Klik-klik ajerr

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Blog Sepi...Nasi Daging

 Assalammualaikum....lama tul rasanya blog ni menyepikan diri....bnyk sngt sebenarnya citer yg nak dikongsikan tapi kesibukan tugas seharian menyebabkan blog ni tinggal sepi......akitviti memasak pun tenggelam timbul jer skrg ni..bila ada tetamu berkunjung ke rumah baru la aku masak2 special sikit sebab bukan apa kalau takat tekak kami berdua jer baik makan kat luar jela..nak2 plak time ari keja memang gantung jela periuk kuali tu.....

Weekend baru ni adik aku dari KL tu datang tidor kat umah makanya mood aku nak main masak2 ni up la sikit sebab  makan ramai2 ni syok sikittt...makan pun bertambah-tambah....so x yah risaula takut x abis ker apa kan...aku decide wat Nasi Daging ari sabtu tu....tu pun sebab dah lama sngt rasanya aku beli rempah Nasi Daging tu tapi x masak2 gak...maka terhasillah Nasi Daging utk santapan tengahari kami ari Sabtu lepas...alhamdulilahhhh...blurrrpppp kenyanggggg.....

masak guna rempah Nasi Daging jenama Nurul Iman kot..kalau tak salah aku la...dah 2 kali gak aku masak guna rempah ni..bestttt..sedapppp...
 makan plak ngan ayam masak merah berempah..memang masyukkk sangat......
 wat jugak dalca daging + sayur utk kuah sebab aku kalau mkn suka ada kuah....
jangan dilupa air asam tomato utk dicicah ngan daging tu...eeemmmmm...terliurrr plak aku masa tgh naip ni...huhuhuhu...

Tuesday, January 31, 2012

NASI MANDHI

semalam aku jamu pizza meh arini jamu nasi mandhi plak...dah lama sebenarnya teringin nak masak nasi mandhi  nih...kalau korang biasa gi restoran arab mesti familiar ngan nasi mandhi ni kan...dah ramai pun blogger2 masakan masak nasi mandhi ni aku jer baru terhegeh-hegeh nak mencuba...memang ketinggalan ketapi sungguh la aku ni..huhuhu...weekend baru ni aku pun mencuba la  masak nasi mandhi ni...biasanya pun kalau weekend tu aku memang suka masak nasi2 style gini untuk lunch sebab bukan apa spesel la sikit kan utk asben.dahla ari2 biasa memang masak kat kedai jer..ujung minggu baru berasap dapur...so dah alang2 ada masa lebih sikit time cuti apa salahnya kita masak special sikit utk orang tersayang kan...masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang insyaalah akan membuahkan hasil yang sangat-sangat berpuas hati dan yang pastinya mendapat pujian ...
takmo citer panjang meh aku share resipi nasi mandhi hasil bw aku  ke dapur Resipi Raidah ...rasanya akak ni dok kat Arab sana kot sebab kebanyakan resipi kat blog dia bercirikan masakan arab....apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat akak ni sebab sudi berkongsi resipi nasi yang sangat sedap dan menetapi citarasa kami sekeluarga terutamanya asben sebab asben memang layann abis kalau aku masak nasi2 camni...


Bahan-bahan Nasi: (aku letakkan resipi asal - kalau korang nak wat sikit jer..so adjust le bahan2 tu cam aku wat utk mkn 3 orang jer)

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

* aku tak wat step no. 3 tu sebab xde stok arang le kat umah....mungkin bila letak arang tu nasi maybe lebih beraroma dengan asap arang tu...so kalau korang nak masak nasi ni beli le arang siap2 yer...hihihi...tapi korang tak wat pun xpe...nasi still sangat sedappp...



nasi masak dengan cantik sekali dan lebih panjang sebab aku rendam dulu beras basmathi tu dlm 1/2 jam sebelum masak...pastu bila nasi dah hampir nak kering airnya, aku tutup ngan alumunium foil so wap nasi akan terperangkap dan insyaalah nasi akan masak dengan cantik dan lembut..(tips ni tau..hihihi)


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) - aku guna rempah kabsa yang aku buat sendiri...nanti aku sharekan yer...again resipi dari Resipi Raidah jugak..
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.


**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


BAhan Sos: 

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

alhamdulilah...berbaloi menyediakan nasi mandhi ni sebab sangat sedap...tapi dah nasi pun mandhi jangan makan sebelum mandi yer...kena mandhi dulu kang malu ngan nasi sebab nasi pun mandhi...hihihi....

Tuesday, October 11, 2011

NASI AYAM GORENG

 meh pakat ramai-ramai try nasi ayam goreng nih...memang sedap dan ada kelainan..sekali pandang cam nasi beriani pun ada....masa mula2 hidang nasi ni asben ckp nasi beriani tapi pastu bila dah mkn ngan salad + sambal tu baru dia percaya nasi ayam sebenarnya...masa tgh msk nasi pun baunya ala2 nasi beriani gituuu..semerbak harum satu umahhhh tu yg asben dari luar umah lagi ingat masak nasi beriani....apapun memang sedap nasi ni....ada kelainan & nak masak pun senang jer..bahan2 memang ada kat dapur jer...aku ambik resepi ni kat Dapur Mamasya...mintak izin share kat sini plak yer...

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*


Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair


Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 inci halia (ni aku tambah)
1/2 labu bawang besar-potong dadu
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.

Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

nota Dapurmamasya;

Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap. (aku pun pun wat style gini gak - memang best sebab nasi msk dgn cantik bila ditutup ngan aluminium foil tu)

 
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.




sos pedas ni aku wat ikut sambal nasi ayam tu jer..memang mabelesss...yg penting en. asben sukaaa & suruh wat lagi tapi request nak ada papadom sekali....

Wednesday, October 13, 2010

Nasi Ayam Ipoh..

 jom layan nasi ayam ipoh plak..ipoh mari..ipoh mari..ipoh mari tarak sombong...hehehehehehe...itule yg selalu aku dengor zaman sekolah2 dulu bila orng tau je kita dari ipoh..mesti orng cakap cam gitu....motip? ntah aku pun tak tau..tapi memang betui apa..ipoh mari tarak sombongggg...hahahahah....resipi ni aku ambik kat sini...so aku just c&p resipi dari situ je..tq tuan punya resipi nasi ayam yg sedap nih....
Bahan Nasi
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Bahan Ayam
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Bahan Tambahan
  • tomato, salad, daun sup dan bawang (untuk sup), timun
Bahan Sup
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Cili
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
Bahan Kicap
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
Cara-cara
  1. Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. Penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. Cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. Cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Tuesday, March 24, 2009

NASI TOMATO "N" D GENG....

nasi tomato "n" d geng...

n3 sebelum ini aku ada citer pasai mr. hubby yg demam xde selera nak makan nasi...heheheh..n3 yg ni pun kira yg sama gak cam sebelum ni..masak atas permintaan mr. hubby yg x berapa sihat tu...so masa hari ahad lepas dia cam dah ok sikit dan mula rasa ada selera nak makan nasi tapi x nak nasi putih katanya..so aku pun terpikir masak nasi tomato jela memandangkan sume bahan2 pun memang ada kat umah...jomle layan apa yg aku masak tu..
ayam masak merah
jelatah

Monday, January 12, 2009

NASI LEMAK

Masak nasi lemak ni utk sarapan le..tu pun waktu cuti weekend baru bole buat sarapan cam gini...resipi sama je cam org lain..x yah letak le...