Kelahiran Ini

Kelahiran ini bermula dari sebidang dada subur yang kosong.
Tugallah benih pilihan sendiri dan siramlah ia dengan kemanisan rasa terpancar dari kilau minda dan emosi sendiri.
Teroka cari ruang sendiri, tanggamlah rupa bentuk dihajat, olahlah reka corak sepuas mahu.
Maka demikianlah berbahasa seseorang insan dengan daya budi sendiri.
Demikian itulah dirinya dan itulah jiwanya.

Jumaat, 21 September 2012

KUASA PASARAN VS KUASA PELANGGAN.


Engkau memang hebat dan bijak dalam perniagaan. 
Helah niaga kalian memang kejat mengunci perangkap.
Sementara kamilah pelanggan setia urusniaga kalian. 
Memang lena lali dalam belai pujuk kejat terikat. 
Lali lalai kami puncanya mesra lembut belaian. 
Namun janganlah alpa lupa kerja bijak kalian. 
Membelai kami sehingga lali lena tetap berterusan. 
Takut tetiba terjaga kami dari dengkor di lena nyenyak. 
Meloncat bangkit kerana dikejutkan sengat pepijat. 
Menerkam menerpa tak kira haluan sasaran. 
Rupanya engkaulah punca segala celaka. 
Mengusik hati dan parah merobek rasa. 
Berang kami marahkan kamu bencikan kalian. 
Masih jua serempak rupa kamu berlegar di pasaran. 
Wajah kalian masih gagah bertapak di rangkaian jualan. 
Rakus mengaut untung enak lunak berbelit dikuasa pasaran.
Bayangkanlah selanjutnya bagaimana hikayat membawa kesah.
Kalau kelak kami jadi terkumpul menjadi kuasa arah halang pasaran.

Tiada ulasan: