Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

03 January 2023

Dewan Ulama PAS Terlepas Pandang Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kecoh ader satu berita yang menceritakan tentang Dewan Ulama PAS suruh Kerajaan Pusat tutup semua kedai judi ekor....  Viral bhai.... 

Tapi Dewan Ulama PAS nih lupa yang ader Negeri yang dibawah tadbiran geng depa (Perikatan Nasional) yang PAS adalah sebahagian besar dari anggotanya yang masih lagi selamba jer ader kedai judi ekor... Hahahaha...

Macam mana Dewan Ulama PAS boleh lupa pasai Negeri Perlis nih.... Hahahaha..

Semalam : Dewan Ulama PAS desak Kerajaan Persekutan


Kerajaan Perlis belum membincangkan sebarang langkah untuk menutup premis judi dan loteri di negeri itu, kata Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli.

Mohd Shukri berkata kerajaan negeri perlu meneliti daripada sudut perundangan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan berkenaan.

05 November 2022

Parlimen P.03 Arau - Apakah Akan Ada Perubahan?

Bhai/DeeDee semua..

Dua penggal berturut-turut Shahidan Kassim pegang kerusi Parlimen P.03 Arau atas tiket Barisan Nasional (BN). Dalam masa dua penggal tue juga lah... ader dua senario berlaku...


Pada PRU13 (2013) ... PAS masih bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) jadi bilangan undi yang PAS dapat pada masa itu bukanlah solid dari ahli dan penyokong PAS semata-mata.. Ianya adalah bercampur-campur dengan sokongan undi dari ahli PKR dan lain-lainnya...

Namun pada PRU14 (2018), PAS bertanding secara solo dan apa sahaja bilangan undi PAS dapat itu dikira sebagai solid dari ahli dan penyokong PAS sepenuhnya... Manakala pihak yang tak bersetuju dengan PAS iaitu PKR, BERSATU, DAP, AMANAH dan selebihnya meletakkan undi mereka kepada calon BERSATU mewakili Pakatan Harapan.


Kalu kita gabungkan dan baca dari sudut pertambahan jumlah pengundi sekitar lima ribu dari PRU13 dan PRU14 ... maka kita boleh baca pada PRU15 yang jumlah pengundi akan meningkat antara lima ribu sehinggan lapan ribu pengundi baharu.

Dan kita tahu... sebahagian besar dari pengundi baru adalah dalam kategori pengundi muda (bawah 30 tahun) dan kecenderungan mereka ini adalah lebih kepada muka-muka baharu dan bukannya bersandarkan kepada status quo.

Jadi... persoalan yang kita perlu tanya adalah .... berapa ramai pengundi baharu yang akan mengundi  Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)? Sebab kita boleh jangkakan sekitar 45 hingga 60% pengundi Undi 18 dari kelompok muda Melayu akan mengundi PAS ...

Namun... adakah undi BN akan berkurang dengan banyaknya? hanya kerana ahli dan penyokong mereka selama ini nak boikot kepada Barisan Nasional (BN) sebab nak ikut kemana bekas Ahli Parlimen yang lama (Shahidan Kassim) itu bertanding... Gua tak nampak impaknya terlalu kritikal... jadi pada gua... PAS mungkin akan dapat pertambahan dalam 3 ribu sahaja undi baharu...

Status quo tetap akan kekal pada Barisan Nasional.

Ini pandangan gua... ketentuan sebenar hanya Allah Taala jer yang tahu. Maha Suci Allah, Tuhan yang maha bijaksana dan maha adil.




23 February 2022

Tukar Agama Sepihak? Wajarkah Dibenarkan?

Bhai/DeeDee semua...

Dewan Ulama PAS mahu pertukaran agama sepihak dibenarkan disegi undang-undang. Bukan sahaja PAS tapi ramai lagi yang berpadangan sebegini.

Sebenarnya tindakan ini mengundang masalah dimasa akan datang. Betul ianya perlu dalam kes 3 orang kanak-kanak nih... Tapi ianya tetap tidak bersesuaian. Video ini memberikan hujah kenapa kebenaran pertukaran agama satu pihak (sepihak) amat tidak sesuai demi kemaslahatan rakyat dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia.

Kita ada undang-undang. Ada sebab kenapa undang-undang kita tidak membenar proses ini berlaku.

#Murtad #Mualaf #Islam #JAKIM #JKM #MAZA #RORA #PEMBELA #Perlis #Mufti #TukarAgama #ReligiousConversion

#CipanTapirTenuk #SocialCritics

07 July 2012

Meniti Jalan Ke Muzium

Bhai..... hahahaha..... tajuk artikel gua pagi nih .... gua nak citerkan aper yang bakal berlaku ... ini bukan ramalan bhai.. tapi ini kenyataan... kenyataan ini bakal berlaku kalu masih ader yang tak insaf dan beringat.. benda nih boleh menjadi kenyataan dalam sekelip mata...

Selama hari nih... puak-puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) langsung kureng amik pot terhadap rintihan rakyat... dari hari ke sehari.. rakyat ditekan oleh macam-macam kerenah dan peel UMNO/BN ... Penyelewengan dana negara dan sebagainya... salahguna kuasa dan sebagainya aderlah mainan harian UMNO/BN...

Rakyat yang dah jelek dan tak larat nak dimangsakan cuma menghantar memorandum kepada puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi)... tapi nampaknyer... pihak ini macam tak berminat nak menerima memorandum tersebut... kalu terima pon.... seperti sambil lewa sahaja... nak amik tindakan berdasarkan memorandum langsung lar tidak... silap-silap semua memorandum tersebut masuk bakul sampah.... mana lar kiter tau.. sebab kiter tak duduk dalam premis puak feudal tue....

Tapi gua sahih berani katakan bahawa semua memorandum tue seperti mencurahkan air ke daun keladi... takder efek...maybe telah dibakulsampahkan..... buang masa jer bagi memorandum... sebab kebusukan dan kebejatan UMNO/BN dah masuk lama dalam diri puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) nih.... sama ader diorang diugut atau diorang memang takmo amik tindakan.... semuanya samer jer...

Malah.... ader plak puak-puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) ini yang bersekongkol dengan UMNO/BN.... dan diorang lagi teruk merembat harta negara... buat macam mak bapak diorang yang punya... muka nampak baik,.... tapi perangai... Ya Rabbi.... hancuss.... Gua cukup tau ader puak feudal yang dok asik bagi "surat kuning" kat beberapa industri sebagai arahan suruh bagi projek bisnes kepada syarikat-syarikat tertentu... macam siot jer....

Masyarakat dah muak dengan peel UMNO/BN ... dah talihayat UMNO/BN hanya masih berbaki dengan sokongan puak-puak feudal (bayangan Tuhan di muka bumi) nih jer...  Kalu puak-puak feudal nih takmo meniti jalan ke Muzium.... lebih baik humbankan sajer UMNO/BN... kasi mampus... kalu tidak... dengan UMNO/BN sekali semua akan masuk Muzium..... biar anak cucu cicit nanti tau bahawa pengkhianat negara aderlah UMNO/BN dan puak-puak feudal.......

Ingat.... semua ini aderlah amanah Allah Taala... kalu lu orang khianat... bala Allah Taala akan sampai.... itupon kalu lu orang sumer ader Iman lar... tapi... rasanyer lu orang mana ader Iman..... kaki judi.. kaki maksiat.. kaki rasuah... kaki songlap.. kaki betina... dan macam-macam kaki la..... hahahaha

24 March 2010

Opocot ....

Opocot opah ko.... melatah la pulak.... hahaha.... Mana tak melatah... hahaha.. ader ADUN kat Indera Kayangan yang dah antar surat letak jawatan ADUN dier... hahaha... ADUN belah mana tue... Belah BN la... hahaha.. opocot...

Biler ADUN dah antar surat letak jawatan.. Tugas Speaker DUN adalah menyampaikan surat tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)...

Dulu tugas mengesahkan kekosongan kerusi DUN adalah tugas Speaker... tapi la nih.. semenjak kes kat Negeri Perak tue... kuasa mengesahkan kekosongan kerusi DUN adalah milik SPR sepenuhnya .... ntah macam mana plak benda nih boleh berlaku .. ntah la.. yang pasti ader pihak yang membelakangkan undang-undang dan perlembagaan..

So .. sekarang nih... Kalu UMNO/BN rasa sokongan dan kekuatan diorang tengah ditahap mantap.. dan kukuh... sepatutnya diorang akan berani buat piliharaya kecil (PRK)... tapi.....

Tapi... rasanyer la... UMNO/BN mana ader telor untuk menghadapi PRK lagi nih... hehehe.. dah kena sindrom takut kalah ... hahahaha.... sindrom takder telor... hahaha ...

Yer la... sesama UMNO kat Perlis pon bergomol la nih.. belum tambah ngan MIC dan MCA yang masih bertelagah sesama sendiri... hahaha... macam mana nak sepakat... susah la kalu camnie... hahaha.. Kalu buat PRK pon.. sure kantoi punya... buang masa jer... baik tunggu PRU13 jer... hahaha... itupon dah tahap takder telor dah tue... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1