Bhai.... Bukanker itu hari Hatta Ramli dah warwarkan bahawa semua pimpinan kena hentikan jadi hantu microphone... pantang nampak microphone dihulurkan oleh wartawan... terus jer bagi komen itu ini... lepas tue biler komen diorang bersalahan dengan agenda parti dan kesatuan... terus kata wartawan salah quote.... cam Nakharom kan....
Nih satu lagi.... tolong la... tolong la hentikan jadi hantu microphone... sebab setiap tutur yang keluar... makin menyusahkan kemaraan untuk menawan pentadbiran negara.... Diorang bersedap-sedap keluar statement bangang (tak kira la berserban ker atau tidak berserban ker... tak kira la yang dah sunat ker atau tak bersunat... tak kira la Islam atau tidak.... samer jer bangang nak mampus) ... yang mati bersihkan taik mulut diorang tue ... aderlah blogger, twitterer dan facebooker..... yang diorang mulut celaka senang-senang jer berlepas tangan...
Menyusahkan betul la... kalu yer pon nak bagi statement... dari dulu lagi gua kata... Pakatan Rakyat patut ader satu jabatan penerangan berpusat... semua komen atau statement hanya perlu keluar dari jabatan nih... selain dari statement dari jabatan nih tabley... tapi yer la... susah... sebab ramai pimpinan Pakatan Rakyat jenis hantu microphone... jenis bangang.... susah...
Gua cukup marah pasai pimpinan yang dok tabur paku atas jalan nih.. yang menyusahkan kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai pentadbiran negara... Biler la lu orang nih nak berhenti jadi bodoh... biler la lu orang nih nak sedar.. agaknyer la... memang lu orang nih selayaknyer jadi pembangkang di Malaysia sampai 500 tahun lagi kot... pasai spesis bodoh dan bangang susah nak betulkan....
Cer lu orang tengok statement bangang nih yang gua jamin akan ditwistkan oleh media pencacai.. Contirm punya...
KUALA TERENGGANU – Pas berkeyakinan penuh rakan sekutunya, DAP tidak akan menerajui tampuk pemerintahan negara sekalipun parti itu menang kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya kali ini, hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.
Secara umumnya beliau dilihat seolah-olah menggambarkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP juga jelas menunjukkan parti itu belum berkelayakan untuk mendominasi kerajaan PR kelak.
“(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.
“Di Terengganu, tiada satu pun kerusi DAP. Di Terengganu (majoriti) Melayu Islam. Kalau Umno kalah, Pas menang. Kalau Pas kalah, Umno menang,” katanya ketika berucap di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama Pas-DAP berbeza sama sekali dengan gabungan parti kerajaan, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Beliau menjelaskan, kerjasama Pas-DAP masih ada batasan kerana Pas tegas atas prinsip perjuangan parti dan mengehadkan batasan tertentu, tidak seperti parti pemerintah.
“Kita berjaya bincang dengan bukan Islam daripada DAP dan PKR yang sanggup bersama kita. Kita tidak jual dasar, perangai dan akhlak kita.
“Ini tidak serupa kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. Mereka hilang jati diri dan kuasa politik,” katanya.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, Umno gagal mentadbir negara, sambil membandingkannya dengan negara China.
Menurut Abdul Hadi, walaupun ditadbir oleh kerajaan komunis, China berjaya meletakkan republik itu setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.