~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, September 26, 2014

.: comeback :.

lama sangat sangat kot tak update blog...
btw, saya dah ada dua orang anak n i'm moving back to sg besar..
erm...kembali kepada tempat asal saya memulakan kerjaya..
haha..
thought of coming back to this blogging thingy since i have  a lot to say, share and write.
yes i have facebook but it is just quite limited for me to express my thought..
since i already have this blog, so i already have a better space to share..
well..pray that i'll istiqamah to do so!

alhamdulillah...meet my little family =)

Friday, September 14, 2012

.: kenapa saya ada blog? :.

kenapa saya ada blog?
mula mula pun tak faham kenapa ramai yang suka tulis blog. tapi saya memang suka baca blog orang. suka baca pengalaman orang. so, saya pun memulakan blog sendiri. *walaupun jarang update tapi sekarang dah bersemangat balik*

as for myself, saya ada blog kerana beberapa sebab.

yang pertama, saya dapat melihat diri saya yang dulu melalui penulisan dalam blog saya. bila dah lama tak tulis blog, sesekali baca post2 yang lama2 membuatkan hati berdetik 'oh, aku macam tu dulu. kenapa sekarang aku dah lain. kenapa aku dah berubah' kerana ada beberapa saya yang dulu yang saya lupa untuk adakan dalam diri saya sekarang. teruatanya bab2 untuk mendekatiNya. rasa macam dulu saya lagi banyak usaha untuk mendekatinya tapi sekarang macam makin lalai. itulah. manusia mudah lupa =(

yang kedua, saya boleh merekod cerita-cerita yang berlaku dalam hidup saya. sama ada best atau tak best. akan membuatkan saya tersenyum *kadang-kadang menitis air mata pun ada* sorang2. macam2 rupanya yang saya dah lalui. ada antaranya yang saya dah makin lupa. bila baca balik blog, dapatlah mengingatkan saya kembali. well, at least i have something to share with my kids and grandkids later 'cu, nenek ada blog tau. nak tau cite nenek zaman muda2 google lah blog nenek' *ok, mood berangan*

yang ketiga, banyak sebenarnya yang saya nak kongsi, pendapat, luahan atraupun perkara baru yang saya tah. tapi tak tahu nak mulakan cerita di mana. so, dengan adanya blog ni dapatlah jugak saya menyuarakan pendapat, rasa, berkongsi perkara baru yang saya tahu dengan readers *erk, ada readers ke?* memangla kadang2 kat fb pun saya selalu jugak tulis perasaan saya dan pendapat saya tapi macam agak limited, kalau kat blog ni, ha. ceritalah sepuas2nya sebab boleh tulis banyak2 hehehehe...

erm..rasanya itu aje kot buat masa ni. nanti saya tambah kalau ada yang nak ditambah lagi. dan kamu pula? kenapa kamu ada blog? selamat membaca =)


Wednesday, September 12, 2012

.: rasa cinta yang halal :.

sejujurnya ucapkanlah rasa syukur sekiranya anda masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk merasai rasa sayang dan cinta kepada pasangan anda (untuk yang suami isteri sahaja ye =) )
hampir 2 tahun hidup berumahtangga, banyak juga pengalaman yang saya dah lalui. yang pahit, manis, kelakar, sedih..semua cukup. tipulah kalau tak pernah bergaduh. namapun manusia. tapi kena la pandai atasi. 
apa yang pasti saya sangat2 beruntung kerana mempunyai suami sebaik suami saya. sangat2 penyabar. memang penyabar. selalu mengalah dengan saya. saya pula jenis cepat hilang sabar. nak melenting saje dan sangat la terasa hati. tapi suami sangat2 bersabar dengan kerenah saya. bila marah tu memang tak ingat. bila duduk sorang2 macam sekarang ni. tengah malam ni. mula lah fikir apa yang saya buat. rasa berdosa pula. suami saya sangat penyabar. tapi saya pula cepat marah. sebab tu Allah temukan dan jadikan pasangan kita untuk melengkapi kekurangan kita. saya selalu bayangkan kalau suami saya pun macam saya. mesti tunggang terbalik rumahtangga kami...hehehe...
rasa cinta pada pasangan kita adalah anugerah Allah. saya yakin dengan itu. tak kan lah senang2 kita nak sayang dengan stranger yang tiba2 muncul dalam hidup kita kan?Allah lah wujudkan rasa sayang dalam diri kita untuk menyayangi suami/isteri kita. syukur syukur kerana saya masih mampu untuk mencintai suami saya. bila fikir apa yang suami saya lakukan dalam rumahtangga kami, saya selalu terharu. dan sedih kerana tak mampu lagi untuk duduk bersama dengan suami saya dan menjalankan kewajipan saya sebagai isteri. beban di hati, siapa yang tahu. kadang-kadang cemburu melihat kawan2 lain yang dapat menguruskan rumahtangga dengan suami. siapa yang tak nak?itulah satu2nya impian saya sekarang. on the top of my wishlist =)
saya selalu berangan untuk bangun pagi dan siapakn breakfast untuk suami, siapakn pakaian suami dan masak kan makan malam untuk suami. well, i did all that bila weekend. tapi tak sama rasanya bila mampu untuk berbuat demikian hari hari kan?

