Pada 1981, sebuah filem Hindi bertajjuk “Naseeb” menjadi buah mulut ramai dan hit. Filem yang dilakonkan oleh Amitabh Bachan amat memberi kesan sehingga ke Malaysia. Dalam filem ini ada satu lagu yang top dan menjadi siulan ramai bertajuk “John Johnny Jonathan”
Pada 1982, sebuah filem remake berasaskan bahasa Tamil / Kannada telah diterbitkan. Ianya juga menjadi hits dimana pelakon utamanya adalah Rajnikanth. Filem ini bertajuk “John Jani Janardhan”. Ianya juga ditayangkan di pawagam di Malaysia.
Namun, hanya pada penghujung tahun 90’an sahaja barulah “Roti John” menjadi sebahagian dari menu jualan di Bazar Ramadhan di Malaysia. Menu “Roti John” ini juga menjadi satu produk jualan yang agak glamer di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Kemunculan “Roti John” ini tidaklah diketahui dari mana dan siapa yang mengasasnya sebab tiada rekod bwrtulis mengenainya. Sewajarnya para pengkaji sejarah Malaysia mencuba untuk membuat satu kajian bagi mendapatkan satu penyelesaian tuntas mengenai siapa yang memulakan penjualannya dan bagaimana struktur asas penyediaan juadah yang viral ini.
Mungkin ianya boleh dijadikan satu kajian ilmiah pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Awam di Malaysia.
Mungkin juga kita boleh meletakkannya dalam senarai makanan warisan Malaysia di UNESCO.
Mana tahu pada 2024 ini akan ada Universiti Awam di Malaysia yang membuat rekod “Roti John” terpanjang untuk memecahkan rekod dunia.
Disebabkan harga bawang yang agak tinggi, maka jangan terkejutlah kalu menu “Roti John” tahun ini akan dihiasi dengan Kobis berbanding Bawang.
Sekian laporan semasa di pusat Cukai Malaysia di Chukai Kemaman.
Shalom … Ta’anit (Yom Kippur)
‘alaikas Salam … Ramadhan Mubarak.