Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Pertama Kali Shopping Di 11street



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 14 Disember 2017


Pertama kali Cikgu Faiz shopping di 11street.my. Saje nak test barang dekat situ kebetulan memang tengah mencari barang ni ha untuk dinner sekolah nanti. Tak nak cari yang mahal-mahal kononnya. Dan hasilnya.....










Tadaaaa..... Handbag rupanya. Hihihi. Tak tahu la kena ke tidak dengan tema dinner tu nanti. Belasah je la. Harga handbag ni RM35 sahaja termasuklah kos penghantaran ke rumah. Tepat tepat sampai masa harijadi Cikgu Faiz baru ni iaitu 11 Disember. Hihihi. Kira hadiah birthday jugak la ni. Reward untuk diri sendiri kata orang. Hahaha.


Servis okey la. Nak kata cepat tu takde la cepat sangat. Lebih kurang 5 hari jugak memakan masa nak dapat barang ni. Cuti-cuti ni shopping ajelah kerjanya ye. Kadang-kadang bila dok window shopping tu tiba-tiba rasa blur tak tahu nak beli apa akhirnya tutup terus laman web tu. Huhuhu. Mungkin nafsu belum menguasai diri lagi. Kikiki. Dah jom tido.


Yang menaip,

Blaus Dari Potton Kids



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 02 Jun 2017


Ya ampunn !! Semenjak cuti sekolah Sabtu lepas, Cikgu Faiz tak habis-habis cuci mata dekat facebook. Adui... nak dekat raya ni banyak pulak iklan-iklan yang menarik hati. Rambang mata dibuatnya tau. Dalam banyak-banyak tu, Cikgu Faiz try la beli sehelai blaus warna ungu ni untuk Hannani. Kebetulan haritu beli seluar jeans tapi takde blaus yang menarik hati, lepas tu boleh pulak terjumpa yang dekat facebook ni terus berkenan. Apa lagi terus taip 'PM' dekat ruangan komen. Hihi. 




Yeay.... Blaus yang comel ni Cikgu Faiz beli dari Potton Kids. Selain warna ungu, ada juga warna lain seperti merah jambu. Blaus ni available untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun sehingga remaja berusia 15 tahun. Harga untuk saiz 5 tahun ni RM40 tak masuk postage. Kalau saiz 9-15 tahun harga lain pulak ye. Kalau korang pon berkenan dengan blaus yang comel ni boleh je order dekat page Potton Kids. Sambil tu boleh juga cuci mata dengan produk lain yang turut dijual. Jom serbu !!!




Sekian.


Yang menaip,

Online Shopping | Set Travel Korean Pouch



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 27 Mei 2017


Haritu masa Cikgu Faiz tengah scroll newsfeed di facebook terjumpa la satu iklan ni yang mempromosikan set Korean Travel Pouch Bag. Tengok gambar macam menarik sebab satu set tu ada 5 beg yang berlainan saiz. Bila dah berkenan Cikgu Faiz pon taip 'PM' di ruangan komen. Hihi. Dalam masa beberapa saat je terus dapat respon dari seller. Memandangkan Cikgu Faiz mempunyai masalah bila packing barang nak balik kampung atau bercuti, makanya Cikgu Faiz terus mengambil keputusan untuk membeli beg ini. Masalahnya takde la besar sangat. Encik Suami tu la gemar sangat cari baju sampai sakit mata dibuatnya. Huhu. Memang terbaik la servis dia. Lepas selesai deal dengan seller tersebut, dalam masa dua hari barang pon sampai. Cikgu Faiz terkejut jugak masa tu sebab dah lupa yang Cikgu Faiz ada beli barang. Huhu. Tua dah Cikgu Faiz ni. Okey, jom usha macam mana rupa bentuk beg tu.




Taraaaa..... Inilah dia. Pink colour gitu. Cikgu Faiz dah tak sabar nak tengok rupa beg ni jadinya lepas murid-murid dah balik terus buka parcel. Tak sabar weh!





