Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Suara Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Suara Rakyat. Show all posts

19 December 2022

Selamat ....

Bhai/DeeDee semua...

148 vs 74 .... what do you expect.... hehehe... Apa pun tahniah kepada Anwar Ibrahim... yang mana keabsahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 telah ditentukan...

Syabas dan tahniah...

Sila pacu Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat...


 

20 February 2021

Give Us Back Our Voice

Bhai/DeeDee semua..

Semalam seperti yang kita semua ketahui, Malaysiakini telah dijatuhkan hukuman bersalah menghina Mahkamah dan didenda RM500 ribu...

Ini kerana komen yang dibuat pada portal Malaysiakini adalah sistem "in-house discussion" yang mana ianya hanya boleh diakses selepas pengguna login kepada portal Malaysiakini...

Apa kata kalau Malaysiakini menggunakan sistem "external discussion" macam Disqus, Facebook atau Reddit? Adakah kalu berlaku apa-apa komentar yang tidak terkawal, maka Malaysiakini boleh dipersalahkan juga ataupun pihak Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman kepada Disqus, Facebook atau Reddit?

Jika Malaysiakini menggunakan sistem Facebook sebagai discussion toolsnya... berkemungkinan Facebook akan disaman, dibicarakan dan dihukum atas sebab komentar yang tidak bersesuaian... Kalau ini berlaku... agaknya apa tindakan pihak tertuduh dan pandangan awam (dunia)??

Ini sebenarnya satu precedence .... Macam dalam kes blog gua nih... gua lepaskan semua komen para pengunjung.... dan memang agak bahaya kepada gua jugak berdasarkan kepada precedent ini.... besar kemungkinan gua boleh dikenakan tindakan yang sama macam apa yang kena pada Malaysiakini...

Aper pon....

Gua percaya kepada "Free Speech" ..... itu ja...



29 April 2013

Siapa Undi Siapa

Bhai... Awal pagi tadi... sekitar pukul 4 pagi.... gua dah tulis tentang isu berkaitan dengan DUN Semambu dimana kawasan nih mempunyai 56.8% pengundi Melayu.... Inilah kawasan yang paling banyak pengundi Melayu dalam DUN Pahang....

Tapi.... sejak 2008 lagi.... Pakatan Rakyat (PR) telah letakkan calon yang kureng sesuai disini....Toksah citer la BN.... BN memang akan letak calon berbangsa Cina dikawasan majoriti Melayu.... sebab kalu letak tunggul sekalipon sebelum 2008 diorang rasa BN tetap akan menang....

Okeh la... gua bukan nak rasis ker mender ker... tapi kalu kawasan tue majoriti kaum Cina ker.... memang patut lar sangat wakil rakyatnya berbangsa Cina.... senang dier nak attend keperluan masyarakat... kenduri ker... kematian ker... bisnes ker.... aper sajer.....

Tapi kalu kawasan majoriti Melayu.... seeloknyer la dapat wakil rakyat yang dari kaum Melayu.... senang... kalu masyarakat nak deal pon senang... kenduri senang... kalu ader kematian pon senang... kalu ader urusan aper sajer pon senang.... mudah komunikasi...

Tambah lagi kalu wakil rakyat tue dari kalangan penduduk tempatan... tinggal dan menetap disitue... bukan yang datang sekali skala ataupun tunjuk muka sekali dalam 5 tahun.... Kalu ahli Parlimen tue takper la kalu bukan penduduk tempatan... tapi kalu untuk jadi ADUN tue... baik la orang tempatan dan dari kaum yang menguasai majoriti kat sana....

So... bagi DUN Semambu nih... Barisan Nasional dah letak calon dier dari bangsa Cina iaitu Pang Tsu Ming... manakala dari Pakatan Rakyat pulak letak calon dari kaum Cina gak iaitu Lee Chean Chung (err... calon muda nih memang kureng dikenali oleh penduduk setempat) .... manakala satu-satunyer calon dari kaum Melayu aderlah Mohd Shukri Mohd Ramli (Bebas) ...

Jadi... skrang nih pengundi Melayu yang memegang majoriti besar di DUN Semambu gua rasa lebih wajar pilih calon dari kalangan anak bangsa bagi memudahkan suara Melayu di DUN Semambu dibawa kedalam Dewan Undangan Negeri Pahang....

