Gua berpandangan... sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan atau Tampoi... Sebab kalu kita tak semak tahap kesihatan mentalnya... ditakuti macam-macam benda ngarut lagi yang akan dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang....
Bab Dewan Ulama PAS nih.... depa mana ader tulang belakang... benda ngarut pun depa dok angkat jugak selama nih... bukan sekali dua... tapi banyak kali...
Kita tau la perlu hormat guru... tapi kalu guru pun dah makin wayar... wajarlah diambil tindakan... jangan dok main setuju ja... kena semak balik... Dewan Ulama pon dah dok kejar politik ja... bukan patutnya lebihkan kepada Agama... perlu dahulukan Agama atas segala sesuatu.... bukan terbalik kot macam la nih...
Adoilah...
Jahanam aaa...
PDRM dah patut boleh kutip Abdul Hadi Awang atas statement hasutan yang makin kerap dier buat... Islam terancam la... Komunis la... Kapir Harbi la.... patut kutip dan simpan sekejap supaya mental Abdul Hadi Awang jadi waras balik.... itu pon kalu boleh waras la... sebelum makin kronik lagi kesan hasutan yang Abdul Hadi Awang nih buat...
PDRM sila ikut nasihat Majlis Raja-Raja Melayu...
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menganggap seseorang berdosa besar jika tidak mengundi kerana pergi ke Mekah mendapat sokongan daripada dewan ulama parti itu hari ini.
Menurut sayap utama PAS berkenaan, kenyataan Abdul Hadi itu adalah tepat dan perlu dilihat seperti seorang guru yang mendidik anak muridnya.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ahmad Yahya juga berkata mereka berpandangan kenyataan dibuat Abdul Hadi itu membuktikan betapa beruntungnya rakyat di negara ini hidup dalam masyarakat yang dipimpin oleh "para alim ulama yang mursyid."
Kata Ahmad kenyataan Abdul Hadi semalam bukanlah bertujuan untuk menyangkal keutamaan ibadah umrah, sebaliknya mengutamakan ummah secara menyeluruh.
Tan Sri Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) menulis menyampaikan teguran ibarat seorang guru yang mendidik anak muridnya.
"Pedih untuk diterima tetapi begitulah hakikatnya. Tiada siapa boleh mengubah prinsip keutamaan yang digariskan oleh syarak," katanya.
Semalam Abdul Hadi membuat kenyataan dengan menganggap seseorang yang ke Tanah Suci dengan meninggalkan pilihan raya sebagai berdosa besar.
Ahli parlimen Marang itu juga mengaitkan hujahnya dengan suasana perang dan menggambarkan bahawa Islam di negara ini sedang diancam oleh pihak tertentu.
Seperti selalu dia turut mengaitkan kenyataan politiknya dengan DAP dan suasana pilihan raya yang didakwanya membabitkan penyertaan besar-besaran orang bukan Islam berbanding orang Islam.
"Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.
"Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus," kata Abdul Hadi.