Oleh kerana bagasi Cikgu Faiz ni bersaiz sederhana, tak dapat la nak sumbat kelima-lima beg ni tapi memang berguna sangat la rasanya. Tak rugi beli. Bagasi ini hanya menempatkan pakaian Cikgu Faiz dan Encik Suami. Untuk mengelakkan Encik Suami membuatkan pakaian berselerak, kena la packing pakaian Cikgu Faiz dalam satu beg pink tu. Wahh !! Muat-muat je separuh bagasi tau. Bahagian sebelah lagi tu baru Cikgu Faiz susun pakaian Encik suami tapi tak masuk dalam beg pink. Hihi. Pandai tak? Lepas ni selamat la pakaian Cikgu Faiz dah tak bersepah. Haha. Encik Suami ni kalau Cikgu Faiz dah susun pakaian sebelah menyebelah, dia tetap akan cari di ruangan pakaian Cikgu Faiz. Aish, takkan la Cikgu Faiz nak campur-campur pulak baju tu. Kan susah nak cari. Hihi. Rasanya ada tak yang mengalami masalah macam Cikgu Faiz ni?





Yang ni pula Cikgu Faiz packing pakaian Hannani. Sama juga macam bagasi tadi, Cikgu Faiz susun sebelah menyebelah dengan pakaian abang Hakim. Satu beg lagi Cikgu Faiz packing dua pasang telekung. Lagi dua beg tu saiznya kecil sedikit dan boleh barang-barang mekap / aksesori / kasut / selipar dan lain-lain. Harga satu set beg ni RM50 je uolls. Berbaloi sangat. Tapi masa Cikgu Faiz beli tu dia kata RM50 tu untuk yang terawal sahaja. Huhu. Kalau korang berminat dengan set Travel Korean Pouch ni boleh la intai-intai pada pautan di bawah. Mana tahu ada rezeki korang boleh dapat RM50 kan.



Haaa... apa lagi. Serbu la cepat. Tak lama dah nak raya ni. Boleh la buat persiapan nak balik kampung nanti. Mudah pon mudah dengan adanya set Travel Korean Pouch ni. Hihi. Sekian.


Yang menaip,

Shopping Di Zalora | Woven Flat Sandal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Mac 2016


Khamis lepas, Cikgu Faiz ada order barang dekat zalora. Macam biasa la kan guna baucer yang dapat hari tu. Hihi. Mula-mula Cikgu Faiz nak beli blaus tapi bila masukkan kod baucer tu tak boleh. Pilih beg pulak. Pon sama tetap tak boleh nak bayar. Cikgu Faiz cuba barang mekap pulak. Pon sama tak boleh jugak. Huhu. Penat memilih barang akhirnya Cikgu Faiz pilih sandal pulak. Kali ni kalau tak boleh jugak Cikgu Faiz pasrah je la. Huhu. Alhamdulillah berjaya jugak submit kod tu. Hihi. Kalau ikutkan semalam (Jumaat) dah dapat barang tapi ninja van telefon bagitau boleh hantar hari Sabtu (hari ni la). Cikgu Faiz memang tak sabar nak tengok rupa sandal zalora tu. Huehuehue.



Yeay dah sampai !! Walaupun agak lambat dari waktu yang dijanjikan semalam, Cikgu Faiz dah tak kisah sebab barang dah ada di depan mata. Hihihi.




Excited giler sebab ini pertama kali Cikgu Faiz beli kasut secara online. Huhu.




Inilah rupa sandal zalora. Boleh tahan jugak tapi sayang seribu kali sayang, ianya besar dan longgar bila kaki Cikgu Faiz pakai sandal ni. Hahaha. Dekat tepi tu boleh adjust talinya tapi tetap longgar. Eheh. Kecik jugak kakiku ini rupanya. Sandal ni saiz 6 sebab biasanya kalau beli kasut memang saiz 6 je boleh muat. Mungkin Cikgu Faiz patut pilih saiz 5 kan. Tapi takpe, mungkin takde rezeki nak pakai sandal zalora ni. Lain kali boleh try beli saiz 5 pulak tengok muat tak. Hahaha. Nak tukar pon tak boleh sebab Cikgu Faiz beli guna baucer je. Hihi. Takpe, tunggu rezeki lain pulak lepas ni. Apa pun terima kasih zalora. Lepas ni jangan la segan segan nak bagi baucer lagi ye. Hihi. 