Sebab... Pang Tsu Ming tue dulu .. selama dier jadi ADUN.... Pang Tsu Ming nih langsung tak bawak suara majoriti penduduk DUN Semambu di dalam Sidang DUN... melainkan dier banyak senyap atau bawak suara minoriti..... Pilihan ditangan lu orang... Gua bukan pengundi DUN Semambu... tapi kalu gua pengundi di DUN Semambu... gua akan buat pilihan based on ratio majoriti.... ader paham ker???

UNDILAH CALON PRO RAKYAT
Suara Anda InsyAllah Dapat Kedengaran Di Dewan Undangan Negeri.


P/S : Gua tak dibayar untuk berkempen.. tapi ini adalah satu sumbangan kecil gua terhadap perjuangan rakyat...  Kalu ader sesapa nak upah gua untuk berkempen bagi pihak diorang... tak kisah la BN atau PR... sila sediakan at least RM2 juta .... baru boleh deal....

05 May 2012

Surat Terbuka Seorang Remaja Untuk Najib Razak

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

Sumber : Hakaluka

09 July 2011

Raja Tanpa Rakyat

Bhai.... gua nak tanya lu sumer... Aper akan jadi kalu raja tanpa rakyat.... aper akan jadi kalu rakyat sudah lari meninggalkan raja... aper yang akan jadi kalu rakyat sudah takmo nak endahkan raja..... aper akan jadi....

Raja berdaulat kerana adernyer rakyat yang menggangkat mereka jadi raja... rakyat yang mengangkat sembah kepada raja.... biler mana rakyat rasakan bahawa raja senantiasa bersama diorang....

Tapi.. biler rakyat dapat tau yang raja dah takmo nak bersama rakyat... lu ingat rakyat masih ader amik pot ker pasai raja.... err....

Sejak zaman berzaman... raja dari dahulu kala lagi selalu amik pot dan jaga hati orang-orang yang rapat dan dekat dengannya... raja akan jaga hati para pembesar... raja akan jaga kepentingan para pembesar... sebab itulah raja-raja macam tue tak lama atas takhta...

Biler raja dok lebihkan jaga kepentingan para pembesar daripada jaga kepentingan rakyat... masa tue la rakyat akan tolak raja... rakyat akan tak amik pot pasai raja.... ini sejarah bhai... bukan gua nak citer menghasut ker... ini realiti sejarah... kalu lu orang tak tau pasai sejarah.. sila bukak buku...

Sejarah ditulis oleh orang yang menang.... dalam banyak kes... yang menang adalah rakyat... pembesar ngan raja biasanyer tersungkur... bukan sebab aper... sebab depa sendiri... sebab depa tak amik pot pasai rakyat...

Cuba lu orang tengok sejarah Peranchis... aper yang berlaku biler Permaisuri tidak faham kenapa rakyat memberontak... rakyat Peranchis yang kebuluran dikatakan tidak pandai ... tak dapat makan kek... makan lah roti....

Jika raja buta mata.. buta hati.. dan pekak telinga... rasanyer tak lama la.... ini semua pusingan sejarah.... realistik... lama-lama nanti cuma tinggal raja jer dalam buku sejarah..... sebab aper... sebab orang dah tak respek sama raja.. sebab raja dah takmo bersama rakyat... sebab raja cuma pentingkan diri mereka sendiri jer...

Itulah yang berlaku dalam puluhan citer dalam buku sejarah... sejarah tentang kerajaan dahulu kala... sejarah tentang raja-raja dahulu kala.... dan mungkin juga raja-raja masa kini akan termasuk juga dalam buku sejarah.... akan dikenang sebagai raja yang ditolak oleh rakyat.... sebagai raja yang hilang rakyatnya....

Segala keputusan ditangan raja.... silap pilihan... janganlah menyesal... cuma akan jadi raja yang tiada rakyat....

08 July 2011

Kami Datang Dan Kami Takluk

We came and we conquer.... hahaha... Kami datang dan kami takluk.... hahaha....

Salut untuk semua yang berani... salut untuk semua rakyat Malaysia yang prihatin.... salut untuk warga Malaysia yang berjiwa besar... salut untuk semua penyokong dan pendokong BERSIH 2.0

Salut gak bagi para bloggers yang senantiasa bersama-sama rakyat walaupun disebalik tabir... salut juga kepada para dermawan yang bersama-sama menyatukan usaha untuk menjayakan BERSIH 2.0 dari segai kewangan, logistik malah usahasama...

