Saturday, December 20, 2008
rhapsodi perjuangan..
Teman ketawa di mana-mana
Sahabat berduka sukar dicari
Entah ke mana menghilangkan diri
Pabila ujian melanda
chorus :
Erti harga sebuah perjuangan
Kepahitanku dalam menegakkan
Kebenaran keadilan perubahan
Akan ku tetap teruskan jua.... (teruskan teruskan.... teruskan teruskan....)
Kami tak rela dinoda
Lihat kezaliman melanda
Kuatkan azam di jiwa
Kebenaran dibela
Sematkanlah janji-janji
Kini yakinkanlah diri
Perjuangan suci murni
Kemenanganmu nanti
Apalah guna kau berdiam diri
Arus perubahan tak tertahan lagi
Usah dibiarkan kita dipermainkan
Kelak kan membawa seribu penyesalan...
hoo hoo owhhhh...
Friday, December 19, 2008
sedutan teater adha..
sedutan teater adha yg dh dikecik2 kn dn dipotong2 sebab lame sgt nk upload.. hik3...
prmpn :abang, boleh kn kite menunaikna haji tahun depan.

ayah : ala awk ni, skit2 haji awk tu..sy bosan dgr.. banyak lg perkara yg sy nk fikirkan
prmpn : ala abg ni, sume kwn2 sy dh pegi haji tau.. mereka beli macam2.. kite kn de duit byk.. nape abg kedekut sgt..
ayah : ala awk tu pegi haji bkn ikhlas pn.. tak ikhlas Allah tak kira, sia2.. membazir duit aku ja..
prmpn : ala abg ni.. abg tu lg buat dosa banyak dgn duit yang bertimbun2 tu.. rasuah, kelab mlm,berjudi.. elok lg sy yg nk g haji ni..
ayah : kurang ajarrrr!!! (paaangggg)
prmpn : abgggggggg!!!!
Sunday, December 14, 2008
teater adha..
Kawan, korban tu bukan sembelih binatang sahaja. Sebenarnya yang ALLAH mahu adalah untuk kita manifestasikan ruh pengorbanan itu di dalam kehidupan. Kita mengorbankan nyawa binatang yang kita beli dengan duit kita sendiri, Sebab itu kalau kita lihat, Raya Korban juga dinamakan raya haji. Ibadah haji itu pun memerlukan pengorbanan yang banyak, duit, masa, kesabaran dan sebagainya. Jadi, dari dua ibadah ini, ALLAH hendak manusia itu berfikir, dan cuba menterjemahkan pengorbanan itu di dalam kehidupan mereka.
ALLAH memberikan manusia pelbagai perkara. Tetapi, manusia di dalam kehidupannya, hendak berkorban sedikit pun tak boleh. Manusia tidak faham erti pengorbanan yang sebenar. Sebenarnya, ALLAH tidak ambil percuma pengorbanan kita. ALLAH bayar balik dengan syurga yang lagi mahal.
Kawan, hidup kita dilimpahi pelbagai nikmat. Nikmat-nikmat ini, selain merupakan kasih sayang ALLAH, ia juga merupakan ujian daripada ALLAH. Ia ibarat garam dalam makanan. Diambil berlebihan masin, diambil kurang tawar. Sebab itulah, kita perlu berkorban. Bukan sahaja harta, tetapi juga kesenangan hidup kita, waktu kita. Kau tahu, ada sahabat-sahabat kita di luar sana, yang berkorban nyawa mereka untuk ISLAM. Walaupun mereka tahu mereka tidak akan menang, tetapi mereka yakin dengan janji pembayaran ALLAH kepada pengorbanan mereka. Kita di sini mungkin hannya perlu mengorbankan sedikit kesenangan kita, berkorban sedkit duit kita untuk bersedekah, berkorban sedikit kelenangan kita untuk bersungguh belajar, berkorban sedikit ego kita untuk merendah diri, berkorban sedikit waktu kita untuk berkerja kepada ALLAH. Orang-orang awal sebelum kita juga berkorban, dan ALLAH bayar pengorbanan mereka di dunia dan di akhirat.
Saturday, December 13, 2008
hari potong binatang korban..
suatu pengalaman yang sgt berharga dan takkan dapat dilupakan hari raya haji tahun 3 ini, kerana akhawat yang memotong kambing dan lembu, serta organ2 dalamannye dan organ dalaman unta..
mule2 tahu kene potong lembu je.. pagi tu timbalan pgarah call, kate kene potong kambing.. fuhh dah terbayang kt kpale cmne sume org pening2 nk potong 4 ekor kambing yg kene dipotong kt rumah ni.. sebenarnye, tkde r sebusuk yg disangke.. tapi best, dan rindu sangat saat itu..
dan ape yg sy dpt, yg pertama ukhwah sudah tentu, smgt krjasama.. leh nmpk sape yg blh bg komitmen, dn rase diri die ade tggungjwb trhdp pgrm ni.. wlupn tokleh bau kmbing, tp tlg myediakn mknn untuk shbt2 lain yg berjuang hidung memotong kambing.. sup, puding, bihun.. dn mcm2 lg.. yg kedua, sbgi "pdn muke" bg syabab.. sbb sblm ni syabab je yg potong daging byk2 untuk agihkn pd ahli dn masak untuk prgrm.. dn akhawat hanye duduk di rumah menanti daging dtg ke rumah.. dpt je kt rumah, tgk daging, "haa skit ni je untuk rmh aku 4 org??", "haa lemak je aku dpt byk ni", dn mcm2 lg.. kali ni, sume akhawt kne turun same2 potong, br tau cmne derite nye syabab potong pd thn2 lpas.. byk skit, atau lemak je sume, tu kje akhawat.. dn rasenye byk skit tu tkde mslh.. sekilo sorg, tmbh lg ngn organ dlmn, ngn tulang.. cukup 3bln tkyh beli ayam..
yg ketiga ialah, dpt knl sume jnis orgn kt tiga2 binatang tu..bau binatang tu je pn dh tau, ni lembu, ni kambing.. org yg dtg shif2 tnye2, dgn bggenye jwb, sbb dh tau, dn yakin.. dn terakhir sekali, puuuuaaaassssss gile..
Sunday, December 7, 2008
poster "ADHA"..
Saturday, December 6, 2008
Trailer "ADHA" jom korban!!
kawan... korban tu bukan sembelih binatang je, sebenarnyaaaaaa............
nantikan... zaaaaasss!!
link : http://www.youtube.com/watch?v=7uQ-ZHeUFGw
Jom Korban! Menjejak Roh Pengorbanan.
&
Majlis Walimah Pengantin Baru

