Showing posts with label white label. Show all posts
Showing posts with label white label. Show all posts

Beli Tudung Aidijuma Lagi?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 01 Jun 2016


Ingatkan hari ni Cikgu Faiz nak renew mykad di JPN Senawang tapi kena tunggu 3 minggu baru mykad baru siap. Kalau nak siap dalam masa sehari kena buat di JPN Seremban dekat Wisma Persekutuan. Sampai je dekat perkarangan wisma, kereta bersusun panjang. Hmm... macam takde harapan je nak buat mykad baru ni. Huhu. Terpaksa tangguhkan dulu niat nak buat mykad. Akhirnya Cikgu Faiz dan Encik Suami pergi jalan-jalan ke Mydin Mall Seremban 2.




Pergi Mydin memang tak sah kalau tak singgah di Concept Store Aidijuma. Pada mulanya Cikgu Faiz nak cuci mata je tapi tak sangka ada pulak yang berkenan. Huhu. Akhirnya terbeli juga dua helai tudung bawal AJ ni. Yang design bercorak tu keluaran White Label RM10. Tudung plain warna purple tu pula bawal AJ keluaran Grey Label kot sebab tag dia warna kelabu. Cikgu Faiz pon tak pasti sejak bila Grey Label ni muncul. Yang ni tudung dia ada corak timbul. Harga sehelai RM13. Oleh sebab Cikgu Faiz tiada koleksi corak timbul tu jadinya beli la sehelai untuk percubaan. Hihi.


Lepas cuci mata di CS Aidijuma, barulah jalan-jalan di kedai lain pula. Dapat jugak la sehelai baju t untuk dua orang anak Cikgu Faiz. Tiada gambar sebab baju dah masuk mesin basuh. Huhu. Ala, beli yang murah-murah je buat pakai basahan di rumah. Tak dapat nak berjalan lama-lama sebab Hannani ni tak boleh duduk diam asyik nak berlari je dalam mall. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Aidijuma Bulan Mei 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 31 Mei 2015


Dah lama rasanya tak update kolaksi terbaru tudung AIDIJUMA. Hihi. Setiap bulan tak boleh missed beli tudung ni. Kalau ikutkan tiap-tiap minggu ada design baru. Tapi Cikgu Faiz membeli mengikut kemampuan sahaja. Botak la kepala kalau tiap-tiap minggu nak beli. Pulak tu sekali keluar 4 5 helai design. Huhu. Cikgu Faiz akan beli design yang betul-betul menarik perhatian je dan yang paling penting boleh match dengan baju kerja. Haha.


Bulan Mei sahaja Cikgu Faiz dapat sambar 3 helai. Maksimum okey. Tak boleh lebih. Itu pon dah banyak kan. Nak tengok koleksi terbaru tu? Jom.



Ini white label. Namanya dah lupa la. Hihi. Cikgu Faiz beli sebab nanti boleh pakai masa mengajar tajuk 'meneroka angkasa' dekat murid-murid pra. 




Yang ni pulak green label sempena Hari Guru. Beli sebab kena dengan tema Hari Guru. Hihihi. Cikgu Faiz kan ajar ABC. Huhuhu.




Ini label terbaru. Yellow label. Label ni hanya dijual oleh premium reseller sahaja. Tiada di concept store mahu pun website aidijuma. Tapi tak tahu la kalau lepas ni datin ada jual online pulak. Hihi. Kainnya lembut macam black label jugak cuma harga je up sikit. Kalau black label biasa RM33. Yang ni Cikgu Faiz beli dengan premium reseller AJ. 2 lagi tu beli kat website je.




Esoknya terus selfie dengan tudung baru. Huhuhu. Lembut sangat. Berbaloi walaupun agak mahal. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Aidijuma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 04 April 2015


Cikgu Faiz muncul kembali setelah menyepikan diri buat seketika. Kebetulan tengah menyiapkan assignment jadi alang-alang tu update blog sekali sebelum tidur. Hihi. Dah lama rasanya tak cerita tentang koleksi terbaru tudung Aidijuma Cikgu Faiz tu. Hihi.




