Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Syed Mokhtar. Show all posts
Showing posts with label Syed Mokhtar. Show all posts

13 August 2013

Dapat Kat Kroni La Pulak

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahahaha... Idris Jala skrang tengah dok agah-agah Kerajaan Malaysia untuk lepaskan Syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airline System - MAS).... Hahaha... Lu agak-agak aaaa ... Saper dibelakang Idris Jala nih.... Kroni mana pulak yang dok himpit Idris Jala masa nih...

Nanti kalu Kerajaan Malaysia lepaskan MAS kepada swasta... Ader la mana mamat ntah tetiba jer boleh dapat MAS jadi milik peribadi dier... Malah akan jadi macam GLC lain yang diswastakan... dimana kroni yang dapat tue dibantu 110% modal dan pembiayaan..

Biler rugi nanti.. aper risau... Khazanah akan bekap dan bantu... Hahaha... Ini dah jadi stendet SOP bagi puak-puak kroni nih....

Tapi jangan riso... Dah boleh agak dah saper yang akan dapat MAS nanti... Hahaha... Samer ader yang berbau kari ataupun raja AP.... Salah satu dari diorang nih... Hahaha...

Bank mana yang akan diperkudakan pon dah boleh agak... "AxxxxBxxxxxx" la akan jadi kuda tunggangan.... Hahaha ....

Terbaek.... Terlopong lagi la geng-geng kaki tarbiah dan kaki tazkirah... Kot kalu jadi pernikahan itu hari... Ader chan la geng tarbiah dan tazkirah nih dapat peluang kot... Tapi la nih takder peluang.... Hehehe.... Kesian...

Hahaha....


13 July 2013

Sebelum TPPA Kos Ubat Adalah RM1.9 Bilion

Bhai/DeeDee .... Sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... Sesudah TPPA kos ubat pulak akan jadi berapa??? Takkan jadi RM19 bilion kot..... Giler aaa kalu camnie... Pasainyer.... biler dah Kerajaan Malaysia setuju dengan TPPA.... makanyer takder lagi la ubat generic yang akan dikeluarkan dan dipasarkan...

Selama ini pesakit di Malaysia banyak dibekalkan dengan ubat generic ..... contohnyer paracetamol dan sirap ubat batuk.... lepas nih susah la kepada rakyat marhaen... Takkan nak beli ubat berjemana kot.... giler ker aper...

Sebelum tahun 2000 .... semua pembekalan ubat di Hospital Kerajaan dikendalikan sendiri oleh Kementerian Kesihatan dengan proses perkilangan dan pembuatan ubat secara sendiri (in-house)... Masa nih semua ubat yang ada di Hospital kerajaan aderlah ubat generic (ubat berlabel KK @ Kementerian Kesihatan)..... Tapi selepas projek penswastaan perkhidmatan pembekalan ubat.... maka ujudnya PharmaNiaga.... yang mendapat konsesi penuh pembekalan ubat kepada Hospital...

Kini.... sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... nanti lepas TPPA.... mau la agaknyer kos meningkat berkali ganda.... Hahaha... boleh cecah RM19 bilion kot.... Kaya la mangkuk-mangkuk kroni dalam PharmaNiaga.... Hahaha... Kaya lagi aaa Syed Mokhtar BauKaki.... Hahaha .... Ayoyo amma appa....



PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berdepan dengan krisis bekalan ubat di klinik dan hospital kerajaan walaupun adakalanya kehabisan ubat tertentu berlaku.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah A. Rahman menjelaskan bahawa faktor komunikasi antara pegawai farmasi dan doktor mungkin antara punca kehabisan ubat tertentu itu berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media mengenai Mitos and Realiti Industri Farmaseutikal anjuran Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) di sini, Eisah memberi jaminan bekalan ubat di negara ini mencukupi.

"Saya tidak nafikan mungkin satu-satu masa itu fasiliti ubat memang mungkin tidak ada, kadang-kadang komunikasinya, mungkin tidak dimaklumkan kepada doktor yang menulis preskripsi ubat tertentu supaya doktor boleh buat keputusan untuk menawarkan ubat lain sebagai alternatif," katanya.

Beliau berkata pelbagai pendekatan lain boleh diambil oleh pihak hospital atau klinik contohnya meminjam stok ubat tertentu di klinik berlainan dan menghantar ubat secara pos agar tidak menyusahkan pesakit.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai dan Pengarah Eksekutif PhaMa Ewe Kheng Huat.

Eisah berkata tahun lepas sejumlah RM1.9 bilion dibelanjakan untuk bekalan ubat-ubatan dan menjangkakan pertambahan sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan sama tahun ini.

"Kita tidak ada masalah dari segi peruntukan, bagaimanapun kami sedang memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan pesakit khususnya untuk hospital dan klinik kerajaan di negeri-negeri," katanya.

Menepis tanggapan bahawa ubat-ubatan yang dibekal pusat perubatan swasta lebih baik berbanding yang dibekalkan oleh klinik dan hospital kerajaan, Eisah berkata semua ubat-ubatan perlu melalui proses pendaftaran yang sama, termasuk dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai penjualan ubat-ubatan secara dalam talian, Eisah menasihatkan orang ramai supaya lebih rasional dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk yang dihebahkan, yang mungkin berisiko jika diambil tanpa mendapatkan preskripsi doktor.- Bernama

22 December 2012

GLC Diwakafkan?

Bhai... Ini satu cadangan yang lawak... Gua rasa mamat nih mesti duduk bukan kat Malaysia... Kalu duduk kat Malaysia... Mesti mamat nih bengap nak mampos... Hahahaha... Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) nih mesti tak ketahuan nih...

Pasai isu wakaf dekat Malaysia... Mostly hampir semua GLC telah diwakafkan... Hanya segelintir jer yang belum dapat diwakafkan... Yang lain semua diwakafkan... Lu orang tak percaya ka... Hahahah... Betul... Banyak GLC memang telah diwakafkan... Itupon yang belum dapat diwakafkan tue skrang tengah dalam proses nak diwakafkan... Hahaha

Contoh... FELDA la nih dah diwakafkan kepada Isa Samad... RISDA dah diwakafkan kepada Rahim Thamby Chik... PROTON pon dah diwakafkan kepada Syed Mokhtar... KTMB pon dalam proses diwakafkan kepada Syed Mokhtar... CIMB Bank dah lama diwakafkan kepada Nazir Razak...

Gua cuma nak tunggu biler SPRM, PDRM dan LHDN nak diwakafkan... Hahaha... Ini bermakna Malaysia lagi terkedepan dalam kerja wakaf mewakafkan nih daripada Turki... Turki dah lambat lar... Hahaha

Contoh terbaek GLC yang dah diwakafkan di Malaysia aderlah PLUS... Tengok ... Camana PLUS sentiasa untung... Kutip tol boleh naik harga bila-bila mau... Kalu tak naik... Rakyat akan dikerahkan untuk bayar pampasan... Tak untung ker tue.. Inilah contoh terbaek institusi wakaf... Oh yer... Lupa nak citer PLUS diwakafkan kat saper... Hahaha... Lu pon tau kan saper dier...

Itu belum lagi gua citer tentang MISC yang diwakafkan kepada Mirzan.... PNB yang diwakafkan kepada UMNO (tapi dikendalikan oleh Hamad Kama Piah).... Terlalu banyak la wei... Tak larat la nak tulis... Hahahah

Malaysia negara wakaf la... Hahaha... Tapi wakaf cara setan la... Bukan wakaf cara Islam.... Hahahaha

23 November 2012

Naik Harga RM6

Bhai... Gua cukup terkejut bila nak beli lampin pakai buang untuk anak gua... Sebelum nih... tak sampai sebulan sudah... gua beli pada harga RM26.90.... tapi biler gua nak beli satu beg semalam... harga tertera aderlah RM32.90 ....

Pergh... Banyak betul kenaikannya.. Sampai naik harga RM6 ....

Lu bayangkan la... macam mana teruknya ekonomi Malaysia nih... Takder gaya makin jadi baik.. Yang jadi mangsa aderlah rakyat marhaen.. Yang kaya guna kabel, monopoli, daddykasi dan rasuah macam Syed Mokhtar dan Meerzan takder la rasa sempit dan semput...

Tapi rakyat bawahan yang takder aper-aper... Rakyat yang kalu nak pinjam kat bank... terlalu banyak songel bank nak... cagaran la... collateral la... geran tanah la... Tapi pinjam dapat ciput jer...

Yang haramjadah macam Syed Mokhtar dan Meerzan tue boleh plak pinjam ngan bank takder cagaran mender... takder collateral mender.. Takder leverage... dan boleh plak dapat pinjaman beratus juta senang jer... Malah boleh approved dalam masa kurang sehari... Kurang 24jam...

Sial betul lar...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1