Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Racun. Show all posts
Showing posts with label Racun. Show all posts

30 August 2024

Pemaikaian Samping, Bengkung, Kain Selempang, Baju Layang dan Pontoh Dalam Budaya Kepahlawanan Melayu

Bhai/DeeDee semua...

Apakah signifikan pembuatan dan pemakaian samping, bengkung, kain selempang dan baju layang (jaket tanpa lengan) yang diperbuat dari songket bertenun benang emas dan perak?

Kenapa hulubalang Melayu dipersembahkan sepersalinan songket ini?

Kenapa kain songket itu bertenunkan benang emas dan perak? Adakah semata-mata kerana ianya menampakkan taraf dan kebanggaan? Bagaimana pula signifikannya kain limar dalam pembuatan songket?

Dan satu hal lagi, mengapa agaknya hulubalang Melayu yang memakai pending pada bengkung mereka serta memakai pontoh emas atau perak di lengan atau betis?

Contoh pontoh dipakai oleh DYMM Sultan Perak Raja Nazrin Shah dan Permaisuri dalam gambar dibawah.



Jawapan kepada persoalan ni adalah.

  1. Jalinan benang emas dan benang perak yang disulam pada songket itu bersilang-silang bentuknya... dan pemakaiannya adalah berlapis. Ini boleh disamakan dengan "bullet proof vest" yang mempunyai jalinan serat kevlar. Light weight tapi masih boleh melindung pemakainya dari tetakan dan kelaran. Type I atau Type II punya "bullet proof vest" kalu compare zaman sekarang punya la.

  2. Bengkung yang lebarnya lebih sejengkal akan dililitkan pada sekitar abdomen dan ini memberikan perlindungan pada bahagian abdomen. Tambahan perlindungan pula datangnya dari pending emas atau perak.

  3. Kain selempang yang dipasang sama ada di bahagian kiri atau kanan atau kedua-dua bahu adalah digunakan sebagai lapisan perisai menghalang tetakan. Penggunaan kain limar dalam pembuatan songket adalah kerana kain ini biasanya telah disapu herba / ubat yang mampu mengurangkan bisa dan menghentikan pendarahan.

  4. Baju Layang (jaket tanpa lengan) pula adalah digunakan sebagai perlindungan "outer layer" dari tetakan dan kelaran.

  5. Pontoh emas atau perak di bahagian bahu atau betis digunakan untuk menyekat (menghentikan sementara) pengaliran darah jika berlaku kecederaan pada betis dan lengan.

  6. Dipercayai bahawa teknologi fiber (serat) yang terkini boleh diimplementasikan pada tenunan songket yang boleh menyebabkan ianya boleh dijadikan semacam "bullet proof vest" yang ringan tapi boleh menahan impak sehingga skala Type III.

Sekian.

05 April 2023

Wajarkah Parti Politik Masuk Ke Sekolah?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam video ini gua jelaskan pandangan gua kenapa Parti Politik seeloknya tidak masuk ke mana-mana sekolah... Ada banyak kontra daripada pro tindakan nak membenarkan mana-mana parti politik masuk dan menaburkan dakyah mereka masing-masing....

Sekolah tak boleh... kalu IPT pada gua takder masalah..

Pemuda Umno mahu anjur program pendidikan politik di sekolah dan IPT
#sekolah #pengkaderan #dakyah #cucukjarum #pelacurpolitik #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

18 February 2021

Ganja Sebenarnya Bukan Dadah Atau Racun

Bhai/DeeDee semua...

Dari dulu lagi gua berpandangan bahawa Ganja dan Ketum adalah satu bahan yang boleh mengubatkan... Terutamanya setelah diekstrak sumber-sumber penting darinya... Kedua-dua tumbuhan ini serupa macam Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia), Misai Kucing, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Selayar Hitam dan sebagainya lagi khazanah tempatan yang boleh diekstrak untuk menjadi ubat dan herba...

Betul... apa sahaja penggunaan yang terlebih dos memang membahayakan... tapi itu tidaklah sepatutnya menjadi halangan kepada pengekstrakan dan penggunakan bahan tersebut..

Terlebih makan Paracetamol pon boleh mati... sama macam terlebih makan Micardis ... boleh kojol.... walaupun Micardis tu adalah ubat untuk sakit darah tinggi.... takpon terlebih makan Simvastatin pon boleh jalan daaa.... atau terlebih macam Metformin.... Hahahaha

Aper sahaja yang terlebih dos memang bahaya..

So... janganlah disebabkan stigma pada Ganja (Pakalolo) dan Ketum .. maka kita borang semua letak bawah senarai dadah atau racun... adoilah...

Aper pon gua tetap mengatakan salah jika penggunaan lebih dos dan tidak terkawal...  dan adalah salah bagi mana-mana penggunaan dadah sintetik seperti LSD, ICE, Syabu, Pil Kuda yang dihasilkan secara kimia (chemical) sama ada dari bahan-bahan berasaskan alkohol atau petrokimia (petrochemical) ... yang ini memang bahaya....

Tambah lagi kalu ader element Sibutramin dan yang lain-lain seangkatan dengannya..

Jadi dalam kes Dr Ganja nih... gua memang berterima kasih kepada Mahkamah Persekutuan yang telah melihat kes ini dari sudut pandang yang luas... terima kasih.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1