Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label IPT. Show all posts
Showing posts with label IPT. Show all posts

05 April 2023

Wajarkah Parti Politik Masuk Ke Sekolah?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam video ini gua jelaskan pandangan gua kenapa Parti Politik seeloknya tidak masuk ke mana-mana sekolah... Ada banyak kontra daripada pro tindakan nak membenarkan mana-mana parti politik masuk dan menaburkan dakyah mereka masing-masing....

Sekolah tak boleh... kalu IPT pada gua takder masalah..

Pemuda Umno mahu anjur program pendidikan politik di sekolah dan IPT
#sekolah #pengkaderan #dakyah #cucukjarum #pelacurpolitik #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

Staff Universiti Pun Melucah?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih bila baca kes macam ni... Patut staff Universiti tue orang yang educated... tak kisah la apa jawatannya di Universiti tersebut... sepatutnya sentiasa jaga dan kawal akhlak serta komen bagai... tambah lagi di Media Sosial....

Sebab tue la ada peribahasa Melayu yang mengatakan ...

"seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit sama"

Adoilah.... payah bhai... payah.... imej Institusi Pengajian Tinggi tu pula yang menjadi taruhan... adoilah..


Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan siasatan dalaman membabitkan kakitangannya yang memberi komen lucah ketika menonton siaran langsung seorang wanita menerusi TikTok baru-baru ini.

UPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berhubung tindakan tersebut dan siasatan segera telah dilakukan mengenainya.

“Diharapkan agar semua pihak dapat bersabar serta tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa menerima komen berbaur lucah ketika dia sedang bersiaran langsung menerusi TikTok. Susulan itu, wanita berkenaan bertindak mendedahkan pelaku tersebut yang didakwa merupakan salah seorang daripada staf di UPM.

Walaubagaimana pun, video kiriman tersebut telah dipadam daripada laman sosial berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter UPM telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di platform tersebut.

“Pengajarannya, gunakanlah ruangan komen di sosial media dengan bijak,” ciap seorang netizen, @hazanzan2.

“Mohon disiasat sebaiknya dan jika benar, ambillah tindakan sewajarnya,” tulis pengguna lain, @iqdgaf.

“Dia (individu) bukanlah pengajar atau pensyarah, dan dia hanya staf di bahagian tertentu saja serta tidak bersangkut paut dengan para pelajar sangat. Jangan salahkan tempat mencari ilmu, salahkan si pelaku,” ciap seorang pengguna lain, @ssame_la.

Hantaran kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah meraih sebanyak 807,000 jumlah tontonan, 2,989 tanda suka dan 1,482 ciap semula setakat ini. 

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1