Bhai/DeeDee semua....
Di Malaysia nih ... undang-undang memang ikut kasta... Kalu anda tergolong dalam kasta rendah... iaitu orang awam biasa... semua undang-undang akan diberatkan buat anda... apa sahaja yang anda buat berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang...
Tapi ...
Tapi tidak untuk kasta atasan.... kasta tinggi macam pemimpin Kerajaan atau Dewa Kayangan serta kerabat mereka... kalu pun ader kena denda setelah dikecam oleh rakyat... biasanya denda akan dikenakan pada kadar yang minima... kadar berdiskaun....
Contoh... ketika kebenaran rentas negeri dan negara tidak dibenarkan... Dewata Raya boleh pulak pergi ke Qatar..... konon dapat jemputan dari pemimpin sana... siap kos logistik dan penginapan serta makanan ditaja sepenuhnya... satu konvoi pergi...
Takder apa yang kena...
Nih satu lagi... Azmin Ali pulak dengan sewenangnya pergi rentas negeri sampai ke Pengerang, Johor konon ader program anjuran MITI ... katanya program ini dapat kebenaran MKN.... Hahaha.... mudah sangat buat kebenaran nih... pelik aaa...
Kata nak membendung jangkitan wabak Covid-19... tapi serupa macam hampeh ja... boleh plak buat perkumpulan.... buat makan-makan... adoilah...
Misi bantuan banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diadakan di daerah Kota Tinggi hari ini dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya misi itu diadakan bagi membolehkan kementerian turut terlibat dalam membantu rakyat yang terjejas banjir, khususnya dari segi pembersihan dan bantuan lain.
“MKN memberikan kelulusan untuk misi ini diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas selain bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan terjejas oleh bencana itu di Kota tinggi.
Beliau ditanya sama ada misi itu mendapat kebenaran merentas negeri memandangkan negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang turut menyaksikan larangan merentas daerah dan negeri bagi yang negeri-negeri yang berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata semua yang terlibat dalam misi itu sentiasa diberi ingatan agar mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan fizikal.
Misi pascabanjir MITI itu turut mendapat kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).