Yang ni green label sweet ape ye. Adoi, mudah betul lupa nama tudung ni.





Yang atas tu pula, green label Love Potion, white label Purple Wave dan Small Roses. Purple Wave tu biras yang punya. Cikgu Faiz tolong beli je. Hihi.





Yang atas ni pula pink label. Tak tau la namanya apa. Banyak sangat design. Sebenarnya beli untuk mak Cikgu Faiz tak tau la mak berkenan atau tak dengan warna pilihan anak dia ni. Ini je antara design yang tinggal. Yang lain semua dah 'SOLD' awal-awal. Huhu. Kalau mak tak nak Cikgu Faiz pakai je la. Hihihi. 


Ada lagi dua helai tak sampai lagi. Hihi. Alang-alang beli untuk mak tu boleh la beli untuk diri sendiri sekali kan. Hihihi. Design terbaru tu nanti Cikgu Faiz update okey. Itu sahaja nak cerita sebenarnya. Nak tido la sebab pukul 8.30 pagi ni ada mesyuarat AJK PIBG pulak. Nak kena bangun awal lagi. Huhu. Sekian.


Yang menaip,

Shopping Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 18 Februari 2015


Haii !! Hari ni Cikgu Faiz happy sangat. Sebab apa? Sebab barang yang Cikgu Faiz beli dah pon sampai. Yahuuu !!! Dari semalam tunggu baru petang tadi sampai. Dugaan betul kalau barang yang kita nak tu kan. Hihi.




Pagi tadi check tracking number dekat laman web poslaju tengok diorang dan buat proses penghantaran parcel tapi tunggu punya tunggu tak jugak sampai. Petang baru pakcik poslaju sampai siap borak-borak dengan abah lagi. Huhuhu. Iya la, Cikgu Faiz faham dekat nak raya ni kan banyak parcel tu yang lambat. Hihi.




Apa pun terima kasih buat pakcik poslaju sebab hantar barang Cikgu Faiz dengan selamat. Hihi. Tudung yang diidamkan telah tiba di depan mata. Yang ada perkataan LOVE tu namanya Love Word jenis white label. Yang lagi satu tu memang dah lama Cikgu Faiz dok cari. Lama tak lama la. Hihi. Puas hati sebab dah dapat design Orange Lotus jenis green label ni.




Hihi... Cantik tak? Cikgu Faiz beli Love Word ni dua helai sebab sehelai untuk biras. Memang comel sangat design ni. Sayang rasanya nak pakai. Huhu. Semakin hari design AIDIJUMA ni makin cantik. Kreatif betul datin mereka design terbaru setiap minggu. Huhuhu. Sekian saja laporan Cikgu Faiz pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi.


Masakan Halal Cina --> SINI


Yang menaip,

Koleksi Terbaru Tudung Aidijuma White Label



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 07 Februari 2015


Bersua lagi. Pagi-pagi buta dok update blog. Hihi. Nasib baik la esok cuti. Eh, tak cuti la. Pukul 11.45 pagi nanti ada LADAP di sekolah. Huhu. Nak buat macam mana? Cikgu Faiz ni makan gaji je. Lain la kalau bekerja sendiri kan.



Saje nak share koleksi tudung AIDIJUMA terbaru Cikgu Faiz. Hihih. Ini la design yang Cikgu Faiz beli di The Curve tu. Ala, yang dah tinggal saki baki tu. Hihi. Entri tu ada >DI SINI<.



AIDIJUMA WHITE LABEL - NUMBERS (RM10)



Wahhhh !!! Bukan main seronok lagi Hannani ye. Asyik nak tayang gigi je sekarang ni. Huhuhu. Sepit dekat rambut tu bukan senang dia nak pakai tau. Mau berperang masa nak pakaikan lepas tu takkan tahan lama. Tangan dia yang comel tu mesti nak usik lepas tu cabut. Hahaha. Sekian.


