~ my friends ~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, September 14, 2012

.: kenapa saya ada blog? :.

kenapa saya ada blog?
mula mula pun tak faham kenapa ramai yang suka tulis blog. tapi saya memang suka baca blog orang. suka baca pengalaman orang. so, saya pun memulakan blog sendiri. *walaupun jarang update tapi sekarang dah bersemangat balik*

as for myself, saya ada blog kerana beberapa sebab.

yang pertama, saya dapat melihat diri saya yang dulu melalui penulisan dalam blog saya. bila dah lama tak tulis blog, sesekali baca post2 yang lama2 membuatkan hati berdetik 'oh, aku macam tu dulu. kenapa sekarang aku dah lain. kenapa aku dah berubah' kerana ada beberapa saya yang dulu yang saya lupa untuk adakan dalam diri saya sekarang. teruatanya bab2 untuk mendekatiNya. rasa macam dulu saya lagi banyak usaha untuk mendekatinya tapi sekarang macam makin lalai. itulah. manusia mudah lupa =(

yang kedua, saya boleh merekod cerita-cerita yang berlaku dalam hidup saya. sama ada best atau tak best. akan membuatkan saya tersenyum *kadang-kadang menitis air mata pun ada* sorang2. macam2 rupanya yang saya dah lalui. ada antaranya yang saya dah makin lupa. bila baca balik blog, dapatlah mengingatkan saya kembali. well, at least i have something to share with my kids and grandkids later 'cu, nenek ada blog tau. nak tau cite nenek zaman muda2 google lah blog nenek' *ok, mood berangan*

yang ketiga, banyak sebenarnya yang saya nak kongsi, pendapat, luahan atraupun perkara baru yang saya tah. tapi tak tahu nak mulakan cerita di mana. so, dengan adanya blog ni dapatlah jugak saya menyuarakan pendapat, rasa, berkongsi perkara baru yang saya tahu dengan readers *erk, ada readers ke?* memangla kadang2 kat fb pun saya selalu jugak tulis perasaan saya dan pendapat saya tapi macam agak limited, kalau kat blog ni, ha. ceritalah sepuas2nya sebab boleh tulis banyak2 hehehehe...

erm..rasanya itu aje kot buat masa ni. nanti saya tambah kalau ada yang nak ditambah lagi. dan kamu pula? kenapa kamu ada blog? selamat membaca =)


3 comments:

CikguShasha ^ ^ said...

i write both tecer :) blog n diary, both keep all of my memories safely:')

mama_QnR said...

Assalamualaikum Cikgu Shasha

Please spell teacher correctly.
Thank you

nini said...

betul......blog kita macam-macam kisah kita yang kita tulis...dan akan datang, semua ni akan jadi kenangan buat dri kita....selamat berblogging yer cikgu...=D