Perhatian:
Adakah anda penggemar "Mentega Kacang" @ "Peanut Butter"?
Jika iya, adakah anda tahu bahawa tidak ada satu pun produk mentega kacang yang ada di pasaran hari ini mempunyai logo halal JAKIM dan juga persijilan halal JAKIM. Ianya tidak termaktub sama ada dari jenama ternama tempatan mahu pun jenama asing.
Setakat ini hasil pemerhatian saya, semua produk mentega kacang yang ada di pasaran mempunyai "product of origin" yang sama iaitu dari Negara China. Dan setiap pengekspot dan pengedar menggunakan bermacam-macam persijilan halal yang agak meragukan.
Oleh itu, saya (
CipanTapirTenuk.Blogspot.Com @ C++) mengalakkan anda semua membuat semakan dan pemerhatian yang rapi serta dapat memberhentikan sementara pengambilan mentega kacang sebagai diet harian anda bagi mengelakkan sesuatu yang diragui status kehalalannya.
Halalan Thoyyiban (halal lagi bersih) adalah satu keperluan dan kemestian. Malah mencari yang halal lagi bersih itu adalah satu kewajiban yang dituntut. Malah terdapat arahan yang jelas sama ada didalam Al Quran mahupun didalam Hadith Rasulullah s.a.w berkenaan perkara halal dan haram ini termasuklah perkara yang diragukan mahupun yang syubahah.
Artikel ini sekadar memberi peringatan kepada anda semua dan ianya bukannya bertujuan untuk menjatuhkan atau mensabotaj mana-mana pihak mahu pun produk yang berkaitan dengan mentega kacang.
Fikir-fikirkanlah.. (Sekiranya anda tahu mana-mana produk mentega kacang yang mempunyai logo halal JAKIM, sila beritahun saya, terima kasih).
Gua dah jumpa peanut butter yang ader logo Halal JAKIM ... Yang diberi nama SunBear (Lepa Kacang)... Produk hasilan dari FELDA