Bhai/DeeDee semua...
Apa akan terjadi jika YDP Agong mengumumkan bahawa Baginda bersedia untuk memberi pengampunan penuh buat Najib Razak?
Korang agak apa yang akan berlaku?
Pada pandangan peribadi gua... secara otomatisnya gua akan beranggapan bahawa Najib Razak nih mendapat pengampunan dalam keadaan paling cepat... dan tidak bersesuaian dengan impak kesalahan yang dia lakukan.. Maka dengan itu gua akan pastinya tak respek pada pertimbangan YDP Agong...
Sebagai rakyat... kita berhak untuk berbeza pandangan dan pendapat... selagi mana tidak menimbulkan fitnah dan penghinaan.
Gua akan berkata bahawa tindakan mengampunkan Najib Razak oleh YDP Agong itu bersifat pilih bulu... bersifat pilih kaum... sebab Najib Razak itu sendiri adalah berstatus Orang Besar Empat Pahang ... makanya dia dikira golongan kayangan juga...
Gua tak kisah orang nak kata Najib Razak tue banyak jasanya... tapi patutnya hukuman tetap hukuman.... Najib Razak sepatutnya menjalani hukuman sekurang-kurangnya 3/4 masa daripada keseluruhan masa hukuman yang disabitkan keatasnya.... Itu sepatutnya...
Keduanya....
Gua berpandangan pengampunan Najib Razak ini juga adalah kesan Anwar Ibrahim yang "dipegang telurnya" oleh UMNO...
Kita semua tahu yang tanpa kekuatan dan sokongan kerusi dari UMNO... maka Anwar Ibrahim tidak akan dapat tempat untuk menjadi Perdana Menteri... jadi dalam keadaan UMNO bertegas nak bebaskan Najib Razak dalam masa terdekat... kita dapat lihat yang Anwar Ibrahim dalam keadaan terkepung...
Dan itulah persepsi majoriti rakyat sekarang nih...
Anwar Ibrahim tak mampu disebabkan kuasa sebenarnya terletak pada UMNO ... sekali UMNO tarik brek... tumbanglah Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim...
Contoh aaaa...
Kalu ditakdirkan UMNO menang banyak kerusi dalam PRN nih sehingga boleh membentuk kuasa di negeri-negeri seperti Selangor / Negeri Sembilan / Terengganu ... lu orang agak-agak apa tindakan yang UMNO akan buat??
Hehehe..... UMNO akan rasa terlebih kuat... dan mereka akan mendesak yang macam-macam lagi... tengok dalam keadaan sekarang... banyak GLA yang dikuasai oleh Orang UMNO..... Hehhehe... Ahmad Zahid Hamidi sedang susun strategi tue.... Hahahaha...