Bhai/DeeDee semua...
Gua sekadar nak buka mindset lu orang... so sila baca betul-betul....
1. Pada 25 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia.
2. Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion. Sebab itu pakej Stimulus kedua PRIHATIN berjumlah RM250 bilion kerana hampir separuh daripadanya adalah daripada nilai moratorium.
3. Kita diberitahu bahawa bank-bank mempunyai kecairan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar ini. Tambahan pula, bank turut dibenarkan beroperasi di bawah kadar minima 100% Liquidity Coverage Ratio (LCR).
4. LCR merupakan satu 'quantitative requirement' yang memerlukan bank memegang aset-aset yang berkualiti tinggi dan cair bagi menempuh tekanan kecairan yang tinggi selama 30 hari. Jadi bank tidak terikat untuk memegang aset-aset tersebut untuk memenuhi piawaian 100% LCR.
5. Bank Negara berjanji akan memastikan wujudnya kecairan yang cukup kepada bank-bank melalui operasi pasaran terbuka, seperti jual beli reverse repo.
6. Pinjaman Perumahan, pembelian saham dan amanah saham akan turut dilonggarkan.
7. Ini bermaksud kesemua langkah ini dapat mengurangkan kesan kepada pendapatan bank ekoran perlaksanaan moratorium 6 bulan kepada jutaan rakyat Malaysia.
8. Lebih-lebih lagi moratorium ini bersifat automatik. Orang ramai tidak perlu apply. Hanya duduk rumah diam-diam. Mak cik Kiah boleh menarik nafas lega.
9. Bagaimana pula dengan kadar faedah selama 6 bulan moratorium ini? Untuk pinjaman kereta, tidak ada bayaran faedah tambahan manakala pinjaman perumahan bergantung kepada bank.
10. Selepas sebulan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan bahawa moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman produk Islamik tidak lagi automatik dan orang ramai perlu memohon kelulusan dari bank.
11. Mereka yang ingin terus menangguhkan pembayaran akan dikenakan bayaran faedah. Bermaksud peminjam akan bayar lebih. Ini berbeza dengan pengumuman sebelum ini.
12. Jika peminjam tidak mahu membayar faedah lebih, mereka boleh membuat bayaran sederap 6 bulan pada bulan ketujuh selepas tamat 6 bulan moratorium.
13. Ini tidak masuk akal. Hanya orang kaya yang berpeluang mengambil pilihan ini. Yang golongan kebanyakan, marhaen? Tidak ada pilihan selain bayar lebih.
14. Asas kepada langkah moratorium untuk memastikan rakyat boleh bernafas dan terus berbelanja apabila pendapatan mereka hilang kerana perintah berkurung.
15. Bagi mereka yang masih ada kerja dan gaji masih sama, bolehlah mereka menabung dan menyimpan hasil daripada duit 6 bulan tak perlu bayar pinjaman.
16. Kini nampaknya situasi sudah berbeza. Kerajaan melalui BNM telah membuat pusingan u-turn.
17. Sama ada mereka tidak kaji masak-masak sebelum membuat dasar ini ataupun mereka tunduk kepada desakan bank-bank di Malaysia.
18. Untuk makluman, hari ini saham Maybank naik 2.16%, CIMB naik 2.37% dan RHB 2.59% selepas pengumuman ini dibuat. Nampaknya pasaran melihat pendapatan bank akan lebih masyuk meskipun ada 6 bulan moratorium.
19. Tahniah bank. Kasihan Mak Cik Kiah.
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
01 May 2020
2 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
BNM tak u-turn dalam isu moratorium – Najib Razak
ReplyDeleteSaya pelik kenapa ramai yang kata BNM u-turn dan bank-bank tetap akan mengenakan faedah ke atas pinjaman walaupun mereka memberikan moratorium ataupun tangguhan bayaran 6 bulan dari mulanya pakej prihatin diumumkan, perkara ini sudah di'maklum'kan.
"Rakyat Malaysia nak dengar *Degree in Arts from UM bercakap , Kulinari Holder ITM, Fake Accountant dari PH atau Degree in Accountant dari Nottingham PN. Pilihan ada ditangan kamu..!!"
“Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang. Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.”
“26 March 2020: COVID-19: Soalan lazim Bank Negara – Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Individu, PKS, Korporat”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/03/669531/covid-19-soalan-lazim-bank-negara-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman
Saya dah dua kali tulis tentang isu ini serta menjelaskan kenapa bank-bank tetap perlu mengenakan faedah:
Berikut adalah penjelasan saya pada 26 Mac juga:
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10156863701000952
Ramai yang kurang puas hati bahawa bank-bank akan terus mengira dan mengenakan faedah dalam tempoh penangguhan bayaran.
Bank masih ada kos operasi serta kos kakitangan mereka sepanjang tempoh penangguhan ini.
Pada masa yang sama, mereka masih perlu membayar faedah kepada pendeposit akaun simpanan dan simpanan tetap/Fixed Deposit.
(Jika kita paksa bank untuk mengecualikan faedah bulanan pinjaman, nanti bank kata mereka juga akan kecualikan bayaran faedah kepada pendeposit pulak! Masa itu ramai lagi yang susah – terutama pesara yang bergantung kepada bayaran faedah dari simpanan usia tua mereka untuk kelangsungan hidup.)
Penangguhan ansuran ini juga memberi sedikit sebanyak impak kepada bank kerana ianya juga mengurangkan keupayaan untuk memberi pinjaman baru.
Bank adalah amat penting bagi ekonomi negara. Jika bank-bank runtuh, ekonomi kita turut runtuh. Sebab itu kita perlu faham dan bertolak-ansur.
Note:
Ramai yang keliru dan cuba di "keliru" kan oleh pihak-pihak tertentu tanpa ada fakta dn bukti menyokong cakap nya di dalam FB...!?
Pihak yang suka buat keliru ini selalu disambut oleh walaun unta yang selalu keliru hingga akhir hayat oleh seseorang yg sepanjang masa kerjayanya selalu ber 'pa chu chengg' di dalam FB...!!??
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
ReplyDeletekerajaan dunai kelamkabut
kerajaan dunai bnayak langgar perintah kerajaan Allah