oh..ar..nak ingatkan..saya pasti ramai yang baca blog adalah anak2 muda kan.dan saya pasti ramai students saya yang baca ni...sila angkat tangan sikit sape anak murid teacher wan..ha...pandai...gud..gud..ni teacher nak pesan ni..ramai yang macam tengah bercinta tu kan..sama2 satu sekolah kan..sweet je teacher tengok. tapi teacher tetap nak pesan dan ingatkan. simpankan portion sayang kamu tu kepada pasangan lebih selepas kahwin nanti.trust me. bercinta lepas kahwin lagi best. lagi jiwang2 tau. dan kepada anak2 murid teacher yang lelaki tu, pastikan lengkap ilmu kesuamian dan kebapaan dan kemampuan untuk memberi nafkah dan menyara ahli keluarga nanti dan yang paling penting terimalah pasangan kita seadanya dan sentiasa berdoa kepadaNya..insya Allah =)
jiwang pulak malam ni. tapi tak salahkan. meluahkan rasa pada dia yang halal buat saya =)
lagi lagi pula tulis entry ni sambil layan lagu muara hati ost adam dan hawa..lagi la sayu!
adam dan hawa best!

the last thing that i want to do is to hurt people that i love =(
saya tahu bukan senang untuk puaskan hati semua orang, kalaulah saya boleh buat keputusan sendiri =(

doakan kami akan selalu mencintai satu sama lain sehingga ke akhir hayat kami =)

penguat cinta kami..umi n baba love u lil alya!

Tuesday, September 4, 2012

.: masuk kiri jika tiada kenderaan :.

i am not good at breaking rules...hehehe...bila ingat ingat balik nak gelak pon ada..
tapi betul la..kalau saya langgar peraturan, ataupun buat benda yang tak sepatutnya, mesti kantoi!

contohnya, ok, saya seorang yang skema, terutamanya dalam pemanduan. adik2 dan suami saya sendiri sememangnya selalu memerli saya sebab naik kereta mesti nak pakai seat belt dan kalau masuk junction mesti bagi signal, dan tak reti nak ikut macam mereka drive, pandai cari short cut. huhu..ada sekali tu dalam tahun 2010, saya nak tercepat kot, terlanggar lapu merah nak masuk kiri. yela kat putrakaya ni kan dah biasa MASUK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN.so, agaknya saya pun macam tu kot. sekali kene saman da....siap gambar lagi. *kereta saya nampak comel dalam gambar tersebut*. apa lagi?bayar la..tapi bayar masa ada promosi, dapatla diskaun.

cerita kedua berlaku dalam bulan puasa hari tu, yang ni memang kelakar. saya skema. punch in and punch out tak miss.tapi sebab bulan puasa kan..takut jammed, nak balik rumah awal. kalau masa terakhir kena kelas di bawah, sellaunya tak punch dan terus balik je. *ramai je cikgu yang tak punch out dan balik lagi awal dari aku* tapi tu la. i'm not meant to break rules. puan penolong kanan petang siap mention lagi nama aku dalm meeting sebab balik awal..hehe...muka terkejut sebab the day before ( the day yang konon2 aku dikantoikan balik awal), aku sangat yakin kereta aku bukan kereta pertama yang keluar dari pagar sekolah. memang ada cikgu lain. tapi mals lah nak bergaduh dalam meeting. jadinya, senyum da gelak saja. balik bilik guru, semua kata sabar yer.. dalam hati aku *ala korang pun sama* aku balas je balik..aku tak rasa apa2 pun semua pun sama. cuma akau adalah the unlucky person on that day. dan sememangnya aku tak ditakdirkan untuk melanggar peraturan sebab tiap kali aku langgar, mesti kantoi. walaupun pertama kali... penat den...hehehehe

ha tu je la nak cerita!

Sunday, September 2, 2012

.: my hardest moment :.

aku kira ini adalah keputusan paling berat yang aku pernah buat sepanjang hidup aku. keputusan ini akan melibatkan perasaan insan-insan yang amat aku sayang. ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak.

bila fikir lama-lama, rasa nak menangis pun ada. stress pon ada..

tak tau macam mana nak cakap. semoga dipermudahkan dengan izinNya.

aku takut memikirkan reaksi mereka yang aku sayang. aku rasa aku akan menangis. tapi nak buat macam mana?ARGH!!!!!!

Allah je yang tahu apa ada dalam hati aku. =(

Saturday, September 1, 2012

.: erti hidup pada yang memberi :.

assalamualaikum =)


erti hidup pada yang memberi =)
tersentuh hati melihat senyuman penuh keihlasan dan kesyukuran mengucapkan terima kasih anak2 itu
indah rupanya perasaan memberi
jika selama ini asyik menerima
apa salahnya sekali sekala menjadi pemberi, apatah lagi di bulan penuh dengan lumpahan pahala yang Allah nak bagi
saya percaya setiap rezeki yang Allah beri kepada kita sebenarnya ada portion untuk yang kita harus kongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik
ada hikmahnya Allah jadikan manusia dalam pelbagai golongan berkemampuan, kurang berkemampuan, kaya dan miskin
yang kurang berkemamapuan dan miskin terus berdoa agar dilimpahkan rezeki
yang kaya dan berkemampuan berkongsi rezeki yang diterima dengan mereka yang tidak berkemempuan ini
Allah, indahnya hidup aturan Illahi