P. Ramlee di sini..... TEKAN SIKIT


Yang menaip,

Kenapa Cikgu Faiz Tak Sabar Nak Balik Kampung?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 01 Disember 2014


Alhamdulillah Cikgu Faiz telah selamat berada di kampung halaman. Jumaat lepas bertolak pada jam 12.00 tengah malam. Huhu. Sebab apa lewat malam sangat? Sebab Encik Suami kata malam sejuk tak panas. Huhuhu. Dah dia rela nak drive malam-malam buta Cikgu Faiz on je la.


Sampai je di kampung lebih kurang pada jam 3.00 pagi. Memang mata dah pedih giler la. Tak sabar nak tido tapi bila nampak je sesuatu atas meja solek terus tak jadi nak tido. Hahaha... Encik Suami dah selamat berdengkur dah. Hehe. Apa benda la yang membuatkan Cikgu Faiz excited sangat tu?


Inilah dia.....

 v

v

v

v

v



Yeay... lama sangat tunggu nak balik kampung semata-mata tudung aidijuma ni. Hihihi. Cikgu Faiz beli melalui online je dekat website aidijuma.com. Ambik sekali beli 3 helai terus. Mihmih. Ala, white label je pon. Sehelai RM10.





Ada lagi sehelai yang Cikgu Faiz beli. Grey Daisy green label. Yang ni Cikgu Faiz beli melalui seller aidijuma. Harga sehelai RM25 termasuk pos.





Hambik. Terus selfie dengan aj white label cat meow meow. Hihi.





Yang lain tak rasmi lagi. Setiap hari tudung baru. Mihmih. Mana yang cantik tu mesti asyik nak pakai yang tu je. Hihihi. Suka punya pasal. Lepas ni Cikgu Faiz akan bercuti selama sebulan dari membeli tudung aidijuma ni. Boleh tahan ke agak-agak. Dah la setiap minggu keluar design baru. Cantik-cantik pulak tu. Godaan betul la.


p/s : baru ni keluar black label terbaru pulak. Satu pon Cikgu Faiz tak beli sebab nak tahan godaan. Huhuhu.


Sekian.


Yang menaip,

Tambah Koleksi Tudung Bawal Aidijuma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 1 Oktober 2014


Mata mengantuk. Kepenatan menguasai diri. Tengahari tadi sesudah tamat sesi pdp di kelas prasekolah bergegas pula ke SK Puchong Perdana untuk Program Mentor Mentee sehingga jam 4.30 petang. Macam mana la nak gemuk ni asyik sibuk dengan kerja je. Huhuhu.


Okey la, sebelum Cikgu Faiz merehatkan diri nak update koleksi Tudung Bawal Aidijuma yang terbaru. Hihi. Beli masa pergi The Curve pada hari Ahad yang lalu.




Cikgu Faiz rembat tiga helai je. Dua helai white label car yang berwarna kuning dan ungu. Warna ungu tu kawan Cikgu Faiz nak beli pulak. Huhu. Takpe la. Dah ada satu pon okey. Yang lagi sehelai tu black label blue polkadot yang berharga RM33. White label tu RM10 setiap satu. Nak beli design yang terbaru tapi semua dah habis jadi ini je yang Cikgu Faiz dapat. Huhu.




Selfie kejap ye kawan-kawan. Hihihi. Tak kisah la tak dapat design terbaru tapi yang penting dapat tambah koleksi tudung ni. Hihi. Sekian.


Tempat menarik untuk percutian anda --> SINI


Yang menaip,

Cara Pakai Tudung Aidijuma White Label



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 September 2014


Baru sekejap ni belek-belek akaun nuffnang. Tengok dekat bahagian keywords ada la empat keywords tapi ada satu yang menarik perhatian Cikgu Faiz.




Haaa... nampak tak tu? 'Cara pakai tudung aidijuma white label'. Hihi. Cikgu Faiz tak pandai nak buat tutorial tudung ni sebab Cikgu Faiz pon baru je belajar sikit-sikit. Kepada yang nak tahu cara-cara nak pakai tudung aidijuma boleh la join group tutorial >JUST TUTORIAL #BAWAL AIDIJUMA< di facebook. Harap dapat membantu. Sekian.


