Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Partner ShopBack

Sambungan entry ShopBack.
Tapi hari ni nak cerita pasal partner ShopBack pula.

Sebenarnya bukan shopping online jer boleh dapat semula tunai.
Bila nak pergi bercuti pun boleh dapat tunai juga.

Kita boleh claim tunai dari partner ShopBack macam Booking.com, Expedia, dan AirAsiaGo.
Kalau tgk Booking.com, dapat semula tunai sebanyak 9%.
Katakan kita booking Family Room dgn harga RM200, dapat semula tunai RM18.
Tak ke untung tu?

Jangan lupa join tau... Klik "Nak Join" untuk sertai ShopBack :)
Pastikan ada email saya (nbijen@yahoo.com) untuk dapat RM5 dalam akaun mommies.

NuKilaN:
 

Thursday, March 9, 2017

Cashout dari ShopBack

Siapa kat sini suka shopping kat Lazada atau selalu guna Booking.com?
Angkat tgn sikit nak tengok...

Bagi yg angkat tangan tu, sape pula dah join ShopBack?
Angkat tangan yg lagi satu nak tgk?

Bagi yg angkat dua2 tangan utk soalan kat atas, kita geng... sep sikit!

Bagi yg belum tahu apa tu Shopback, boleh tgk video ni...

atau boleh terus klik link ni...

Dalam kata lain, shopback ni menawarkan cashback bila kita buat pembelian online. Ada la beberapa peratus yg partner shopback tawarkan.

Contohnya, minggu ni kalau beli baju kat Lazada, dapat 11% cash back. Kalau beli baju harga RM50, dah dpt RM5.50 semula. Tak ke untung tu?

Saya mula join Shopback ni bulan Ogos tahun lepas. Sekarang jumlah terkumpul dah RM200+.

RM141 dh ready utk di Payout.

Yes, tak sabar nak dapatkan semua cash yg dah dibelanjakan online :)

Berminat nak join? Sila klik "Nak Join" atau boleh tinggalkan email di komen untuk saya invite :)
Kena klik pada link "Nak join" dan pastikan ada email saya (nbijen@yahoo.com) untuk dapatkan RM5 secara automatik dalam akaun uolz.
Yg baru daftar dapat RM5, yang jadi referral pun dapat RM 5.
Win-win situation org kata :)

Jom kita sama2 shopping dan terima semula cash :)

NuKilaN:
 

Thursday, July 24, 2014

Rezeki Irfan

Lagi kisah di hari akhir persekolahan.
Kalau Aisyah dapat award Learning superstar, Irfan pula bertuah bila dapat dapat cabutan bertuah dalam kalangan pelajar KS2 yang mempunyai kehadiran 100%.
Bukan main banyak lagi hadiah yang Irfan dapat dari kotak merah ni...
Antaranya game connet4. Mcm tau2 jer cikgu yg Irfan suka main game ni.
Ada juga game monopoly Junior.
Dan satu kit craft bersaiz Jumbo.
Ada lagi satu iaitu satu kotak coklat.
Belum sempat snap gambar, dah habis tiga beradik tu kerjakan.
Alhamdulillah, rezeki Irfan.
Dah la sekolah kat sini percuma, dapat hadiah mcm2 lagi di hari terakhir persekolahan :)

Tuesday, September 17, 2013

Pelanggan setia tesco online

Hingga sekarang, saya tetap setia dgn tesco delivery.
Salah satu sebabnya adalah....
Kupon penjimatan selama 6 minggu
Selalu dapat kupon diskaun.
Daripada biar kupon expired, baik saya order barang2 yang perlu.
Dengan belanja GBP60, jumlah yang perlu bayar cuma GBP51.
Bagi saya, nilai GBP9 tu sangat besar nilainya :)

Selain Tesco, ada lagi supermatket lain yang boleh order online macam Asda, Morisson, Saintburry. Tapi bila buka laman web dan browse barang2 yang ada, hati macam tak berkenan. Macam Asda, susah sikit nak navigate bila nak cari barang. Atau dengan kata lain laman webnya tidak user friendly. 

Pi mai pi mai, last2 order kat Tesco jugak. Dah la tesco ni pandai ambil hati customer... hihihihi :)

Monday, June 18, 2012

kelam kabut

Pagi hari yang paling kelam kabut!

Selepas hampir 7 bulan En Abah tak kerja, hari ni hari pertama En Abah kerja kat uni Bradford. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak En Abah kerja. Saya pun tumpang bahagia walaupun terpaksa siapkan anak-anak ke sekolah tanpa bantuan en Abah.

Sebelum ni tugas saya setiap pagi cuma kejutkan anak-anak, uruskan mandi dan pakaikan baju. En Abah pula pagi-pagi lagi akan bangun untuk siapkan bekal untuk anak-anak (termasuk juga  bekal untuk saya sekali) dan sarapan pagi. Biasanya, setiap pagi En Abah akan masak mee atau nasi untuk sarapan. Untuk bekal ke sekolah pula, En Abah akan ambil order dari anak-anak (biasanya burger daging atau roti sapu coklat).

Hari ni, semua tu saya kena buat seorang. Tapi dah janji dengan En Abah - pastikan dapur dah siap kemas sebelum pergi kerja. Lintang pukang jugak untuk hari yang pertama. Bangun pagi terus siapkan breakfast. Belum pun siap sarapan, danish dah bangun - tapi nasib baik dia tak meragam. Saya beri dulu roti kat danish utk sarapan. Irfan pun bangun awal jugak. Saya suruh dia mandi dulu dan saya siapkan bajunya.

Lepas Irfan mandi, kejutkan Aisyah pulak. Biasanya Aisyah susah sikit nak bangun pagi. Tapi hari ni ok pulak. Mungkin Aisyah pun faham. Ummi sorang tak sempat nak layan karenahnya. Irfan jugak kata, "Kesian abe tgk ummi ni, bila abah dah kerja". Saya kata, "Kalau kesian kat ummi, kena la belajar buat sendiri apa yg abe dah pandai... tolong ummi apa yang patut.".

Lepas Irfan dan Aisyah siap berpakaian sekolah, kami sarapan sama-sama. Masa ni baru saya siapkan bekal anak-anak ke sekolah. Lepas sarapan, kami terus jalan ke sekolah sambil menolak danish dalam stroller. Cuaca hari ni pun sangat baik - dah tak hujan macam dua tiga hari lepas.

Harapnya, anak-anak akan terus beri kerjasama yang baik utk hari-hari yang seterusnya. Minggu persekolahan tinggal lagi empat minggu. Lepas tu sekolah mula cuti untuk summer break dan akan dibuka semula pada bulan September 2012.

Cerita gambar:
Diamond Jubilee Lunch kat sekolah
Irfan jadi queen
Aisyah jadi butterfly


NuKilaN:
 

Sunday, January 1, 2012

1.1.2012

Entry pertama di tahun baru.

Alhamdulillah, impian tahun 2011 telah berjaya menjadi kenyataan (mendapat tempat pengajian tahun 2012).

Tidak dinafikan, terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui untuk mencapai cita-cita yang satu. Daripada langkah pertama dengan mengambil test IELTS sehinggalah berjaya mendapat kuota dari KPT untuk melanjutkan pelajaran ke University of Bradford, United Kingdom. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 2011.

Lama kan tempoh nak dapat cuti belajar? Hampir genap setahun. Tapi sebenarnya lebih dari setahun. Kali pertama saya mengambil test IELTS adalah pada 11 Dis 2010. Tanpa sebarang persediaan, saya ambil IELTS selepas menghadiri konferens di Johor Bahru. Hahaha, saja nak tahu sejauh mana current level BI masa tu. Memang dah buat keputusan: kalau dapat 6.0 dan ke atas, boleh la simpan impian untuk keluar negara pada tahun 2012. Tapi, kalau dapat kurang dari 6.0, simpan aje la niat tu jauh-jauh. Buat kata Malaysia cukup la. Tak perlu nak berangan untuk sambung belajar di luar negara.

Bila keluar keputusan, saya dapat band 6.0. Fuh, ada harapan nak buat PhD luar negara. Dah mula cari university luar negara yang memerlukan IELTS 6.0 Nasib baik University of Bradford perlukan IELTS band 5.5 jer. Tapi kalau nak minta scholarship KPT belum lepas. KPT nak band 6.5, baru dapat tajaan. Maka bermula la episod belajar semula BI terutama sekali part grammar. Mula mendengar radio omputih dan menonton movie english untuk menambah vocabulary. Dengan konfidentnya, saya mendaftar untuk mengambil IELTS kali kedua pada 16 April 2011 di British Council (BC), Kuala Lumpur.

Disebabkan kelas sedang berjalan pada masa tu, harapan saya untuk membuat sebanyak mungkin praktis IELTS tidak berhasil. Sungguh tinggi cabaran untuk membahagikan masa untuk mengulangkaji IELTS dan tugasan pengajaran. Dalam masa yang sama, perlu menyelia pelajar tahun akhir (7 orang) dan melayan setiap karenah dari pelajar yang ramai (masa tu, pelajar saya 123 orang). Sekali lagi saya mengambil IELTS dalam keadaan yang tidak bersedia sepenuhnya. Juga di tempat yang sama.