Allah dah jadikan hidup kita ini cukup cantik
kalau semua adalah orang kaya, kita tidak akan dapat merasa nikmat memberi

betul, cubalah
akan terasa nikmat kegembiraan
apatah lagi bila melihat keihlasan senyuman insan yang menerima itu

di bulan ramadan yang tinggal beberapa hari lagi, gunakanlan kesempatan yang da untuk menjadikan kita insan yang suka memberi dan berkongsi daripada menjadi penerima selamanya

kagum sebenarnya melihat beberapa kumpulan yang aktif melakukan amal dan berkongsi dengan mereka yang berkemampuan
kagum dengan semangat juang mereka
salah satu yang terkesan di hati adalah telekung project
saya selalu berangan-angan untuk melakukan seperti itu, tapi mungking belum sampai daya saya lagi.
buatlah setakat yang mempu

bila menulis tentang telekung projecy ni, teringin pulak tasanya untuk mencuba.
seorang ibu bersama 2 orang anaknya bermula dengan membasuh telekung-telekung yang berada di surau2 stesen minyak dan meletakkan kembali telekung tersebut ke tempat asalnya agar sennag digunakan oleh mereka yang lain yang ingin bersolat

harap harap saya mampu melakukan sesuatu seperti mereka

ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI =)

Thursday, November 11, 2010

.: 161010 part II :.

okies...setelah sekian lama saya memeram cerita kawen saya...saya nak share...nak simpan cerita kenangan hari bahagia ini untuk tatapan sendiri di masa hadapan...

16 oct 2010
malam sebelumnya sepupu n makcik pakcik sume dah dtg berkumpul kat umah...kekecohan sememangnya ada la kan...dan saya pakai inai malam itu...hahaha...alamatnye tdo pon lewat...adik n cousins pon sibok pakai jugak...huhu...biarkan aje...

bangaun pagi tu...macam ar...eh...ari ni ker...actually tak tau nak rasa ape..excited..risau...nervous...semua ada..yer la..anything can happen...byk dgr cerita kan sebelum ni...so, hati berdebar2..bgn pagi...sume org sibok2...ade yg masak untuk mlm nikah...boleh pulak mase nak iron bj melayu nan..x jumpe seluar bj melayu utk pkai masa kenduri...saya ni dah la kan..x boleh dgr benda2 cam ni..tros jd panas...n kelam kabut...cuba utk cool...siap2 coz after zuhur ada khatam quran..naik mandi pukul 1...solat zuhur...siap2 pkai baju...pastu make up la sket...n di touch up balik oleh cousin saya yana...huhu...saya make up pkai bedak aje...abes die dtg...die tonyoh la dengan segala blusher, eye shadow n lipstick...layan jer la...
alamak dah lewat...terkocoh2 amek quran...pastu tros tarik acah jd pengapit terjun since cousins yg lain x solat zuhur lg...aiseh....huhu...see..mmg kelam kabut n kecoh ok...pastu turun bawah trgk sume geng marhaban umi dah start sampai...saya tros amek tempat depan pelamin...







masa mengaji...khatam...baca doa khatam...sepupu saya yg comel..acah

masa start baca, punya la nervous...yer la..ngaji depan makcik2 yg mmg otai bab ngaji tu...huh..mau x berpeluh...start baca tu laju jer...haha..sampai umi tegur laju sgt...pastu dah ok...slow sket...pastu steady jer..alhamdulillah...selesai....pas selesai khatam quran, saya baca doa khatam...sayu gak baca...sebak je rasa dada...tapi control...pastu sesi marhaban...yeay!saya suka...hehehe...start dgn asmaul husna...selawat...lagu pengantin...tapi ada satu lagu touching...pasal jasa ibu n ayah...ayo...itu x boleh control punya...berderai juga air mataku....~belum time akad lagi ni~...kak ngah n umi pon...pastu makcik2 ku n geng marhaban umi juga ramai yg berderai...teringat kat arwah abah sebenarnya...kalaulah arwah abah ada...but i know, he prays for me from far...



pas selesai tu, umi minta saya ucap terima kasih untuk sume..wakil umi..sore sebak2 aje masa tu...sebab pas nanges...alhamdulillah...sume berjalan lancar....time kasih tak terhingga pada semua yang terlibat....
kumpulan nurul syuhadah presint 8, putrajaya

kumpulan nurul sakinah, putrajaya
pas ni kepada sesiapa yang berminat, boleh la contact saya...untuk majlis kawen ker..khatam quran ker..cukur jambul ke...boleh...boleh...setakat area bangi, kajang, puchong diorang cover lagi...hehehe...tros jadi agent tu...tp siyes mmg promote ni....hehehe


sekian sahaja cerita khatam...nti next enry sambong cite akad pulak yer...lagi malatop tau...hehe...
ni pic camera sdiri...tgu encik officil photographer bolum lagi...hehehe...enjoy d pics ya!

