Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Monday, August 8, 2011
Loya
Holla
Sekejapan je dah puasa ke 8. Tahun ni senang sikit kira pasai kita start puasa betul betul 1 Ogos kann. Jadi date Ramadhan supe tule je dengan kalendar omputih. Pada yang tengah period tu tahniah. Kau kategori raya awal.
Sejak dua tiga menjak ni.. Mood marah cik dah kurang le. Bermakna mood segmen-membebel-kat-blog juga berkurangan. Bersamaan mood takde cerita luar biasa nak story kat sini. Bermaksud jugak lepas lepas ni tak payah le klik dah blog cik ni. Sebab akan datang cik akan lagi susah mengupdate.
Apa yea... nak story... hmmmmm hmm hmm,
Ouw, minggu lepas khamis dan Jumaat cik berkubang je kat rumah. Sakit perut.. Sistem pencernaan problem. Biasa la. bila jumpa doktor dia kata gastrik. Bila tak uk uk maka demam kurakura pun datang. Bila datang, baik kita berehat aje dari datang ofis. Mintak mc 2 hari...yeah!!! heaven...
Apalah sangat 2 hari MC. campur sabtu ahad. Baru 4 hari.. Takat celah gigi je rehat tu. Cik perlukan more than that.. Seminggu ker? sebulan ker? setahun ker? baru namanya cuti. Dan ketiadaan cik kat ofis mental ni tak membawa pape effect pun. Diorang tak akan perasan kewujudan cik disini sebagai staff.. heh..
Ouw, blog blog korang cik masuk baca. cumanya kalau takde benda nak komen cik akan diam dari meninggalkan komen. Sebab kadang kadang kau tak perlukan moral support cik tatkala kau tau apa nak buat kepada penyelesaian masalah hidup kau.
----------------------------
eh, tadi kann. Cik masuk toilet. Terasa loya lah pulak. Cik muntah kat mangkuk jamban. Perut cik tak stable lagi ni. Masih bergelodak mintak dikeluarkan isinya. Dah sudah muntah tu, cik pi sinki. Then ada amoi office sebelah tegur.
amoi - U pregnant ke?
Cik xxx - nope, i tak kawin lagi lah
amoi - zaman sekarang apa kesah. belum kawin pun boleh dapat anak mae
Cik xxx - I bukan macam tu (sambil senyum)
amoi - thank god u bukan macam tu. The thing is i slalu baca malays yang slalu buang anak (senyum makna)
Cik xx - (senyum je lah). u see, Perempuan muntah doesnt mean pregnant also..
Itu tanggapan bangsa lain terhadap bangsa kita. Malu? Takde Perasaan? Counter back? Apa reaksi kau kalau situasi ini terjadi depan kau. nak bela Bangsa atau nak dedahkan realitinya.. hmm, fikir fikirkan!
Last 2 weeks aritu pun sama. Cik nak xray. Kitaran period cik tak stable (terlewat). Tukang xray tu lebih kurang 5 kali tanya cik soalan yang sama to reconfirm.
are u pregnant?....
dan jawapan cik OF COZ NOT!
Nowadays, Status single dalam borang tak membawa pape makna dari maksud berkahwin dan belum berkahwin. Sebab segelintir orang single pun terlibat dalam kehidupan seks yang aktif..
Apa nak jadi dunia sekarang nie
Hai la...
Wednesday, August 3, 2011
Thursday, July 21, 2011
Mamat Mental Punya Kisah
Tadi kan. Cik nak keluar dari toilet. Luar pintu toilet ada perempuan india dari company sebelah nak masuk. Lepas tu ada mamat mental lalu nak pi toilet lelaki kat hujung sana. Space Lorong ni kecik je. Kalau badan slim tu boleh la dua orang jalan bergandingan pimpin tangan rapat rapat.
Dalam pertembungan simpang 3 ni. Mamat mental hampir terlanggar cik. hampir yea! Sikit lagi dia dapat rasa dada cik. Euw..Cik dari dalam toilet, mana nampak sape lalu lalang luar toilet kann. Dia ni jalan menonong je. Kalau laluan dia tu, takdenya nak berhenti bagi laluan kat orang lain. Jalan dia jalan dia ah..laju menusup. Tadi cik terperanjat tahap 'Anjat Boboi!!!'. Jantung dup dap lagi ni sampai sekarang. Kalau dia dapat rasa badan montok cik ni.. apakah?..ah takmau pikir.
Yang India ni tadi, Siap membuntangkan mata pandang cik. Lepas tu dia senyum simpul. Boleh agak kot apa yang cik rasa tika tu.
Mamat mental ni kann, kalau jalan tak dengar derupan kasut pun. Tup tup dah ada kat sebelah. Siut, macam hantu. Kau kalau ditempat cik, kau akan rasa dag dig dug la bila berhadapan dengan mental ni.
Ada kes haritu. Dia masuk tempat solat perempuan. Dia boleh masuk, bukak pintu, pandang orang lima saat, carik kotak rokok kot ada belakang pintu. Lepas tu dia keluar. Hei, tak nampak ke ni, perempuan 2 3 orang tah tengah free hair ke, tengah solat ke, tengah betulkan kain ke. Melulu je masuk. Sebab tempat ni kadang kadang port dia merokok.
Kalau tengah buat keje tu. Pandang orang macam ni. Dia akan toleh kepala dengan sekali badan badan kat titik fokus. Duduk atas kerusi so dia akan pusing kerusi sekali. Tenung lama lama benda yang dia nak pandang tu sampai orang perasan. Kalau orang tegur, Selang 5 saat baru toleh balik buat keje. Lima saat tu lama yea. Seakan hililintar menusuk kalbu si mangsa. Mata dia terpancar takde perasaan bersalah wokeh. Cik bajet refleksi badan dia ada shot sikit. Tindak balas lambat ke atas haba. huhu
Kadang tu dia gelak sorang sorang. Apa dia teringat adegan panas malam tadi kah?.. For your info. Dia tak kawin lagi. Kalau berminat boleh email dia usha line. hahaha.
Tekan keyboard pulak macam tengah penyek penyek plastisin. Punya bersemangat sampai hentak hentak. So cik bajet dia sangat focus dalam pekerjaan.
Kalau dia bosan, dia akan goncang botol air mineral. Takpun tepuk lutut sendiri berulang kali. Takpun bergendang atas meja. Cik agak dia ni stress kot keje ofis yang senyap sunyi macam nie. Perlukan bunyi bunyian tuk hilangkan tension.
Orang keliling dia hanya berjaga jaga je ni. Kot la dia mengamuk tak terkawal. Takut jugak kann. Cik doakan dia makan ubat mengikut jadual (kalau dia makan ubat la). Takut sangat kalau kalau meroyan dia ni datang. Tah apa lagi lepas ni dia nak buat.. fuhfuh
~ Mode ketakutan
Monday, July 4, 2011
Si Bedah yang Perasan
Sakit badan adoi kot iye pun...
takde mood pi keje. Badan bertahan dari demam.. Cepat la hilang anasir anasir lemah gemalai nieh.
Tak daya ku menahannya.. ececeh!!
Cik penat gara gara Sabtu lepas organize event nie.. letih. Tournament bowling je kot tapi penat dia macam buat kenduri kawen. adoiyai!
Kan haritu cakap nightmare dengan baju kann.. memang pun.. baju ni lah buat cik fobia menanti hari kejadian. takut tak muat punya pasal.. Tapi Alhamdulillah.. muat je.. emo perempuan je terlebih. Padahal ok bila sarung..
Alamak, takde pulak gambar sorang.. boleh la tayang gambar ni pun. Kau tengok badan cik camne . Ada gaya gaya tahan nafas tak. tu perut terjojol isi lemak tuh.. Adeh.. Lengan.. hm toksah cakap la.. dah serupa incredible hulk.. kaler green lagi..
Event ni ada member yang datang dari pelusuk negara even singapore pun sanggup turun KL. Ada member baru n lama. Ada down to earth ada poyo nak mamps.. huh, manusia..
Kau nak dengar cerita lawak tak. Ini tahap dewa punya kelakar. Cik dengan kawan cik handle meja hadiah. Tengah dok semak semak barang ada 2 perempuan ni datang tengok trofi. Minah sorang ni ada sponsor untuk Anugerah Juara Longkang. So Dia nak tunjuk kat member yang sorang lagi ni trofi mana yang dia sponsor tu..
Pastu dia tuju kat cik
Bedah : sape ek (sambil hulur tangan nak salam)
Cik : Cik xxx
Bedah : ouw.. kenal tak ni sape (tayang jari kat muka sendiri)
Cik : (kerut kening) sapeee ek?
Bedah : La, bedahhhh (bukan nama sebenar) la. Tak kenal ker? yea la.. kita tak fames kat dalam tu kann.. orang dah tak kenal kita lagi dah.. zaman kita dah berakhir kot ( intonasi gedik sambil bercakap sesama sendiri dengan member dia)
Cik dengan member sorang lagi (comittee) berpandangan kepelikan.
Hallo perempuan. kau tuju kat aku tanye nama and perkenalkan diri bajet orang kenal kau lar?! Motip kau berbuat demikian?
Be realistic girl. Ini hanyalah laman sosial. Jangan ingat semua orang kenal kau. Even kau berpengaruh sekalipun dalam laman sosial tu tak bermakna kau perlu berlagak Semua-Orang-Kenal-Aku-Punyer... jawapan cik AKU TAK KENAL KAU? kau malu tak!
Perlu ke aku kenal kau. Kadang kadang artis pun aku tak kenal ini pulak kau yang nobody. Harap umor je lanjut tapi fikiran tak matang matang. Tapi Do i care orang tak kenal cik? no.. kalau tak kenal cik perkenalkan la diri. Perlu ke kita suruh orang tu teka kita ni siapa.. eh hello, im famous u know!... camtu ke ek!
Serius kalau cik ditempat Bedah sekarang. Pipi cik akan merah sebab cik tak fames dah..
gilak. Fames memes ni dapat duit ke wei. Jalan pun gaya seorang artis. Padahal Whatthehell. Kau kat internet tu letak gambar profile muka pun tak clear lepastu suruh orang teka nama kau. Dah la nama bukan nama dalam IC. so perlu ke aku kenal kau. TIADA KEPENTINGAN.
jadi to those yang blog foya foya fames tu kat luar jangan perasan diva yang ramai kenal kau. Sebab hakikatnya orang tak peduli pun kau siapa..
Grow up la dalam pemikiran.. (ini nak tuju kat Bedah)
Monday, June 27, 2011
Ramai Cakap Kami Adik Beradik
Sebab muka kami seiras.
Badan pun lebih kurang.
Cuma tinggi rendah je..
Pelanduk dua serupa?.. no no no..
tang mana tah sama.
sebab kami golongan GEMS kot...
Pipi tersimpan lemak. tu pasal nampak sama.
Jadi orang gemuk muka lebih kurang
oh no, dah serupa down sindrome lak muka tala sama je kann..
~i Want my identity back :P
Friday, June 17, 2011
Iklan LIVE dingin pagi
so sweet bila pemandangan pi keje macam nie hari hari.. Cik sukee..
Advertising yang unik and idea fresh. Camni la nak tarik orang pandang and snap snap. hehehe
~ Lokasi LRT PASAR SENI
Jam 840 am
berapa la gaji diorang nie.. dengan menjadi bahan tontonan
Friday, June 10, 2011
Waktu Muda Jangan La Wat Benda Pelik
Aritu Cik pi Jusco..
Macam la 1st time pi jusco kann!
Macam orang lain tak pernah jejak Jusco kann!
Statement.. hahaha
tengah tengah jalan menuju ke heaven..
Cik ternampak ini...
gambar agak blur..
Ini seorang lelaki belum akil baligh..
tapi dah sunat kot
budak tingkatan nie..
oo lupa, cuti sekolah..
waktu berjimba ek?
Apa yang pelik tentang budak nie?
tadaaa.. kasut power rangers
PINK
Ingat power rangers tak.. 5 hero colorful lawan raksasa
kaler pink ngan kuning dalam dia perempuan kann?
budak ni mesti terjebak nih...tak syak lagi
hah, dekat lagi..