Kebetulan, kami bertiga semasa saya mengambil IELTS untuk kali yang kedua. Ada betul kata orang, IELTS ni bergantung kepada rezeki juga. Test kali ni agak susah berdanding yang sebelumnya. Agaknya bukan lagi rezeki saya untuk mendapat band yang dikehendaki. Saya tetap mendapat band 6.0. Kami bertiga gagal mendapat band 6.5. Masa tu saya rasa sangat terkilan. Belajar ke, tak belajar ke, dapat band yang sama juga. Tapi saya tetap tak mahu menyerah kalah.

Untuk kali yang ketiga, saya telah mendaftar di IDP Kuala Lumpur. Saya menukar pusat ujian disebabkan suasana test semasa kali kedua di BC amat mengganggu. Semasa listening test, audio yang dimainkan tidak jelas kedengaran. Pada bulan Mei 2011, para pelajar telah selamat menduduki peperiksaan akhir dan saya mempunyai lebih masa untuk mengulangkaji IELTS. Pelajar akan bercuti panjang iaitu selama 4 bulan (Mei - Sept).

Saya mengambil IELTS untuk kali yang ketiga pada bulan Jun. Memang saya susun jadual dengan lebih teratur. Awal pagi dah sampai opis dan balik selepas solat Asar. Dalam sehari, saya dah budget untuk siapkan satu praktis test. Selagi tak siap satu praktis test, saya takkan balik ke rumah. Nasib baik suami sangat memberi sokongan dan dorongan.

Untuk kali yang ketiga, baru saya berjaya mendapat band yang diingini - 6.5. Alhamdulillah, sangat bersyukur atas kejayaan tersebut. Ia adalah pencapaian paling manis dalam tahun 2011.

*** to be continued ***



nota ummi: agak-agak, ada tak orang nak baca sambungan ni??? Tapi tak kesah la, saya nak imbas semula detik bermakna sepanjang 2011... tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.... 

NuKilaN:
 

Tuesday, January 11, 2011

hadiah GA dari Ayu

Dah lama nak buat entry pasal ni.
Tapi tak berkesempatan sebab sgt sibuk bulan Dis tahun lepas.
Better late then never, kan?

Firstly, terima kasih banyak banyak kat Ayu
sebab sudi beri hadiah utk akak
walaupun tak menang cabutan bertuah
tapi ayu tetap bermurah hati
beri hadiah tambahan
thank you soooo much, Ayu!

Secondly, buat pengetahuan semua
ni first time saya menang GA tau
that's why it's very meaningful for me
Alhamdulillah...

Ni dia hadiah yang saya dpt
Keronsang yg sgt cantik,
bungkusan yg wangi
dan kad yg menarik
Saya sgt seronok!

Once again, tqvm Ayu!
Semoga Ayu sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki :)

NuKilaN:

Sunday, November 28, 2010

watermark free

Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat. Dah dapat buat kerja macam biasa. Cuma anak anak masih lagi selsema. Mungkin dia orang susah skit nak recover disebabkan cuaca sekarang yg sangatla tidak menentu. Yang bagusnya, Mrs P belum lagi bertandang. Lega sangat rasa :)

Bila check email pagi tadi, dapat email dari Syamila Mohd. Rezeki lagi, dapat watermark free dari Sya. Terima kasih banyak banyak yer :). Kebetulan masa jalan jalan kat blog Sya ni, ternampak ada tab watermark PERCUMA. Saya pun terus tinggal komen dan design yang berkenan. Memang dah lama duk usha nak dapatkan watermark. Sekali dapat yg free... hihihi lagi la gembira hatiku ini :)

Ni dia watermark yg Sya design

Then, godek godek lagi cari cara nak tempekkan watermark kat gambar. Jumpa la entry dar Lieza. Sangat membantu tutorial yang diberikan menggunakan Photoscape. So, dapat lah hasil seperti kat bawah:

anak anak sedang bermain bersama
bila adik danish merangkak
si abang dan si kakak pun join merangkak sama :)


NuKilaN:

Monday, November 8, 2010

testing signature

Yeay.... dah ada signature! Hehehe, seronok kan bila dapat benda free ni? Terima kasih kak yong sebab sudi designkan signature ni. Suka sangat design yang simple mcm ni :)

Saja nak testing letak signature ni dalam post. Alhamdulillah, dah berjaya! Terima kasih sekali lagi kak yong atas tutorial cara nak letakkan signature ni. Saper yang nak belajar, boleh ikut link ni.

So, saper yang belum ada signature dan nak order, boleh jenguk blog kak yong  yea :)
Harga yang ditawarkan sangat la berpatutan.
(tolong promote utk kak yong)

NuKilaN: 
Related Posts with Thumbnails