Bhai/DeeDee semua...
Pada 7 April 1981, Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan ucapan ini di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu...
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.
Dan asbab dari ucapan ini... maka berlakulah elemen ketaksuban melampau yang menjuruskan berlakunya Insiden Memali (19 November 1985) yang menyebabkan ramai yang mati meninggal dunia...Insiden hitam ini adalah satu titik gelap dalam negara bilamana suspek yang hendak ditahan dibawah ISA telah bertempur dengan pihak polis...
Gua taknak citer pasai yang dah mati... tapi gua nak citer tentang bahayanya Hasutan... dan Abdul Hadi Awang memang terkenal dengan banyak kenyataan berbaur hasutan sejak dari zaman mudanya sampai ke sekarang...
Sikap menghasutnya kekal tebal dan kronik... tak boleh dah nak dinasihat... dan sekarang nih setelah PAS tidak menjadi Kerajaan Pusat...maka Abdul Hadi Awang lebih kerap mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan...
Ini bahaya sebab golongan pentaksub dan golongan muda amat mudah mempercayai semua yang diperkatakan oleh Abdul Hadi Awang... dan perkara ini semua sedang membiak dan membarah didalam media sosial...
Satu yang menarik.... tak pernah sekali pun Abdul Hadi Awang ditahan atas sebab menghasutnya ini.... pelik tapi benar... hehehehe... cuma gua harap ... biarlah kali ini Abdul Hadi Awang dapat ditahan untuk mengekang kegilaannya menghasut orang ramai dan mencetuskan kegusaran dan ketenteraman awam.
Sekian.
#AktaHasutan #BahayaMenghasut #AbdulHadiAwang #RisikoKeselamatan #KetenteramanAwam #PAS #InsidenMemali #Pentaksub #Walaun #Tiktok #13Mei #Kutip #Sekat #UcapanMerbahaya #Menderhaka #SosMed #Gila #AmanatHadi