Cik-anne Friend

Friday, November 26, 2010

Part 2 - Trip to Universal Studios...Nov 2010

Sambungan weols part 2...





kat sinilah lah terletaknya 2 roller coaster yang menyeramkan.Tapi x start  operation lagi.

Battlestar Galactica Human



Battlestar Galactica Cylon

x tahu apa character nie...

Revenge of the Mummy...wajib berposing dulu.Tapi memang tak dapat nak ambik photo tanpa back ground orang berdiri or berjalan or berposing.Layannn....










yang nie namanya Accelerator..biasanya bentuk cawankan,yang nie lain sikit la..


Tuesday, November 23, 2010

Part 1 - Trip to Universal Studios...Nov 2010

Hai,

Last week weols pergi holiday di USS.Weols stay kat Danga bay.Pagi2 weols dah booking bas tour ke USS.Ingat pi hari isnin x ghamai org tapi penuh gak org dalam bas yg weols naik tu.Kalau time cuti sekolah lagi ghamai la gamaknye.Gerak kul 10 am sampai kat USS dlm kul 12 tgh.Kuar dari bas terus pi kaunter amik tiket,nasib baik my hubby dah booking online x adelah nak beratur panjang2.Lain kali kalau korang nak pi kat USS booking online jer.

nie la hotel yang weols nginap..


sempat pose kat pintu masuk tune hotel..he he he








Bila kita purchase pass masuk,dia akan bagi kita voucher $5 meal voucher n $5 sourvenir voucher.Voucher ni kena claim kat Guest Service Counter.Bagusnya USS ni dia bagi kita voucher.he he he...


Cun kan castle ni,dalam castle ni ada panggung 4D shrek.Seronok betol layan 4D shrek ni.Kalau banyak masa sahih weols layan 2-3 round.A must to see...




Memang syok giler shrek ni sebab setiap action shrek memang kita rasa sampai kena sembur air pon rasa.Memang best....



photo nie kat dalam castle untuk tenguk movie 4D shrek.Ada dua tempat menunggu before masuk ke panggung.Lenguh kaki berdiri sambil dengar story sebab sambungan story tu ialah movie 4D tu..
Bergambar dengan Puss in boots dari Shrek Movie...

weols beratur nak tenguk show Donkey live..

Habis jer show tu weols pi tenguk show kat WaterWorld.Weols ingat weols lah yang paling awal..rupa2 nya dah ramai orang beratur..punyalah ramai..nak tak nak weols redah jer lah..


sempat pose sebelum show start...






Show ni walaupun x tau jalan citer ,tapi aksi stunt dia memang bestlah,yang lawak tu sebelum show start krew diaorang main simbah2 air kat odien yang duk kat row depan kerusi hijau.tu.he he he..Sesiapa pegang payung/pakai rain coat..orang tu yang kena tuju dengan air...sampai lencun.Tapi seronok bergelak ketawa..





Memang mantap stunt show ni.meletup sana sini...



Layan pics weols kat Madagascar...






Sambil pusing2 kat dalam USS nie..weols pun sempat berposing dgn character2 USS. So apalagi.click..click...click...





'Marylin Monroe'

tunggu sambungannye....



-cik-anne-




Tuesday, November 9, 2010

Buah Hawa @ Buah Zuriat

    Actually minggu lepas kakak cik-anne yang sulung baru balik dari menunaikan Haji.Dia sempat belikan Buah Hawa nie.Terima kasih yer kak...Sebenarnya buah hawa nie dikenali sebagai buah adam/buah zuriatti/buah koka.Semuanya sama.Dikatakan buah zuriat nie amat berkhasiat.Bila di rebus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh2 badan dengan izin Allah.Apapun jua kenalah berkeyakinan, segala  yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita.
    Seperti yg sedia maklum.. untuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. Ha.. yang tu cik-anne tak mampu nak asingkan antara isirung berwarna putih dengan tempurung tu. Hari tu cik -anne minta tolong ayahda.

 Buahnya sebesar buah ciku...

 Dalam macam sabut kelapa...

Kalau nak pecahkan memang kena kudrat orang lelaki...

Isi dia memang keras....

Gambar atas ni la.. hasil usaha tu.. cik-anne terus rebus.. kata sumber yg cik -anne rujuk tu.. kena rebus setiap hari sambil di tambah air.. cik-anne rebus lebih kurang setengah 
jam.. buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot.