Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jururawat. Show all posts
Showing posts with label Jururawat. Show all posts

15 June 2023

Jururawat Pakai Seksi?

Bhai/DeeDee semua..

Dulu Pramugari depa jadikan sasaran ... hehehe... betul la pakaian pramugari agak menjolok mata sikit... hahaha.... tapi takkan itu sahaja tumpuan para penumpang???

Sekarang... isu Jururawat pulak... wei... dah masuk dalam Hospital tue ... buat cara orang sakit la... atau buat cara melawat orang sakit... mata jangan pi sana sini.... Huhuhu.. jaga mata tue... Islam kan ajar tundukkan pandangan...

By the way... nampak misi @ nurse @ jururawat lawa.... hati ada sikit senang... dan cepat sikit akan sembuh penyakit....

Cuba bawak kalu misi @ nurse @ jururawat rupa macam Hantu Kak Limah... takpon macam Mak Lampir.... hahaha... mau cepat kojol pesakit... Hahahaha ... 

Bukan la gua kata elok la pakai menjolok mata... tak... cuma bila kita sakit atau kita melawat orang sakit tue..... sedar sikit diri la ... mati dan kubur itu sudah dekat... insaflah.... tundukkan pandangan....

Jawatan Apa Pulak Jadi Sasaran Selepas Ini? Guru??? Hehehe...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Islam ajar tundukkan pandangan


17 January 2021

Saman RM5 Juta Kalau Engkar

Bhai/DeeDee semua...

10 bulan telah berlalu dimana semua tanggungjawab kesihatan berkenaan covid-19 dibebankan kepada perkhidmatan kesihatan awam KKM dan pihak kesihatan swasta berlepas tangan tanpa prihatin.

Tanpa proklamasi darurat memanglah akan terus kekal pihak swasta berlepas tangan. Pihak Insuran lagi awal berlepas tangan.

Kini setelah diarahkan bertanggung jawab pada kadar minima 10% pun pihak kesihatan swasta memberikan macam-macam alasan dan songel.

Nampak sangat selama ini pihak kesihatan swasta hanya pentingkan duit dan untung semata-mata tanpa obligasi kesihatan seperti mana dalam akujanji perkhidmatan kesihatan mereka dahulu.

Siapa disebalik perkhidmatan kesihatan swasta ini? Siapa sebenarnya mereka? Bagaimana mereka mengambil kesempatan atas kenaifan warganegara Malaysia.

Konon perkhidmatan mereka terbaik dan professional katanya tapi dalam realiti mereka dengan selambanya memindahkan beban risiko kepada perkhidmatan kesihatan awam setiap kali ada kes.

Sembang ja semuanya nih.

Nanti ada masa gua akan dedahkan satu-satu modus operandi perkhidmatan kesihatan swasta ini... yang kuat sangat sembang konon mereka lebih baik dari perkhidmatan kesihatan awam.

Tunggu...



Dahulukan Yang Lebih Dahulu

Bhai/DeeDee semua...

Gua tau bebanan tugasan yang ditanggung oleh petugas kesihatan awam di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti Covid-19... Walaupun gua belum lagi pergi kesana... tapi sebelum waktu wabak lagi gua pernah pergi ke sana...

Teringat lagi gua keadaan hospital medan semasa Perang Balkan... Bagaimana kelam kabutnya mereka untuk menangani kes-kes yang ader.. nasib baik la masa tu takder wabak yang menyerang... Wabak Ebola pun belum ada lagi masa tue...

Jadi biler mengenangkan kemudahan yang teruk di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai fasiliti untuk menangani wabak Covid-19 dengan bebanan serta tekanan berkerja dibawah kemudahan yang tidak lengkap ... tentunya gua terasa sangat bilamana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin bertegas nak mulakan juga pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh seawalnya mulai 1 Mac 2020.

Pembinaan 3 dewan besar ini menggunakan peruntukan sebanyak RM35.4 juta nih pada gua selayaknya ditangguhkan dahulu dan wang itu kita gunakan untuk tambah baik kemudahan Hospital yang dikhaskan untuk mengendalikan kes wabak Covid-19.... pada gua ini lebih mustahak... ini lebih relevan... ini lebih mendesak...

Bukan bermakna kita batalkan pembinaan 3 dewan besar di Parlimen Pagoh ini... Kita faham ianya adalah untuk kemudahan rakyat... yang memang ada dalam peruntukan Bajet pembangunan sedia ader... tapi apa salahnya kita tangguh dulu dan gunakan dana sedia ada untuk yang lebih mendesak...

Nyawa lebih penting.... kekuatan anggota perkhidmatan kesihatan awam kita kena jaga... kesihatan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental.... Mereka perlu kita tangangi awal... jangan sempai sudah membarah dan kronik...

Gunalah otak untuk fikir...

Sila baca luahan hati mereka disini...

Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah....



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1