Monday, October 4, 2010

.: counting days :.

lamenya tak update...
tengah counting days ni...dupdapdupdap...risau pulak rsanya...

macam2 tak settle lagi...yang penting, kurangkan makan, baju nikah pon macam dah sempit...oh tidak!tak perasan pon berat badan dah naik...tp lately ni memang kuat makan pon...hehehehe...

macam2 yang bermain di fikiran bile dah dekat harinya..kadang2 tertanya2 pada diri sendiri..betul ke apa yang aku nak wat ni...but, there's no turning back...semoga dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya...

apa yang bermain dalam fikiran?

pertama, selepas ni, suami perlu menjadi priority, which is macam sedih sebab i always want umi to be my top priority...ntah la..saya sangat rapat dengan umi...so far, bakal husband nampak macam memahami tp sedih jugak bila fikir2 nti first day raya tak dengan umi n adek2...sedih...sebab tengok my cousin yang selalu gi mana2 dengan family, pas kawen, terpaksa tak join sebab hubby nyer keje...nanti saya macam tu jugak ke...tak nak..tp tu la..kita tak tau macam mana kita in the future..apa yang saya harapkan semoga saya masih lagi mampu bermesra dengan umi n adek n my big family macam sebelum kawen...
encik bakal hubby, please take note...tq dear =)

kedua, tanggungjawab sebagai isteri...mampukah saya...huhuhu...wanita mudah hendak masuk syurga, tetapi wanita jugalah yang memenuhi neraka...*minta dijauhkan dari azab api neraka*..cukup dengan mentaati perintah Allah, mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam, jadi anak yang baik utk kedua ibu bapa..insya Allah pasti ada ganjaran...semoga saya mampu melakukan itu semua...amin

ketiga, ada family baru...ada umi baru, baba baru, abg baru (saya tak ada abg, hope that it'll be fun to have a big brother) n adik2 baru...the good thing is, keluarga makin besar, kasih sayang makin bertambah..tapi mampukah saya adapt dengan suasana baru itu....

keempat...ni memang nak highlight...ada kawan2 saya yang lepas kawen macam tak mahu contact2 dengan kawan2 lama...sebagai kawan baik, saya terasa...tp terfikir pula, adakah saya akan jadi macam tu bila dah kawen..i know, husband is the priroty...tp a wife has her life too i guess...



pening...pening....semakin banyak fikir, semakin rasa macam nak *lari*

Tuesday, September 14, 2010

.: ... :.

ari ni dah 5 syawal..kejap je masa berlalu kan..time flies too fast i think..kalau tak gunakan masa sebaiknya..maka bye2lah kata masa kepada kita...as i'm counting days, i think time flies fast..sangat2..but yet, banyak benda tak settle lagi..pastu emosi pon tak stabil..kadang2 tertanya2..ye ke aku ni nak kawen?betul2 dah bersedia ke nak jadi seorang isteri?seorang menantu?bersedia untuk masuk ke keluarga lain..environment yang lain..

semalam beremosi lagi dengan encik tunang..erm..ntah la..lately ni macam asyik beremosi je kitorang..sayu plak baca comment kak norzie td..

erm..doakan saya kuat untuk mengharungi kehidupan yang seterusnya..mampu menjadi isteri yang baik, menantu yang baik..dan dalam masa yang sama meneruskan bakti kepada umi n adek2 tersayang.

to encik tunang tersayang, sorry for being emotional...again!
doakan agar kita berdua mampu mengharungi dugaan yang mendatang n terima kasih kerana terus bersabar dengan kerenah saya..n saya faham kalau semalam itu kesabaran awak dah sampai tahap maksimum...

Friday, September 10, 2010

.: raya la :.

ramadan is leaving n syawal is taking the place now...
semoga ramadan yang berlalu telah membuka peluang kepada kita semua untuk mendapat hati yang baru...hati yang berubah ke arah kebaikan setelah memalui madrasah ramadan...ramadan yang mendidik jiwa kita...untuk mendekatiNya...

dalam bulan ramadan, kita telah melipatgandakan amalan kita...sunat terawih selepas menahan lapar dan dahaga di siang hari..tadarus bersama rakan2 masa lunch hour..semoga amal2 tersebut diterima Allah dan mampu mendidik kita di madrasah ramadan agar menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik...insya Allah...

baru lepas gantung2 lampu lip lap lip lap dengan adik2 ku...umi ku n kakak...sedih plak memikirkan this raya will be my last raya as a single...huhu...insya Allah tahun depan sambut sebagai isteri orang dan menantu orang...sebenarnya cam x leh bayangkan kalau kene raya kat umah lain...suasana lain...sebab selama 26 tahun ni dah sangat2 terbiasa raya dengan family...cam sedih jer...thinking bout it make me sad, what's more to face it...huhuhu...nanti2 la fikir....

k la...will write more later...i'm taking this opportunity to wish

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
JIKA ADA SALAH SILAP...HARAP DIMAAFKAN..
SAYA  CUMA INSAN BIASA
=)

ikhlas dari saya yang masih seorang cik =)

Monday, September 6, 2010

.: dirisik :.

erm...u read it right!eh..tidak..saya maseih tunangan orang...masih2...

cumenyer nak cerita sebelum puasa hari tu, ada cerita...hehehe...ada beberapa makcik merisik saya...

pada suatu hari, lebih kurang seminggu sebelum umat islam menyambut ramadan, sesudah saya mengajar di kelas 1K kalau x salah..dengan pantas turun tangga kerana mahu ke tandas..tiba2 dihentikan oleh kak beti di penghujung tangga..katanya ada parents dok tunggu saya...wah..sape pulak ni...pastu terus pergi tegur mak cik tu, 'erm...ni cikgu wan ke?'...'a'ah...ye..saya la..ni mak sapa yer...'..'saya ada benda nak cakap dgn cikgu ni...'.. 'ar...jom la kite masuk duduk kat sofa kat bilik guru'..'erm..x pe la..saya nak privacy sket'...lalu saya pon membawa makcik tu ke satu bilik darjah yang kosong...ar...

'mak sapa ye ni...'~penuh sopan saya bertanya
'tak de mak sapa2...'
'ar?'~weih..memang terkezut owh...
'erm..nak tanya, cikgu ni dah ada yang punya ke?'
'ar?saya dah bertunang..dah nak kawen dah'~disebabkan terlalu terkejut..tak ingat ape lagi yang cakap
'owh...ye ke...'
makcik ni katanya nak cari cikgu..tak pasti untuk anaknya ke adiknya ke untuk dijadikan isteri...sebab die kata, dia tgk abang2nya kawen dgn cikgu, bahagia je..

pastu..ustazah umiku jua ade merisik2 kat umi tentang ku masa umi bawa myvi putihku gi amek ustazah kat bangi...sebab katanya dia ada anak lelaki tak kawen lagi...

saja nak share..pengalaman..macam2 kan...hehe...
apa yang nak dihighlightkan di sini adalah..bagaimana seorang ibu itu rela bersusah payah untuk mencari yang terbaik untuk anaknya..itulah kasih ibu... =)

Sunday, September 5, 2010

.: tudung hunting :.

ar...lagi beberapa ari jer nak abes dah ramadan 1431H..sayu pula rasa hati...

tapi ramadan kali ni paling bermakna..setelahh sekian lama tidak berpuasa penuh 30 hari di rumah...sejak masuk matrix..ye la...dok hostel kan...bermula kat kmns..pastu upsi...ar...pas abes blaja...ada2...ada puasa kat umah sebulan sebab belum posting..pastu posting kat sg besar~kira hidup merantau la..sebab btol2 balik 3,4 hari before raya..tapi tahun ni...yippie.yippie.yeay!sebab saya dah dok umah dengan umi tercinta dan adik2..jadi gembira berpuasa di rumah..hehehehe..n final year puasa sebagai single kot..hehehe...~moga dipermudahkan...amin =)~

gembira puasa kali ni...ikut umi dgr tazkirah..g solat sunat tasbih...but the best is buka puasa kat masjid besi...stay dr b4 maghrib sampai pas terawih...best2..buka puasa pon kat masjid...best..sebab dapat teman umi...g masjid same2 dgn umi...oh!seronoknya...harap2 lepas kwen nti pon dapat pelung macam ni lagi....insya Allah...

tadi gi kl...tudung hunting....for my big day plus hari raya...gi tudung hunting kat ampang park..jumpe..jumpe..cantek...~puji sendiri~pastu terjumpa sepupuku bersama baby dini yang comel cam nak gigit...dini dah boleh jalan...suke...gigi dah banyak...ma~long rasa cam nak gigit dini buleh?hehehe...sebab comel sangat la...they came all the way from lumut utk shopping raya tu...hehehe..

pastu, gi kl..pergh...gila ramai orang..nak jalan pon terpaksa bagi signal, macam kita nak kuar junction tu..ar macam tu la...ramai sangat2..naseb jumpe jugak tudung yang dicari..kalau tidak,penat sesia jer pegi...huhu...tapi tak pe la..dapat tengok gelagat orang shopping raya..

ar...raya..raya jugak...kita ni masih dalam bulan ramadan..hari2 terakhir ramadan...untuk menempuh malam2 akhir di bulan ramadan..jadi sama2 lah kita meneruskan amal ibadat kita..dan diteruskan juga di bulan2 lain jugak...

persiapan raya...persiap jugak..tapi, persiapkanlah jugak hati kita dalam bulan ramadan ni dengan beramal ibadat..supaya selepas ramadan ni kita mendapat hati yang baru =)

Thursday, September 2, 2010

.; sorry for long silence :.

sangat2 lama tak update kot...
tak berapa nak ada mood dan sangat sibuk...
sedar tak sedar...lama tak lame..kita dah masuk ke 10 malam terakhir bulan ramadhan..
so, macam mana dengan ramadhan korang?as for me...
best...sebab dah pindah dok kat umah kan...jadinyer...seronok..buka puasa dengan family tercinta..pegi terawih together gether...hehehe..
puasa kali ni banyak buka puasa kat masjid besi...stay sampai abes terawih...alhamdulillah...
diberi kesihatan dan keimanan untuk teru menghayati bulan yang penuh keberkatan ni...
pas ni raya..pas tu...oh tidak...less than two months...semoga dipermudahkan urusan...
sangat2 sibuk..macam2 nak settle...alhamdulillah urusan dipermudahkan setakat ni...

bulan puasa ni..teringat pulak zaman berpuasa duduk bujang kat sg besar...bersama2 nomi n kak ros..
pastu langkah longkang je gi surau depan umh...( x pakai spec pon gi surau...hahaha )
pastu senyum2 jumpe cik...eh..pn edzna n pn-to-be intan....
sangat rindu...iftar bersama anak2 di asrama...
tp sebab itulah ada nye perkataan KENANGAN..
terkenang bila sudh berlalu...membiarkan diri merindui pengalaman itu...yang tak dapt ditukar ganti...

pesanan untuk semua yang membaca...terutama untuk anak saya yang tercinta...yang dah besar panjang...bakal cikgu..bakal doktor..bakal engin eer...dan bakal2 sume lah...
teacher doakan yang terbaik untuk korang....
jom sama2 cari malam al-Qadr...amin.... =)

semoga dipermudahkan...amin....
~45~

Sunday, June 6, 2010

.: cuti sekolah! i like! :.

yeah!!!!cuti sekolah...sesuatu yang dinanti2kan...bukan sahaja oleh pelajar2 nya..cikgu2 jugak..(saya la tu)..
saya memenag excited kalau cutisekolah (walaupun sekarang sudah duduk di rumah dan tidak lagi merantau)..
macam mimpi sebenarnya bila memikirkan..tapi..itulah kuasa Allah..rahsia Allah yang kita tidak tahu...rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk kita..hanya tunggu masa sahaja untuk kita mengetahuinya..bila ia terjadi...

lama sangat2 rasanya tidak mengusik blog ni..sibuk?pura2 je..hehehe...tak la..bila balik sekolah, kadang2 tusyen..jd agak penat..kalau buka pon, sekadar menjenguk fb kalau ada ape2 cerita terkini..

cutisekolah ni ramai sangat orang kawen..since last week sebenarnya..ye la..last week kan long weekend..jumaat cuti..ramai juga yang melangsungkan perkahwinan masa tu..time cuti sekolah ni..lagi la..tiap2 minggu ada jemputan..yang mana dekat dan sempat, insya Allah sampaila..kalau tidak..saya mendoakan yang terbaik buat semua..terima kasih atas jemputan..erm..bila bercakap pasal kahwin ni..ia adalah JODOH yang ditetapkan oleh Allah..siapa pasangan kita..macam mana orang nya..duduk mana..kerja apa..semua telah tertulis..

tak dinafikan, pada usia yang dah melebihi suku abad ni, ramai yang bertanya..bilakah lagi?masa belum bertunang lagi la sering ditanya..ni bila dah bertunang..kurang sikit..tapi ada jugak..ar..bila nak langsung...insya Allah jika semua berjalan lancar..tunggulah kad jemputan ye =)

sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari persoalan ini, tertany2..siapakah jodoh kita..bila agaknya jodoh kita akan sampai..setiap manusia telah ditentukan rezeki masing2...
contohnya minggu lepas pergi ke perkahwinan jiran kasa di presint 8..boleh dikatakan naka2 mak cik zah ringa jodoh nye..2 tahun lepas baru wat kenduri..tahun ni alhamdulillah..ada rezeki..tahun depan insya Allah ada lagi seperti yang di announce kan masa marhaban..rezeki kan..anak2nya semua ringan jodoh..sesetengah pula..lambat sedikit..ada jodohnya, cuma belum masanya..bila tiba masa..ha...berdua la kita =)

semalam ikut umi pergi marhaban(owh..i love marhaban..rase macam nak join full time pulak!)..
sampai2 ngam2 baru nak akad..so, sempat dengar khutbah sebelum akad itu, kadi tu bagi khutbah tentang kehidupan bersuami isteri..rupa yang cantik bukanlah ukuran kebahagiaan rumahtangga..wang ringgit juga bukan ukuran...kadang2 harta melimpah ruah tapi kalau bukan rezeki, rumahtangga terputus di tengah jalan..ini yang paling saya risaukan..( ya Allah, minta dijauhkan...amin )..yang penting keimanan kita..kekuatan dan sifat SABAR dalam menghadapi masalah rumahtangga...ini yang saya cuba sematkan..banyak juga yang dipelajari..walaupon kadang2 terdetik sedikit rasa..membandingkan dengan orang lain...tapi sekarang ini cuba belajar untuk menerima dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan..yang peling penting, belajar untuk menerima pasangan seadanya dan menyayangi pasangan kita seikhlas hati...

dugaan berunang...dalam tempoh hampir 3 bulan bertunang..terlalu banyak dugaan dan ujian..kalau tak kuat iman..lain jugak jadinya...jadi, saya amat2 perlu belajar bersabar..dan terima kasih kepada encik tunang kerana sangat2 bersabar dengan saya...selalu berdoa agar ditetapkan hati dan perasaan dan diberikan sifat bersyukur dan bersabar dalam semua keadaan..setiap yang Allah berikan ada sebabnya..apa yang perlu didoakan adalah supaya ditetapkan iman..ditetapkan hati..dan terbuka pintu rezeki..dan permudahkan segala urusan...

rahsia JODOH yang kita tidak tahu...bila..dengan siapa...di mana...yang penting terus berdoa..berdoa..dan berdoa..kalau tiada jodoh di dunia ini, insya Allah, Allah menjanjikan sesuatu yang lebih untuk kita di SANA nanti =)

usaha...
dulu saya tidak pernah memikirkan tentang berumahtangga ini..sehingga ada ahli keluarga yang risau...mak eno pernah bercakap..kita perlu berusaha untuk jodoh...barulah jodoh datang...usaha?berdoa...persiapkan diri dengan ilmu..dan yang paling penting..jangan mencari seseorang yang sempurna kalau kita sendiri banyak kekurangan...ye...tiada siapa yang sempurna di dunia ini...yang penting cari yang boleh membimbing kita dan menerima kita dan family kita seadanya..ya..itulah doa saya sedari dulu..agar dipertemukan jodoh dengan insan yang beriman, bertanggungjawab, penyayang dan menerima diri ini dan keluarga seadanya...insya Allah

untuk saya dan juga teman2...
i've read a very beautiful article about jodoh..n would really like to share with all of you...
.: pandu kereta mewah:.