Ada tompokan hitam kat muncung depan kasut nie.
dik, Kau beli mana ek? akak nak satu.. kaler merah ada?
Budget stylo la tu?.. ke budget budget K-pop..?
Sedar lah dik, esok esok menjangkau 20an kau akan malu gila bila pikir zaman gonjeng kau dibodohkan dengan kasut ini.
Macam kita la dulu dulu... rambut kerinting mengerbang hantu kak limah budget cantek sangat dah!
Jalan paling selamat.. jangan ikut fesyen.. ikut la pada personaliti kau.. jangan ikut zaman.. nanti nampak saangaat buruk..
sebelum keluar rumah telek diri masing masing dulu k..
Untuk adik nie, sori akak snap snap.. toleh belakang jugak ek kau dengar bunyi kamera.
Fon cik ni pun satu. Tak reti senyap time snap. Celah mana tah setting SOUND dia...
Susah la jadi detective macam nie....
hikhik
Tuesday, April 26, 2011
Tak Semua Yang Menjadi Ikutan Itu Baik Bila Match Dengan Personaliti Kau
Tak semua yang kita nampak cantik di badan orang itu cantik bila kita pakai kat badan kita. try dulu kat rumah. tak cantik jangan bawak keluar. cermin kan ada. cek dulu ia cantik ke tidak. kalau tak cantik tapi dah terbeli. pakai je kat umah. takpun buat lapik meja.
Tak semua perkataan yang orang guna tu sesuai bila kau yang ucapkan. Ini nota serius babe. orang tu kalau sebut bab* pun nampak sweet and comel je. tapi bila kau sebut.. erk, orang terkedu. pasal apa? pasal perkataan tu tak kena dan sesuai dengan personaliti kau. pernah tak pikir.. dah jangan pinjam lagi dah ayat orang.. evaluate ayat sendiri je.
Tak semua produk yang kita gunakan sama effect kat badan kita. contoh barang kosmetik, supplemen, jamu, dan lain lain. Ada orang produk murah pun tak pe.. janji ada. ada orang kena pakai cap branded baru berkesan kat diri. terpulang. tapi jangan tengok orang beli tu kau pun nak cuba tapi bila takde result kau menyumpah seranah. babe, duit masing masing..
Tak semua pemikiran kita sama dalam segala hal. Ada orang kata itu tak menjadi masalah. tapi pada diri kau itu sangatlah bermasalah. siap beremo bagai. kita bukan ditempat dia dan dia bukan ditempat kita. Paham diri kau sendiri sudah..lain lain letak tepi. tapi jangan kau tak paham diri kau sudahlah. kau tak paham. orang lain lagi susah nak paham kau.
Hidup ni simple kalau kau senangkan dia. Jangan letak segala macam hal remeh kat depan. Focuskan yang lebih penting. Automatik yang remeh tu senang diatasi. Dan. Carilah identiti sendiri. Cara kau berfikir, cara kau bawak diri dan cara kau menyelesaikan sesuatu masalah. Boleh nak tiru cara orang tapi dengan gaya dan pemikiran kau sendiri.
Ada otak pikir, Ada hati ikut, Ada pendapat nilai. Jangan tiru bulat bulat. Dan Kau akan dapat personaliti yang unik dan kau lain dari orang lain.
Itu pasti..
:) chill!

Tuesday, April 19, 2011
Basah Kuyup Kesurupan..
Hujung minggu lepas lagi sekali cik tidur umah kawan nak main swimming pool..
habis main air tu cik dan kawan pi kedai beli barang tuk masak tengahari. dengan basah kuyup then dibaluti tuala.
nyonya kedai tu tanya "ORANG MYANMAR KA? ITU BARU LEPAS TRADISI MAIN MAIN PANCUT AIR?"
kami berdua geleng..
"TAK! ORANG SINI."
datang pulak india hantar katon rokok..
soalan lain "ORANG SABAH KA?
kami geleng lagi..
