Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bahan Letupan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Letupan. Show all posts

18 November 2023

Ini Betul - ECRL bukan HSR

Bhai/DeeDee semua...

Baru-baru nih gua berkesempatan mengikuti satu rombongan pakar kejuruteraan struktur dan mekanikal dengan beberapa pelatih industri dan pensyarah dari sebuah Institut Pengajian Tinggi bagi melawat lokasi tapak-tapak laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Pahang dan Terengganu.

Dan dari apa yang gua dimaklumkan, kejuruteraan struktur dan mekanikal bagi projek ECRL ini agak mencabar dengan keadaan muka bumi yang agak ekstrem... Ada kawasan yang berbatu granit yang agak susah nak dibentuk (perlukan bahan letupan) untuk membina terowong dan sebagainya.

Ada pula kawasan tanah gambut dan paya yang menjadi laluan ECRL ni.... dan membina struktur konkrit bertetulang dikawasan tanah gambut dan paya memang mencabar. Tambah lagi ada paya yang mengandungi larutan mineral yang tinggi...Dan ini sememangnya memberikan kesan nyata kepada simen dan konkrit.

Mengenai kadar kecerunan dan kesendengan landasan pula ... gua dimaklumkan ianya dibuat untuk menampung kesan halaju yang sederhana dan tidak terlalu tinggi.... Ini semua setelah mengambil kira isu keselamatan penumpang dan barangan yang akan dibawa pada laluan ini.

Gegaran pada setiap kali rel dilalui juga diambil kira dengan data-data seismik yang diperlukan ada diambil. Jadi... apa yang diperkatakan oleh pemilik ECRL adalah bertepatan dengan data saintifik dan kejuruteraan.

Dan gua pada gua ini adalah sesuatu yang betul dan tepat.

ECRL bukanlah High Speed Rail (HSR) services... dan ianya takkan cecah 200km/j pun pada kebanyakan laluannya nanti.... paling-paling pun sekitar 160km/j hingga 180km/j.

Sekadar pemerhatian.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

ECRL bukan HSR


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1