~ya Allah permudahkanlah urusan pernikahanku~

Thursday, May 20, 2010

.: tentang aku :.

kehidupan lebih teratur dan lebih sempurna bila duduk di rumah......


kenapa?
sebab dah masuk 3 minggu dapat pindah duduk rumah..rasa lebih seronok..rutin lebih teratur..jadual makan lebih sempurna..kehidupan lebih baik la...but the best thing is dapat duduk dgn family..itu yang terbaik..

duduk rumah ni, rutin harian ialah bangun pagi, pas subuh, baca mathurat..pastu baca dzul jalali wal ikram 1085 kali..mathurat..lame sangat2 x amalkan..dulu selalu baca..tapi lepas tu..on and off..kadang2 tak teringat langsung..tapi Alhamdulillah...Allah itu Maha Besar..diturunkan sedikit ujian untuk mendekatkan kita kepadaNya..ya..ujian yang Allah turunkan itu sebenarnya peringatan kepadaku yang sering lalai dan alpa dalam mengingatiNya..aku akui, aku bukanlah hambaNya yang baik..banyak sangat dosa dan kesilapan yang aku lakukan..sama ada sengaja atau tidak sengaja..sangat2 banyak..tak terhitung..banyak sangat yang terbabas..akibat termakan bisikan Syaitan dan tidak berjaya mengawal diri..


walaupun aku tertanya2 kenapa aku yang diberikan ujian seperti itu..lama kelamaan aku sedar..itu semua peringatan untuk aku sebelum aku tersasar lebih jauh dari mengingatiNya..walaupun kesan kejadian itu masih bermain dalam ingatan..Alhamdulillah aku sudah semakin melupakan sedikit demi sedikit..aku selalu berdoa agar diberi kekuatan dan keyakinan untuk meneruskan kehidupan dan melupakan kisah hitam itu..Alhamdulillah..Allah tolong aku...


apa yang aku harapkan adalah selepas ini ada sinar kebahagiaan untuk aku setelah ujian yang datang....
apa yang paling aku pelajari daripada kejadian tersebut ialah..

KITA MERANCANG, 
TETAPI ALLAH PERANCANG YANG TERBAIK...


ye la..siapa sangkan aku akan berpindah dengan cara begini dan aku pasti tiada siapa yang menyangka aku akan berpindah dengan cepat macam ini..tapi itulah..Allah telah Merancang semua untuk hambaNya..


Yakinlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah....
itu yang aku cuba sematkan dan itu yang aku sering yakinkan diri aku agar bangun dan kembali kuat seperti dulu....

Wednesday, May 19, 2010

.: new school..brand new me :.

my oh my.....
ye...saya tahu..sangat2 lama saya x update blog..sejak bersekolah ni..penuh sangat2...bangun pagi2 solat subuh..kadang2 tdo balik..pastu bangun, siapkan makan tengah hari..masak2 apa2 yang patut..kalo isnin-khamis selalunye menu simple je..tapi kalau jumaat at least nasi tomato la..hehe..kata ngajar petang..


ok...it has been two weeks since my transfer to smk jalan 3..frankly writing over here...i still miss simpang 5..seriously..the kids, the colleagues..the staff..oh my...saya rindu simpang lima..


the only best thing about my transfer is......


I CAN HAPPILY SMILE WHENEVER THINKING OF I'M COMING BACK TO MY H0ME SWEET HOME AFTER THE TIREDNESS THAT I GET FROM WORK....


ha......memang best la sebab dapat duduk rumah sendiri..makan pon agak sempurna..betul time lunch nyer..time dinner nyer...paling best sebab  tak perlu pening2 nak fikir keluar makan kat mane...hehehe..

about the school...mayb i'm still too attached to my first school..where i am sooooo used to the environment and the culture, i hardly make myself adapting to the new people and new surroundings..i miss the quietness that i get from simpang 5 and definitely hardly having the quietness here...actually it's quite ok..but it just that, i am used to the quietness..that's all..

u can ask my students, i think my voice back in simpang 5 is loud enough to be heard from the neighbour class...but in my new school, with the same volume.............'cikgu, saya tak dengar la suara cikgu'..and as the result, i'm having a sore throat after only my second week there (but my first week of teaching)...so?

ok...i need time i guess..

and being able to transfer to a school where they have zero idea idea of who i am..i can create the new brand of me...