Salut juga buat para anggota Angkatan Tentera Malaysia yang menolak arahan untuk bekerjasama dengan pihak Polis mengekang kebangkitan rakyat. Angkatan Tentera Malaysia sepatutnya berkecuali dalam sentimen ini.

Salut terbaik gua berikan kepada pengarah, penerbit, penulis skrip/lakonlayar, pelakon dan semua krew yang terlibat dalam produksi Yellow Man DIGI ... yang membawa mesej "I Will Follow You"....

Tahniah kepada semua..... Let's go...

We Came and We Conquer... Kami Datang dan Kami Takluk....

04 November 2010

Kekalahan Pakatan Rakyat Dijangka

Gua memang tak saspek yang Pakatan Rakyat akan menang dalam dua PRK nih... Galas dan Batu Sapi... memang takder chan.... Kekalahan Pakatan Rakyat dijangka... gua memang jangka...

Cuma kalu Pakatan Rakyat menang la pulak... gua tak tau la aper sentimen... nak kata calon memang kuat... err... ntah ler..

SPR dah tentu bias... berat sebelah... jadi aper peluang untuk Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional..

Yang pasti... calon yang dikemukakan oleh BN tue lebih kepada calon tangkap muat... takder karisma sebagai pemimpin... Macam kat Batu Sapi tue... dah jadi macam citer hindustan la pulak.... biler Inspektor Shahab mati... bini atau anak dier ambik alih jawatan dier... hahaha...

Sejak biler plak boleh jadi camnie... itu hari masa Radzi Manan (ADUN kat Perak tue) turun jawatan... dier letak anak pompuan dier untuk jawatan tue... boleh pulak jer... kira macam buat dinasti la pulak... hahaha.... macam sial jer.... hahaha

So.... kalah ker memang ker Pakatan Rakyat... gua harap pimpinan Pakatan Rakyat banyakkan bermuhasabah... kalu menang... jangan ingke.... jangan gelojoh..

15 July 2010

Pakatan Rakyat Perlu Ada Akhbar Sendiri

PAS ada Harakah, PKR ader Suara Keadilan, DAP pula ader Rocket.... semua akhbar sendiri-sendiri jer.... UMNO ader Utusan Malaysia, Berita Harian dan Malay Mail, MCA ader STAR, MIC ader Tamil Nesan ....

So ... adalah lebih elok jika nak berlawan ngan BN... PAS,DAP dan PKR mengujudkan satu lagi akhbar dibawah nama Pakatan Rakyat ... ini lebih elok dan lebih berkesan... bagi jer nama Suara Rakyat (People Voice)

Kalu susah sangat nak terbit dalam bentuk cetakan (sebab permit susah nak dapat) ... buat jer dalam bentuk web online... pastue terbitkan dalam bentuk format PDF dan hantar secara guna email newsletter...

Semua orang boleh subscribe... senang... iklan pon boleh letak kat dalam PDF file tue... sebijik macam yang bercetak punya.... Kalu alasan kurang orang baca... itu semua sudah silap... format PDF nih la paling senang... boleh baca kat dalam henfon...

So... aper lagi perlukan permit.... buat jer... gua jamin iklan akan masuk gak... samer macam akhbar biasa... takder masalah... sebab iklan akan ader dua format... satu iklan yang tertera kat dalam Internet ... dalam web.. lagi satu... yang embedded dalam fail PDF tue...

Pakar IT cukup ramai dalam Pakatan Rakyat nih... takder hal punya.... wartawan Harakah, Suara Keadilan dan Rocket still masih ader rezeki lagi... kerja macam biasa... terbit akhbar macam biasa... cuma kos jer dah kurang.... dan pendapatan ader skit kurang... tapi kalu sambutan iklan okeh... gua jamin punya bukan setakat untung... tapi boleh bagi bonus lagie... hahaha

Nak tau camana nak buat... boleh tanya gua bebila masa jer... atau boleh tanya orang lain...

Cuma jangan buat format web membership subscription macam Malaysiakini buat tue... itu cara salah tue... rugi.. sebab berapa ramai la yang nak bayar... kalu bagi free lagi ramai yang akan baca... cuma kena cari advertiser lebih skit la... untuk laman web atau untuk dalam newsletter pdf tue....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1