Oh ya, harga sandal ni RM79. Selain warna hitam ada jugak warna putih. Cikgu Faiz rasa warna putih lagi cantik tapi entah kenapa tangan Cikgu Faiz ni gatal gatal pergi pilih warna hitam. Sebelum ni pon Cikgu Faiz pernah beli barang di zalora ni. Servis memang bagus dan Cikgu Faiz berpuas hati dengan barang-barang yang dibeli. Sekian.




Yang menaip,

Puas Hati Beli Barang Di Zalora



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 17 Disember 2015


Akhirnya barang-barang dari zalora telah selamat diterima. Punya la besar bungkusannya membuatkan Cikgu Faiz begitu teruja untuk melihat barang-barang tersebut. Hihi.




Barang pertama yang Cikgu Faiz pilih di zalora ialah beg laptop ni. Kebetulan memang tengah mencari beg laptop. Terjumpa pula beg ni. Huhu. Boleh tahan besar jugak. Harga RM88 selepas diskaun. Harga sebenar dah lupa pulak. Hihi.




Barang kedua pula beg balik kampung warna pink tu. Hihi. Masa tengok gambar Cikgu Faiz ingatkan beg ni kecik je macam handbag. Ingatkan boleh isi barang-barang Hannani bila pergi jalan-jalan tapi bila tengok semalam memang besar. Terus jadi beg balik kampung la. Hahaha. Setakat isi beberapa helai baju Cikgu Faiz anak beranak untuk dua tiga hari tu boleh la. Harganya RM89 selepas diskaun. Harga sebenar RM1++ jugak.


Keseluruhannya Cikgu Faiz berpuas hati dengan kedua-dua beg tersebut. Dah tak payah nak pikir pasal beg laptop dan beg balik kampung lagi. Kihkih. Yang penting ianya percuma je. Cikgu Faiz guna baucer dari zalora untuk kedua-dua barang tu. Hihi. Banyak dah jimat. Rezeki kan. Alhamdulillah. Terima kasih zalora. Ada rezeki nanti Cikgu Faiz shopping lagi ye. Proses penghantaran barang pon cepat. Beli sebelum jam 12.00 tengahari barang akan diposkan pada hari tu jugak. Esok terus dapat. Memang terbaik. Sekian.


Yang menaip,

Pertama Kali Membeli-Belah Di Zalora



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 14 Disember 2015


Buat pertama kalinya Cikgu Faiz shopping dekat laman web zalora. Kalau tengok harga boleh tahan jugak la. Kalau nak shopping seeloknya tunggu zalora buat sale. Masa tu mesti rambang mata dibuatnya.




Hasil shopping di zalora beberapa hari yang lalu. Hihihi. Ada dua barang yang Cikgu Faiz beli. Yang ni baru je sampai tadi. Tak sabar nak balik Bentong tengok rupa barang-barang tu. Berbaloi atau tidak dengan harganya? Nanti Cikgu Faiz update ye. Sekian.





Yang menaip,

Kek Batik Alyn Farina Datang Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 27 Februari 2015


Minggu lepas Cikgu Faiz ada order kek batik ni secara online. Memang saja tunggu harga promo RM10 untuk sebekas sebab harga biasa RM15. Hihi. Dah lama jugak tak order kek batik ni. Walaupun ianya sekadar kek batik yang senang dibuat tapi rasa macam terpanggil-panggil untuk order. Hihi. Sekali sekala tekak ni memang teringin nak makan kek yang dibeli. Tangan pulak gatal-gatal je pegi order. Huhuhu.




Bukan selalu dapat harga promo RM10 sebekas tau. Kadang-kadang terlepas juga tapi nasib baik la sekarang ni owner kek batik ni rajin jugak buat harga promo tu. Hihihi. Sekiranya ada yang berminat untuk mencuba kek batik ni boleh la klik link kek batik di atas tu untuk pembelian ya. Dalam entri tu Cikgu Faiz ada letak link instagram dia.