'cikgu baru tu garang la...'

erk...there are students complaining to the teachers there that i am garang..i mean, i have to..because if i'm not 'garang', then they won't keep their mouth shut and they won;t listen to what i'm saying..

the students are different, so the approach is different too..no more the sweet of me..the nice me ( not yet ), only the strict of me u'll see at least for now...as i need to gain the respect from the students..but there's on student thanking me of my stricness
'teacher, thanx for controlling the class and 
we're all able to learn'

i guess..my strictness work =)

i remember this one incident where a boy asked me whether i'm a practical teacher or not..and when i told him, i'm not a practical teacher, not even a new posting teacher and this school is my second school, the way they looked at me is different..so, what i'm trying to stress here is they are having different perception on u are a new teacher or u are already a teacher...hahaha...gotcha...nak mainkan aku la tuh...

erm....as for now, my colleagues are okay but definitely need more time to blossom the relationship..
i need time to feel the school, how i felt with simpang 5 before...i just need time... =)

actually i'm kinda made myself ready as i make me having the idea of...

sedih duduk jauh dari umi, kene duduk sendiri, tapi dapat sekolah yang baik..budak2 yang pandai...kawan2 yang best n penyayang...

bila dapat pindah duduk rumah nanti, kene biasakan diri dengan suasana yang lain..budak2 yang tak sama dengan sekolah lama..tapi gembira sebab dapat duduk rumah...

saya membiasakan diri dengan situasi ini..

ape2 pon, saya bersyukur kerana Allah membuka peluang saya untuk berpindah dan duduk dengan umi n faimly saya..dan saya tak perlu lagi memikirkan nak makan mana malam ni? dan tak perlu bersiap2 kemas barang untuk balik putrajaya...hehehe...those were my routine back in sg besar...hehehe

Friday, May 7, 2010

.; new school :.

ye...sangat2 lame x update blog..
minggu lepas tak dapat update sebab stay sungai besar untuk mengemas rumah dan juga barang2 di sekolah....dan juga spend time bersama2 teman2 dan anak2 di sana...

yup...last week was my  final week there as i've got my transfer to a school nearer to my home..
i'm happy yet sad leaving the kids..n the kids really made me cry on my last day...aiseh~~~

all the classes that i taught..5 naim, 5 ma'awa n 5 ds...not forgetting 5 firdaus(even teacher didn't get the chance to teach u but i know..all of u are wonderful kids!)..each of the classes invited me in to be spend time with them personally..to share the advices and experiences..n they really2 made me cry...oh....ye..saya nanges...

percayalah....ada hikmah atas setiap aturan yang Allah ciptakan..


erm...malam ni sambong lg la..nak gi makan...

i'm going to share bout my last day n d dayssssss that i've spent do far in my new school!

Wednesday, April 21, 2010

.: there's no turning back :.

semalam2 anak2 aku kat simpang lima telefon, nanges2..tanye..betul ke teacher nak pindah?touching la plak...main pass2 telefon...sorang2 nanges..aku?aku bukan lah objek tak berperasaan..semestinya aku sayu...campur terharu...tp sudah tertulis dalam perjalanan hidup ku...aku kene teruskan....THERE'S NO TURNING BACK..semalam cuba kuat je masa cakap dgn diorang...kalau ikut..mau nanges jugak..tapi aku dah dewasa, emosi kena control..setiap yang berlaku pasti ad hikmahnya...bukan aku tak sayang...sangat sayangkan diorang...tapi aku cube tengok dari pandangan lain, mungkin Allah dah tetapkan sekarang adalah masa untuk aku tumpukan kepada faimily aku~ummi n adek2...aku dah duduk jauh dari diorang dah 2 tahun lebih, dan juga, sudah tertulis yang sekarang adalah masa untuk aku bersama family aku...

i'm sorry that i have to do this...but i believe...it's fated...ADA HIKMAH BAGI SETIAP YANG BERLAKU...

aku terima ini sebagai ujian dalam perjalanan hidup aku....

p/s*kegedikan untuk menukar layout sedang melanda...n trust me, this won't be a permanent layour for now..mayb i'll change later...sorry for any inconvenience =)



Tuesday, April 20, 2010

.: F.A.M.I.L.Y :.

it's time for the FAMILY....
i guess this is one of the reason of things that happened..
Allah wants me to spend more time with my family..
it is now time for me to be with my ummi n adek2..
to look after them and be by their side..
frankly speaking...yup..of course i'm happy..i mean, who doesnt..
since u r not commit to anyone (marriage) yet, it is actually the time u should spend with ur family..
once u r commit to marriage, the husband will have to be ur priority..
so, i'm taking it the positive way...

but.....................










of course i do feel sad, thinking that i'm leaving a place where i learnt first..i learnt a lot there...
but, it's fated..to hink of it, if it's not because of the reason, i don't think, i'll get the chance to get the transfer...
syukran ya Allah..Alhamdulillah.....









so, i'm going to conclude that....i am happy...but, i am also sad...about the transfer..

happy~dapat dok umah sendiri...take care of my ummi an siblings!
sad~thinking of i have to leave the beautiful kids and sporting akak2 there....

but....life goes on...no matter what happen...


but, as for now, i'm still going to enjoy my mc....
before i make myself think of the new place....


doakan saya!

Thursday, April 15, 2010

.: ku percaya ada hikmah :.

isnin lepas dapat call, seems like a positive respond...
so i waited.....until yesterday, i called, with d only intention of making a follow up..
but, couldn't reach...
so, i trIed my luck today...
alhamdulillah...maybe it is fated that my rezeki is there..i just have to be strong..it is written..it is fated...

~KU PERCAYA ADA HIKMAH~