"TAK! ORANG SINI."
anggap je pujian.. (bersangka positif) heh.... yang kami ni perempuan comel putih melepak. tu pasal kata dari SABAH.
yang MYANMAR tu..erk, no komen! KEJIAN kah itu?
pelik ke basah lencun pi kedai?
aah, pelik la. buang tebiat jugak la.
dah kalau naik umah dulu nak turun balik semata pi kedai sejengkal malas. tapi still tutup apa yang patut tutup la. tutup dada yang sedang kebasahan dengan tuala..
biaq pi la.. bukan diorang cam cik lepas nie. Ayat 'ada aku kesah boleh diguna pakai'
ada berani buat macam cik basah kuyup pi kedai? ada ada.....?

Friday, March 18, 2011
BreakFastFood Jam7
Bersarapan pagi kat luar pada jam 7 pagi atau masih enak diulit mimpi? kau pilih...!
Untuk weekdays, mungkin boleh diusahakan. Memang bangun pagi nak pi keje kann.. tapi tuk weekend oh no.. kederat bangun tuk jogging. Yes, boleh amalkan. tapi tuk bangun gosok gigi semata satu hidangan set Mekdi.. Baik lupakan saja niat tu.
Pagi tadi buang tebiat satu rumah kuar awal semata nak rasa feel western food kat Mekdi. Konon!
Semata vaoucher free memiliki 2 set breakfast dengan hanya membeli hidangan RM5 ke atas.. eksaited gila masing masing nak sarapan.
Mari sama imagine yea. 2 hotcake (pancake atau melayunya lempeng yg boleh buat sendiri kat rumah) 1 keping daging berger, secawan air kopi,1 harsh brown (atau begedil) boleh dimiliki dengan harga RM9.70.. WTH! beli nasik lemak dapat 5 bungkus ko. ok, jangan kedekut disini.. cuma ingin kelogikan.
dan set free breakfast itu adalah begini rupanya

roti beger, telur hancur tasteles dan 1 daging beger (bawah telur)
not bad la sbb free
itu cik letak black paper satu guni tu. klu tak letak tak boleh telan woo.. bukan breakfast mencapai piawaian cik sebab no HOT!
Apa yang cik dapat simpulkan kat sini. Orang malaysia kaya kaya. Mekdi dibanjiri orang ramai semata inginkan BreakFast Food terkemuka. Beratur macam time lunch ko tau. meja pun tak cukup. Can u imagine makan pagi je dah spent RM10..
Wow, Orang Malaysia terlebih mampu dan terlebih berat badan..
amazing!
tepuk tepuk bangga
Tuesday, March 15, 2011
Hadiah Pengantin Paling Hebat.. Woww
Tiap kali kenduri kawin, tak kira la sepupu ke kawan kawan ke.. pening kepala pikir nak carik hadiah apa. takat pinggan mangkuk.. barang letrik.. hmm, macam dah biasa sangat. mesti pengantin pun takkan ingat apa yang kita bagi.
Tapi cik pernah bagi lesung batu kat kawan baik. Memandangkan nak start dok sendiri dan pindah rumah baru. Satu lambang permulaan dunia baru dan suruh dia rajin ke daput lepas dapat suami kann.. and dia ingat hadiah cik sampai la ni..,lesung batu berharga tahu time buat sambal belacan.. :)
Ni salah satu contoh hadiah yang pengantin akan ingat sampai hujung nyawa... heheh! hadiah sepupu cik yang cik cite tu.
Lombokan hadiah yang mungkin akan di pakai dan mungkin akan diberi balik pada kawan2 yang kawin atau bagi kat mak suh simpan dalam stor dan akan dikeluarkan time raya.
Perhatikan selembar benda putih yang menegak tu..
hehehe
mari kita zoom
marih!
Hehe, gambar pengantin dihitamkan bagi tidak menglamerkan dia lagi.. ala, dah kawen pun. saham sudah jatuh lor.. tak sampai hati nak komen wishing diorang nie. semua tahap dvd lucah.. tapi tilam VONO ni saaangaat berguna.. :P
Tapi takpe, yang paham ayat2 ni berapa kerat je kannnn
Muehehe! gilak ofismet2 dia nie

Nak baca satu satu wish ni sila klik tuk tembam
Hehe, gambar pengantin dihitamkan bagi tidak menglamerkan dia lagi.. ala, dah kawen pun. saham sudah jatuh lor.. tak sampai hati nak komen wishing diorang nie. semua tahap dvd lucah.. tapi tilam VONO ni saaangaat berguna.. :P
Tapi takpe, yang paham ayat2 ni berapa kerat je kannnn
Muehehe! gilak ofismet2 dia nie
Wednesday, February 23, 2011
Perangai Tak Dan Dan
Minggu lepas cik beli henfon baru. Kalau tak kerana fon lama buat hal takde nye cik mengusha bagai nak rak. Huih canggih ea teknologi sekarang. Tercengang cengang tengok model fon. Harga pun cengang cengang jugak.
Cik ni lembs sikit bab bab gadget nie.Orang dah pakai touch screen cik masih ingin kan style lama. Last last pilihan cik Nokia jugak. Hmm takpela.. biaq pi la orang sibuk guna BlackBerry ke guna Iphone ke. Cik malas bukak buku manual. Janji boleh kol boleh mesej sudah. So stick to same brand cuma up sikit model. E72..
Perangai tak dan dan cik ni kalau beli barang tak sabar nak pakai lepas beli. Memang tak sempat sampai rumah lah. Kalau boleh setiap baju baru beli pun nak buat macam tu. tapi tak sume la. Haritu Jam polar. Kat Fitness Concept tu jugak cik pakai. Henfon pun. sambil jalan sambil tekan punat fon. Sifat ingin tahu benda baru sangat tinggi time tu. Sampai berlanggar bahu mamat bangla. cit, dia sound cik tau.. 'mata letak mana adik manes!' eh, sukahati aku la mata nak letak mana...kannnn, di akhiri dengan jelingan tajam cik. heh
Pernah jadi, dulu beli earphone Sony. Mahai tue. keluar je dari kedai cik bukak kotak dia. Jumpa tong sampah cik buang kotak dia. Sampai rumah tengok takde pun earphone tu. Rupanya cik terbuang sekali. Adoi, rugi woo.. beli mahai mahai. jumpa tong sampah buang semua. Sesaje je bayar kannn..
Ha, ada tu cik beli kasut. Dah bayar sume pastu terus sarung. Taknak kotak. Cik fikir watpe menyemakkan lagi rumah ngan sampah. Kasut tuk pakai bukan simpan. Dengan bangga cik keluar dari Sogo. Pastu tet tet tetttt... censor berbunyi.. Pak guard tahan konon cik tak bayar. Bahan bukti yilek. Lagi satu kelebihan cik, kalau beli barang resit cepat nak taruk tong sampah. Watpe serabut purse ngan kertas kann.. Pastu pak guard tu tarik cik pi counter. Nasib baik adik cashier tu cakap cik dah bayar. cek bukti pembelian sume lah.. Haih, selamat tau.
Kalau part membeli, cik tersangat lah juara. Sifat tak dan dan ni sangat bagus tuk surirumah yea. Barang dapur habis je mesti la la tu jugak mau gi beli. Bertuah lah bakal suami nanti.. huhu.. Jap, jangan sok nak kawen pun tak dan dan jugak dah la.. Tang ni memang cik yoyo o sikit.
Ahaks,!

Friday, February 11, 2011
Cara Cara Menggunakan Tandas (Pelajaran Budak Umur 3 Tahun)
Eh, Meh sini cik ajar cara cara gunakan tandas..
Dowh, malu weh.. atas bawah berbulu masih tak reti menghygienekan penggunaan toilet. Ofis cik ada 2 toilet. Toilet banyak pintu jamban. Dengan toilet Executive yang kecik. Cik suka masuk toilet Executive. Walaupun cik bukan berpangkat Exec.. feeling pun cukup ar.
Tapi tadi masuk masuk ada sisa kaler coklat kat mangkuk tandas. Weh, orang sebelum cik membuang camane ni...memang Cheese la...! Dulu cik masuk toilet banyak pintu. Sering kelihatan sisa kumbahan tak terhadam. Tu pasal cik beralih kat toilet exec. Sedikit hygiene. Tapi tadi....Euwww. Kadang tu ada darah. Ni sah flush terus blah. tak cek cek dah..