Ini pulak rezeki untuk hari ini. Alhamdulillah... Ada parent yang bermurah hati memberi keropok kembang ni. Boleh jugak buat kunyah-kunyah cuti hujung minggu ni. Rezeki anak-anak. Sekian.


Seronoknya kalau dapat bercuti macam ni --> SINI


Yang menaip,

Shopping Lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 18 Februari 2015


Haii !! Hari ni Cikgu Faiz happy sangat. Sebab apa? Sebab barang yang Cikgu Faiz beli dah pon sampai. Yahuuu !!! Dari semalam tunggu baru petang tadi sampai. Dugaan betul kalau barang yang kita nak tu kan. Hihi.




Pagi tadi check tracking number dekat laman web poslaju tengok diorang dan buat proses penghantaran parcel tapi tunggu punya tunggu tak jugak sampai. Petang baru pakcik poslaju sampai siap borak-borak dengan abah lagi. Huhuhu. Iya la, Cikgu Faiz faham dekat nak raya ni kan banyak parcel tu yang lambat. Hihi.




Apa pun terima kasih buat pakcik poslaju sebab hantar barang Cikgu Faiz dengan selamat. Hihi. Tudung yang diidamkan telah tiba di depan mata. Yang ada perkataan LOVE tu namanya Love Word jenis white label. Yang lagi satu tu memang dah lama Cikgu Faiz dok cari. Lama tak lama la. Hihi. Puas hati sebab dah dapat design Orange Lotus jenis green label ni.




Hihi... Cantik tak? Cikgu Faiz beli Love Word ni dua helai sebab sehelai untuk biras. Memang comel sangat design ni. Sayang rasanya nak pakai. Huhu. Semakin hari design AIDIJUMA ni makin cantik. Kreatif betul datin mereka design terbaru setiap minggu. Huhuhu. Sekian saja laporan Cikgu Faiz pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi.


Masakan Halal Cina --> SINI


Yang menaip,

Kasut Sekolah Untuk Dijual



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 23 Jun 2014





Kasut sekolah untuk dijual. Baru pakai sekali je masa Sambutan Hari Guru bulan lepas. Saiz kecik aje 5. Hihi. Ada yang berminat tak? Kalau ada WhatsApp / Telegram Cikgu Faiz di talian 012-9771902.

Harga : RM20 semenanjung Malaysia
RM25 Sabah dan Sarawak


MAKAN


Yang menaip,

Kopi Mata Cen Roma Untuk Mata Anda



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 12 Jun 2014


Beberapa minggu lepas Cikgu Faiz ada cerita tentang Kopi Mata kan. Kali ni entri yang lebih lanjut mengenai Kopi Mata Pertama Di Dunia iaitu Kopi Mata Cen Roma.




Untuk pengetahuan semua, setiap paket Kopi Mata Cen Roma mengandungi 0.34% Flora Glo Lutein.


Apa itu Lutein?

Lutein kaya dengan karotenoid (b-karotena) iaitu nutrien yang penting untuk melindungi mata daripada cahaya UV. Litein boleh didapati di dalam kale, bayam, brokoli atau sayur-sayuran berwarna merah, jingga, kuning dan hijau. Mata di kawasan macula adalah terdiri daripada lutein. Ia melindungi kita dari cahaya berbahaya UV. Apabila badan tidak dapat menghasilkan lutein, ia akan berkurangan apabila kita meningkat usia. Jadi, penambahan tahap lutein melalui diet adalah penting seperti meminum Kopi Mata Cen Roma.


Kenapa pilih Flora Glo Lutein?

Flora Glo Lutein dipatenkan di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia mempunyai proses pembersihan yang unik dan cukup inovatif dan digunakan di dalam ujian klinikal lebih daripada mana-mana lutein yang lain. Flora Glo Lutein diekstrak dari bunga Marigold Afican yang ditanam di Thailand dan India tanpa racun perosak.