9 & 10 disember 2008 :
melapah, memotong dan mengagihkan daging korban (seekor unta, 6ekor lembu dan 11ekor kambing)
ketua program kate : diingatkan start dari hari ini mari kita mengasah parang..xda parang guna pisau..xda pisau g balad beli..jangan esok datang berlenggang tanya ada pisau lebih x??kat kampung aku time korban semua datang bwk senjata sendiri..kalau bapak aku bwk selalu 10 parang.pisau xmain.tumpul 1 ada 1 lagi.kwn xde boleh bagi..selamat.
syabab : sebelah abu ain
akhawat : 3plaza home (sebelah simsimah),
dan insyirah (rumah shaye!! berhadapan kedai nazek, bersebelahan bgnunan mq),
p/s : sila bawa bersama pisau yg tajam dan baju2 yg dh tknk pakai untuk jd kain buruk..kalo ade, kalo tkde, tkyh..
11 disember 2008 :
masa : 4.45 ptg
tempat : dewan al-kindi uni yarmouk
dn dewan al-farabi
*nantikan pementasan teater : "ADHA" jom korban!! menjejak roh pengorbanan.
p/s : 1) sila bawa mangkuk dan sudu bersama.. 2) solat d msjd jamiah dan terus ke dewan al-kindi dn akhawat boleh dtg awal dgn berwudhu' dan solat d tempat solat kuliah adab =)
Friday, December 5, 2008
jom korban..
1) untuk bersama-sama menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Sarah dan Nabi Ismail dimana ketiga2 ini adalah contoh tokoh yang sangat besar pengorbanan mereka..
- Nabi Ibrahim yang dikurniakan anak ketikamana usia baginda sudah lanjut, ttpi diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya itu.
- Siti Sarah juga yang sangat setia dan sayang akan suaminya, terpaksa ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir yang gersang.
- dan Nabi Ismail yang mana sangat merindui ayahnya kerana lama tidak berjumpa.. dh jmpe, diperintahkan dirinya disembelih oleh ayahnya dan akur dengan perintah Allah.
Rasulullah telah datang ke madinah yang mana penduduknya memiliki dua hari yang mereka bergembira dengan keduanya. Maka Nabi bertanya : Apakah dua hari ini? Mereka menjawab, kami telah bergembira dengan keduanya di masa jahiliyyah. Maka Rasululah bersabda : Sesungguhnya Allah telah
3) bersedia untuk diprogramkan.
Kita bertemu atas nama islam.. datang program raya dengan ikhlas untuk menaikkan name islam.. jadinye, bkn kite yg menjadikaan raya itu tinggi, tetapi islam.. dan bagaimana raya itu ditinggikan?? dengan memeriahkan MAJLIS JOM KORBAN!!!(menjejak roh pengorbanan)..
Marilah bersama-sama berganding bahu bersusah bersama memotong daging lembu, kambing dan unta.. korbankanlah sdikit mase dn tdo untuk bersame2 merasai kemanisan berkorban..
Akhawat - 3plaza home, insyirah(rumahku!! syurgaku!!) dan ibtisam.. selepas asar, 9/11/08..
Saturday, November 22, 2008
jom korban! (menjejak roh pengorbanan)

Berita gembira buat semua ahli PERMAI!
Berikut merupakan harga terkini bagi binatang korban setelah perundingan dilakukan. Terdapat penurunan harga dan pertambahan pilihan binatang korban. InsyaAllah, harga tidak akan naik.
1) Lembu : Satu bahagian ( 123 JD )
2) Kambing : a) kambing Baladi ( Jordan ): Seekor ( 130 JD )
b) kambing bukan Baladi : Seekor ( 150 JD )
3) Unta : Satu bahagian ( 215 JD )
Apa beza dua jenis kambing tu ya?
Bezanya ialah kambing Baladi tu kecil sedikit dan dagingnya kurang berbanding kambing satu lagi. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana mengikut kemampuan yang ada.
Tempahan dan pertanyaan boleh diajukan kepada:
Muhammad Naqeb bin Sulaiman ( Syabab ) : 0779838950
Soleha Azwa binti Karim ( Akhawat ) : 0779833836
Tarikh akhir tempahan ialah pada 25 November 2008 ( Selasa ini )
Apa tunggu lagi?????
JOM KORBAN! MENJEJAK ROH PENGORBANAN.
Berkorban di dunia, sebelum menjadi korban dunia.
