Setelah sekian lama menyepikan diri, maka tibalah saatnya untuk kembali aktif semula 'berblog' ni. Cerita yang nak ditampilkan pun terasa dah suam-suam kuku tapi belum basi lagi tau. 23 Januari 2010 (Sabtu) yang lepas saya beserta tiga anak- anak murid yang rajin telah hadir ke sekolah di kala teman-teman yang lain rehat di rumah untuk membersihkan makmal. Terima kasih Muhammad Jafni bin Aldisak, Muhammad Hakimi Firdaus bin Osman dan Mohd Rizwan Shah bin Halim. Kalian memang rajin.
Selesai mengemas dan membersihkan apa yang patut, apa lagi 'santap time'. Saya menyediakan dua menu mee goreng dan nasi goreng beserta air sirap. Seronok tengok anak-anak murid berselera makan. Lebih kurang dalam pukul 11.30 maka saya pun pulanglah ke rumah, nak bersihkan rumah sendiri pula.
Pada hari yang sama lebih kurang pukul 3.30 petang, saya mendapat sebuah sampul misteri dari Sabah. Berdebar-debar rasa hati, seingat saya tiada kenalan dari 'negeri di bawah bayu'. Di sebalik sampul surat yang biasa, tersimpan pemberian yang begitu istimewa, cantik, comel dan bagi saya begitu berharga dari seorang sahabat, Abang Bent. Sepatutnya ucapan terima kasih perlu diberikan dikala saya menerima hadiah tersebut, tapi maafkan saya abgbent, ucapan itu terlalu lewat diberikan.
Inilah 'hadiah' yang saya dapat, 'cute' kan. Saya mula terfikir memang benar, nilai sebuah persahabatan tiada sebarang sempadan. Abgbent yang hanya dikenali di alam maya, tanpa mengenali rupa hanya dengan berangan-angan rupa setampan ehm..ehm.. tapi terjalinnya satu ikatan persahabatan sesama insan seperti yang selalu diungkapkan di dalam setiap coretan abgbent "Anda yang saya kenali sebagai saudara yang dikasihi kerana DIA"... membawa pengertian yang begitu mendalam.
Terasa begitu beruntungnya mempunyai ramai teman-teman, walaupun kita tidak pernah bersua tetapi kalian tetap dalam ingatan...abgbent, adik seri, cikgu myri, ustz eds, secangkir madu merah(yati), adik Nick Irfan, Insan Pendidik dan ramai lagi..
"Cinta dan bersatu adalah asas kekuatan dan kejayaan, sedangkan perselisihan dan perpecahan adalah asas kelemahan dan kehinaan" - Imam Hasan Al-Banna