3 Fungsi utama Lutein.

KARATENOID yang membantu merawat penyakit mata terutama AMD, katarak, rabun dan sangat baik untuk jantung.

ANTIOKSIDAN yang berfungsi seperti tentera untuk meneutralkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

SERAP CAHAYA BIRU iaitu melindungi kawasan macula dengan menapis cahaya biru. Biru adalah gelombang cahaya UV seperti UVB, UVA dan UVC yang dihasilkan oleh komputer, televisyen, telefon bimbit dan lain-lain.


>>> Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa anda perlu mendapat 10mg lutein seharian untuk menjaga kesihatan mata.


Kopi Mata Cen Roma baik untuk penyakit mata seperti :-

  • AMD (umur berkaitan degenerasi macula)
  • Mata berair
  • Mata pedih
  • Mata kabur
  • Mata silau
  • Rabun dekat
  • Rabun jauh
  • Katarak
  • Mata gatal
  • Migrain
  • Gout
  • Sakit jantung
  • Kanser
  • Diabetes
  • Alzheimer


Sekotak Kopi Mata Cen Roma mengandungi 15 paket dan berharga RM60 tidak termasuk pos. Sekiranya anda berminat dengan kopi mata ini boleh SMS/WhatsApp/Telegram : 012-9771902. Sekian.


Jom usha tablet baru --> SINI


Yang menaip,

Ephyra di Karnival Jom Heboh, Presint 3 Putrajaya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 25 Mei 2014


Semalam dapat juga pergi ke Karnival Jom Heboh di Presint 3 Putrajaya. Nasib baik Encik Suami habis kelas pjj tengahari jadi petang tu dapat la pergi. Hihi. Motif utama ke sana hanya satu iaitu EPHYRA. Huhu. Yang lain tak peduli dah. Masa nak pergi tu cuaca dah mendung nak hujan lepas tu sampai sana pon dah renyai-renyai. Tapi nasib baik orang tak ramai sangat dan dapat parkir yang agak dekat jugak la. Fuhhhh...




Heh... semalam terus borong 3 set pek trial. Semuanya RM150 je. Murah tu. Ikut harga sebenar memang tak dapat la kan. 1 set trial ni RM50. Dalam setiap pek ada 1 box ephyra 10 sachet, shaker, pouch bag dan recycle beg ephyra. Wow... memang banyak free gift semalam. Hihi. Mug dan t-shirt ephyra tu dapat free. Hihi. Dapat borang peraduan testimoni ephyra lagi tu. Ha.... peminum tegar ephyra yang ada berhampiran dengan Putrajaya tu apa tunggu lagi? Cepat serbu booth ephyra hari ini. Untung-untung dapat jumpa duta ephyra Memey dan Norman. Hihi.


Oh ya, sekarang ni Cikgu Faiz dah mula berjinak-jinak dengan ephyra dan dah daftar sebagai agen. Jadi kepada yang nak beli ephyra tu boleh la mesej atau whatsapp Cikgu Faiz di talian 012-9771902. Harga? Pastinya murah daripada harga biasa di pasaran. Hihi.


Sekian.


Kenapa pulak dengan Maxis ni? KLIK


Yang menaip,

Kopi Mata Cen Roma - Kopi Mata Pertama Di Dunia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 17 Mei 2014


Rasanya masih belum terlambat untuk Cikgu Faiz mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia ini. Happy Teacher's Day. Tak kira la anda cikgu apa sekali pun yang pasti tugas anda ialah memberi ilmu kepada anak bangsa. Okey la bersempena dengan Hari Guru ini Cikgu Faiz nak buka order untuk satu produk kesihatan untuk mata iaitu Kopi Mata Cen Roma.




Kopi mata pertama di dunia yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah mata seperti rabun jauh atau rabun dekat, mata berair, mata silau, katarak, mata pedih. 

Selain masalah mata, kopi cen roma juga sesuai diminum oleh mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan nyanyuk.







Sekotak mengandungi 15 sachets.

Harga sekotak : RM60
Postage : RM7 (Semenanjung), RM9 (Sabah dan Sarawak)
Postage 2 kotak : RM9 (Semenanjung), RM12 (Sabah dan Sarawak)


Sekiranya ada yang berminat dengan kopi mata cen roma ni boleh whatsapp Cikgu Faiz di talian 012-9771902


Sekian.


Yang menaip,

Apple Learning Quran Murah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 13 Mei 2014


Sempena dengan Hari Guru yang bakal menjelang tidak lama lagi Cikgu Faiz nak buat promosi sikit. Hihihi. Promosi mainan pembelajaran Apple Learning Quran.






Salah satu mainan Islamik yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Sebab apa? Apa yang ada dalam Apple Learning Quran ni? Apple Learning Quran mengandungi :-

1. Doa-doa harian
2. Surah-surah pendek
3. Nasyid
4. Bacaan ketika solat
5. Azan
6. Lampu liplap yang menarik


Secara tidak langsung anak-anak akan belajar berdasarkan apa yang mereka dengar. Maka sebab itu digelar mainan pembelajaran.





Hannani pon ada mainan Apple Learning Quran tapi abang dia selalu kacau. Huhuhu. Kepada yang berminat dengan Apple Learning Quran ni boleh whatsapp di talian 012-9771902.


Harga biasa : RM35 semenanjung / RM38 Sabah Sarawak
Harga Promo : RM30 Semenanjung / RM35 Sabah Sarawak

FREE POSTAGE !!!

Saiz bateri : AAA (3 biji)
Pilihan warna : kuning, oren, hijau


Yang menaip,

Transparent Bag Murah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi ni Cikgu Faiz nak promote barang sikit. Sempena Hari Ibu ni kan.




Ini adalah beg tranparent yang Cikgu Faiz jual. Banyak sangat kegunaan beg ni. Boleh dijadikan bekas menyimpan alat-alat tulis, barang-barang mekap, barang-barang baby dan apa-apa je la yang nak disimpan. Ada zip sekali. Terdapat lima pilihan warna yang comel.








Harga biasa : RM15
Harga promosi : RM13

Postage 1 pcs semenanjung : RM6
Postage 2 pcs ke atas semenanjung : RM9
Postage Sabah dan Sarawak : RM10


Kepada yang berminat dengan beg transparent di atas boleh PM Cikgu Faiz di facebook SINI atau terus whatsapp di nombor 012-9771902 / WeChat : cikgufaizcute


SEKIAN




Yang menaip,

Suka Makan Kek Batik AlynFarina



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 01 Mac 2014


Sekarang ni Cikgu Faiz minat betul makan kek batik. Hari tu ada la jugak simpan resepi kek batik tapi takde masa la nak buat. Memang senang sangat. Huhu. Kalau dekat instagram banyak sangat yang jual kek batik ni tapi Cikgu Faiz cuma tertarik dengan kek batik ini sahaja. 




Perkenalkan kek batik AlynFarina. Kek batik ni popular sangat dekat instagram. Fatin Diana pon ada beli. Hihi. Masuk ni dah 6 bekas Cikgu Faiz borong. Huhu. Mula-mula beli melalui pos tapi bila ada dealer yang boleh hantar ke tempat kerja terus je Cikgu Faiz order melalui dia. Senang tak payah tertunggu-tunggu kek batik ni. Selalu Cikgu Faiz order hari Ahad lepas tu dealer akan hantar ke sekolah pada hari Isnin. Hihi. Terima kasih tau QASEHNYZA.


AlynFarina ni ada ramai dealer di seluruh negeri tau. Kalau nak tahu dan nak COD boleh rujuk instagram ALYNFARINA.




Hihihi. Hannani pon nak tumpang glamour kek batik ni. Kalau abang dia bukan main suka lagi makan kek batik ni. Kadang tu berebut-rebut dengan bonda. Huhuhu. Oh ya, lupa pulak nak bagitau harga kek ni. Kalau COD harganya RM15 sebekas. Kalau melalui pos RM20 sebekas.


Hebat sangat ke dia ni? --> KLIK


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...