Showing posts with label kursus jenazah. Show all posts
Showing posts with label kursus jenazah. Show all posts

Sunday, January 10, 2010

vdeo kursus jenazah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarhmatullah..

Solatuwassalamu ala rasulillah..

Entri ini adalah entri pertama pada tahun 2010!! haha sila ucap tahniah pada saya kerana telah menjadi orang yang sangat rajin mengupdate blog.. (mafhum muqawlabah, boleh??)

Hari ini adalah hari terakhir saya bersama-sama untuk bermanja dengan madah syeer andalus.. Disebabkan itu barangkali, setelah bermadah pujangga dalam menjawab tadi, rasa ingin terus-terusan berjiwangan walau jiwang saya tidak sehebat penjiwang lain, =P.. Masih lagi kertas2 nota syeer andalus terbuka dan terbentang menanti nasib apakah yang bakal tuannya lakukan terhadap mereka.. haha..

Tidak lah berniat saya untuk menulis panjang2 sedang kitab sirah menanti dan memanggil untuk dihadam sebelum exam nye tiba pada 14 Jan 2010 tak lama lagi.. Jadi, kubiar saja kalam ini sebegini rupa, bersama-sama dengan hidangan video yang ditayangkan ketika program MENITI PERHENTIAN TERAKHIR 1 Jan yang lalu.. wokeh!!




Friday, December 25, 2009

kayu cendana, air mawar, talkin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Mahasiswa2 irbid pada tahun ini telah dikejutkan dengan pelbagai berita tentang kematian, tidak kisah samada dari keluarga darah daging sendiri hinggalah guru2 atau ustaz ustazah di sekolah, hinggalah kenalan, dan hinggalah saudara2 seukhwah serta seagama islam..

Semoga Allah merahmati dan memberkati roh mereka dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman.. Sudah tamat taklifan mereka di atas muka bumi Allah ini.. dan semoga amalan baik mereka di bumi ini diberkati serta diredhoi.. Ameen..

Tetapi…………

KITA pula… Apakah pula taklifan kita terhadap mereka yang sudah meninggal selagi mereka berada di atas muka bumi ini?? Sudah tentu menguruskan pengkebumian jenazah mereka..

Jadi persoalan disini, adakah kita mampu serta mengetahui bagaimana cara hendak menguruskan pengebumian?? Apakah dengan membiarkan hanya tok imam dan ustazah2 yang biasa menguruskan saja yang hendak menguruskan jenazah2?? Jika tok imam itu tiada, siapa pula yang hendak menguruskan jenazah mereka?? Ataupun adakah kita sendiri tidak pernah menghadiri dan mengikuti mana2 jenazah yang hendak diuruskan??

Menguruskan jenazah adalah FARDHU KIFAYAH.. Tapi adakah cukup dengan hanya membiarkan ia hanya diketahui oleh golongan yang tua2 sahaja.. Mereka sudah tentu mengharapkan anak2 muda juga sebagai pelapis untuk menguruskan, dan timbul lagi persolan disini, apakah sudah KITA yakni para remaja belia yang lebih2 lagi belajar di timur tengah ini, cukup mampu untuk melaksanakannya??

Nantikan.. zaaasss!!