Orang kata nak tau tuan rumah tu pembersih ke tidak ce cek tandas rumah dia. Ha ni nak tukar sikit. Nak tau perempuan tu cantik ke tidak tengok cara dia guna toilet. Orang cantik macam mana pun kalau berak bersisa, akan nampak sangat buruk. Buruk perangai!
Cara cara menggunakan toilet yang betul, (aktiviti pelaburan)
1- Flush dulu, yea tau mangkuk jamban tu dah bersih tapi kau tau tak dia kering! lembabkan jamban tu supaya tak terlekat sisa di kemudian. PAHAM!
2- dah buang tu, seperti biasa basuh.. ikut dan camne la korang nak buat.
3- Flush, sambil2 nak zip seluar tu.. tunggu. tengok ada lagi tak sisa. kalau ada flush lagi sekali.
4- Makesure clean, baru keluar..
Adoi, itu pun nak ajar ke.. apa..kau ingat ini sisa makanan ke? nak tinggal dalam mangkuk
Baca LINK terdahulu ==> Terlalu-kreatif-sampai-hurmmm DAN Kesah-kedai-jamban-lagi
Ini kes lain, kau sanggup makan tak?
Lepas ni kau mesti terbayang makanan best dalam toilet bowl nanti...
Hahahahaha

Thursday, February 10, 2011
Kalau Tunjuk Gambar Ni Agak Agak Diorang Cakap Apa..
Godek blog orang pastu ternampak gambar nie
dan ini
dan ini
Tengok yang pempuan tu.Wow
dan ini
teka siapa
dan ini
..seksi
Ni gambar dari zaman jepun tonggek..
Umi Aida dan Minah Senget (sape nama dia ni.Tak igt la)..
Kalau lah 2011 style ni kuar balik tuk berworkout.. tak sanggup heh nak pakai
Salut kat sesiapa yang sanggup scan gambar gambar lama ni.
Serius weh, zaman 90an mana ada scanner kat setiap rumah kann...
Nak harap scan kat ofis je lah kot, ke time tu guna mesin taip lagi
~ Budak budak sekarang mesti malu tengok gambar sendiri 20 tahun akan datang. Legging with baju pokok krismas.
Monday, January 10, 2011
Semakin Pelik Dengan Jue Aziz
Mungkin dia dah boring imej baik kot.
Atau mungkin dia tanam azam nak pakai merepek repek sebelum umur 30
Ataupun dia sedang dilamun cinta dengan mamat metal..
cik semakin tidak mengenali Jue Aziz. Yang dulunya icon tubuh yang cik idam idamkan..
rambut, badan, imej, baju... semuanya nampak comel dimata cik. tapi...
Hari ke sehari, macam nak carik icon badan lain pulak.
Mengenangkan watak Jue pun dah berubah. Badan pun dah jadi tak comel dek baju baju yang...hmmm..
NOT NICE TO SEE lor...
:(

nampak liar
:(
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
Sport Toto Tempat Gambling... Cik?
Selain Fitness First dan Celebrity Fitness, fitness ni pulak cik terjah.. Di invite oleh ofismet sebagai special guess hari sabtu lepas.
Muka orang sedang menunggu. Citt, boleh boleh tak suke tunggu orang.
Jadi try datang lambat. cis, last2 terpaksa tunggu jugak dia..
takpe, guess artis terpaksa sabar menunggu, jgn lagak diva yea kawan kawan
Fitness ini berada di tingkat 6 Berjaya Times Square.
Datang la..
Peralatan yang ada. Equipment dia sikit tapi lengkap. boleh la nak rebut rebut ngan orang bila weekdays. boleh berlari atas treadmill smbil tengok star movie
view dari pandangan atas. Toilet dia kat atas. Lupa lak nak snap dalam toilet dia. Macam bese ada jamban, bilik mandi, sauna, bilik stim, hair dryer dan loker macam bese la.
Tempat ni comel je. kalau time ramai tak tau la berebut camane. Masa nie cik pi hari sabtu. weekend tak ramai orang katanya. Menurut kawan cik, kelas selalu dibatalkan. atas sebab musabab trainer selalu train tempat lain. Boleh ea camtu.
Fees dia sebulan RM100, tiada kontrak, jadi boleh terminate sesuka hati tapi kena bagitau awal la. Deposit bayar RM400, dan 3 bulan seterusnya takyah bayar. Dia tolak duit deposit tadi. pastu, towel tak disediakan. bawak dari rumah yea. Pastu, kalau korang tak kisah dengan nama dia atau sumber bisnes dia yang lain lain tu. sila join. Sebab fees dia agak murah berbanding fitness lain lain kannn..
Decision is urs..
Friday, November 26, 2010
Air Sedap
Ni air GUAVA n HONEY DEW ICE BLENDED. hanya di dapati di MAMAK VILLAGE.. Sedap gilos...
Disini dah jadi port terbaek wat ketupat kat Sungai Wang..
Kawan Cik gelarkan air ni AIR POTONG KAKI.. manis gilos... hahahaha
Thursday, November 25, 2010
Kesah Kedai Jamban Lagi :p
Aritu kita dah tengok promosi restoren TBOWL... menyelerakan bukannn,..tak tahan tengok komen korang.....
Hahahaha.,
Kali ni mari kita saksikan kesah sebenar restoren ini..
Marihhh....
marihhhh
Hahahaha.,
Kali ni mari kita saksikan kesah sebenar restoren ini..
Marihhh....
Muka hadapan kedai. Cik berada di Mamak Village. bersebelahan ngan TBOWL... Ada sit dalam dan luar. Euwww, berselera! mau lagi menyelerakan?
marihhhh
Set kerusi yang menarik bukan. Kalau letak kat tengah laman nie mesti cantik
takyah berebut berak waktu yang sama
Rasa rasa tengah makan nak terberak. Bukak menutup biru tu. Boleh makan sambil uk uk. :)
Pengunjung setia restoren ini. Eeh, macam ofismet cik ar..
"allu, u makan sini mae?"
Spy intipan terbaek di celah pokok daun... hehe
Sila lihat mangkuk kuning atas meja tu...
hmmmmm
Lagi pengunjung setia yang tak perlu di sangkal...
weh, apesal korang tak dok kat jamban hah?
rugi wooo
info terbaru,
gelas diorang atas meja tu pun bentuk jamban. cuma style panjang dan tinggi.
tuk punggung yang tirus kot..
Ni snap-an gambar sebelum order cik sampai. Sumpah masa makan kat Mamak Village tu muka cik ngadap depan je. tak toleh ke kiri langsung. Nasib ada pokok dedaunan jadi pagar antara dua restoren. Kalau tak maunya cik loya2 tang tu jugak.
~ Sape tokey kedai ni memang cik band siap siap.. Ko sangat pengotor... Ciss
Tuesday, November 23, 2010
Terlalu Kreatif Sampai........ Hurmmm
Semalam lepak kat Mamak Village Sungai Wang. kedai mamak yang punya ice blended sour sop paling sedap diabad ini. Harus try lain lepas ni. Takde menarik pun. kedai mamak bese2 yang korang boleh jumpa kat mana mana. cuma ini bersih gred A.
Yang kepelikan terserlah adalah restoren sebelah. cik dapati begitu ramai pengunjung tiba. Siap beratur tunggu giliran di serve. hmm, mungkin something interesting.
Nama kedai dia,
Yang kepelikan terserlah adalah restoren sebelah. cik dapati begitu ramai pengunjung tiba. Siap beratur tunggu giliran di serve. hmm, mungkin something interesting.
Nama kedai dia,
T.BOWL
Hidangan Istimewa,
wow, banyak pilihan disini
Burger-Istimewa-Dicalit-Tahi
Udang-Lemas-Dalam-Mangkuk-Jamban
Cacing-Kuning-Berserakan-Dalam-JambanPink
Cis-Kekuningan-Pasti-Cirit-Special
Antara komen Pengunjung Setia,
'Feel seperti makan di jamban rumah sendiri.. nyummmy' ~ Ah Man bukan nama sebenar
' Sedap sehingga Daging lekat di celah gigi ' ~ Mommy Swee Leng
' Mommy, saya nak terberak. Boleh berak sini?' ~ Swee Leng
Ada 3 Branch Di Malaysia, Korang boleh try..
:P
Subscribe to:
Posts (Atom)