Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai Fama telah mengadakan Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009 yang telah bekerjasama dengan salah sebuah Majalah Seri Dewi & Keluarga iaitu sebuah keluaran Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.Pencarian Chef Kreatif Bagi Peringkat Akhir ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 20/12/2009 ( Ahad ) & 21/12/2009 ( Isnin ) yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam.Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Peringkat Akhir ini telah diadili oleh Selebriti Chef Maggi iaitu Chef Muluk, Editor Majalah Seri Dewi & Keluarga iaitu Puan Norlis Salusi, Bekas Pengerusi Persatuan Chef-chef Malaysia iaitu Chef Joe, Pegawai daripada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan Pegawai daripada Lembaga Pemasaran Pertanian ( Fama ).Terdapat hanya 10 orang peserta sahaja yang terpilih ke peringkat akhir Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009 daripada 400 orang Penyertaan awal di peringkat saringan.Hadiah-hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.Sewaktu Peringkat akhir ini semua peserta menunjukkan persembahan yang terbaik dan saya telah pun menyediakan 2 menu hidangan istimewa iaitu Spagheti Goreng Sayuran Ala Kampung dan Kek Nanas Nostalgia.Alhamdullilah pihak juri memberikan komen-komen yang terbaik buat kedua-dua resipi pilihan saya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan