Kita sedia maklum yang PRU15 kali ini berdepan dengan situasi banjir akibat daripada musim tengkujuh yang datang lebih awal... Sebenarnya... tidaklah awal sangat pun... sebab memang bulan 11 dan 12 adalah musim banjir dan hujan lebat...
Jadi... dikhuatiri kalau peratusan keluar mengundi rendah ... apakah impaknya...
Selama ini... rekod paling baik peratusan keluar mengundi adalah pada PRU14 iaitu sekitar 82.32% dimana ianya dibuat pada bulan Mei .. jadi kalau pada PRU15 ini yang jatuh pada bulan November... gua tak nampak peratusan keluar mengundi ini akan lebih meningkat..
Tambah lagi banyak pengundi terkesan dengan bencana alam banjir.. dan ader yang terputus hubungan darat.... Jadi keadaan ini secara pastinya akan memberikan impak kepada peratusan keluar mengundi.
Kalau peratusan keluar mengundi rendah .. yakni dibawah 60% atau 50%... kemungkinan besar akan terdapat "hung parliament" ... tergantung disebabkan tiada mana-mana gabungan yang akan mendapat majoriti mudah (simple majority) 112 kerusi...
Dan kemelut perlembagaan akan terjadi lagi macam selepas Langkah Sheraton.... dan akhirnya akan memberikan ketidakstabilan yang sama... dimana akhirnya Kerajaan yang memerintah bukanlah dari mandat rakyat... tetapi dari mandat YDP Agong...
Ini pastinya akan menyebabkan rakyat tetap tak berpuas hati... huhuhu