Cikgu Faiz suka pakai hp jenama INI


Yang menaip,

Jalan-Jalan di Mydin Seremban 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 September 2014


Petang semalam Cikgu Faiz berjalan-jalan di Mydin Seremban 2. Pertama kali ke sana walaupun Encik Suami orang Seremban. Sedih kan. Huhu. Turut serta adik ipar dan keluarganya. Nasib agak baik petang tu sebab masa sampai tu orang tak ramai.




Masa tengah dalam perjalanan. Hihi. Hannani buat muka serius. Nak tergelak pulak tengok.




Suka Hannani dapat berjalan hari ni. Sebelum gerak tu Hannani dah puas tido jadi dia tak meragam masa berjalan. Bonda pon syok la window shopping. Hihi.




Masuk je Mydin terus nampak kedai ni. Hahaha. Memang itu pun salah satu sebab utama ke sini. Hikhik. Nasib memang baik sebab masa sampai tu takde orang langsung dekat dalam kedai. Best giler la. Pilihan pon banyak. Rambang mata dibuatnya.




Cukup la dua helai je hari ni. White label keluaran terbaru. Yang dekat rumah pon ada yang tak pakai lagi. Hihi. Lepas tu barulah mula shopping sikit-sikit. Sebenarnya nak beli pampers tapi terbeli benda lain jugak. Haha. Biasa la tu kan. Takde pulak gambarnya.




Selepas selesai membeli-belah perut pon dah lapar jadi singgah di Restoran Dapur Penyet dulu. Akibat terlalu lapar Cikgu Faiz tak sempat nak ambik gambar. Huhuhu.




Ini je la yang ada pon. Gambar dengan biras Cikgu Faiz, orang yang telah memperkenalkan bawal Aidijuma tu. Haha. Dalam masa beberapa minggu je Cikgu Faiz dah jadi peminat tegar Aidijuma.




Cuba tengok tudung kami berdua tu. Hihi. Masa dekat Mydin pon nampak ramai yang pakai tudung Aidijuma ni. Hihi. Oh ya, tudung Aidijuma ni kadang-kadang tak payah gosok pon takpe sebab tak nampak berkedut sangat. Tengok pada coraknya. Sekian.


Ish ish ish --> KLIK


Yang menaip,

Terjebak Dengan Tudung Bawal Aidijuma



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 14 September 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz telah mula berjinak-jinak dengan tudung bawal Aidijuma. Dulu selalu juga dengar nama tudung tu tapi tak terpengaruh lagi. Lepas Cikgu Faiz kirim sehelai tudung dekat biras, mintak tolong dia belikan, sejak dari itu rasa macam berminat pulak dengan tudung tu. Hihi.




Aidijuma. Jenama tudung bawal yang menjadi kegilaan wanita masa kini termasuk Cikgu Faiz. Hikhik. Yang best pasal tudung ni sebab bidangnya besar. Corak pulak ada macam-macam. Nampak ceria je kan. Yang ni Cikgu Faiz beli dekat concept store di Bukit Jelutong. Semua white label.




Yang best lagi pasal tudung ni sebab boleh digayakan dengan pelbagai gaya. Sekarang ni Cikgu Faiz dah join satu group tutorial yang mengajar cara-cara nak pakai tudung Aidijuma ni. Biras jugak la yang tolong masukkan Cikgu Faiz dalam group tu. Hihi. Mana yang nampak senang tu boleh la cuba kan. Kalau korang yang peminat tegar Aidijuma tu nak join sekaki pon boleh. Klik >SINI< Tudung atas tu pula Cikgu Faiz beli masa dekat HALFEST baru-baru ini. Ada white label dan black label.




Tak berapa pandai lagi nak belit-belit tudung. Ini pon gaya yang paling mudah. Belasah je la janji selesa. Hihi. Yang tak bestnya pasal tudung ni pulak stok cepat sangat habis. Itulah penangan Aidijuma yang tengah meletup-letup sekarang ni. Siapa dekat sini sama macam Cikgu Faiz, peminat tudung Aidijuma? Jom share koleksi tudung masing-masing. Hihi. Sekian.


Saya anak Malaysia --> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...