Selasa, 29 Disember 2009

Info Kesihatan ( Makanan Segera )


Di Negara Malaysia kini restoran makanan segera semakin banyak dan tumbuh bagaikan cendawan, begitu juga dengan produk-produk makanan segera yang dipasarkan dalam bentuk paket, botol dan sebagainya seperti mee segera, makanan segera dalam tin.Masalahnya adakah ia baik untuk kesihatan.Bagi menjana Masyarakat Malaysia yang sihat daripada pelbagai penyakit saya sendiri ( Chef Arm ) menyeru agar kita mengurangkan makanan segera kerana kebanyakan makanan segera ini mengandungi kandungan gula, garam, lemak dan kolesterol yang tinggi.Para Doktor di Malysia juga mencadangkan agar mengurangkan pengambilan makanan segera dan sekiranya igin menikmati makanan segera cukuplah hanya sekadar menikmatinya sekali sahaja dalam sebulan.Apa akan terjadi pada kanak-kanak kini pada masa depan sekiranya negara Malaysia hanya diliputi dengan lambakan makanan segera sahaja.Fikir-fikirkanlah...........................

Tiada ulasan: