni sesetengah pihak..... Menghabiskan duit negara jer sudahnya...